Showing posts with label japan. Show all posts
Showing posts with label japan. Show all posts

Wednesday, 15 December 2010

Purikura

Assalamualaikum


Dulu, aku pernah cerita yang aku ni obses giler dengan jepun. Ingat tak? Ala zaman dimana asik-asik buat peace bila tangkap gambar (oh masih kekal tabiat ini sampai sekarang), menambah panggilan 'chan' disetiap nama kawan perempuan & cakap arigato instead of thank you. Sungguh whateveeer aku ni :')

Kalau dah obses dengan jepun, maka wajiblah pergi ke purikura kan. Purikura tu sebenarnya comes from the word Print Club. Tapi orang jepun ni makan nato & ramen banyak sangat jadi pronunciation dorang jadi huru hara sikit. Print club -> Purinkurabu -> Purikura ! Layankan jer la..


Anyway, purikura adalah booth tangkap gambar yang macam sticker tu ! Korang kena masukkan token, snap picca pastu korang boleh edit kasi comel-comel lepas tu menunggu dengan sabar sementara dia print hehe. Setelah gambar dah di print, tatap sepuasnya konon muka engkau paling comel. Agak-agak macam dah puas, boleh gunting-gunting tampal dekat album kecik atau boleh juga tampal di calculator, file & pelbagai lagi tempat yang orang senang nampak. Tujuan menampal di tempat yang orang senang nampak adalah supaya bila orang ternampak, orang akan puji. Barulah tak sia-sia kau membazir duit pergi purikura !




Purikura !! Harga berbeza-beza mengikut kehebatan mesin. Ada yang rm18, ada rm24 ada yang rm36. Tak sangka masa high school aku sanggup membazir untuk bendealah ni ha :') - google pic




Lepas snap, boleh edit! Tambah accessory, tambah font etc etc. Tapi harus edit cepat-cepat sebab ada masa. Actually boleh pause, tapi sebab mesin ni fully in japanese, maka untuk orang yang buta tuli macam aku ni, memanglah tak tau nak tekan mana untuk pause. Berpeluh-peluh aku edit sebab takut habis masa hahaha. LOSER ! - google pic



Lepas dah print, boleh tampal dalam album purikura. Album puikura ni ada jual kat kedai comel-comel. Lepas tu boleh la engkau tatap koleksi purikura engkau 24jam :) - google pic




Purikura yang aku buat kat Japan masa tahun 2007 bersama dengan mak & adik angkat :) Comel weyh suka suka teehee.



Mak angkat Jepun aku tanya, 'Fatin suka apa?' . Aku jawab Hello Kitty & Purikura ! Lepas tu dia belikan aku banyak gilerrr hadiah Hello Kitty & bawak aku g Purikura dekat mall hee... Biasa aku buat Purikura kat Sungei Wang Plaza jer. Ini first time la aku buat Purikura dekat Japan. Masa ni kitorang boleh edit gambar lama giler sebab mak angkat aku tekan pause !! Hahaha...




Ni la album purikura aku teehee. Aku start gilerkan purikura ni sejak form 2 ! Memang banyak gambar dalam album ni. Daripada zaman hingusan sampai lani




Ni lah contoh gambar purikura yang dah di-edit. comel giler kan!! Wannabe giler aku dulu. Akak-akak jepun ni memang idola aku dulu haha. Aku pernah cakap ngan mak aku dulu, tak silap masa form 2, aku nak bleach rmbut supaya jadi blonde, pastu memang kena maki la kan. Nasib baik kena maki, kalau tak dah tersesat jauh da aku sekarang LOL - google pic

Korang suka purikura tak? Biasanya purikura japan jer yang lawa. Purikura dari china & korea tak berapa nak cun. Colour dia tak berapa nak pekat lepas tu lighting tak semat. Tapi tu lah, purikura japan mahal kalau nak compare dengan china/korea punya. Standard la japan kan, barang baik, harga pon baik punyer :p


Thank you for reading this entry !

Sunday, 23 May 2010

A brief date with a japanese guy :)

Hello! Assalamualaikum

Ha pada hari ahad 23mei ritu, gwa telah memfolow member gwa name die Asmaa Syahirah hehe pegi jumpe koordinator masa kitorang kat Japan dulu tu. Ala kan gwa pena story..gwa pernah pergi Japan dulu under program JENESYS, sama gak ngan membe gwa si syira mikomi aka Asmaa Syahirah ni hikhik. Member gwa yang comel ni bukan saje comel tapi rajen contact-mengcontact koordinator-koordinator kitorang dulu. Bertentang sungguh perangai dia ngan peranagi gwa..kalau gwa..memang tak ah..gwa tak suke menoleh kebelakang beb bende2 yg da lepas ni..(mak aih drama habis). So akhirnye cik syira kita telah berjaya mensetkan date untuk kami berjumpa dengan koordinator yang paling kitorang sayang iaitu EIJI-SAN !



Syira kate, Eiji-san tunggu kitorang kol 12 kat KLCC. Nak lunch same yay~! Kitorang gerak nek KTM ke KL Sentral. Mak aih sungguh aku gayatri sebab da lame gile tak naik public transport..Public Bank kat town semban tu selalula pergi..bank in cheque mak gwa.. Anyway gwa eksaited ada lebih sket a sebab gwa nek LADIES COACH. eceh sebenanye bese je..tapi gwa saje je nak eksaited..bley kan??



Sampai KL, boyfriend cik Syira ni da tunggu kitorang & bawak kitorang ngan Eiji-san pegi makan kat Little Penang. Bf syira ni dulu study kat Japan gak, area yokohama. Tapi dia da balik sini almost 1 year a..keje kat Petronas KLCC. Poket penuh beb! hehe..



Awww comel kan Eiji-san tulis...sebab tu kitorang sayang Eiji-san..dia memang sporting..dia bwkkan kitorang gift dari Japan tu. Dia bagi beras & handphone charm bentuk pisang ke cili dah lupe la gwa..haha pepon Eiji-san memang best !



Bestnye dapat borak-borak ngan Eiji-san hehe kalau korang nak tau..Eiji-san ni leh cakap bahase melayu hehe..memang gempak a tatabahasa die..tapi slang mmg hancus haha contoh kan, 'etoooo bini saya skarangg pureganant, anam bulan ne. mungkin adalah lelaki. kodomo rion' haha panggil nak bini je, bukan main gangster kau ye Eiji-san. pepon kitorang kagum ble Eiji-san ngan iqbal bf syira tu borak-borak dalam bahase jepun!





Pegi cold storage! Eiji ajar cara-cara buat sushi kat kitorang. Syira nanti buat bagi sikit ye!





Lepak kat KLCC Park sebelom balik.





Hehe tudung ala-ala siti tu syira yang buatkan! Memang gempak! thanks syira ku syg :) skarang kite dah tau camne nak pakai shawl ala-ala siti tu hee..




Sangat-sangat berterima kasih kepada pasangan comel 2 orang ini kerana membelanja makan dan mensponsor khidmat menghantar saya pulang ke seremban menaiki Toyota Vios cap Iqbal haha! time kasih daun keladi, nanti nak kua ajak lagi ye! byeee!

Thank you for reading this entry !

Friday, 22 January 2010

Rezeki kadang-kadang datang secara unpredictable.

Hello. Hari ini aku ingat nak buat essay panjang sikit biar berpinar biji mata korang nak baca haha. Ok malas nak buat intro panjang-panjang so kita terus je ke main point. Dulukan masa aku form 1, aku ni fanatik sangat dengan Japan. Entahla kenapa ntah aku suka sangat.

Aku siap belajar bahasa Jepun sendiri tru buku (beli dekat Popular), dengar lagu Jepun, tengok cite Jepun 24 jam pastu aku suke sangat bace komik jepun yang cinta-cinta tu kalau tak silap harga dia rm6.90. Pastu aku masuk website Penpal sebab nak kawan baik dengan orang jepun perempuan dengan harapan lepas berkawan baik dengan dia, aku nak kebas abang dia (- _ -). Bukan main lagi aku utus-mengutus surat dulu. Pastu aku mesti bawak surat-surat tu pergi sekolah sebab nak berlagak kat kawan-kawan yang envelope tu ada stamp dari Jepun. pathetic.

Pastu aku kemain semangat lagi pergi interview nak jadi DJ radio sekolah, sebab aku bercita-cita nak adakan slot 'Belajar Bahasa Jepun Bersama Yana-chan'. Dulu aku ingat dah habis comel la tu hahahahah. Guess what, aku terpilih. Ha ha. Aku memang bangga habis la dapat kelolakn slot sendiri kan. Lepas pada tu, gaya aku nak ala-ala jepun aja. Dengan peace tak habis-habis bila snap pics, cakap sore nak lembut aja sebab bajet comellss............................................ tandatangan pon nak dalam tulisan katakana, dan yang tak boleh belah, bila nak cakap thank you, tercakap 'Domo arigatou ne, eh tersilap pulak i mean thank you' (-_-) hahhahaha.

Pastu kemuncak dia, sekolah aku terpilih jadi host school untuk program exchange student dari Jepun. Depa nak 3 host family dari sekolah aku. Tiba-tiba nama aku tercalon mesti sebab depa pikiaq aku power cakap jepun since aku DJ bahasa jepun kan..haha padahal nihongo aku cam budak tadika ja. Apepon....aku tengah exam trial PMR time tu...gile kentang bai! Aku dulu merupakan seorang pelajar yang amat pentingkan pelajaran (amat berbeza sekali dengan sekarang). Despair.

Tapi syukur alhamdulillah, aku dapat dua-dua. Aku jadi host family untuk Miho & Yuka untuk seminggu (tiap-tiap hari bawak depa pi jalan & join program bersuka ria depa padahal aku nak exam ni) & aku dapat 7A1B tok trial PMR. Pastukan lepas depa balik, guru besar koba kek den (sebab sekolah kat semban maka loghat harus ditukar) ' Cam ni ha..sobab ekau jadi host famly ritu, jadi ekau dapeklah poei jopun..yolah namo pon exchange program..lopeh dio poei umah kau..kau pulak poei umah dio..tapi program ni bulan ompek..ekau dapat tawaran SBP..so tak dapek do cikgu nolong..cikgu terpakso bagi peluang ni kek orang lain..tak usahlah kau bersodih yo..'. dem!

Maka sejak dari itu, aku amat kecewa sebab tak dapat pergi Jepun. Aku pon pergi sekolah SBP dan life kat sana amat bz sampai aku dah tak sempat nak belajar nihongo. Tapi aku still apply exchange student program secara online. Syukur alhamdulillah, resume aku diterima & i was called for an interview kat Jabatan Pendidikan Melaka. Program ni kata, depa support 50% dari total expenses. So kalau aku campo-campo duit raya, duit meniaga masa hari sukan & duit yang aku kebas dari adik beradik pasti cukup ni. So oklah. One day puan ibu telefon (kantoi bwk hp g sekolah), dan cakap i was selected to join the program for 3Months. Mak aih, kalau aku usha laki kakkoi kat sane mesti cinta kitorang dah mekar dah hahaha. 3 bulan lame tu. Tapi ade bad news. Kerajaan Jepun ada masalah kewangan jadi depa tarik balik tajaan 50% tu. Maka aku harus bayar rm10 000 fully on my own :') . kerajaan Jepun dengki dengan aku...

akhirnya..............masa aku matrix, aku kena panggil dengan HEP (hal ehwal pelajar) dan dia cakap. Tahniah daripada 2700 student matrix pilah, awak dan 2 student lain terpilih untuk mewakili matrix kita untuk Exchange Youth Program Tajaan Jenesys. Aku pon tak tau camna dia boleh pilih aku sebab aku dah tak jepun dah time tu haha.Tapi yang penting semuanya free! 10 hari, pergi 2 negeri, tidur hotel, resort & kat rumah family angkat. Cume bawak duit poket aje :) Ya Allah memang aku bersyukur gila gila lah....dah rezeki aku kan...sejak umur aku 13 aku dah tergila-gilakan jepun ni sampai la umur 18 baru dapat pegi. Penantian 5 tahun tu memang berbaloi..syukur alhamdullilah..sampai bila-bila tak boleh lupa!


Bersosial habis aku kat high school ni..batak tak pena jumpa laki hensem haha..best best siap de sorang mamat jepun ni kate 'Fatinn awaku sangak comeru, saya harapu dapato jumpa fatinn ragi' comel gila dia..cakap bahasa melayu :)

Tak lupa jugak kat host family yang sangat baik..aku cakap aku minat Hello Kitty abis die belikan sekotak barang-barang Hello Kitty tok aku :) Masakkan macam2 tok aku dan ayah angkat aku ade band, so dorang datang ramai-ramai & nyanyi kat umah sebab nak celebrate kedatangan aku. terharu..
Banyak tempat aku pergi, banyak makanan aku cuba, memang best sangat-sangat nak nak dapat geng yang sekepala which are Syira, Midi & Aba! Thanks guys u ollz rock the world!

Best giler Jepun nak pergi lagi nak pergi lagi sapa nak taja?? hehe


---------------------------------------------------------------

Ok rezeki kedua pulak aku nak story ni. Kalo dah penat boleh stop sekarang dan sambung baca esok tau. Dulu aku fanatik Jepun tapi sekarang tidak lagi. Aku fanatik Zaquan Adha yaaaww~ tapi walaupun aku fanatik tapi ego aku agak tinggi. Contohnye bila dapat berjumpa dengan Zaquan aku buat lek je. Maka Zaquan pon rasa aku ni peminat biasa2 ja. Padahal aku kalau takde homework memang 24jam aku stalk engkau je (-_-)

Lepas itu, aku tak mintak pon phone no dia. (bajet tak heran padahal heran!) Actually dapat jumpa Zaquan tu pon adelah satu rezeki yang unpredictable. Aku minat dia dari bulan Dec 08 & finally Nov 09 baru dapat jumpa. Best gle...memang menggetaq kepala lutut aku bila jumpa dengan dia, yelah cam tak caya je kan. Aku dok stalk kat belakang dia berbulan-bulan sekali chapix nak kenalkan aku dengan dia..syukur lagi sekali. alhamdullilah.

Kitorang message je kat FB, tu pon jarang-jarang. Bz orang femes la katakan. Aku pulak ego, tanya soklan nak cliche aja. Contoh 'ai..sihat u? game camna? bila nk balik semban? tak ke dia bosan dengan soklan-soklan lazim sebegitu...huhu tapi satu hari ni aku rendahkan ego aku a..mintak no tepon dia. dapat.tapi aku xbrani nak sms takut dia tak reply. malu bai.

Aku pena try sms skali, tapi msg tak delivered. Pastu aku malas dah nak sms. Balik semban ritu pon aku tak sms dia.Dah sebulan lebih da.. Tapi hari ni aku tergerak nak sms dia dan dia reply.happy gile la aku..ye a idola aku sms aku.Tak kesah la kau berpura-pura nak amik hati aku ke kau belakon ke yang penting kau sms aku :') pastu de call.

huhu tak boleh belah la...aku siyes tak sangka..aku dapat borak-borak dengan dia. sampai aku kata oklah aku nak msuk kelas ni, tkut doctor aku mengamuk pulak aku hilang dari kelas secara tiba-tiba :(


woWOwowoOwoO zaquan kau ni memangla..


kawan-kawan, rezeki kadang-kadang datang tanpa kita sedari. kalau dia tak datang tyme kte nak, janganlah kita marah-marah dan kata tuhan tak adil (macam pernah mengalami ja). Sebaiknya kita bersabar ja sebab rezeki tu pasti datang yang membezakannya lambat dan cepat. tahu?