Thursday 30 December 2010

Photoshoot with Edast Boutique - Part II

Assalamualaikum ;)

Kita berjumpa lagi di segmen ke2 bersama saya, Fatin Liyana! Jadi sekarang mari kita usha gambaq-gambaq yang ada. Banyak sebenarnya gambaq yang ada, tapi aku upload yang mana aku berkenan jaa. Yang tak berkenan tu toksah dok kalut. Duduk diam diam dalam folder paham dak?



muka takda perasaan adalah kemahiran aku yang terunggul :')



dari ribbon ke shawl ke inner ke baju ke cincin ke rantai. suma boleh dibeli di edast boutique!



 Inspired by Yuna !



 Loike this pic ;)



 Buat cover album okay tak? Tapi takde album pon, nyanyi karok pon lontaran suara goyah -__-



 Bunga-bunga cinta teehee *mood gewwwdikk*



 emo. hiris nadi dengan razor.



 eh bukan ke dah upload gambar yang pakai baju biru ni tadi? ye btol tu rakan2. tapi sebab aku suka sangat dengan gambaq ni maka aku upload 2 kali.



eh gambaq ni pon dah upload. yang bunga-bunga cinta tu kan? SALAH. cuba scroll balik dan tengok warna cardigan. berbeda bukan? ;)


Apepon aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat butik Edast sebab bagi pengalaman yang bukan main indah in the world kat aku hehe...dapat duit, dapat accessories, dapat inners & shawls satu beg, dapat cardigans, dapat overall wahhh macam2 edast bagi. Tapi yang paling penting, dapat pengalaman jadi model Edast yang pertama :) Murah rezeki aku, syukur alhamdulillah ! Semoga business Edast semakin maju !

Korang boleh on9 shopping di Edast. Atau datang jer kat kedai dorang di no10G, jalan 18/35, Taman Sri Serdang, Serdang untuk dapatkan product2 yang aku pakai. Kalau nak tengok gambar yang lain, boleh tengok kat fanpage Edast. Gambar lain ada jugak pada photoG safwan & faiz. Usha facebook dorang k. Mana tau korang ada nak pakai khidmat photography diorang ke kan :) boleh la kolling2 hehe.

Facebook Safwan & Faiz. Sila click sini tau. 


Thank you for reading this entry !

Photoshoot with Edast Boutique - Part I

Assalamualaikum :)


Aku suka balik Malaysia. Sebab bila balik mesia jer, macam-macam ektibiti yang aku tak pernah buat aku dapat buat. Macam baru-baru ni, aku berpeluang photoshoot @ whitestudio dengan Edast Boutique pada 26hb December 2010. Terasa macam duta Edast Boutique you ! Edast Boutique ni ada kat Serdang. Dekat la dari seremban kan. Setelah datin breakfast kat rumah aku, kitorang gerak ke Serdang & sampai sana lebih kurang pukul 11 pagi.

Anyway, sepanjang cuti ni aku tak pinjam kereta dari kedai ayah aku. So aku bergantung harap jer ngan datin hehe. Aku bayar duet minyak aaa hehe.. Ayah aku suruh drive kete merc dia kalau nak pergi mana-mana tapi aku ni kan pemalu..... :)



Dah sampai Edast Boutique ! Suka giler butik ni sebab decorations sangat comelsss & banyak sangat product dia. Baju biru suami owner & mek yang tengah duduk tu emak kepada owner! Mereka sangat-sangat friendly & chillax. So takdelah stress kannn hehe



Barang-barang yang aku bawak. Kasutsssss & 1 bag besar giler untuk make up & baju ganti. Untuk photoshoot kali ni, aku kena peragakan baju, shawls & accessories dari Edast. Kira seluar & kasut je aku punya :)



Tudung pink adalah owner Edast Boutique & tudung biru adalah adik Ernie, assistant boutique. Dorang sangat-sangat humble, tak bossy, bagi kebebasan sepenuhnya kat aku untuk mix & match inner, shawls & accessories. Siryes, best sangat sebab dapat try pelbagai jenis shawl hehe..



Ernie yang sangat comel hehe kejap2 dia nak tangkap gambar dengan aku. Terasa macam artis pulak haha! Maceh Ernie sebab jadi assistant yang sangat manthop on that day !



Datin korang ni dah banyak sangat berbakti kat aku hehe..kalau takde dia, takde sapelah nak bawak aku g photoshoot ! Kalau takde dia jugak, takde sapa nak lekatkan bulu mate pelesu I. Awww datin u memang terbaik!


 Tercapai jugak hajat nak photoshoot dalam white studio !



Lepas shoot sume kitorang break untuk lunch. Makan KFC ramai-ramai dekat lantai tau. Baikkan owner Edast ni! Anggap kitorang macam family jer. Sebab aku lapar sangat, aku makan 2 ayam . Aku rasa aku termakan mek punye ayam. Sebab masa tu mek pegi semayang. Lepas tu aku cemas, rasa macam nak nangis pon ada. Tengah aku risau tu, tetiba aku dengar mek kata dia taknak kfc dia nak makan nasi. Fuhh lega :')


 Make up by me ! Tapi touch up eye shadow & fake lashes by datin :)



 hehe bajet pro :p



 Banyak giler shawls yang aku pakai ! Ada 20 kot? tapi siryes tak rasa penat pon ehehe sebab gembira jadi tak rasa penat langsung.



 Lepas tukar 1 shawl, wajib tangkap gambar.



 Ini adalah shawl custom made designed by akak edast. Nama dia Hijab Sang Ratu ! Siryes lawa giler, senang nak pakai pulak tu. Bila pakai jer, aura Sang Ratu terus menusuk kalbu. Sebab tu muka aku macam ratu kat gambar atas ni. (macam ratu ke? haha)



Photographers yang sangat sempoi & berbakat. Buat lawak bukan2 tak berenti. Boleh join Raja Lawak dorang ni haha ! Kiri Faiz & kanan Safwan :)



 Wife Safwan yang sedia menunggu sepanjang photoshoot ! hi kak nad!



 Datin pon jadi model cardigan you :)) Tak sia-sia dia follow aku ke sini hehe



 Gangster tengah ikat tali kasut. Macam nak pegi khawad kaki. -___-



Apepon I cayang Edast Boutique !! Best sangat shawls, accesories dia sume. Korang datang la sini, rambang mata korang nak pilih hehe.. Apepon aku & edast boutique memang ada chemistry sebab akak pon pakai braces macam aku hehe.. Photoshoot ni habis pukul 6 ptg. Lame giler ! Nak dekat 7 jam photoshoot tapi rasa macam 7 minit jer hehe best punye pasal kannn :)

Entry kali ni is all about behind the scene. Nanti aku sambung Part 2. Ha yang Part 2 tu gambar dari camera Faiz & Safwan :) Sila bersabar ye kengkawannn hehe banyak benda aku nak cerita ngan korang ni. See you later!!

Thank you for reading this entry !
Posted by Picasa

Tuesday 28 December 2010

Photoshoot with CarlSamsudin & MelRomeo - Teaser

Hi assalamualaikum !

Entry kali ni pendek je sebab tak rajin nak tulis panjang-panjang. Jadi hari ini aku telah keluar photoshoot dengan Carl & Melz di Seremban (saja taknak upload gambar diorang, nanti entry lain aku upload la haha). Diorang ni blogger otai. Mesti korang kenal kan :)?

Sebab aku kepochi tak sabar nak upload gambar, maka aku buat entry teaser ni dulu. Gambar dalam ni sume raw, tak edit. Carl janji nak edit lelawa. So kiranya, korang boleh tengok la tahap ke-power-an carl meng-edit dengan membandingkan gambar yang ini & gambar yang akan datang.



 menunggu dengan risau




 termenung dengan risau




 membuat muka innocent padahal nakal macam puaka -__-.



menghirup udara segar dengan innocent



keliru samaada nak risau ke nak marah. tengah confuse nak pilih perasaan yang mana satu.



Oh yeah. photoshoot kali ni saje jer buat muka sedih2. Mencari kelainan la kan. Lepas tu aku pakai pastel color. Ala-ala korea gitewww. Eh bukan ke korang jugak yang kata, muka aku ada iras-iras korea. Kan aku dah terperasan. Terus buat photoshoot theme korea/pastel. Over tak aku? HAHAHA. Saje capslock kan gelak tu supaya korang bagi penegasan sikit bila ketawa tu.  Nanti aku upload pulak gambar yang Carl edit. Tapi dia tak edit lagi sebab dia tengah tulih thesis. Saba yo lah kannn....teehee.

p/s: sorry kite jarang update blog lately! gomenne! suke sgt dok mesia sampai malas nak online hehe

Thank you for reading this entry !

Sunday 19 December 2010

Ini cerita pasal adik aku yang paling kecik iaitu dak Asfiq.

Assalamualaikum yaaww!


Hari ni aku nak bercerita pasal adik. Adik aku ada dua orang. Satu yang besar & satu yang kecik. Dua-dua ni perangai dorang macam langit dan bumi. Macam yin & yang. Walaupun jarak umur diantara mereka sangatlah besar iaitu 11 tahun, tapi sebab takda keserasian, maka bila dorang bergaduh tu, rasa macam sebaya jer. Sorang kaki sakat, sorang lagi kaki tacing. Hari-hari terpekik-pekik, kalau lembu dengar pon mesti depression. Tapi yang tak boleh blahnya, dendam kesumat camne pon, tido mesti nak sama-sama. Hehe sweet adik-adik aku ni. Masa tido jelah dorang akan berbaik-baik, yang suke nyakat jadi penyayang, siap kiss si kecik tu banyak kali sebab geram. Yang suka tacing tu, tak dapat nak tacing sebab tengah tido kan haha...


'Han suka kat asfiq masa dia tido je, comel ouh. Tapi bila dia bangun, tak comel langsung' kata Han kat aku... Han asfiq kalau dengar ni mau tacing dow :')


Tapi ini jam aku nak cita pasal Asfiq. Asfiq ni umur dia sekarang 7 tahun. Dia ni adalah seorang budak yang genius yang angkuh haha. Masa mak aku ngandungkan abang, aku & han, mak aku keje sebagai sorang teacher english masa tu. Tapi masa pregnant asfiq, mak aku dah jadi bussinesswoman. Kiranya, memang sepanjang pregnant asfiq tu, mak aku pergi keje. Otak dia sentiasa berjalan. Taulah otak orang buat bisnes macam mana kan. Lepas tu, famly kitorang boleh dikatakan agak mewah a sekarang kalau nak compare masa zaman aku dulu. Dulu abang lahir kat hospital melaka jer, aku plak kat HKL. Seb bek aku lagi urban dari abang aku hahahaha.


Tapi asfiq lahir kat private hospital. Columbia Asia. Nama hospital nak gah je kan. Masa lahir-lahir dah merasa naik mercedes & bmw. Mana tak angkuh budak ni. Kitorang dulu masa lahir naik mitsubishi charade je pon ( T______T ). Camni a double standard. haha! Asfiq ni memang genius, dia punya kemahiran berfikir tu memang style. Asfiq ni boleh bercakap masa umur dia 1 tahun, or less than that. Tapi memang sangat-sangat cepat. Lepas tu words that coming out from his mouth memang loud & clear. Tak pelat & tak mumble.


Apa tengok-tengok adik ni? pukul mau?


Asfiq ni aku kata genius sebab logical thinking dia bagus. Kalau beli barang yang do-it-yourself tu, lek je dia boleh pasang sendiri. Lepas tu, dia ada very strong memory. Apa yang kau cakap semua dia ingat. Kalau dia tak berapa nak ingat pon, dia akan ingat benda-benda yang related to it. Sebab dia ada kelebihan ini, maka dia selalu bongkak. Nak nak kalau dia betol, orang lain salah. Pehh modal sebulan. Asik dia ulang-ulang ' tu lah kan adik dah cakap, lainkali adik cakap ni jangan dengar'. Siap sindir tak tahan.


Ada sekali tu kitorang satu family tengah cakap pasal hotel dekat Kota Kinabalu. Dulu kitorang ada pergi tapi lupa nama hotel tu apa sebab dah lama sangat. 3-4 tahun yang lepas. Lepas tu asfiq datang, nyibuk-nyibuk. Mak aku pon tanyalah dia

Mak : Asfiq ingat tak kita ada pegi kk dulu? kita duk kat hotel apa? ibu tak ingatlah. abg & kakak pon tak ingat
Asfiq : Kalau tak salah, hotel Sheraton. Kita pergi masa adik umur 3 tahun. Ingat tak malam tu ada kawan ayah datang kat hotel tu? Tapi dia ajak ayah makan je, dia tak ajak kita. 


see? jaranglah ada budak kecik yang ingat benda in details!


*******************


Lepas tu, asfiq ni pandai math. Sebab mak aku anta dia pergi kumon. Dia buat calculation dalam kepala jer. Masa umur 5/6 dah pandai tambah tolak yang melibatkan 2 nombor. Kitorang pon selalu la buat popkuiz kat dia..Contoh macam ' asfiq 24+17 berapa?' 'kejap kejap adik pikir..umm 41!' Oleh sebab dia pandai math, maka dia selalu merendah-rendahkan budak sebaya dia. Heh keji gila.

Asfiq : kakak tau, ada kawan adik tu, adik tanya dia soalan senang jer, 9 plus 4. Tapi dia taktau. Dah 7 tahun pon tak pandai addition. Belum adik tanya multiplication lagi.


sempat mengumpat kat aku lagi kaw :')


********************


Asfiq yang angkuh bersama ibu yang comel.


Another interesting fact about asfiq is, dia suka express pendapat dia. Kalau tanya apa-apa, dia akan jawab dengan jujur siap dengan explanation. He deliberates his words well. Tapi kadang-kadang sangat jujur sampai orang boleh sentap. Hahah. Anyway, disebabkan ayah aku jual kereta, so kitorang one family selalu la cerita pasal kereta apa baru keluar, bla bla bla. Aku la yang paling loser sekali bab-bab ni sebab aku jarang balik mesia lepas tu aku tak amik tau sangat pasal kete. Ayah aku punya habit, bila dia driving, kalau dia nampak kete lawa/ mahal/ baru kat sidemirror dia, mesti dia cakap, 'kejap lagi, ada bmw x5 lalu. baru kete ni, mahal'. Lepas tu, mesti asfiq orang pertama yang kutuk :') 

Ada hari tu, mak aku bagi asfiq duit RM50. Saje-saje jelah bagi sebab dia rajin tolong mak aku. So nak dijadikan satu cerita, sejak mak aku bagi duit RM50 ni, mak aku suka la mintak tolong asfiq amikkan itu ini. Sampailah permintaan yang ke-5 asfiq bersuara.

mak : asfiq tolong ibu sayang, amekkan purse ibu dalam bilik
asfiq : ibu tak nampak ke adik tengah main game ni. nanti kalah macam mana.
mak : heyp! kan ibu dah bagi rm50 hari tu? dah bagi duit pon tak nak tolong ye
asfiq : tapi ibu bagi duit sekali jer, ibu mintak tolong 5 kali ! mana boleh!


akibatnya...aku yang kena pergi amek purse mak aku dalam bilik..bedebah punya budak :')


********************

Walaupun dia sombong dah berperangai macam orang besar, tapi at times, perangai dia macam budak-budak juga. Ada masa tu, aku amek dia balik dari sekolah, tengok muka dia masam gila. Aku tanya, dia taknak jawab lepas tu mata dah berkaca. Alamak aku cemas, aku tak bawak duit ni. Asfiq ni kalau dia nangis atau buat perangai, cara nak pujuk dia, korang mesti ada duit. Korang kena bribe dia dengan slurpee, mcD takpon toys. Baru dia berenti buat perangai. Aku konon-konon buat caring ah, siap peluk asfiq tanya kenapa.

aku : asfiq kenapa ni muka masam ni..meh cite kat akk meh
asfiq : ...wuwuw...adik tak dapat masuk pertandingan buat bunyi binatang.......
aku : apo tu? buek po nak jadi binatang?
asfiq : ..wuwuw..murid-murid kena buat bunyik binatang, nanti cikgu akan pilih yang terbaik...adik tak terpilih..tapi kawan adik terpilih...
aku : isy hape la cikgu adik ni, ade ke tak pilih adik!
asfiq : (lagi lebat air mata dia)
aku : dah dah jangan nangis, cuba adik buat bunyi binatang tu. Akak dengar. Ape la cikgu ni!
asfiq : uu uuk ukkk~~~
aku : bunyi apa tu? ada ke binatang bunyi camtu?
asfiq : ........ ayam la kakak........... (nangis lagi lebat)


Haha bukan salah aku, tapi siryes tak macam bunyi ayam. Anyway, esoknye tu dia menang award kuiz math. Barulah dia gembira balik.

Adoi..rindu giler kat budak kecik ni. Tapi dia dah semakin besar, tak berapa nak comel sebab rambut pendek. Actually, banyak giler cite pasal asfiq ni, tak menang tangan aku nak menaip hehe. Walaupun dia macam ni, tapi happening la family kitorang ni dengan kehadiran dia. Cuma kena kuat mental & fizikal la kalau dia ambush. Pedih pedih hehe....asfiq kakak rinduuuu !!



'Apelah kakak ni, pergi la belajar kat US ke baru la best. Ni indon. Bibik pon datang sini' Pehhh tak beragak... nak butthurt a cmni!

Thank you for reading this entry !

Friday 17 December 2010

December & me







latest :') 


Seriously thats a lot of number ! Almost 300 people view this blog at one time. Thanks a bunch peep! Pstttt nanti kalau dah cecah 300, tolong print screen kan ye hehe ;)

Sejak 10 hari yang lepas sampai tadi, mak farah datang dari Malaysia & duduk ngan kitorang. Hari-hari makan sedap! Pagi ada breakfast, lunch makan berat, petang ada teatime & dinner makan mewah. Tak perlu fikir tentang baju juga kerana mak farah baik hati membasuhkan baju for me! Heaven giler ada mak kat rumah ;)

Also, I spent my last weekend at Jakarta. Heaven juga!! Makan setiap masa sebab aunty masak setiap masa! Gila best. Pergi Taman Anggerik Mall dak apis belanja tengok movie Rapunzel :) Dapat duet banyak juga uncle bagi :) Lepas tu, nak balik pon aunty bekalkan ayam paprik, daging salai masak lemak, mihun sup, kuih bakar, keropok ikan & yang paling penting sambal cili johor. Thank you dak apis & family! Alhamdullilah, I was blessed with generous people all around me!

Sebab pergi Jakarta, jadi aku tak dapat attend event batch FK08 'Eat Play Laugh'.(FK is the abbv for Fakultas Kedokteran) But guess what, I won the Ms Personality award yay! Thanks to fellow friends who voted for me! Kalau aku ada time tu, boleh aku buat speech ala-ala diva. Tapi tulah, niat pon tak baik, thats why I wasn't meant to attend that event :')

Oh ya, I received email from Michelle from Nuffnang. She offered me to write sponsored post & engage with Nuffnang upcoming events. Ya know macam Hanis Zalikha buat tu hehe. Sangat terharu! But then, I seriously dont think I have time for it. Uughh I cant make up my mind!

A lot of people have been featuring me in their blog lately. Thanks a zillionnnnn :) Its like too many until I lost track and I dont even know where to start tehee. I made a promise to you guys to update your links in my blog right? Dont worry, I will keep my words! Just give me some space & time to gain the mood.

Last but not least, I love you people for being cool! No. Supercool is the exact word! Thanks for supporting me & my blog :)

Thank you for reading this entry !

Wednesday 15 December 2010

Purikura

Assalamualaikum


Dulu, aku pernah cerita yang aku ni obses giler dengan jepun. Ingat tak? Ala zaman dimana asik-asik buat peace bila tangkap gambar (oh masih kekal tabiat ini sampai sekarang), menambah panggilan 'chan' disetiap nama kawan perempuan & cakap arigato instead of thank you. Sungguh whateveeer aku ni :')

Kalau dah obses dengan jepun, maka wajiblah pergi ke purikura kan. Purikura tu sebenarnya comes from the word Print Club. Tapi orang jepun ni makan nato & ramen banyak sangat jadi pronunciation dorang jadi huru hara sikit. Print club -> Purinkurabu -> Purikura ! Layankan jer la..


Anyway, purikura adalah booth tangkap gambar yang macam sticker tu ! Korang kena masukkan token, snap picca pastu korang boleh edit kasi comel-comel lepas tu menunggu dengan sabar sementara dia print hehe. Setelah gambar dah di print, tatap sepuasnya konon muka engkau paling comel. Agak-agak macam dah puas, boleh gunting-gunting tampal dekat album kecik atau boleh juga tampal di calculator, file & pelbagai lagi tempat yang orang senang nampak. Tujuan menampal di tempat yang orang senang nampak adalah supaya bila orang ternampak, orang akan puji. Barulah tak sia-sia kau membazir duit pergi purikura !




Purikura !! Harga berbeza-beza mengikut kehebatan mesin. Ada yang rm18, ada rm24 ada yang rm36. Tak sangka masa high school aku sanggup membazir untuk bendealah ni ha :') - google pic




Lepas snap, boleh edit! Tambah accessory, tambah font etc etc. Tapi harus edit cepat-cepat sebab ada masa. Actually boleh pause, tapi sebab mesin ni fully in japanese, maka untuk orang yang buta tuli macam aku ni, memanglah tak tau nak tekan mana untuk pause. Berpeluh-peluh aku edit sebab takut habis masa hahaha. LOSER ! - google pic



Lepas dah print, boleh tampal dalam album purikura. Album puikura ni ada jual kat kedai comel-comel. Lepas tu boleh la engkau tatap koleksi purikura engkau 24jam :) - google pic




Purikura yang aku buat kat Japan masa tahun 2007 bersama dengan mak & adik angkat :) Comel weyh suka suka teehee.



Mak angkat Jepun aku tanya, 'Fatin suka apa?' . Aku jawab Hello Kitty & Purikura ! Lepas tu dia belikan aku banyak gilerrr hadiah Hello Kitty & bawak aku g Purikura dekat mall hee... Biasa aku buat Purikura kat Sungei Wang Plaza jer. Ini first time la aku buat Purikura dekat Japan. Masa ni kitorang boleh edit gambar lama giler sebab mak angkat aku tekan pause !! Hahaha...




Ni la album purikura aku teehee. Aku start gilerkan purikura ni sejak form 2 ! Memang banyak gambar dalam album ni. Daripada zaman hingusan sampai lani




Ni lah contoh gambar purikura yang dah di-edit. comel giler kan!! Wannabe giler aku dulu. Akak-akak jepun ni memang idola aku dulu haha. Aku pernah cakap ngan mak aku dulu, tak silap masa form 2, aku nak bleach rmbut supaya jadi blonde, pastu memang kena maki la kan. Nasib baik kena maki, kalau tak dah tersesat jauh da aku sekarang LOL - google pic

Korang suka purikura tak? Biasanya purikura japan jer yang lawa. Purikura dari china & korea tak berapa nak cun. Colour dia tak berapa nak pekat lepas tu lighting tak semat. Tapi tu lah, purikura japan mahal kalau nak compare dengan china/korea punya. Standard la japan kan, barang baik, harga pon baik punyer :p


Thank you for reading this entry !