Tuesday 26 July 2011

Wedding Blogger Ain Salam

Assalamualaikum

Itu hari aku dapat invitation dari blogger tercantik edisi kembar RCW (dibaca : r-ce-we), Ain Salam untuk menghadiri majlis resepsi beliau di Wisma LJT Melawati. Ceh sebenarnya dah lama dah kak Ain ni kahwin. Tapi baru sekarang aku nak update. LOL. Ntah ntah sekarang ni dia tengah bahagia dalam pelukan encik Yayang sambil makan mempelam cicah kuah rojak mak bee sambil layan series Stanza Cinta kat tb3. Fine kak Ain, fine. 

Majlis kak Ain ini sangat cantik dan sedikit sebanyak mampu menimbulkan bibit-bibit kejelesan buat para gadis yang belum berkahwin macam korang haha! Bajet aku dah kahwin. Aku pun tak terkecuali juga untuk menjadi bimbo. Setakat ayat ayat lazim seperti ini --> 'Nanti aku nak kahwin, aku nak buat isi tempat kosong macam kak Ain lah', sudah biasa aku ungkapkan sepanjang aku berada di majlis tersebut.

Nah aku sajikan beberapa gambar sepanjang majlis itu berlansung.

Hiasan dewan, pelamin, makanan semua memang terbaik. Simple tapi elegant dan sangat cantik.


Nasib baik cikepal datang. Puas dah aku berlakon bajet ramai gila orang BBM aku dekat phone kahkah. (Teknik penyamaran berkesan)


Itu encik SS kepunyaan cikepal. Muka diorang serius macam adik beradik! Aku macam tergamam bila tengok dia orang berdua. Ceh aku sepatotnya tergamam melihat pengantin.


Ok boleh tergamam sekarang


First time berjumpa pengantin yang sangat sporting kerana membenarkan tetamu memperkotak-katikkan veil beliau.


Cantiknya kak Ain! Suara sangat lembut, muka sangat cantik, suami pula kaya. Aku rasa kak Ain mempunyai kuasa untuk menyerap segala kebaikan di dunia ini. 


Terima kasih kak Ain kerana sudi jemput saya hikhik. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga kepada keluarga belah suami  kak Ain ( anty, siblings) sebab diorang macam cool giler! Selambe je tegur dan tangkap gambar dengan aku. Terima kasih juga kepada rakan-rakan pembaca blog yang tegur kite on that day. Malu pulak sebab buat sesi berkenalan dekat majlis kahwin orang haha. Dah kenapa pulak aku buat speech macam baru menang award ni?


Thank you for reading this entry !

Sunday 10 July 2011

Kelihatan Unggul dengan Boutique Arlene

 Assalamualaikum =)

Ramadhan sudah semakin tiba, lebaran kini menunggu masa. Sudahkah anda membeli baju raya? Ha cool sungguh pantun 3 kerat aku kan kahkah. Aku tau mesti pembaca blog HoneyKoyuki tertanya-tanya nak shopping mana ni, nak beli ke nak tempah baju raya ni. Haaa zaman sekarang ni, toksah susah-susah nak hantar kain 2-3bulan kat tailor bagai. Baju raya sekarang ni kita tunjuk-tunjuk je. Sama macam kuih raya jugak. Kuih tunjuk-tunjuk yang mak aku sentiasa praktikkan akibat kekangan masa haha =P

Anyway, aku nak perkenalkan satu boutique yang diberi nama Arlene.my. Arlene ni menyediakan wide range of custom made tudung, maxi dress dan pelbagai lagi. Dulu-dulu, Arlene hanya menjual custom made tudung tapi sekarang ni beliau dah melebarkan empayar perniagaan (cewah!) dengan menjual pelbagai apparels yang lain. Aku dikira beruntung kerana dapat memakai & memperagakan beberapa collections yang sungguh meletops dari Arlene.


Semuanya adalah custom made! Sangat cantik kan? Jahitan sangat kemas dan terperinci.
   

Ada syria, ada tudung awning, ada inner satin ala-ala Maysaa, ada satin shawl, ada maxi, ada jubah, ada skirt. Pokoknya macam-macam ada! Masalahnya semua cantik-cantik kau cuba cakap dengan aku macam mana aku nak membeli belah ni. Habislah terbelah dompetku.


  
Bukan anak dara je boleh pakai collections dari Arlene ni, mak diva pon boleh you! Ha pondan tak pondan aku ni? Rekaannya sangat exclusive dan berkualiti tau. Materials semuanya diimport daripada Vietnam, Indonesia & Thailand. Tengok sebab aku pakai tudung Arlene ni, maka muka aku terus ada iras-iras Tiz Zaqyah. Cubalah. Mana tau muka engkau berubah menjadi iras-iras Fasha Sandha ke. Tuah ayam nampak di kaki,tuah manusia tiada siapa yang tahu donk.


Untuk pengetahuan semua, Arlene.my menggunakan kaedah shopping cart yang sangat mudah. I know alot of you guys ada some problem and phobia bila bershopping dengan shopping cart kan sebab tak tau nak click mana right? Tapi belum cuba belum tahu lho. Kaedah shopping cart sebenarnya sangat mudah. Korang hanya perlu click item mana yang korang nak dan ikut arahan selanjutnya. Bayaran boleh dibuat melalui kad kredit dan juga direct bank transfer dari semua bank.


Selain itu, Arlene juga ada buat promosi buat semua pembaca blog HoneyKoyuki weee =)

  • Korang akan dapat 15% discount dengan redeem coupon Fatin Liyana. Sila insert code 'FATIN LIYANA' upon check out dan anda dapat melihat total perbelanjaan akan dikurangkan sebanyak 15%.
Steps untuk redeem discount 15%

  • Beli shawl pin dengan harga RM0.10 sahaja! Murah nak mampos engkau tahu?? Tapi haruslah membeli barangan yang lain dahulu at any price lepas itu anda dapat beli shawl pin dengan harga RM0.10 sahaja. Kira macam purchase with purchase lah.
Yeah baby. That's the shawl pin Im talking about =)


Ha sekarang engkau bagitahu aku, bertuah tak kerana menjadi pembaca blog HoneyKoyuki? Bukan sahaja mendapat discount 15% malah boleh membeli shawl pin pada harga rm0.10 sahaja tau. Memang tak sia-sialah korang menjadi followers blog ini walaupun aku jarang update. Kehkeh.

Jadi jangan lupa membeli belah di Arlene.my ! Atau boleh juga saje-saje melawat blog beliau di tudungshope.blogspot.com untuk mengetahui latest news about Arlene. Semoga menjadi diva semasa lebaran nanti.


 Cukup diva tak? LOL

Thank you for reading this entry !

Saturday 9 July 2011

Project X By AnnasEaskey lagi.

Assalamualaikum

Photoshoot yang aku pernah pergi semuanya adalah beauty concept. Make up ayu sweet sweet dan pose lemah lembut. Bila photographer upload gambar kat Facebook, mesti gembira tak terkata sebab perasan diri sendiri kelihatan macam cantik ayu gila anyonyonyo walaupun in reality sangat kasar dan tak cantik mana pon. Walaupun tahu itu hanyalah gambar dan dusta, tapi bila orang puji tetap juga mengatakan terima kasih. Facepalm#

Tapi photoshoot dengan AnnasEaskey merupakan satu pengalaman yang diluar jangkauan. Ikut cakap Annas pon, model mesti dimakeupkan dengan makeup yang paling binatang sekali dan pose mestilah yang patah riuk. Patah betul-betul pon takpe =') Lepas tu heels mestilah lebih dari 5inch. Memang menggigil lutut aku engkau tahu. Kalau dia tak berpuas hati dengan pose yang engkau berikan maka dia akan mengaum marah dan menyuruh engkau pose berulang kali sampai tegang segala tendon di badan. Annas dan Jay Manuel dari American's Next Top Model memang tiada beza dari segi perangai. Mereka bagaikan kembar rohani. Tepat sekali. Mereka garang dan suka membebel.

Tetapi disebabkan perangai peliknya itu, hasil kerjanya adalah sangat international dan superb. Bila melihat gambar sendiri, bagaikan tidak percaya itu adalah aku. Ibarat melihat foto Brittani of ANTM Cycle 16. Ok fine, nak sebut nama winner je kan. 


Kekuda mesti kuat.

Nampak seperti ikan Flowerhorn tetapi sebenarnya adalah manusia tahu *wink

Behind the scene with some other rising stars - Ara, Aishah & Ayun

Rupa sebenar revealed. After the shoot with beautiful Yanny & Maria.


Alhamdullilah, gambar yang macam haiwan ini telah terpilih sebagai TOP 5 dan layak untuk pergi ke next round :) Terima kasih kepada Annas Easkey kerana menghargai features muka aku yang pelik ini. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua yang telah like gambar aku sejak 1st round sampailah sekarang 4th Round ini. Walaupun 4th round ini ditentukan oleh Annas 100% namun tanpa undian dari kalian semua sebelum ini, I wont be standing here. Seriously. Tanpa undian dan sokongan dari anda semua, memang awal-awal aku dah out dah. Like siapa nak model pakai braces? Eww tak laku.


Kenangan terindah ketika 3rd round dulu =') Thanks semua sobss.


P/s : Cuba bandingkan muka aku dalam gambar kedua dan yang terakhir. Sila hargai kening anda.

Thank you for reading this entry !