Saturday 30 October 2010

Pesanan

Assalamualaikum :)

Kejap lagi aku g Bali..tapi tak semangat sebab macam mengantuk..eh apa ni reason tak kukuh langsung. Ermmm, malasnya nak packing. Rasa macam nak bawak almari & meja solek pegi Bali..bawak bakul baju kotor sekali lah..senang sikit nak campak-campak baju kotor...Hmm apepon aku balik hari rabu nanti.

Malam ni final kan Malaysia Cup kan. Mintak-mintak n9 menang boleh la aku berlagak dengan kengkawan nanti. Tapi berlagak tak baik ohh. Tapi kalau semua orang merendah diri, bosan pula kehidupan ini. Macam takleh terima je idea ni (-__-). Klah klah baik pergi kemas baju sekarang. Pergi Bali kena bawak baju apa??? Apakah pakaian terkini & sensasi yang sesuai dibawa ke Bali?? Aku kena pakai baju cantik-cantik ni supaya orang Bali tidak memandang rendah orang Bandung. Nonsense.

oklah bye. pergi mengemas sekarang juga.


Thank you for reading this entry !

Friday 29 October 2010

Beware of fakers

Assalamualaikum.






Selain dari account FB di atas, ada juga yang guna gambar aku tapi nama dia lain. Malas nak komen lebih, cuma nak ingatkan korang, if you ever come across any FB profile with either my name or my picture in it, please DO NOT approve/add these people. They are hazardous to human being :p


FYI, I have only :
  1. Personal  FB account - Fatin Liyana Asri
  2. Fanpage FB account - I <3 Fatin Liyana's [honeykoyuki.blogspot.com]
  3. Formspring - FatinLiyanaAsri

Get smart! Beware of fakers & Do not get cheated T____T.
psst : mana drum set? bak mai aku nak p ketuk sampai pecah.


Thank you for reading this entry !

Thursday 28 October 2010

Miracle

Assalamualaikum !


Pagi tadi bangun terus siapkan breakfast, basuh baju, jemur baju & kemas bilik. Lepas dah settle semua, online lah kejap hehe..ingatkan hari ni nak kemas almari, nak lipat balik semua baju, tapi tengoklah nanti, badan masih letih-letih laaa... :) Oh ya hari ni aku nak cerita sikit pasal miracle yang berlaku kat aku.


Kan aku ada habaq mai kat angpa suma yang last exam aku ialah OSCE kan? OSCE ni tujuan dia nak evaluate skill ang. Depa nak tau ang pandai dak baca ECG, ang reti tak buat Anterior Nasal Packing, ang reti dak buat Ziehl- Nielson Staining etc etc. Senang cita, OSCE ni exam dia camni. Dia ada 13 stations yang mana setiap satu station tu ada task dia sendiri. Dekat pintu station tu, ada tulis short case. Depa bagi ang masa 1 minit baca soklan. Pastu bila bell bunyi, angpa kena masuk dalam station tu & perform task yang dia suruh kat short case tadi dalam masa 10 minit. Lepas tu bila bell bunyi lagi, angpa kena kluaq & pi station sebelah pulak. Ulang sampai ang habis kesemua 13 station. Mencungap beb! 


Markah lulus adelah 80. So kiranya kalau ang dapat 79 pon dikira fail. Kejam tak kejam depa ni? 
(-___-). Tapi takpa, kalo angpa fail station tu, depa bagi ang peluang untuk remedial station yang ang fail tu. Kiranya, fail untuk OSCE adalah satu perkara yang biasa sebabnya nak lulus syarat dia mesti kena A. 


Tapi sungguh aku tak percayala..bila result keluaq ritu... Aku rasa macam eh eh..biaq btol..tipu ka apa ni..

 cari NUR FATIN LIYANA BT ASRI.... hee baru tau ke nama aku ada NUR :P


Aku rasa aku tak berusaha sangat pon tok OSCE ni..eh aku bukan nak kata aku pandai tau, jauh sekali nak riak. Korang janganla kata aku berlagak ke apa ke..sedih a aku camni..wuwuwuw.. Aku cuma pelik ja...hmm korang pon tau, kerap gila kot aku update blog & online malam sebelum OSCE tu. Lepas tu malam tu aku macam orang gila sebab banyak gila tak study. Siap tulis status kat FB 'im dead im dead im dead'. Sebab aku dah target dah aku mesti fail 5-6 stations. Memang dead la kan. Masa tu rasa nak nangis ja..Tapi syukurlah dah rezeki aku kan hee mesti berkat mak ayah & ang suma dok doakan aku kot....alhamdulillah..at least boleh buat mak pak aku gembira seketika..


Setelah aku muhabasah diri, aku mendapati yang, memang aku tak berapa nak study masa gap 5 hari sebelum OSCE. Aku dok sibuk update blog bagai sebab nak naikkan traffic (-___-). Tapi aku rasa aku boleh score sebab aku concentrate dalam kelas skills lab. Bukanlah maksud concentrate tu ang kerut dahi takmo bercakap ngan member sebelah ang tak tak. Cuma setiap kali skills lab, aku akan tulis notes dalam kelas tu gak & pastikan aku betol2 faham camna nak perform skills tu. Jadi bila exam ritu, aku tak rasa stress sangat sebab aku dah tau camna nak perform, cuma kena polish sket ja bagi mantap.


Tapi walauapapun, aku percaya macam mana berusaha pon kita, kita kena berserah & tawakal kepada Allah. Pastu kita kena mintak keredhaannya. Kalau DIA redha nak bagi kejayaan dekat kita, maka berjayalah kita..if not korang tau la kan.. Sentiasalah ingat yang usaha mesti ditemani dengan doa & tawakal. Another tips, belajar mesti ada aim. Kalau kita dah set aim, barulah kita bersungguh2 ye tak. Tak guna dok pegang kertas 2-3jam tapi apa pon tak masuk. Buat penat badan jer. Remember, do study smart :) Gudluck semua!!


bila belajar kita belajar, bila exam kita exam, bila habis exam baru kita berhibur & pakai cantik-cantik!! masa ni aku selekeh & tak cantik sebab exam punye pasal teehee


Thank you for reading this entry !

Kitty's Ribbon

Assalamualaikum !


Ni Hello Kitty punye ribbons ;) woh comelnye kan ! Ada 6 patterns !




Ini pulak aku punyer ribbons hee.. baru beli semalam..beli 7 patterns kat Stroberi! Jadi sekarang aku dah ada 9 ribbons kesemuanye !! comelnye comelnye comelnyeeeee




Hari ni aku rajen pulak nak masak teehee jadi telah memasak ayam masak lemak cili api, sawi sos tiram & sambal ikan bilis. Tengok farah & ema makan sampai licin pinggan rasa bahagia ;)



p/s: day 01 holiday - hari ni tak buat apa sangat, cuma tukar template blog, memasak & qada' tidur. esok harus mula melakukan aktiviti berfaedah! teehee ramai yang baru nak start final exam kan? gudluck tahu! semangat yer ;)


Thank you for reading this entry !

Wednesday 27 October 2010

Makan katjapiring & main game token pon gembira.

Assalamualaikum

Keajaiban telah berlaku kepada diri aku tapi nantilah aku cerita dalam entry lain ye hehe. Ok semalam aku tido satu jam jer, pastu terus pergi exam OSCE pukul 7 pagi. Lepas dah habis-habis semua, dalam pukul 3.30 petang macam tu aku pergi fetch Wan & Fido kat maulana and Amal & Zub kat sukawening. Kalau korang nak tau, nilah member study group aku teehee. Ada lagi 2 orang senanye, Jaa & Tety tapi dorang berdua tak dapat follow so kitorang pergi berlima je :) Kitorang plan nak makan mahal kat ParisVanJava & kebetulan ada  ice-skating rink baru bukak, so kitorang rasa macam tak senang duduk pulak kalau tak tunjukkn bakat berskating masing-masing (baca : bakat menjatuhkan diri) 



itu zubb itu amal ;) kanak-kanak riang gembira



si kakak sedang berbincang secara serius dengan brader-brader berkenaan dengan lokasi untuk matekedarah.



sebelum itu, aku terjumpa KITTY CASTLE !! OHEMMMMJIII omeyomeyomey anyonyoynyoynyo! (pastikan perasaan selaras dengan mimik muka)



Kami membuat keputusan untuk makan di KatjaPiring. Ntah hape bende le name camtu T___T. Bajet unik. Eh apesal yang aku tak puas hati sangat dengan nama dia hahaha. Anyway, restoran ni serve Malay-Peranakan Cuisine! Bukan senang nak jumpa makanan Melayu kat indon tau, itu pasal gembira sangat sampai gambar vibrate.



Member study group bagus gila dorang serahkan kuasa veto kat aku untuk memilih menu !! Hee memanglah aku pilih semua yang ada lambang topi tukang masak & lambang thumbs up tu. Korang pasankan ade icon kecik sebelah nama menu tu kononnye chef recommended la. Berguna jugak icon tu untuk noob macam kitorang ni teehee.



Nak order yang ada gunung jer kannnn



kailan ikan masin & nyonya style fried gurame !



ayam bakar bumbu rujak & tom yam seafood ! yang ni sedap sangat amal makan sampai terkeluar2 sideburn dari tudung wakakakakaka jangan marah amal :P



ok sesi makan dah tamat. semua gembira sambil mengusap perut kesayangan :)



kemudian sesi mengusap dada pula... (-____-)



Lepas dah kenyang, kitorang pergi Jonas Studio. Jonas ni macam purikira tapi studio size! Hee template dia comel sangat. Nanti gambar dah siap, aku upload yer :)



Sebelum sampai di ice skating rink, ternampak pula STOMP ala-ala DDR. Tiba-tiba terpengaruh lantas fight 1 game dengan Fido. Tapi aku kalah wuwuwuwuwuwu...jahat jahat diskriminasi wanita...



Sebab kalah main STOMP maka pergi ajak Amal lawan gendang. Memang aku pilih nak 1on1 dengan Amal sebab Amal tak reti main. Akibatnya aku menang dengan hebatnya hahahahahahahaha baru la puas hati aku :P



Mula-mula main sikit jer tiba tiba nafsu menguasai diri masing-masing, dorang main tak hengat dunia! Main basket, main basket main ice hockey, main stomp, main stomp, main gendang, main gendang & main gendang. Kira berapa kali kitorang men benda yang sama?? Kerana kelalaian kami, maka kami sampai di ice skating rink pukul 9.30mlm. Tapi tapi tapi .. dia tutup pukul 10mlm wuwuwuw.. conclusion ringkas : gendang & stomp berpuaka!



Kerana sedih tak dapat main ice-skating maka kami terjumpa decoration tok halloween ni..maka mereka pon main sorok2 di belakang hantu...bajet best...LOL



oh itu saja! template sudah ditukar yay ;) anyway header itu temporary saja sementara aku tunggu header baru siap. Tapi header ni comelkan? Hadiah dari pembaca blog yang bernama Myravea! Hee link dia ada kat tepi ni :) macehhhh! oh ya, holiday aku dah start teeeeeheeee.


Thank you for reading this entry !

Sunday 24 October 2010

Awak nak belaja cemana kita makeup tak?

Assalamualaikum.


Terus terang aku kata, aku tak pandai bab-bab make up ni sebabnya orang sekeliling aku bukan jenis yang pakai make up. Even aku sendiri pon, hanya pakai make-up untuk certain occasion. Bukanlah aku ni natural beauty, jauh sekali! Cuma ya know environment kite tak macam tu, bila kau sorang je pakai make up nanti rasa macam awkward gilerrr T___T. Tapi aku suka la tengok orang makeup pastu jadi cantik hehe..Sapa tak suka kan jadi cantik. Like people always say, Make Up Can Do Miracle ! Miracle tang mana tuh?


Miracle tang ni ! Cepat bersetuju dengan ayat aku tadi teehee



Anyway, walaupun aku tak tau sangat pasal make up suma, I mean what should I put first, whats good, whats not. Tapi aku tau basicla kan hee. Macam foundation kena pakai for base, concealer is to hide your eyebag & pimples blablablabla that one I know la kan. So disebabkan ilmu di dada ni sangat cetek sekali so teknik untuk make up yang digunakan pon sangat simple la kan. Haha. 


My all time favourite make up style is GYARU STYLE aka GIRL STYLE. Gyaru style ni datang dari Japan. Dorang emphasize more kat eyes rather than other parts of the face. Bagi aku make up jenis ni senang sebab dia tak main banyak colour lepas tu dia nampak macam natural ! Bajet natural beauty padahal pakai make up wakakakaka. Korang refer kat gambar atas ni. You got what I mean? Big eyes with nude colour lips & pale to pinkish cheeks. Sangat comel kan? Korang kalau nak belajar cara make up Gyaru Style ni boleh la usha Youtube. Type in je 'Gyaru Style Make Up Tutorial'. Belajarlah hengkau sampai mengalahkan make up artis teeheee



My Gyaru make up attempt ! Kalau edit skin ni bagi sharp sket semat kot (n_____n). Anyway disebabkan ramai tanya aku pakai product apa untuk make up kali ni, jadi aku nak berkongsilah ye apa yang aku pakai. Malu jugak senanye sebab aku tak pakai pon MAC ke BobbyBrown ke teehee...kita pakai yang murah-murah je wak...hee kita nak simpan duet beli ipod touch :P Oh ya, list make up bwh ni aku susun according to my make up steps tau.


  • Moisturizer - Safi Rania Gold
  • Foundation - Maybelline Clear Smooth ( first time aku beli foundation jadi belilah yang paling murah sekali wakaka tapi foundation ni tak best sebab dia macam kering wuwuwu susah nak ratakan jadi aku kena pakai moisturizer dulu -___- Membazir duet den 24 hengget )
  • Concealer - Maybelline Perfect Concealer ( Datin bagi teehee sebab masa photoshoot aku lupa pulangkan pastu dia bagi terus je. Baguskan ada kawan camni wakakaka )
  • Mineral Powder - Loreal True Match Mineral Make Up ( pakai sikit je pon dah ok, suka sebab dia bagi full coverage )
  • Eyeshadow - In2It ED06 Azure ( Colour dia macam metallic blue-gray & sky blue. Apply yang sky blue tu sebagai base & metallic blue gray tu at the corner of the eyes. Blend. Pastu apply black at the edge)
  • Eyeliner - Cybercolour pencil eyeliner ( Colour dia sangat sangat gelap which i loikee, actually pakai In2It crayon pon okayh hee..cybercolour ni boleh cari kat alamanda)
  • Mascara - Maybelline Magnum Volume Express ( My favourite sebab nampak thick)
  • Fake lashes - aku beli yang murahan hehe.. 
  • Blusher -StudioColor B07 Pink ( Brand dari indon mungkin tak jumpa kat malaysia)
  • Lip Butter - Papaya Lip Butter from BodyShop ( effect dia macam lipbalm tapi lebih moist )
  • Lipstick - StudioColour 129 ( colour dia macam orange-nude sikit)
  • FaceMist - Etudehouse aqua face mist ( after make up spray, bagi muka glow sikit)


Itu saja! Ha aku nak cakap sorry in advance sebab aku takkan buat video tutorial make up walaupun anda semua menangis air mata darah sekali pon hahaha poyo la plak. Bukan apa, aku dah la tak reti make up asek la tersilap lukis, terlebih blend. geram jerrrr!!! So aku gantikanlah ye dengan entry ni. Korang kalau nak belajar make up pergi je usha youtube ha. belambak yang power2 leh ajar. Jangan belajar ngan aku yang ngeng ni ha. Ibarat ketam mengajar anaknya bejalan lurus. Oh ya some tips! make up tu janganlah berat2, kadang-kadang yang simple tu lebih cantik. Kita pakai make up bukan untuk mengubah rupa asal, tapi untuk meng-enhance-kan kecantikan yang sedia ada :) Gudluck gurls!


Thank you for reading this entry !

Friday 22 October 2010

Apa itu Griya?

Assalamualaikum.

2-3 kali jugak aku gebang kat korang semua yang aku beli barang ghumah kat GRIYA kan. Apa Griya tu sebenarnya? Ha Griya tu macam Giantlah kat mesia. Nak kata macam Tesco, Tesco besau nau. Menangis tokey Griya ni kalao dio poei Tesco kan. Mesti dia rasa penghinaan paling terhina dalam sejarah ketamadunan manusia! Anyway, aku ni duduk dekat pekan kecik nama dia Jatinangor. Bukan kat bandung city tu tau. Kalau nak pegi Bandung tu adalah 40minit perjalanan. Sambung-sambung kiranya kat Jatinangor ni ada 2 tempat nak shopping groceries. Satu kat Jatos (Super Indo) & satu lagi Griya. 




Inilah GRIYA kegemaranku. Biasa student suka pergi SuperIndo tu sebab dia dalam mall. Kiranya senanglah kot, boleh pergi makan sekali ke shopping sekali ke kan. Lagipon Jatos tu dekat sikit dengan area U kitorang. Tapi aku lagi suka Griya sebab senang cari parking. Jatos tu nak cari parking satu hal. Cukup tak goma la den poei situ.



Hari ni teringin pulak nak makan mihun sup & buah-buahan. Jadi tadi ajak Farah pergi griya. Lagipon susu dalam fridge dah habis, nanti nak breakfast susah. Aku ni bukan rajin sangat nak buat2 air panas ni hehe... Tengok tu tengok tu aku bawak recycle bag hee..niatnya takmo guna plastic!



 Tapi excess pulak...jadi terpaksa pakai plastic bag jugak. wuwuw baru nak bajet artis hollywood..save our environment....




 Yay dah dapat beli buah-buahan kegemaran !! jambu air & tembikai nyum nyum hee



Power tak hidang sup dalam periuk ? Mana nak cari orang sempoi cam ni kan? wakaka ghumah sewa aku ni mana ada pinggan mangkuk corell ke vantage ke....hidang jelah pakai periuk..asal dapat telan je dah hehe...mangkuk tu pon suma dapat free sebab beli sabun basuh baju Daia...kat umah aku ni mangkuk lagi banyak dari pinggan ngan cawan...sume sebab ihsan dari Daia....terima kasih Daia!



Ini dio mihun sup dak patin masak. Dilotak eh sambal kicap sotongah mangkuk mano tak borasap tolingo eh...botuah punyo budak teehee....





p.s : korang suma tau kan pasal budak medic yang meninggal semalam kan? She's my senior tapi dia tengah praktikal kat hospital. Aku pon tak pernah jumpa siapa dia. Cuma terkejut tiba-tiba dia boleh meninggal. Somesay sebab respiratory failure, tapi what triggers the failure IDK la kan. Mintak ramai-ramai sedekahkan Al-fatihah kat allahyarhamah ok. Jangan sebut al-fatihah jer, please recite it guys ! Tq

Thank you for reading this entry !

Thursday 21 October 2010

Nak cari shawl? tudung instant? inner? accesories yang lawa-lawa? hee sila tekan sini!






Assalamualaikum !


Hai pekabar korang semua. Sekarang ni tak dinafikanlah fesyen tudung zaman sekarang dah berkembang pesat lagi pesat dari pembangunan di jengka. eh kenapa jengka? entahlah sebab aku teringat si datin yang pergi submit report dia kat jengka hehehehe...


Baru terkedek2 nak pakai syria dah keluar shawl gypsi, by the time tengah usha gypsi, keluar pulak shawl crumple. Memang tak menang dek tanganlah kan kalao nak follow trend-trend tudung sekarang ni. Walaupun trend tudung tu banyak tapi nak cari tu ada masalah sket. Bukan semua kedai nak follow the trend. Kadang-kadang orang dah tak pakai dah tudung tu tapi dia sibuk dok jual. aishhhh. Tapi takpe sekarang ni dengan ada internet sumenye senang. Tak payah ronda keliling bandar nak cari shawl, sekarang ni dunia di hujung jari je beb. Kalau berukband engkau orang pantas, maka pantaslah engkau dapat merembat shawl-shawl keluaran terkini teehee...!





Memperkenalkan BUTIK E-DAST ! Butik E-dast memang best sebab dia ada semua latest design! Sebutlah nak ape semua Butik E-dast jual. Tolak KFC & choki-choki jer :) Dari shawl jojet ke pashmina ke gypsy ke 3 tones ke crumple ke tudung instant ke ribbon sumalah dia jual! Penatlah nak type sebab banyak sangat produk dia. Pekata korang usha sendiri hehe aku dok usha 1-2jam jugaklah.. banyak sangat pilihan yang cantik-cantik ! Nilah online shop yang jual headgear terbaik bagi aku ;)




 
Tudung Instant by E-dast ! Kalau korang nak nampak macam matang sket bolehla try tudung ni hee sejuk je material dia ;) high-kualiti beb, tengok pon tau ! Senang bentuk jugak, yang penting colour dia sangat-sangat soft.





Pashmina 3-tones by E-dast ! Aha yang ni sesuai untuk sesiapa yang minat shawl yang colourful sebab colour dia contra & enhanced :) Ni pon aku suka jugak sebab colour dia tu buat korang nampak macam ceria je kan. Kalau tambah ribbon kat kepala tu memanglah terpaling comel in the world hee..




Chequered Pashmina by E-dast ! Yang ni pulak sesuai untuk korang yang nak jadi miss arab-wannabe hehe..sebabnye pashmina yang ni dia tebal & besar, bila korang lilit dia nampak macam style orang-orang arab. Letak shades kat atas supaya nampak poyo sikit. Barulah tak berani mat rempit nak usha wakakakaka



 Mini pashmina by E-dast. Yang ni macam pashmina tapi dia kecil & nipis. Senang gile nak pakai. Memang la jadi gile sebab tak percaye senang gile nak pakai :').




Selain jual head-gear & accessories, E-dast jugak jual baju teeeheeee. Yang aku pakai blouse warna pink tu dari E-dast la tu. Comel gile! Tak tahan tak tahan. So korang patut usha butik E-dast ni sebabnya pilihan yang ada sangat sangat sangat banyak & cantik-cantik sampai rambang mata korang ! Pastu owner dia memang dah berpengalaman dalam hal-hal tudung ni. E-dast pon ada butik kat serdang. Kalau bosan-bosan boleh la menghabiskan duit boipren kat butik E-dast okayh!  FATIN LIYANA supports Edast Boutique 101%! teehee..... selamat shopping gurls :)



psstt: tips berfashion dari fatin liyana. Kalau nak pakai shawl yang colourful & sarat, make sure korang punya baju jenis yang simple2 saja ok. baru nampak exclusive & ada style :) take care!


Thank you for reading this entry !