Friday 29 January 2010

Tiru Macam Saya Contest

Assalamualaikum

Mungkin korang semua dah tahu pasal contest ni kan :) Ye sebenarnya aku juga dah lama tahu cuma kekangan masa akibat mahu exam telah menterencatkan impian aku untuk men-join contest ini. Due date contest ini ialah 30Jan iaitu malam kang. Maka pagi-pagi tadi telah memaksa farah untuk menjadi photographer. Terima kasih housemate anda memang baik sebab tak pernah merungut dengan karenah saya yang mengada-ngada ini. (n_n)


Contest info :
Di-organize oleh ever cantik Kak Lin
Upload 1 gambar korang pakai batik
Cerita serba sedikit pasal pakaian korang tu
Due date 30Jan10
psst more info boleh click side bar tahu :)
* im sending this*

Description:

Saya memakai batik indonesia berwarna turqoise. Batik ini saya padankan dengan kebarung sulam kerawang berona sama agar tampak lebih outstanding. Harganya amat murah kerana barangan indonesia mmg murah-murah hehe :)

Terima kasih Kak Lin!

Tuesday 26 January 2010

Lupa nak bagitau yang saya nak exam.

Salam !

Saya kan nak cakap thank you banyak-banyak kat kawan-kawan yang tinggalkan comments kat page saya ni. Dulu saya down, tak lalu makan, asek dengar lagu Peterpan namun kini tidak lagi. Disebabkan kata-kata semangat yang anda semua bagi, saya terus jadi positive, saya makan banyak kadang-kadang saya tambah nasi 3 kali, pastu saya kunyah laju-laju pulak tu, pastu sekarang ni saya dengar lagu Meet me halfway & sexy b***h. Satu peningkatan bukan? :) Time kasih semua sebab ambik berat pasal saya, you guys are my inspirations !! I love you :)

Lagi satu, esok saya exam tau. Midsem untuk system Dermatomuscularskeletal. Mintak kat kawan-kawan tolong doa untuk saya sebab saya lepas semayang selalu berasa lapar jadi bila berdoa tu doa pendek-pendek je kadang-kadang saya juga terlupa nak doa supaya dapat jodoh yang baik-baik (-__-). risau pulak.

Oklah nanti lepas exam, saya update lagi tau. babai semua tq sekali lagi.




1) pssst : saya rasa bila dah jadi doctor nanti saya nak dress up macam Cik Megan lah. agak-agak kena tindakan displin tak?

2) pssst : sape perasan untuk entry kali ni, aku guna 'saya'? heee terasa sopan pule.

Saturday 23 January 2010

The Sweetest Smile Contest


Hello all.

Disebabkan FB sangat lengang kebelakangan ini
aka marilah join contest yang dianjurkan oleh
Mommie Nard ini ! * applause *


You can get the contest info directly by
clicking the sticky mode at my side bar :)
So basicly what you gotta do is to upload your
smiling picture and give some comment about
the organizer's webpage. Sangat senang kan?
Due date is on the 25th Jan 10 !

.

.

.


* im sending these ! *

senyuman ayu. tak nampak gigi.
pssst ayu ke?? haha


* also this one !*

senyuman ikhlas kerana sanggup menampakkan
gigi besi yang berwarne warni hehe


My Comments :

Salam mommie nard ! Saya rasa shawls yang mommie jual sangat adorable ! Kalaulah saya ada kat Malaysia sekarang memang saya beli banyak2! Anyway, saya rasa content page mommie tak berapa nak organize
and then introduction to frenz and customers tu terlalu panjang. Kalau mommie compact kan in a simpler way sure lagi senang readers nak trace what is the main point ! Ok thats all from me thank you! and keep up the good works!

Friday 22 January 2010

Rezeki kadang-kadang datang secara unpredictable.

Hello. Hari ini aku ingat nak buat essay panjang sikit biar berpinar biji mata korang nak baca haha. Ok malas nak buat intro panjang-panjang so kita terus je ke main point. Dulukan masa aku form 1, aku ni fanatik sangat dengan Japan. Entahla kenapa ntah aku suka sangat.

Aku siap belajar bahasa Jepun sendiri tru buku (beli dekat Popular), dengar lagu Jepun, tengok cite Jepun 24 jam pastu aku suke sangat bace komik jepun yang cinta-cinta tu kalau tak silap harga dia rm6.90. Pastu aku masuk website Penpal sebab nak kawan baik dengan orang jepun perempuan dengan harapan lepas berkawan baik dengan dia, aku nak kebas abang dia (- _ -). Bukan main lagi aku utus-mengutus surat dulu. Pastu aku mesti bawak surat-surat tu pergi sekolah sebab nak berlagak kat kawan-kawan yang envelope tu ada stamp dari Jepun. pathetic.

Pastu aku kemain semangat lagi pergi interview nak jadi DJ radio sekolah, sebab aku bercita-cita nak adakan slot 'Belajar Bahasa Jepun Bersama Yana-chan'. Dulu aku ingat dah habis comel la tu hahahahah. Guess what, aku terpilih. Ha ha. Aku memang bangga habis la dapat kelolakn slot sendiri kan. Lepas pada tu, gaya aku nak ala-ala jepun aja. Dengan peace tak habis-habis bila snap pics, cakap sore nak lembut aja sebab bajet comellss............................................ tandatangan pon nak dalam tulisan katakana, dan yang tak boleh belah, bila nak cakap thank you, tercakap 'Domo arigatou ne, eh tersilap pulak i mean thank you' (-_-) hahhahaha.

Pastu kemuncak dia, sekolah aku terpilih jadi host school untuk program exchange student dari Jepun. Depa nak 3 host family dari sekolah aku. Tiba-tiba nama aku tercalon mesti sebab depa pikiaq aku power cakap jepun since aku DJ bahasa jepun kan..haha padahal nihongo aku cam budak tadika ja. Apepon....aku tengah exam trial PMR time tu...gile kentang bai! Aku dulu merupakan seorang pelajar yang amat pentingkan pelajaran (amat berbeza sekali dengan sekarang). Despair.

Tapi syukur alhamdulillah, aku dapat dua-dua. Aku jadi host family untuk Miho & Yuka untuk seminggu (tiap-tiap hari bawak depa pi jalan & join program bersuka ria depa padahal aku nak exam ni) & aku dapat 7A1B tok trial PMR. Pastukan lepas depa balik, guru besar koba kek den (sebab sekolah kat semban maka loghat harus ditukar) ' Cam ni ha..sobab ekau jadi host famly ritu, jadi ekau dapeklah poei jopun..yolah namo pon exchange program..lopeh dio poei umah kau..kau pulak poei umah dio..tapi program ni bulan ompek..ekau dapat tawaran SBP..so tak dapek do cikgu nolong..cikgu terpakso bagi peluang ni kek orang lain..tak usahlah kau bersodih yo..'. dem!

Maka sejak dari itu, aku amat kecewa sebab tak dapat pergi Jepun. Aku pon pergi sekolah SBP dan life kat sana amat bz sampai aku dah tak sempat nak belajar nihongo. Tapi aku still apply exchange student program secara online. Syukur alhamdulillah, resume aku diterima & i was called for an interview kat Jabatan Pendidikan Melaka. Program ni kata, depa support 50% dari total expenses. So kalau aku campo-campo duit raya, duit meniaga masa hari sukan & duit yang aku kebas dari adik beradik pasti cukup ni. So oklah. One day puan ibu telefon (kantoi bwk hp g sekolah), dan cakap i was selected to join the program for 3Months. Mak aih, kalau aku usha laki kakkoi kat sane mesti cinta kitorang dah mekar dah hahaha. 3 bulan lame tu. Tapi ade bad news. Kerajaan Jepun ada masalah kewangan jadi depa tarik balik tajaan 50% tu. Maka aku harus bayar rm10 000 fully on my own :') . kerajaan Jepun dengki dengan aku...

akhirnya..............masa aku matrix, aku kena panggil dengan HEP (hal ehwal pelajar) dan dia cakap. Tahniah daripada 2700 student matrix pilah, awak dan 2 student lain terpilih untuk mewakili matrix kita untuk Exchange Youth Program Tajaan Jenesys. Aku pon tak tau camna dia boleh pilih aku sebab aku dah tak jepun dah time tu haha.Tapi yang penting semuanya free! 10 hari, pergi 2 negeri, tidur hotel, resort & kat rumah family angkat. Cume bawak duit poket aje :) Ya Allah memang aku bersyukur gila gila lah....dah rezeki aku kan...sejak umur aku 13 aku dah tergila-gilakan jepun ni sampai la umur 18 baru dapat pegi. Penantian 5 tahun tu memang berbaloi..syukur alhamdullilah..sampai bila-bila tak boleh lupa!


Bersosial habis aku kat high school ni..batak tak pena jumpa laki hensem haha..best best siap de sorang mamat jepun ni kate 'Fatinn awaku sangak comeru, saya harapu dapato jumpa fatinn ragi' comel gila dia..cakap bahasa melayu :)

Tak lupa jugak kat host family yang sangat baik..aku cakap aku minat Hello Kitty abis die belikan sekotak barang-barang Hello Kitty tok aku :) Masakkan macam2 tok aku dan ayah angkat aku ade band, so dorang datang ramai-ramai & nyanyi kat umah sebab nak celebrate kedatangan aku. terharu..
Banyak tempat aku pergi, banyak makanan aku cuba, memang best sangat-sangat nak nak dapat geng yang sekepala which are Syira, Midi & Aba! Thanks guys u ollz rock the world!

Best giler Jepun nak pergi lagi nak pergi lagi sapa nak taja?? hehe


---------------------------------------------------------------

Ok rezeki kedua pulak aku nak story ni. Kalo dah penat boleh stop sekarang dan sambung baca esok tau. Dulu aku fanatik Jepun tapi sekarang tidak lagi. Aku fanatik Zaquan Adha yaaaww~ tapi walaupun aku fanatik tapi ego aku agak tinggi. Contohnye bila dapat berjumpa dengan Zaquan aku buat lek je. Maka Zaquan pon rasa aku ni peminat biasa2 ja. Padahal aku kalau takde homework memang 24jam aku stalk engkau je (-_-)

Lepas itu, aku tak mintak pon phone no dia. (bajet tak heran padahal heran!) Actually dapat jumpa Zaquan tu pon adelah satu rezeki yang unpredictable. Aku minat dia dari bulan Dec 08 & finally Nov 09 baru dapat jumpa. Best gle...memang menggetaq kepala lutut aku bila jumpa dengan dia, yelah cam tak caya je kan. Aku dok stalk kat belakang dia berbulan-bulan sekali chapix nak kenalkan aku dengan dia..syukur lagi sekali. alhamdullilah.

Kitorang message je kat FB, tu pon jarang-jarang. Bz orang femes la katakan. Aku pulak ego, tanya soklan nak cliche aja. Contoh 'ai..sihat u? game camna? bila nk balik semban? tak ke dia bosan dengan soklan-soklan lazim sebegitu...huhu tapi satu hari ni aku rendahkan ego aku a..mintak no tepon dia. dapat.tapi aku xbrani nak sms takut dia tak reply. malu bai.

Aku pena try sms skali, tapi msg tak delivered. Pastu aku malas dah nak sms. Balik semban ritu pon aku tak sms dia.Dah sebulan lebih da.. Tapi hari ni aku tergerak nak sms dia dan dia reply.happy gile la aku..ye a idola aku sms aku.Tak kesah la kau berpura-pura nak amik hati aku ke kau belakon ke yang penting kau sms aku :') pastu de call.

huhu tak boleh belah la...aku siyes tak sangka..aku dapat borak-borak dengan dia. sampai aku kata oklah aku nak msuk kelas ni, tkut doctor aku mengamuk pulak aku hilang dari kelas secara tiba-tiba :(


woWOwowoOwoO zaquan kau ni memangla..


kawan-kawan, rezeki kadang-kadang datang tanpa kita sedari. kalau dia tak datang tyme kte nak, janganlah kita marah-marah dan kata tuhan tak adil (macam pernah mengalami ja). Sebaiknya kita bersabar ja sebab rezeki tu pasti datang yang membezakannya lambat dan cepat. tahu?

Monday 18 January 2010

Maaf isteri encik Tatang.

Assalamualaikum !

Hari ni untuk skills lab,
we were thought on how to perform physical examination
of spine (tulang belakang) in order to support the diagnosis.
Rakan-rakan, physical examination means ujian fizikal.
fizikal roughly means badan. so dalam erti kata lain,
badan telah diuji oleh penguji. penguji tentulah aku.
namun yang diuji badan siapa??



Seorang encik bername Pak Tatang.
Berumur lebih kurang 30an.
Berkulit sawo matang namun tidak banyak bercakap.
eh ade kaitan ke warna kulit & keaktifan bercakap?
biarkan.



Aku suroh encik Tatang bukak baju & abis satu badan (upper body) dia aku pegang. pegang dengan lembut pulak tu sebab Dr Saadiah kata 'a Dr must hold his/her patient gently'. Lepas tu kat inguinal fossae dia pon aku kene pegang sebab nak check ada absess ke tak da. Taw tak inguinal fossae katne kawan2? Kat celah kangkang tapi tengah sikit, tapi tak tengah sangatla :').

Of course aku segan tapi takdela segan sangat. Segan la jugak kan tapi in reality bila dah jadi doctor nanti kena la biasakan ye tak. Sekarang ni aku tengah adapt slow-slow la ni. Korang taw, ada ke patot tutomates aku cakap 'anggap je ko ngah examine Zaquan'. ish ish ish rakan-rakan we must not descriminate our patient. Mana bulih sama kan Zaquan ngan Encik Tatang. For me, all patients are equal. hahhahaha poyo sangat ni. tapi betol weyh. I try i try.

Anyway ni gambaran examination yang aku buat kat Encik Tatang tadi.


Sunday 17 January 2010

Contest Baru Pulak !


Hi.
Alang-alang menyeluk perkasam biar
sampai ke hujung lengan. So yeah, here i am again,
entering another contest.
*weeee*

Contest info :
- upload gambar sendiri atau dengan kawan2
- letak banner kat sidebar and link contest
- due date : end of Jan
*
*
*
*
* im sending this one, please say yes to this *

tq organizer !
Jom join reramai !! Simple & easy :)

Edit Photo Contest



Hello all !

Sedang aku menelaah pelajaran tibe-tibe telah mendapat azimat untuk men-join contest yang telah lama diperkotak-katikkan oleh para pemuda-pemudi sekalian. Jiwa ini membentak untuk join contest yang sungguh awesome ini walaupun aku sedar aku tak pernah reti edit gambar !

Namun kata otai-otai zaman dulu, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tau kan. Yelah unless kau selak kain die dan kau nampak perkataan 'Anda Bertuah ! Tahniah'. Macam pertandingan gores & menang pon ada hehe :)



Contest Info :)
Penganjur die ialah Kak Ros yang baik hati !
- Upload 1 gambar korang atau max 3 orang yang telah di-edit
- Kreativiti tulen, asli & bukan cetak rompak
- Letak banner di side bar dan link contest ini
- Nak follow bagus, tapi kalau taknak pon takpe
- Due date 20 Jan 10
*

*

*

*
* The edited picture of me & my friend, Iya !*

Heee edit version kanak-kanak ! Disebabkan aku suke sangat kat benda yang comel-comel maka telah terjadilah gambar diatas ! I think its very unique though :) Kak ros tolonglah pilih sayeeeee ! Nyway sempat lagi kalau korang nak join ! Yuk join bareng-bareng ajaaaa! serruu kok !
bye-bye.

Friday 15 January 2010

Sorry saya lambat menjawab TAG anda.

Hi. Orang laen dah lame dah jawab tag ni aku baru terkial-kial nak buat. Anyway thanks to Amal-mater sebab tag aku. Kau ni taw taw je aku suke online wahaha :). Mari kite menjawab soklan bersame-same!



1)ADAKAH ANDA RASA ANDA HOT???aku hot-tempered. bak sini ak pang sekali. haha


2)UPLOAD FAV PIC ANDA...


3)CERITA PASAL GAMBAR
bukan la favourite pic. aku maen random je yang mane aku jumpe dalam folder UNIVERSITAS PADJADJARAN. mak aih panjang bukan nama folder tersebut :'). Gambar ni mase masuk pertandingan busana muslimah mase first year dulu. Tapi kalah sebab juri kata kena berpakaian menurut aurat yang menepati syarak. Baju den ketat bai. Tudung pon tak labuh. :(


4)BILA TERAKHIR KALI MAKAN PIZZAApa soalan takde kena mengena ni. Aisy ha hari tu masa balik mesia, de makan pizza hut ngan asfiq ngan ibu. boleh tgk entry sebelom ni. ade gamba asfiq hehe

5)LAGU TERAKHIR ANDA DENGAR
Kak Dart nyanyi lagu I Go kat blog die. kagum :')


6)APA YANG ANDA BUAT SELAIN MENYELESAIKAN TAG INIBerfikir kenapa Zaquan tak online sebab nak menggedik dengan dia. haha


7)SELAIN NAMA SENDIRI ANDA DIPANGGIL NAMA APAYam Tuan, Tuan Muda dan kesultanan melayu melaka haha. Ikot ang la nak panggil apa pon.

8)TAG LAGI 8 ORANG- hafiz firdaus sayang
- fedri & tomy jiran sebelah
- arxar nadhirah
- chubbs binatang peliharaan
- syafik pemain bola yang keding
- hello kitty
- zaquan adha hensem tapi tak online
- aidil zafuan kenapa kau tak approve aku dekat FB


9)SIAPAKAH ORANG NO.1 KEPADA ANDA
my lovely boyfriend of 4 years. berdada lebar seperti seorang athlete. pemurah, penyayang dan suke memuji. manje seperti anak-anak kecil kehkeh

10)KATA SESUATU MENGENAI ORANG NO.5hari tu tertengok gambar dak chapix kat FB cipok..hensem siot! Mase tu badan die tak kurus sangat cam skang..haa pe lagi. G la mnum protein!


11) No.3 ada hubungan dengan siapa?
Hubungan dengan bf die iaitu paan. dorang romantic couple wooo!


12) Bagaimana pula dengan orang No.4?
Chubbs tak dibenarkan bersosial. Biar akak-akak kau yang bersosial haha.


13) Pesanan kepada orang No.6no 6 bukan org die Hello Kitty


14) Kata-kata cinta untuk No.2
Walaupun kau hensem dan kaye tapi jangan la bukak lagu kuat2 sampai berdengung telinge aku dengar lagu minang kau. eh ni bukan kate-kate cinta la sorry!


15)ADAKAH NO.7 DAN N0.8 MEMPUNYAI PERSAMAAN
Kembar. Lelaki. Mutu. Gaya. Keunggulan.


16) Berikan 5 perkara yang anda tahu tentang orang yang men'tag' anda.
Name die amalmater. (cari kat link)
Die sangat cantik bila pakai contact lens sebab mate die besar
Sore die pon sedap bile berkaroke
Die sangat active dan ade byk jawatan
Namun die ketot hehehe ( jgn mara )


17) Persamaan kambing dengan lembu.
Kambing punye suara nyaring. Lembu pulak suare macam banyak kahak. laaaa kau tanye persamaan ke. tapi aku dah terjawab perbezaan...sedih a camni.

18) Perasaan buat tag ni.
Lenguh kaki. walaupun type gune tangan.


19) Adakah anda tahu si razman tu sengal?
Bajet razman terkenal. (siapa razman ni??)


20) Gay or Les?Konon urban sangat a homosex? Tak heran la weyh.

Wednesday 13 January 2010

Hari ini saya belajar tentang tulang.

Hello!
Minggu ni, case aku tentang fracture. Fracture tu patah tulang.
Jadi, this week is all about bone (orthopedic). The anatomy, histogenesis, physiology, pathology and etc. So tadi, lepas tutorial pasal case fracture, ada kelas kat lab anatomy. Nah gambar.



Duduk gaye samseng menjadi ikutan remaja sekarang

Scarf pemberian Najahtul Iylia sungguh comel bukan. Namun si pemakai nampak seperti tercekik kerana leher pendek.

Itu dia X-ray. Macam cerita CSI kan. Terketaq aku interpret benda ni.


Nani yang cantik, Fifah yang ayu dan aku yang berpipi empat segi.
Mari bermain drum bersame fidot sapidih! haha


Kenduri sup tulang..bacaan doa iringi oleh Ustaz Mohamad Fikri Ibnu Al-Qadri (bukan nama sebenar)


Kerusi lagi banyak dari orang..kerusi lagi rajin datang ke kelas berbanding orang..


Adakah korang tahu badan kita mempunyai sebanyak 206 tulang?Tadi doctor suruh kitorang susun tulang2 tu jadi cam manusia punye. Lagi susah dari maen jigsaw puzzle 5000 kau taw.. berpinar biji mate aku..haha
macam mana la sheikh muzaphar boleh jadi orthopedic surgeon salute ah!

Wednesday 6 January 2010

b to the r to the a to the c to the e th the s. BRACES

Hello all.
Perkara yang paling tak best tetapi harus dilakukan sebanyak sekali sebulan ialah pergi follow up braces dekat Rumah Sakit Al Islam, Soekarno Hatta. Rumah Sakit beerti hospital. Nak panggil rumah sakit pon boleh juge sebab kat situ semua orang sakit sakit pergi duduk.

Follow up itu best sebab dapat tuka colour braces mengikut warna pilihan di hati tetapi apa yang buat die jadi tak best ialah keadaan trafik yang sungguh menjengkelkan. Tanyelah sape2 yang dah travel kat Bandung, mesti sume kate 'the trafic is very bad..very very bad'. Nak nak aku yang tinggal secare permanent (3thn) kat sini. Setiap hari harus mengharung badai, bidai, keldai whatsoever lah. Tension tahu.

Jadi semalam telah bertekad untuk pergi follow up juga kerana sudah telat 1 minggu. Setelah buat assignment laju2, dalam pukul 1 start enjin pastu pukul 2.10 sampai. Itu pon ikot highway. Kalo lalu jalan biase, adelah 1jam 30 minit semate2 untuk jarak 16km :(. Terok sgtlah trafik bandung ni.

Pukul 2.10 sampai pukul 4.15 duduk tegak di kerusi menunggu sambil membuat assignment. Sedih taw. Dah la sensorang. Naseb baek jumpe Ally & Fiq. Bukan ally & aj penyanyi tu. 4.15- 5.00 check up dengan specialist. Lepas tu balik laju2. Laju2 pon sampai umah pukul 6.05.

tengoklah. Nak follow up braces yang 45minit tu je pon memerlukan masa 5jam. Naseb baek kau sebulan sekali jeh :)


Menanti dengan sabar.
Recent braces colour : Purple,pink,turqoise & orange
(haha iya aku memang tamak)
baibai.assalamualaikum