Showing posts with label medical school. Show all posts
Showing posts with label medical school. Show all posts

Tuesday, 22 May 2012

Rutin saya. Anda bagaimana?

Assalamualaikum


So basically, few people have been asking me on how I carry out my routine. Hectic ke leisure ke full of boring stuff ke... How to study?? How to manage time wisely??  Sejujurnya, I never discuss anything like this before =) since I believe each and everyone of us has our own preference. Aku pon tak berani nak cakap lebih, sebab I'm still a student kan. Just like you guys! Still crawling to get to the next phase. Medical student - Houseman - Medical Officer - Registrar - Specialist and the list goes on ...

But since I cant sleep right now, so I guess maybe I can share a little bit of my today's activities! Then you can get a rough idea on how Fatin Liyana lives her life kehkeh ! Motipp sangattt


  - Perjalanan hidup saya pada hari ini Isnin ( 21 Mei 2012 ) -



4.30 a.m : Minum ayaq putih sebelah katil. Tak larat nak pergi dekat fridge untuk ambik air yang lagi sedap. Pemalas tahap gaban padahal rumah sekangkang kera je kot.

6.30 am : Rupanya tertidur tanpa sedari. Bangun, solat dan siapkan diri untuk ke kelas pukul 8.

7.30 a.m : Berjalan kaki menuju ke seminar room di tingkat 5 Department ENT (Ear, Nose & Throat)

7.40 a.m : Cop tempat kemahen kau...

8 - 10 a.m : Lecture about Rhinosinusitis & Tumour of the Paranasal Sinuses by Prof Dato' Dr BS Gendeh. (Y le pangkat so long....)

10 a.m - 1 p.m : Clerking patients and do some neck examination at the ward. Patients hari ini sangat baik dan peramah.

1.15 p.m : Zuhur at the hospital's surau. Jauh gila surau ni.. rasa macam nak naik wheelchair ja..

2 - 4.45 p.m : Lecture about Common Laryngeal Disease & Epistaxis. Tahan mata.. tahan

5 p.m - 6 p.m : Ward round, ward work and solat at ward's surau secara haram. Itu tempat semayang doctor dengan nurse, student tak boleh..tapi sebab malas mengatasi segalanya, so yeah.

6.15 - 7.15 pm : Baring, baca buku berbentuk motivasi / kerohanian / agama sampai laloq.

7.30 p.m : Bukak posa makan makanan yang ibu masak dari Seremban (Simpan banyak2 dalam tupperware, tinggal re-heat dengan microwave. Yeah malas tahap infinity). Sambil makan sambil baca 9Gag. Ketawa sensorang macam bangang.

8 - 9 p.m : Solat maghrib & isyak berjemaah dengan housemates. Diantara waktu, berbincang tentang masalah rakan-rakan dan memikirkan jalan penyelesaian (walaupun takda kaitan, tapi nak jugak sembang)

9 - 12 p.m : Study/Self revision di library tentang topic yang dah belajar tadi dan sneak preview tentang apa yang akan di belajar esok. Minum nescafe secawan. Mai secawannn ( Tiru kopi Radix )

12 - 1.30 a.m : Buat assigment yang sepatutnya kena hantar tadi. Lupa lah pulak.. Suka hati aku ja nak lupa kann. Aah medical school ni memang bapak aku yang punya.

- - - - - - - - - - - -

Pastu aku update blog and nak tidoq sat gi... Selalunya aku tidur dalam pukul 1 pagi sebab posting ni busy sikit, 3 minggu je and then tukar posting lain, which is tiring. No no I am not complaining, I am just ventilating my thought teehee. Jadi korang dah tahu kehidupan aku macam mana kan. Lebih kurang macam ni la tiap-tiap hari. Thats why I didn't get the chance to mingle around dengan korang or even reply some inbox & emails. So sad! 

Disebabkan ini jugak, aku memang tolak untuk masuk mana mana media baik electronik mahupun cetak. Nanti tak boleh nak balance masa. So, masa cuti semester yang panjang (setahun sekali) barulah aku accept benda-benda ini. Sorrylah, mesti korang bosan kan asek aku je keluar tv & paper itu hari hehe..pasni takdak dah. Tunggu next year, my upcoming semester break. Don't miss me! Teehee tapi aku akan update blog jugak bila ada cuti umum dan cuti-cuti yang disenaraikan oleh kerajaan. I love Malaysia and goodnite !


Me, as the cover girl for an online magazine with the stylists from GetGorgeous. I will update about it soon =) 


Thank you for reading this entry !

Sunday, 22 April 2012

Cucuk

Assalamualaikum.


Aku kan tengah praktikal sekarang. Jadi kitorang ni ada satu log book, yang mengandungi tugasan-tugasan yang perlu disiapkan sebelum tamat posting tersebut. Sesetengah task tu oklah, just observe je. Aku cukup gomar la bab-bab observe ni. Ketuk pintu, introduce diri, mintak permission and observe. Sementara observe tu bulih pikiaq hat lain. Baju kat ampaian, tengahari nak makan apa, ehh procedure dah habis. Doctor can you please sign here, thank you so much bye. Ha senangkan...

Tapi ada setengah task itu kita kena buat sendiri contohnya macam cucuk orang. Adoi aku paling a bab bab cucuk ni. Ketaq ang tau dak. Masalahnya setiap posting ada task ni. Kena poke beberapa patients then only doctor akan sign. Actually bulih ja nak menipu. Mintak jelah sign dari houseman kan. Tapi percayalah, bukan sahaja orang tamak selalu rugi, orang penipu pon selalu rugi. Dek kerana aku amat menitik beratkan keberkatan dalam sesuatu perkara, maka aku gagahkan juala walaupun aku takut. (Tapi aku pernah jugak mintak houseman sign dalam case-case tertentu wakaka)


Hi anty, sekarang kita mau cucuk sikit a. 
Siapa cucuk, u a ? 
I la 
U tau meh? 
Tau laaaaa..dont worry la anty, setiap hari pon saya cucuk ma..(tipu) 


Pehh padahal aku punya takut tu hanya tuhan je yang tau. Pundi kencing aku ni terasa penuh je. Dengan peluh menitik di dahi..aku tengok jarum tu aku sendiri yang rasa nak pengsan. Lembab lembab aku pakai glove sambil berdoa 'Ya Allah bantulah aku, aku hanya ingin menuntut ilmu, permudahkan urusanku'.

Aku mula start cari salur darah atau orang kata cari urat. Nak cari urat ni pon masalah jugak kalau orang tu berbadan gempal, atau jenis urat tak timbul, atau kulit terlalu tanned..wah bahasa aku. Tapi nasib baiklah anty tu cina, urat dia pon jenis yang timbul. Jadi lepas dah dapat urat yang aku nak poke, aku pon ikat glove kat atas siku dia. Lepas sapu alcohol swab, aku start nak poke.

Tangan aku, dia punya menggeletar boleh dikira dalam skala Ritcher. Kalau menggeletar, macam mana nak cucuk betol? anty tu plak dah bising bising..


Tamau lokter, tamau lokter..manyak sakit tamau cucuk aaaa..hari hari pun ambil tamau aa.. 
Sorry anty ye..sakit sikit saje, sikijap saje kita angkat a.. 


Pastu anty tu over sampai pegang pegang katil, nak lari dari aku sebab dia dah tertengok jarum tu. Dah tu dia pergi jerit satu ward. Konon macam aku ni serial killer. Padahal aku lagi takut dari dia kot duh.. Dia jerit jerit sampai menangis sebab taknak. Kesian pulak aku tengok dia ni...Aku pon pahamlah ketakutan dia tu. Aku tengok kat tangan dia pon ada kesan lebam sebab hari hari cucuk kan. Aku pon pergi sebelah dia, aku pujuk la dia..siap usap usap kepala dia, overtau. Kepala mak aku pon aku tak usap wakaka. Pastu dia merayu-rayu kat aku supaya jangan ambil darah dia.


Kalau anty nak cepat sihat, nak balik rumah cepat anty kena tolong saya..bagi saya ambil darah anty ok.. 
Shongshengsongseng #anty cakap bahasa cina. tak taulah dia maki ke apa 


Pastu anty tu tunjuk laci dia, dia suruh aku ambik gula gula dia. Maybe bila makan gula-gula dia rasa tenang kot. Aku macam reluctant nak bagi tapi aku pikir kang melalak pulak kalau aku tak bagi. Ha aku pon teruslah bagi dia makan satu bijik. Pastu anty tu bertenang dan bagi tangan kat aku.

Sebab drama tu panjang sangat, aku pon dah terlupa dah nak takut. Dengan ucapan bismillah, terus aku cucuk dan dapat terus darah tu. Bersyukurnya aku time tu,happy gila! Tersengih-sengih aku sebab rasa macam terer sangat. Padahal cucuk je pon. Lepas dah settle semua, aku pon cek cek la file dia sebelum nak berambos laju laju dari situ sebab ada banyak lagi task yang aku nak buat.


Thank you anty, anty pandailah sebab tak nangis. Very good! 
Thank you lokter, lokter manyak pandai aa..cucuk tak sakit..semalam manyak sakit wo



Macam nak menangis aku dengar anty tu cakap gitu. Aku ni takdela pandai. Masih belajar lagi, mungkin kebetulan teknik aku betul jadi patient tak sakit kan. Kalau tak, ada je patient yang komplen cakap sakit semua kan. Happy gila aku, rasa macam nak cucuk semua patient yang boleh dicucuk. Ni dah bukan happy gila ni, tapi betul betul gila.

Pastukan aku macam tergerak nak tengok blood sugar patient ni. Aku pon tengok rekod bacaan harian dia. Amek kau. Uncontrol. Aku boleh bagi dia makan gula gula pulak tu tadi. Ah mampos. Mesti anty tu kena marah dengan nurse sebab tak jaga blood sugar. Huhu cecepat aku keluar dari wad tu sambil mintak Allah ampunkan dosa aku...

Wednesday, 3 August 2011

Nasib malang yang aku hadapi

Assalamualaikum


Baru-baru ni aku ditimpa nasib malang. Dalam masa 2 hari ada 2 kejadian yang sungguh tak best terjadi kepada aku. Pertama, kunci bilik, kunci rumah serta kad access kolej aku hilang. Aku suspek masa aku tengah buat braces di Ampang. Aku sangat sangat terkilan, terkesan dan pelbagai ter lagi yang sukar aku gambarkan. Engkau faham tak rumah aku adalah tingkat 4? Aku telah menyusahkan housemates aku. Aku bukan sahaja tak dapat masuk rumah malah nak access apartment pon tak dapat sebab kat entrance grill tu dia pakai kad.

Keesokannya aku pon mahu cucuk duit di ATM CIMB. Ok fine, kad aku kena telan. Aku rasa macam nak menangis pon ada. Aku dah lah tak dapat masuk bilik, duit pon takde. Satu-satunya harta yang aku ada adalah kereta dan ..................... CD Usher. Dengan nada kecewa, aku berlangkah pergi.

Dunia pasti berputar...
Ada saatnya semua harus berubah..
Ingat pasti bertukar..
Kita harus siap hadapi semua...
Ikhlaskan segalanya..
Jalani semua yang ada...di dunia...


Apesal lagu ST12 ni macam menyindir aku? Fine.

Sejak balik dari posting Public Medicine pula, kulit aku menjadi tanned akibat terlalu lama berjemur. Bukan berjemur by the beach I wanna tan skin like Eva Mendez mom no no. Tanned sebab pergi survey masuk kampung, buat intervention program dan site visits. Bila tanned dia macam oily and yes pimples pon sebok nak growth. Macam buy 1 free 2 you know. I hate you.

Sudah 3 bulan MARA tak masukkan duit allowance sebab kitorang kan melakukan migrasi dari Bandung ke KL. So macam it takes quite sometimes to settle the bank document and all. Tapi seniors kata don't worrylah korang, nanti korang dapat duit tu setepek. Semalam aku cek balance (setelah membuat card baru di CIMB Taman Connaught), duit hanya masuk untuk 1 bulan je. Yang lagi 2 bulan tu memang misteri.


Tensen kepala wa


p/s: Kunci dah duplicate setelah berpusing-pusing kat KL macam orang gila dan sangat lucky sebab access card ada lebih. Sepatutnya konsep dia, dah hilang nasib kau la. Yes! keadaan dah jadi seperti sedia kala cuma kulit masih oily.

Thank you for reading this entry !

Thursday, 16 June 2011

Perangai teruk malas nak layan.

Assalamualaikum

Sekarang ni aku rasa macam seorang loser. Sebab apa? Semua ni sebab sikap aku sendiri. Dulu masa kat Bandung, aku tak macam ni. Like 24hours kot I feel motivated. Ada je activity yang aku buat, ada je idea nak update blog. Kira macam balance la kehidupan seharian aku.

Tapi sekarang kehidupan aku penuh dengan ciri-ciri seorang pemalas yang tegar. Aku suka tidur lama-lama. Buang masa. Melantak pelbagai makanan bagai nak gila sampai distended abdominal aku. Buang masa. Untuk reduce abdominal distention akibat banyak sangat makan, aku terpaksa berry. Buang masa lagi. Lepas tu mengantuk, baca nota acuh tak acuh lepas tu terus tidur walaupun tak mengantuk. Totally buang masa.

Bukan itu sahaja, aku juga mempunyai tahap ignorance yang tinggi. Kalau notifications melambak-lambak aku malas nak bukak. Ada misscalls aku malas nak call balik. Ada sms yang lambat aku baca, maka aku malas nak reply. Yang lebih teruk adalah kalau hengpong takda battery pon aku malas nak charge. Semua aku buat tak endah. 

Aku kena berubah.

Thank you for reading this entry !

Thursday, 7 April 2011

Farewell HighTea With MARA

Assalamualaikum









Masih tinggal lebih kurang 3 minggu di bumi bandung...kemudian aku akan kembali ke tanah air untuk selamanya :') ..... Semalam Pn Uyun dari Pejabat Mara Jakarta datang untuk meraikan kepulangan kami. Kami buat hightea kecik-kecik je. Kuih-muih semua student-student yang buat sendiri. Cuma lauk-lauk tempah katering. Aku tak buat kuih pon sebab aku tak reti buat kuih hehe..


Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Mara kerana telah memberi kami peluang untuk menimba pengalaman hidup di negara orang selama 3 tahun .....


Sedihnya... tak dapat makan bakso dorongan yang sedap petang-petang lagi... tak dapat langgar trafic light sesuka hati lagi... tak dapat dengar orang ngamen menyanyi masa naik angkot lagi .... =')

update : Disebabkan saya under Twinning Program UKM-UNPAD, maka lepas ni saya akan menjalani clinical phase di PPUKM selama 3 tahun. Total pengajian saya adalah 6 tahun. Thanks a bunch kepada yang wish, omjayy sempat merasa diri ni cam penting kejap hekhek. Virtually hug*

Thank you for reading this entry !

Thursday, 17 March 2011

Away

Assalamualaikum.


She's currently away to prioritize her finals.


But before that, I would like to say hello to my new readers out there! Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii newwwwbiiieeeeee !!! Is my Hi long enough for you? Teehee. Also to my loyal readers, thanks for dropping by each day, thanks for leaving me comments & stuff. I really want to write long entries to feed your brains but lets just wait after the exam okay. Lemme do ma thang first sweety =) You guys take care & wait for me promiseee? Much love!


P/s : Until today, I have sat for 5 papers already. 3 papers, 1 lab, 1 SOCA & 1 OSCE to go! Errr still a long way kot.
P/s : Picture credit to CarlSamsudin. Fugly random editing by me haha! Ingat cantek lewwww tueeee gewwdikk. Haha!

Thank you for reading this entry !

Saturday, 26 February 2011

Hidup Di Perantauan

Assalamualaikum

Hidup di perantauan ni nampak macam best, hidup dengan kawan-kawan, pergi travel, rasa makanan baru, belajar bahasa baru dan sebagainya. Best tu memang best, tapi banyak jugak tang tak best dia. Terutama bab makananlah. Bila duduk di perantauan, memang makanan mesia itu diangkat tinggi, dijunjung dan disembah bagai tiada hari lagi. Sejak duduk diperantauan juga, kami menghargai pasar malam, bazar ramadhan dan warung jalanan lebih dari The Curve & Midvalley. Tengok betapa dalamnya kecintaan kami terhadap lauk-pauk tempatan?

Namun bak kata peribahasa melayu, alah bisa tegal biasa. Emangnya donk, tiap hari gue makan dorongan ajah. Udah biasa kok. Walo makanan Indonesia tu enaqqq bangeett, soalnya gue dari malaisia kok. (Hello readers from Indonesia =p !) Jadi, bagi menenangkan hati yang gundah gulana ini, kami sering buat jamuan potluck. Dengan mengadakan potluck, kami boleh merasa pelbagai jenis makanan mesia dalam satu-satu masa. Walaupun tiada bazar, tapi takde hal, kami akan ciptakan bazar itu dengan skil memasak masing-masing demi maruah bangsa & negara!

Semalam kami buat jamuan potluck. 2 session ok, breakfast & lunch. Adakah ini tamak haloba?


 #1- roti canai by Su | #2- tehtarik by Farah | #3- kari ayam by me! | #4 donut by Farah


Untuk breakfast kami makan roti canai kari ayam, tehtarik & donut. Nak menitis air mata sebab sedap sangat. Kari yang aku masak satu periuk terak habis dalam sekelip mata. Terharu boleh tak?


Makan dalam skill's lab. Puas giler dapat makan !


 Me & Tika. Hari ni aku pakai tudung. Everybody was like 'Eh, atin pakai tudungla hari ni!' Dengan selamber aku jawab 'Aah, selama ni I freehair jer'. LOL


Agak-agak dah tengahari, kami masuk tutorial room dan bersedia nak makan lunch pulak! Makan lunch agak berat ye. Walaupun perut masih kenyang tapi kugagahkan jua tulang empat kerat  ini untuk menyuap nasi ke dalam mulut. KAU GILER KE MAKANAN UNTUK LUNCH NI SANGAT HEAVEN. SUSAH GILER NAK DAPAT KAT SINI TAU TAK. Korang nampak tak betapa siryesnye benda ni? Nampak tak? Sebab tu aku guna capslock.


1# - rendang ayam by Bella & Tika | 2# - ayam masak merah by Yana, Amal & Su | 3# - acar by Fido | 4# - nasi tomato by Amal


Ini adalah muka chef-chef anda. Amal  tengah tangkap gambar ni, jadi dia takde dalam gambar. Oh sepatotnya Nik kena ada dalam gambar sebab dia goreng papadom. Tapi dia lesap setelah makan. Hanya Allah yang tahu.

Syukur ya Allah, puas sangat dapat makan semalam. Walaupun masing-masing rindu masakan mak masing-masing namun apakandaya, masak sendiri pon jadilah. Tak sia-sia aku selalu masuk dapur bila mak aku memasak, dapat juga aku mempraktikkan ilmu masakan yang mak aku bagi hehe.


On a side note, I would like to thank to all of you for your loving supports towards HoneyKoyuki! Until now, HK has made around 15k followers & 20k fans! That is seriously a lot of number friends. Can't achieve all of these without you guys. Mari peluk secara virtual*

Thank you for reading this entry !

Friday, 28 January 2011

Of dak rabbit & catheterization set.

Assalamualaikum


Yakni sekarang aku tengah belajar pasal GenitoUrinarySystem. Orang melayu cakap, pakar kencing ah. Bukan pakar kencing yang dok auta orang tak tak. Ini hal serius beb, aku skang dok blaja semua benda yang berkaitan dengan kencing & anatomy yang related.

Tapi satu benda yang aku tak boleh handle adalah catheterization set. Aku rasa macam pening2 ngilu2. Catheter ni adalah satu tiub yang kita akan masukkan kat saluran kencing to allow drainage of the bladder. Contoh macam orang yang paralyze, dorang kan tak boleh nak control urination, jadi kita terpaksa masukkan tiub tersebut untuk kuakan air kencing dia. Dapat bayangkan tak?




Mintak maaf for the sensitivity. Anggaplah kita sedang menuntut ilmu medical sekarang. Lihat, itulah catheter yang dimasukkan didalam penis. Patient akan diberikan anesthesia dalam bentuk jelly supaya tak rasa sakit. Tapi aku tetap ngilu!



Jadi masa lab activity tempoh hari, kitorang kena buat experiment kat rabbit. Masukkan catheter kat urinary tract dia. Memangla aku tak buat T_T. Syapik yang buat. Sebenarnya aku teringin nak buat tapi bila aku tengok si rabbit tu menendang-nendang, fikiran & emosi aku jadi berkecamuk.



 Aku yang tak berguna ni tolong tenangkan dak rabbit je dengan mengusap2 kepala dia.



Dak rabbit sudah menjadi tenang =)


Sebenarnya kitorang bagi ubat anti-hypertensive kat dak rabbit ni. Ubat yang diberi adalah diuretic. Diuretic ni akan menyebabkan dak rabbit ni kencing dengan banyaknya. Sebab dak rabbit tak paham bahasa bila dia patut kencing dan sebagainya, oleh itu, catheter terpaksa dipasang. wuwuwuw cian dak rabbit. kakak mintak maaf ='(

Oh, aku bangun awal pada hari experiment tersebut. Aku siap boleh gosok kemeja & pants. Bukan itu saja, malah aku sempat study before pegi kelas. Memang bukan aku lah kan. Perkara-perkara sebegini patut dipanggil miracle. Sebab dia hanya berlaku 1 atau 2 kali dalam setahun. Ajaib giler!


My outfit. Hehe aku pon nak pakai tapered pants jugak!


Thank you for reading this entry !

Thursday, 28 October 2010

Miracle

Assalamualaikum !


Pagi tadi bangun terus siapkan breakfast, basuh baju, jemur baju & kemas bilik. Lepas dah settle semua, online lah kejap hehe..ingatkan hari ni nak kemas almari, nak lipat balik semua baju, tapi tengoklah nanti, badan masih letih-letih laaa... :) Oh ya hari ni aku nak cerita sikit pasal miracle yang berlaku kat aku.


Kan aku ada habaq mai kat angpa suma yang last exam aku ialah OSCE kan? OSCE ni tujuan dia nak evaluate skill ang. Depa nak tau ang pandai dak baca ECG, ang reti tak buat Anterior Nasal Packing, ang reti dak buat Ziehl- Nielson Staining etc etc. Senang cita, OSCE ni exam dia camni. Dia ada 13 stations yang mana setiap satu station tu ada task dia sendiri. Dekat pintu station tu, ada tulis short case. Depa bagi ang masa 1 minit baca soklan. Pastu bila bell bunyi, angpa kena masuk dalam station tu & perform task yang dia suruh kat short case tadi dalam masa 10 minit. Lepas tu bila bell bunyi lagi, angpa kena kluaq & pi station sebelah pulak. Ulang sampai ang habis kesemua 13 station. Mencungap beb! 


Markah lulus adelah 80. So kiranya kalau ang dapat 79 pon dikira fail. Kejam tak kejam depa ni? 
(-___-). Tapi takpa, kalo angpa fail station tu, depa bagi ang peluang untuk remedial station yang ang fail tu. Kiranya, fail untuk OSCE adalah satu perkara yang biasa sebabnya nak lulus syarat dia mesti kena A. 


Tapi sungguh aku tak percayala..bila result keluaq ritu... Aku rasa macam eh eh..biaq btol..tipu ka apa ni..

 cari NUR FATIN LIYANA BT ASRI.... hee baru tau ke nama aku ada NUR :P


Aku rasa aku tak berusaha sangat pon tok OSCE ni..eh aku bukan nak kata aku pandai tau, jauh sekali nak riak. Korang janganla kata aku berlagak ke apa ke..sedih a aku camni..wuwuwuw.. Aku cuma pelik ja...hmm korang pon tau, kerap gila kot aku update blog & online malam sebelum OSCE tu. Lepas tu malam tu aku macam orang gila sebab banyak gila tak study. Siap tulis status kat FB 'im dead im dead im dead'. Sebab aku dah target dah aku mesti fail 5-6 stations. Memang dead la kan. Masa tu rasa nak nangis ja..Tapi syukurlah dah rezeki aku kan hee mesti berkat mak ayah & ang suma dok doakan aku kot....alhamdulillah..at least boleh buat mak pak aku gembira seketika..


Setelah aku muhabasah diri, aku mendapati yang, memang aku tak berapa nak study masa gap 5 hari sebelum OSCE. Aku dok sibuk update blog bagai sebab nak naikkan traffic (-___-). Tapi aku rasa aku boleh score sebab aku concentrate dalam kelas skills lab. Bukanlah maksud concentrate tu ang kerut dahi takmo bercakap ngan member sebelah ang tak tak. Cuma setiap kali skills lab, aku akan tulis notes dalam kelas tu gak & pastikan aku betol2 faham camna nak perform skills tu. Jadi bila exam ritu, aku tak rasa stress sangat sebab aku dah tau camna nak perform, cuma kena polish sket ja bagi mantap.


Tapi walauapapun, aku percaya macam mana berusaha pon kita, kita kena berserah & tawakal kepada Allah. Pastu kita kena mintak keredhaannya. Kalau DIA redha nak bagi kejayaan dekat kita, maka berjayalah kita..if not korang tau la kan.. Sentiasalah ingat yang usaha mesti ditemani dengan doa & tawakal. Another tips, belajar mesti ada aim. Kalau kita dah set aim, barulah kita bersungguh2 ye tak. Tak guna dok pegang kertas 2-3jam tapi apa pon tak masuk. Buat penat badan jer. Remember, do study smart :) Gudluck semua!!


bila belajar kita belajar, bila exam kita exam, bila habis exam baru kita berhibur & pakai cantik-cantik!! masa ni aku selekeh & tak cantik sebab exam punye pasal teehee


Thank you for reading this entry !

Monday, 18 October 2010

Doa & exam

Assalamualaikum.


Aku kadang-kadang rasa malu dengan Allah sebab bila time exam la baru aku nak luangkan masa untuk beribadah sunat, berwirid & sebagainya. Kalau tidak, harap solat 5 waktu ngan ngaji selai due lepas maghrib je la kan. Walaupun mak aku selalu pesan, atin kalau terjaga malam buatlah solat sunat tahajjud tapi tak pernah pon aku buat T____T. Mesti mak aku sedih kalau dia tau wuwuwu. ( saje je pancing sebab tau mak aku mesti bace blog ni hihi, politik! )


Oh ya, aku ni ada darah gemuruh sikit bila exam. Sepanjang perjalanan sebelum sampai fac tu biasa aku akan diam seribu bahasa & berzikir dalam hati. huhuu cuak punye pasal! Biasanya, aku akan recite doa yang sama berulang-ulang kali. Lepas aku dah tenang sikit, barulah aku akan lafaz
'hasbiyallah, wani'mal wakiiil' yang membawa maksud  'cukuplah aku punya Allah dan Dialah sebaik-baiknya tempat aku berlindung'. Dan aku akan pastikan yang aku LANGKAH KAKI KANAN DULU. Tapi kalau aku terlupa aku langkah kaki yang mana satu dulu, aku akan keluar balik & masuk balik semula hihi.. 


Ni doa yang biasa aku baca :)


'Ya Allah ya tuhanku, permudahkanlah urusanku, murahkanlah rezekiku, kuatkanlah ingatanku & kurniakanlah aku kecerdikan akal fikiran. Sesungguhnya memudahkan perkara yang susah amatlah mudah bagimu Ya Allah..amin'


Bagi aku doa ni dah cukup lengkap dah ni. Memang tulus lagi jitu hehe. Tapi hari tu, membe aku ni dia baca doa before jawab exam tau. Bagi aku doa dia sangat jujur & sangat2 straight to the point. Mari kita usha


'Ya Allah, berikanlah kami betul semua........'



wakakakakakakka....memang straight to the point der!.. anyway, kepada yang sedang exam, gudluck ! kepada yang bakal nak exam, semangat! berusaha tahu! take care :)


Thank you for reading this entry

Wednesday, 6 October 2010

Update untuk hari ini !

Assalamualaikum


Baru-baru ini aku sangat sibuk. Sibuk belajar, sibuk siapkan assignment, sibuk uruskan bandung games, sibuk pergi kelas UKM pada setiap hari sabtu & ahad tapi masih sempat sibuk menyibuk bila orang gossip-gossip hikhik :) Tapi macam mana sibuk pun, aku tak pernah skip breakfast! Sebab tulah, kat rumah selain beli susu kotak yang 1L tu, aku pon beli susu kotak yang kecik2 tu sebab bila onthego, boleh minum sambil berlari-lari. Maksud aku breakfast tu is makan pagi before pergi kelas, bukan makan kat cafe yang pukul 10pg tu tau. 


Hee biasa aku akan makan simple2 je macam kismis 1 genggam & susu kotak. Aku tak bapa suka makan roti sebab nanti dia tersangkut kat braces lepas tu macam horror sikit la haha. Macam routine la kan makan breakfast supaya blood glucose naik sikit, takdelah aku collapse ke apa kan bila berjalan/ berdiri lama. Kat sini tak macam kat mesia, takda orang jual roti canai, nasi lemak semua pagi-pagi. So leceh jugak la kan, kalau lapa giler harus masak sendiri. Tapi takde maknenye la gwa nak goreng nasi pepagi bute der..bek gwa membute ye tak? hahahahahaha


Namun hari ini, aku terlewat !! Pastu lupa nak makan kismis & minum susu !! Tapi aku sempat teguk nescafe yang malam tadi punye. hmmm malam tadi punye...ntah-ntah dah basi? T____T. Pastu masa driving tadi macam terngiang-ngiang la si kismis & si susu ni dalam benakku. Eceh macam kempunan giteww. Dan dan je aku rasa nak pengsan & gastritis. Memang drama queen betol aku ni, hypochondriasis ! Sedang aku melayan perasaan, tetiba traffic jem. Memang la aku hangin, sebel !! Aku men cocok2 tadi sampai orang bengang ngan aku pastu bagi aku jalan. Ingat nak pakai high beam tapi poyo sangat la pulak kan, padahal drive honda jazz je wakaka kalau lancer ke ok gak an nak pakai high beam kat jln kampung :P


tetiba farah yang duk kat sebelah aku, dapat sms berbunyi begini :

'farah cepat datang, doctor dah start lecture, psst doctor pesan fatin liyana comel & harus dijadikan pelajar contoh'


obvious sangat ke aku menipu? hahahahaha


Farah cemas, peluh membasahi bumi, bumi terbasah-basah, aku tidak keruan lantas segera memegang pipi tanda cemas. Jam menunjukkan sudah pukul 8, parking kat fac dah penuh jadi harus parking jauh- dalam hutan. Siyes dow parking lam hutan. Lepas lock je kete, aku & farah berlari-lari bagaikan juara. Jauh kottttt kitorang lariiii dah la dalam hutan mesti la orang ingat kitorang kene kejar ngan vavi hutan wakakakakaka Tapi tak kesah suma tu, yang aku tak puas hati tu, U aku ni berbukit-bukit. Penat gile aku lari macam nak tercabut lutut dah la tak breakfast kan. Masa tu aku rasa macam dah nyawa-nyawa ikan dah. Peak dia masa aku lari nek tangga untuk sampai tingkat 3, pehh dyspnea dia jgn ckp la kan. Tapi aku sampai jugak la akhirnya, lambat 5 minit. Aku bukan apa, takut dia lock pintu je, kang attendance tak penuh tak leh amek exam. Kat sini, attendance 100% tu beb. Lu jangan men gile broo



 Muka tak pakai make up. Malu jadi harus tutup dengan tangan kawan teehee


 Nampak pucat sikit bila tak pakai black eyeliner kan? Overexsaited la si cami tu -__-



Tudung instant. Simple je bila pergi kelas ;)


Pengajaran untuk hari ini, allocate time untuk breakfast! Kalau tak sempat makan roti/biskut makanlah kismis sebab dia high glucose. Remember that our brain feed on glucose! Jangan lewat ke kelas sebab nanti akan mengalami shortness of breath yang melampau2 ! Take care. Jom sambung study :)

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 1 September 2010

Perkara random sahaja.

Assalamualaikum


Hai awak-awak yang telah membeli cardigan saya sekalian, terima kasih daun keladi diucapkan kepada anda semua. Saya rasa sangat sangat sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang murah di bulan Ramadhan ni, mana taknya, cardigan saya sold out dlm masa 1jam sahaja ;)  Itu pon saya jual 25 helai. Kalau nak ikutkan rasa tamak dihati, memang haku nak jual 250 helai hengkau tau tak?? Tapi apakan daya, airasia tu syarikat swasta...kalau bapak haku punye kan best...dalam flight tu jugak aku jual cardigan..pilih kak pilih kak pilih kak pileeeeeyyyyyhhhhhh T___T

Entri ni aku buat semata-mata untuk mengisi masa kosong yang ada je. Kejap lagi, nak pegi Che.co 24hours untuk discuss pasal project ZT. Memang aku target nak siapkan project tu sebelum balik Malaysia, mintak-mintak selesai lah project tu malam ni, baru lah tenang hati aku sikit kan. Oh ya, aku ada beberapa gambar menarik nak tunjuk kat korang sekalian. Takdele best pon, aku main upload je gambar2 apa yang ada hehe.



Ni la bilik aku kat indon ni. Sebab tu aku berdiri terpacak kat situ..konon nak mnguatkan hujah la yang bilik diatas memang bilik aku...Bersepah sikit la, yes i know i know T__T. Takkan takde excuse kot..aku bz  menguruskan kehidupan tau, sampai breakfast & lunch pon xsempat makan.....haha dah kate bulan puasa kan memang la :p. TAPI haaa bila tang 'rajin' aku tu sampai, bilik aku dia punya bersih & kemas tu memang tiptop. Memang boleh menangis la wa cakap lu............. Fine aku tau korang tengah pikir, apa hitam hitam  dekat frame warne merah tu? kan kan...terer tak aku teka..terer kan kan..ha frame tu dipenuhi dengan specimen kulat..kuang ajaq punya kulat, suka hati ja tinggal secara dominan kat wall frame aku...memang dasar interframe...



Aku dah beli cover BB yang baru. dia bentuk chocolate bar!! Omeynyeeeee !! Mekaseh ema & fadz sebab tolong pilihkan !! Biaq aku habaq mai kat angpa suma kelebihan cover ni...lepas ni angpa boleh habaq kat orang-orang kampung tau sokseksokseksoksek




tadaaaaa !! Rupa dia memang mcm chocolate bar siap ada partition macam chocolate betul2 lepas tu dia ada bau wangi2 strawberry i loikeeee ;) Tu dikira sebagai kelebihan tak hehe...pliz pliz...



Ha gambaq ni plak . Aku selalu cita kat angpa suma yang aku selalu pegi study group. Nilah member study group aku hehe...




Masa ni pukul 1230 tengahari tapi cuaca cantik sebab tu kitorang layan study group kat taman dalam universiti ni. Aku ngantok nak mampos masa ni, nak je aku landing atas rumput tu. Tapi sebab ada wan & fido aku tak jadilah. Kang depa cakap aku takdak adab pulak kehkeh.....bila tengok gambar ni je aku rasa macam nak tido balik...bestnya cuaca bandung..berangin..tak sejuk tak panas..tak berpeluh hee....jimat air kat umah aku... (paham-paham la kan wakaka)


klah nak bersiap. take care people. i lub u allz! see u kat malaysia on 4hb!


Thank you for reading this entry !

Sunday, 18 July 2010

Saya mahu update blog tapi dibelenggu rasa bersalah kerana exam tinggal lagi seminggu je sedangkan diri ini masih termangu-mangu...TAPI

.....kan dah terupdate blog wuwuwu....*rase bersalah rase bersalah*




Ok la alang-alang dah terlanjur kata tu ada baiknye aku teruskan je niat untuk update blog ni (cover baik punye he...). takde apa nak cakapla kat korang kali ini, just nak ingatkan yang aku exam 26-31 Julai 2010. so, apa lagi, ingat daku dalam doamu :').

oh ya, dulu-dulu masa korang SPM kan, (kenapa SPM, sebab dulu masa kecik2 menganggap SPM adelah penentu masa depan dan ajal maut, kalau tak dapat score SPM pasti rasa malu dan ingin mati dan berharap tak akan jumpa lagi rakan-rakan se-batch yang dapat result gempak, nehi nehi! not ever! ). over seh orang pompuan kalau bercerita, suke je menyimpang dari jalan yang lurus -_-. ha aku senanye nak cakap je, masa SPM dulu, biase kan trend, salam-salam cikgu minta ampun minta berkat sume la. Yang mana dulu keje menganjeng cikgu pon boleh nangis-nangis minta maaf sebab takut ilmu yang dibelajarnye tu tak berkat kan. Tak lupe jugak la yang bermaaf-maafan dengan member-member. Peluk nangis tak mau kalah. Mintak halal ilmu, makan minum sume la..kot kot selama dok asrama tu terKEBAS maggi membe ke..susu dutchlady membe ke..tak pon biskut HUP SENG membe ke kan hehehe..padahal kau memang sengaje kebas pon hehe...rindu plak zaman asrama dulu.......


ok ok back to the story, so kini exam datang lagi, aku ingat nak bring back the old memories la.. hee so kat sini aku nak mintak maaf la eh kat membe-membe fb, fs & blog yang disayangi.. diatas tingkah laku & bahasa aku yang kadang-kadang tak menentu ibarat misae mak shin chan kiki *pipi merah*.. mintak maaf jugak kepada sesiapa yang aku tak reply msg/comment eh..bukan sombong cuma tak tertanggung hehe...bz la sket dengan masa depan..masa tidur....masa berjoli dengan rakan-rakan bandung...alamak tercakap pulak.. apepon just nak gtau yang i appreciate it much!


lepas tu, nak mintak maaf jugak kepada mereka-mereka yang diluar sana yang anti-legging di tempat awam teehee.. mintak maaf eh kerana telah menspoilkan hari anda tatkala anda tertengok gambar saye kai legging di tempat awam. itu first tyme pakai tu, ingat macam okay sebab nampak ramai awek bertudung pakai legging. little that i know yang ramai tak boleh terime. bagus jugak korang ni sebab concern pasal saya kan ;) time kasih kerana menegur benda yang tak baik dekat diri saya, at least i can get rid of it right away ! thanks again! tapi kepada yang menegur dengan kata-kata kesat tu ibarat macam kau sorang masuk syurga orang len masuk neraka, just to remind you, keep it to yourself you psycho! jangan ingat kau sorang je ada mulut yang berapi, wa punye pengetahuan dalam bahasa-bahasa kesat ini pon boleh tahan jugak. jangan nak lempaq batu pastu sorok tangan. ada bran jumpa kat sempang petang ni kol 5 a der !! <----- baru je mintak maaf dah ajak gaduh balik haha :')


ok kembali tenang. untuk menyejukkan hati korang (sebenarnye hati aku yang membara) hee aku da siap uploadkan gambar-gambar aku yang sopan, ayu dan berpakaian tradisional. harap-harap lepas korang tengok gambar ni, korang stil nak kawan ngan aku hikhik. ok tak taktik aku kali ni?




berbaju kurung (SAMBIL MEMBAWA GITAR)



kebaya longgar... (emphasize : longgar)




berjubah BESAR (capslock : besar)



ade tak rasa macam ' sejuknye hati tengok budak ni.....bila boleh saya masuk meminang anak makcik'

.
.
.
.
.



ok main-main je.

Thank you for reading this entry !

Thursday, 8 July 2010

Hari khamis yang sepatutnya membawa kebahagian telah membawa kemusnahan

Hi assalamualaikum assalamualaikum ( dua kali bagi salam tandanya tengah geram).


Ha kawan-kawan, terkejut tak terkejut tak aku update lagi hari ni? Aku update kali ini bukan lah sebab nak share sesuatu yang menggembirakan dengan korang, sebaliknya aku nak berkongsi kesedihan yang melanda diri ini wuwuwuwuwu. Aku tengah emosi ni jadi haruslah menaip dengan pantas dan laju sejajar dengan kemarahan.


Setiap hari khamis, memang aku takde kelas. Sebab dalam jadual memang macam tu. Jadi setiap malam rabu, pasti terlupa dan menyamakan hari rabu macam hari jumaat. Perasaan gembira bukan main kepalang, rasa nak buat headspin dan menakutkan anak jiran. Tapi tapi tapi tapi tapi. Semalam tak dapat nak berbuat demikian sebab hari khamis iaitu hari ini, ada kelas ganti. ^^%%$$$#$&&** !! Pukul 8-9. eceh 1 jam je pon. TaPI TAPI tapi (tulisan pelbagai saiz menunjukkan perasaan tegas), selepas itu ada study group pule T-T.



Selepas berangan dari pukul 8-9 pgi, kelas pon tamat. Maka berlari anaklah aku ke bilik tutorial untuk study group. Sewaktu sedang kusyuk mencuri ilmu kengkawan tetibe guruh berdentum. Gile kentang bhai. Aku cemas, lantas menggigit jari untuk menguatkan hujahku lagi. Lepas tu hujan bercucuran jatuh macam cucur udang bukan cucur chocolate adabi yuuuks tak sedap tu. Lebat dia toksah cakap lah, kalah karam singh walia yang suka cakap lebat. Aku pelik la kan asal ujan ni, sebab Bandung skang ni bukan musim ujan pon. Cuaca bandung ni lain dari Malaysia, dia kalo ujan, ada bulan-bulan tetentu. Bukan hujan ikot sedap je macam kat Malaysia.


Nak dekat kol 1 camtu, aku pon ingat nak baliklah, nak landing atas katil sambil makan kudap-kudapan oh bahagianya! Nak nak ujan kan...memang tak ah ... Aku pon balik la sorang sendri, first pegi isi minyak dulu sebab minyak kete aku ni menyala dah 4 hari. Kang mati enjin naya aku ni...malu la nak tolak kete pakai high heel (-_-). Lepas dah settle sume, aku pon pegilah top up dan makan bakso kat tepi jalan. Murah je rp6000= rm2.40 camtulah. Aku makan sensorang je la kan sebab semua housemate ada haluan masing-masing. Masa makan tu aku dah rasa ngantok yang amat sangat, memang tak sabar la nak balik ghumah nak landing sehabis baik! On the way nak pegi dekat kete tu, aku pon singgah beli cupcorn. Ha cupcorn bandung ni special beb. Tak men a cupcorn standard. Cupcorn kat bandung ni ibarat proton saga 1.3 pakai body kit lancer tuuu ngeh2.



Cupcorn edisi bandung. corn + susu + cheese = rp 3500 / rm 1.40! Handal tak handal? Memang excited betol aku nak makan bendaalah ni kat ghumah sambil landing atas katil nanti weee! Dalam kete on the way nak balik ghumah, aku sanggup tahan nafsu tak makan sesuap pon cupcorn sebab nak rasmi kat atas katil punya pasal. punyalah.....



Dah sampai ghumah, dah parking kete lawa-lawa, aku pon bukak pintu ghumah dan memanggil dak chubbs dengan nada yang amat manja hikhik :p Sekali ....................................




UMAH BANJIRRR ?????????



Kaget aku ghumah ni peno ngan air. Patot a luar umah aku die punya basah len macam. Cis. Aku usha-usha la barang-barang electronic aku macam tv plasma 42", home theater set, iphone 4, Nikon D90 & ketuhar gelombang micro. Ok tipu je aku mana ada semua tu hahahhaha, ghumah ni sofa pon takde, apetah lagi iphone 4, tv jadah sume tu. Betapa fakirnye aku wuwuuwuwu. Mesti mak aku sedih kalau die dengar ni. Anyway, buku aku ade yang basah, semalam aku study kat lantai tak sempatla nak kemas balik kan, so kesian buku aku wuwuwuu..


Aku memang dah kecewe tahap tangkap leleh punye. Aku dah la penat ni..balik ghumah nak rehat...tengok2 umah banjir...punyela kotor rumah ni. rumpai rampai alga hijau lumut suma pon ada dlm ghumah ni. Ntah mana datang ntah. Aku pon tepon bibik yang slalu datang bersihkan ghumah kitorang ni..


aku : helo, bik di mana ajah. bisa ga dateng sekarang, soalnya rumahnya kebanjiran bik!
bik : neng, maaf ga bisa. bik di daerah ciwidey nih, lagi liburan wisata sama keluarga. besok ajah ya neng *wink wink*


.................... hari ni kan hari khamis...kenapalah bibik aku ni pergi holiday pulak dengan family die...pegi gunung berapi lak tu..handal ko ye bik...lain kali pegi la holiday hari ahad ke sabtu ke. Time-time camnila ko nak g holiday kan..saje je kan ko bik...takpe takpe..ada ubi ada nasi kepal, nanti aku bagi balasan setimpal!



Sebab bibik pedajal aku...maka aku pon jadilah bibik secara automaticnya...penat weyh penat...nak angkut buku-buku keringkan, basuh baju kotor yang dah lencun kene banjir, ganti cadar, cuci, mop lantai semualah...baru ingat nak landing wuwuwuw...cupcorn aku pon aku tak pegang-pegang dari tadi..ni bukanlah kali pertama ghumah aku banjir, dah 4-5 kali kot sampai aku dah lali dah. Lek je. Dulu lagi la terok, masa exam kot huhu. Tapi takpelah bak kate orang, alah bisa tegal biasa, sape yang dah biase die mmg power. eceh tokok tambah pulak aku ni :p. Ha aku de rahsia nak bagitau korang ni before aku g jemur baju. Tadikan aku nak mop lantai, skali floor cleaner dah habis. Nak pakai sabun basuh baju, nanti licin, takkan nak pakai sabun basuh pinggan, bankrupt la. Pastu aku nampak bende ni..........hee bedal je lah. Yang penting kau ada anti-bacteria element.













Skang ni bilik aku bau macam bau jamban yang baru dibersihkan.........


Thank you for reading this entry !

Thursday, 17 June 2010

Edisi Jom ikot saya pergi sekolah !

Hi assalamualaikum people !
Adekah sihat semuanya? Yeah yeah. Hari ini I nak bawak anda semua pergi sekolah I! Seperti yang anda dah sedia maklum, I kan study dekat School Of Medicine, Padjadjaran University. Gempak seh name course nagn U kau, siap de school school bagai. Padahal orang kat sini panggil "FK UNPAD" jeh. FK= Fakultas Kedokteran, UNPAD= Universitas Padjadjaran. hahaha aku saje je tulih english baru nampak hebat bergaya unggul tiada tandingan :)


Hi ! Itu I la tu. Hari ini I pakai shawl arab. Sebab tu muka I besar macam roti arab hiks ! I sampai pukul 8.55pagi, kelas lab akan bermula jam 9 pagi. Tidak boleh lewat ye kawan2! (padahal selalu je.....)



Camera zoom pliz ! Yeah kita sudah berada di lab ye. Kejap lagi azab nurakka akan tiba. Mampos semalam study anatomy pasal circulation tak habis. Kalau kena tanya memang masak aku ni. Harus tundukkan muka dan port paling ujung supaya tak kena panggil haha!



Inilah keadaan lab yang hiruk pikuk peacock cocktail $^&*%$# ! Blaja organ dalaman manusia kat lab samo bising eh ngan boli organ dalaman ayam kek pasar bosa somban tu ha.



Ok camera zoom balik cepat2. Oh hiii !! (suara excited). Nasib I baik hari ini sebab tak kena panggil dengan doctor anatomy tadi. I berjanji akan blaja anatomy bersungguh2 sebaik saja tiba dirumah nanti (azam rutin) hiks. Sekarang doctor histology sudah masuk. I love histo!



Sebelum tu I nak tunjuk yang I ada beli pencil case baru! Merah you :) Ha keychain parachute tu ema bagi kat I sebab ada tulis 'Honey'. ala honey koyuki kan name glemer I hiks (gelak gedix).



Jom jom tengok microscope! Hari ni kita nak observe artery & vein ye kawan-kawan. Artery & vein tu salur darah kita. Sekarang ni I nak observe cell-cell kat salur darah kita ni manela tau kan ada cellphone ke seashell ke kan. Kelass you! (ape hal lak kelas ni?)



Lepas you all da observe, kenala lukis & label kan. Barulah penuh lab manual you all nanti~! Jangan nakal-nakal tau you all hikhik~~(bodo)



Camera cepat zoom zoom!! Haaaaa da puas blaja anatomy & histology tak you all hehe? Skang jam da pukul 1130 I nak bawak korang g lunch kat Starbucks. Kelassss tak mak??? Ok tipu, jom pegi makan kat kantin.



I ni kan melayu tulenssss I tak boleh lunch tak makan nasik tau~ Inilah menu favorite I, Chicken Teriyaki Bento. Makanan Jepun seh walaupun duk indon! harge rp9000 = rm4. Kadang-kadang I makan Nasi Rames. Yang tu macam nasi campur brand indon tapi lauk dia macam suprise sikit sebab korang takkan tau lauk apa yang dorang serve rini. Bia I belakon jap eh ;)

atin: ema hari ni lauk apa ye nasi rames tu?
membuka kotak nasi rames..
ema: wah hari ni lauk daging dengdengdongguangdongngapainlolojgnmcm2samague!
atin: wah suprisenye!

suprisekan kalo makan nasi rames? T_T mcm main tikam.

Okaylah you all, perot I pon dah penuh, sua I da sempit, I nak pergi surau ni bukak button sua hahahahaha lepas tu I nak smyg. Kat sini zuhur masuk pukul 1145 tau. Jap lagi kol 1 ada tutorial pulak ! 3jam you all tau tak! Memang dibuai mimpi indah la jawabnye hiks :)


p/s: Thank u sbb sudi bace, sudi comment, sudi follow, sudi msg shoutbox I & sudi berkawan dengan I :).

Thank you for reading this entry !