Showing posts with label random. Show all posts
Showing posts with label random. Show all posts

Sunday, 18 September 2011

Sushi Yay or Nay?

Assalamualaikum

Baru-baru ni aku suka makan sushi. Paling aku suka ialah Chuka Idako. Dalam English we call it Seasoned Baby Octopus. Aku tak tau apa yang sedap pasal sushi ni, tapi bila makan aku taula dia sedap. Nanti every 2 or 3 days, aku akan mula crave for it. Well, aku rasa sungguh poyo nak mengaku yang my current favourite food is sushi.

Like kalau orang tanya, Kau suka makan apa der? Umm, Sushi. 

Tettt!!!! Bajet urban sophisticated with a fusion of asian oriental. Ceh aku main type je padahal entah ada maksud ke tidak haha. Padahal dulu aku tak suka gila kot sushi. Tulah, kalau tak suka sesuatu benda jangan kecoh-kecoh sangat sebab nanti in future mesti kita suka kat benda tu balik. Cis, harus melupakan hasrat untuk membenci Dahlia Teck ni. LOL


 Gebang kencang pasal Chuka Idako tapi letak gambar Corn Mayo Inari. Rolls eyes*


Unagi, California roll, yang lain mana aku tau. Google pon tak jumpa-jumpa. Takde keja aku nak cari nama sushi ni satu-satu supaya korang impress dengan knowledge aku. Haha emo giler pompuan ni.


 Ni adalah Chicken Kung Pao. Ni chinese food takda kaitan dengan Sushi/Japan pon. Saja je upload.


Ni lagi satu gambar yang ga nyambung. Pastries. Belilah di La Boheme Jusco kerana ianya sangat murah. Kat bakery lain mahal gila. Penjimatan yang dasyat memang berlaku ketika membeli belah di La Boheme Jusco Taman Maluri. Bayar kurang, suami pon sayang. Hoi apehal tagline kau macam @#!177&*%.


Gambar diambil selepas wedding Yanny. Laju-laju salin baju kurung hijau lantas pergi menonton wayang untuk effect lebih moderen. *Indon sebut modern tu moderen tau! Taknak tanya asal muka aku poyo dalam gambar ni? Well memang poyo pon, kalau tak takkan upload gambar yang lebih kurang sama dua kali dalam satu entry. Boo FL. Boo.

All pictures are taken using my Lumix LX3.

Thank you for reading this entry !

Friday, 5 August 2011

Pictures by Panasonic LX3

Assalamualaikum

Rasanya semua member aku dah tahu tabiat aku yang suka ambik gambar banyak gila nak mamp tapi tak upload kat facebook mahupun update blog. So dorang dah malas dah nak guna camera aku sebab dorang tau gambar diorang takkan keluar punya hahaha. Kalau mereka bernasib baik gambar mereka akan keluar. Tetapi mungkin setelah 3 - 4 bulan menanti =')

Entry ni aku saje-saje je update sebab internet dekat rumah aku laju hihi. Gambar-gambar yang aku snap ni adalah random. Ada yang dulu punya ada yang sekarang punya. Camera yang aku guna adalah Panasonix LX-3. Setting masih dalam kategori hampeh dan noob. Main tekan-tekan je. Malas gila nak belajar setting camera baik aku belajar anatomy. Sesiapa yang pandai setting camera ni boleh la berkongsi ilmu terutama kalau nak snap potrait. Skin tone yang aku snap tak berapa nak cantik.


Spaghetti @ Sweetchat Cafe

Vincci's plastic pastel rose ring. * In love! *

Sunflower @ SK Sungai Leman, Sekinchan

Cages @ Gurney's Drive, Viva Homes

Katsu Teriyaki Bento

ABC RM4.50 tapi sepatutnya RM2.00 pon dapat.


p/s : Kalau bosan boleh lah shopping baju raya di booth Arlene (booth no 49) dekat 1st Floor Subang Parade, dari pukul 11pagi ke 7malam pada setiap hari Sabtu dan Ahad( 6,7,27,28 Ogos 2011 ). Korang layak mendapat diskaun kalau mention korang adalah pembaca blog HoneyKoyuki!

Thank you for reading this entry !

Tuesday, 3 May 2011

Risau

Assalamualaikum =)

Selama ni kalau aku pergi jalan-jalan kat Bandung takde siapa pon heran dengan aku. Pakai lah pelik macam mana pon, konfem takde sapa approach and say Hi to me. Disebabkan itu aku selalu berkelakuan pelik di public seperti menari-menari sambil berjalan, makan sambil melepet di seat restaurant, dan makan ice cream tumpah lap kat baju. Apa ada hal? No one knows you buddy.

Tapi semalam, sewaktu aku berjalan-jalan di Melaka, ada beberapa girls yang baik hati approached aku. Weyh siryes kat Bandung tak pernah pon orang tegur aku. Aku macam cemas omg what should I say, aku nak nampak baik tak sombong ya know all those good impression tapi at last aku macam awkward tak tau nak cakap apa. Aku macam totally blank. Dayuum loser.. Baiklah, lepas ni aku harus belajar bagaimana mahu bertegur sapa di public! Siapa ada bikin skrip? Boleh aku hafal je.

p/s : Special thanks to gadis tinggi yang study di utem dgn kwnnye + gadis spectacle dengan mama yg cantik + gadis riang bercontact lens seperti tiger. Korang semua sangat comels, sampai I lupa nama korang hehe tapi korang jangan lupa comment entry ni ye hehe!

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 30 March 2011

Bibimbap!

Assalamualaikum =)


Ini adalah Bibimbap! google image


Bibimbap adalah sejenis makanan Korea. Nama makanan ini adalah yang terpaling comel pernah saya dengar sepanjang 22 tahun saya hidup. Bila menyebut Bibimbap terasa macam comel pula diri ni. Nampaknya aura kecomelan Bibimbap telah berpindah kepada sesiapa yang menyebutnya ! Marilah rakan-rakan kita menyebut Bibimbap dengan lebih kerap! Bibimbap bibimbap bibimbap saya mahu makan anda!


Thank you for reading this entry !

Monday, 28 March 2011

Maddi Jane VS Rebecca Black

Assalamualaikum =)


Hey I don't know what has got into me, but I kinda like writing random posts nowadays -__- . Sorry If you think it's so platitude, I just need my thought to be shared with you ladies & gentlemen. I can't bear letting the ideas linger around my brain without finding the exit door. They just needed to be out.


So yeah, I was like wasting my time on Youtube just now and I bumped into Maddi Jane. She's a 13 years old girl with an angel voice. She did cover some famous songs like Just The Way You Are by Bruno Mars, Mine by Taylor Swift etc. She's so talented but I just realize that she has not signed any record deals yet. To my surprise, her videos only got around 1mil views. Oklah the highest would be 8mil views. Still defeated by a long yard to Rebecca Black.


This is my fav of all. Impossible by Shontelle. The gesture, the voice, the mimic, everything is perfect.


On the other hand, I would like to talk about Rebecca Black. Everybody on earth should by now know her existence since her video 'Friday' became viral on the internet. She became instantly famous for some reasons. But you know, of course we are talking about the negative feedbacks. Ok personally, IDK but I think this girl got something. She might not be as talented as Maddi Jane, instead she has millions of haters if compare to Justin Bieber but I just know that one day, she's gonna be big.


I don't doubt her talent. At some level, I think she has 'em. She might not be the best but she's not the worst. And I guess I was right. I found her videos singing USA National Anthem, and boy this girl can actually sing (not bad eventhough at some point she slipped out her pitch). Maybe 'Friday' is not the right song for her. Rebecca Black, please choose any other day except for Friday.


You can listen to Rebecca Black's real voice without auto-tune here.


My point is, tak semua yang kita nampak hebat akan berjaya. Maddi Jane yang suara dia sedap tahap OMjayy pon tak discovered lagi by anyone while Rebecca Black yang so-so dah jadi hits and dah signed music deal dengan Ark Music Factory. Lagi satu Justin Bieber yang baru hit puberty pon lagi kaya dari BackstreetBoys yang dah lame aging. Alahai, rezeki masing-masing =)


Thank you for reading this entry !

Wednesday, 23 March 2011

Smash - Korean wannabe?

Assalamualaikum =)

Tadi aku terjumpa satu video kat youtube. Mula-mula ingat boyband dari Korea yang korang dok tergila-gilakan tu. Apa nama SuperJunior, 2pm  dan sebagainya. Tapi bukan. Nama depa ni Smash, dari Bandung kalau tak silap. Tapi yang penting dari Indonesia lah. Aku ni tak tengok cerita Korea, dengar lagu Korea pon tidak tapi aku boleh classify lah orang tu KW(korean wannabe) ke tak.Yang aku boleh simpulkan lepas tengok video ni........... umangai Korea gila!


Tapi sedap gak lagu depa. Walaupun ramai yang kutuk habis-habisan cakap depa ni wannabe la hape la tapi aku tak tengok suma tu. Yang aku nampak kat depa ni adalah effort. Susah tu nak menari cam orang Korea, nak buat videoclip feeling2 Korea lagi kan. Kira ok jugaklah brader-brader Smash ni sebab at least dorang berusaha kan?

Ramai jugak yang buat parody pasal lagu depa ni. Masalahnya yang like video parody lagi banyak dari yang like video sebenar =') Sian depa ni. Takpalah, biasalah tu, kadang-kadang kita susah nak terima sesuatu yang baru dalam hidup ni. Bila ada orang buat kelainan sikit ja, ang tunggu 2 saat, tup tu dia, haters dok serang. Tung tang tung tang dok kutuk, mengumpat suma konon bendajadah ni tak bulih diterima akai langsung. Pastu spread kat kengkawan & jadi modal sebulan. Jangan cakap tak. Aku tau angpa dok share satu kolej kediaman video Rosalinda - Welcome to Malaysia kan? Haha!

Sebenarnya tujuan aku nak suruh angpa tengok video ni ja, tak pepasai dok pi khutbah bagai hehe. Aku chow dulu na! Have fun!


Thank you for reading this entry !

Thursday, 24 February 2011

Dear FL - What's Your Favourite Food?

Assalamualaikum =)


Aku rasa aku nak buat segment baru dalam blog ni. Aku perlukan anjakan paradigma, aku perlukan perubahan untuk terus berjuang dalam dunia yang serba serbi moden ini. Setelah berhempas pulas, membanting tulang dan bersenggol-senggolan selama 7 minit, aku rasa aku mahu buat segment yang di namakan segment 'Dear FL'. Sounds fun? No?

Jadi segment Dear FL ini adalah lebih kepada menjawab pertanyaan korang semua. Tapi yang pasti, segment Dear FL ini entrynya lebih pendek, padat & ringkas (Yes!) Korang semua hanya perlu mulakan soalan dengan 'Dear FL, bla bla bla'. Kalau anda adalah manusia bertuah, soalan anda akan saya paparkan pada segment Dear FL yang akan datang. Ok kau pehal terus bahasakan diri jadi saya ni?


 1# : Dear FL, Whats your favourite food?


Makanan yang aku paling suka dari aku kecik sampai besar dan tidak pernah sesekali aku berpaling darinya adalah, coleslaw & rendang ayam. To be specific, coleslaw yang aku giler suke adalah dari Kenny Rogers. Gambar ni pon masa aku makan KR dengan melz & carl itu hari. Boleh belah x amek coeslow sampai 2 portions. Hoho boleh naik giler aku kalau makan coleslaw KR ni. Hoi over giler kau.


Pastu rendang ayam. OMG. Aku makan rendang ayam macam makan kacang kuda jer. Takde hal bro. 5-6 biji ayam baru kenyang. Hee gambar rendang diatas adalah rendang yang aku masak sendiri! First time masak rendang, nasib baik jadi. Itu pon, mak aku bebel-bebel kehkeh. Sabar yo la kannnn =')


at the end of the day, ini hanyalah satu helah supaya blog sentiasa berupdate LOL.

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 15 December 2010

Purikura

Assalamualaikum


Dulu, aku pernah cerita yang aku ni obses giler dengan jepun. Ingat tak? Ala zaman dimana asik-asik buat peace bila tangkap gambar (oh masih kekal tabiat ini sampai sekarang), menambah panggilan 'chan' disetiap nama kawan perempuan & cakap arigato instead of thank you. Sungguh whateveeer aku ni :')

Kalau dah obses dengan jepun, maka wajiblah pergi ke purikura kan. Purikura tu sebenarnya comes from the word Print Club. Tapi orang jepun ni makan nato & ramen banyak sangat jadi pronunciation dorang jadi huru hara sikit. Print club -> Purinkurabu -> Purikura ! Layankan jer la..


Anyway, purikura adalah booth tangkap gambar yang macam sticker tu ! Korang kena masukkan token, snap picca pastu korang boleh edit kasi comel-comel lepas tu menunggu dengan sabar sementara dia print hehe. Setelah gambar dah di print, tatap sepuasnya konon muka engkau paling comel. Agak-agak macam dah puas, boleh gunting-gunting tampal dekat album kecik atau boleh juga tampal di calculator, file & pelbagai lagi tempat yang orang senang nampak. Tujuan menampal di tempat yang orang senang nampak adalah supaya bila orang ternampak, orang akan puji. Barulah tak sia-sia kau membazir duit pergi purikura !




Purikura !! Harga berbeza-beza mengikut kehebatan mesin. Ada yang rm18, ada rm24 ada yang rm36. Tak sangka masa high school aku sanggup membazir untuk bendealah ni ha :') - google pic




Lepas snap, boleh edit! Tambah accessory, tambah font etc etc. Tapi harus edit cepat-cepat sebab ada masa. Actually boleh pause, tapi sebab mesin ni fully in japanese, maka untuk orang yang buta tuli macam aku ni, memanglah tak tau nak tekan mana untuk pause. Berpeluh-peluh aku edit sebab takut habis masa hahaha. LOSER ! - google pic



Lepas dah print, boleh tampal dalam album purikura. Album puikura ni ada jual kat kedai comel-comel. Lepas tu boleh la engkau tatap koleksi purikura engkau 24jam :) - google pic




Purikura yang aku buat kat Japan masa tahun 2007 bersama dengan mak & adik angkat :) Comel weyh suka suka teehee.



Mak angkat Jepun aku tanya, 'Fatin suka apa?' . Aku jawab Hello Kitty & Purikura ! Lepas tu dia belikan aku banyak gilerrr hadiah Hello Kitty & bawak aku g Purikura dekat mall hee... Biasa aku buat Purikura kat Sungei Wang Plaza jer. Ini first time la aku buat Purikura dekat Japan. Masa ni kitorang boleh edit gambar lama giler sebab mak angkat aku tekan pause !! Hahaha...




Ni la album purikura aku teehee. Aku start gilerkan purikura ni sejak form 2 ! Memang banyak gambar dalam album ni. Daripada zaman hingusan sampai lani




Ni lah contoh gambar purikura yang dah di-edit. comel giler kan!! Wannabe giler aku dulu. Akak-akak jepun ni memang idola aku dulu haha. Aku pernah cakap ngan mak aku dulu, tak silap masa form 2, aku nak bleach rmbut supaya jadi blonde, pastu memang kena maki la kan. Nasib baik kena maki, kalau tak dah tersesat jauh da aku sekarang LOL - google pic

Korang suka purikura tak? Biasanya purikura japan jer yang lawa. Purikura dari china & korea tak berapa nak cun. Colour dia tak berapa nak pekat lepas tu lighting tak semat. Tapi tu lah, purikura japan mahal kalau nak compare dengan china/korea punya. Standard la japan kan, barang baik, harga pon baik punyer :p


Thank you for reading this entry !

Thursday, 11 November 2010

Tuesday, 12 October 2010

Print-screen teehee!

Assalamualaikum pembuka bicara ;)


Pehh pembuka bicara tuuu...memang bagusla budak ni hee..sungguh beradap dan mementingkan adat-adat ketimuran. Bila cakap macam ni aku rasa macam nak pakai baju kebaya pulak. Ecehh over sangat aku ni, baru cakap 3 patah perkataan dah nak pakai kebaya. Acane tu? T__T Hehe apepon aku nak cakap thank you sangat-sangat kat rakan-rakan yang wish gudluck kat wall FB aku !!

Anyway, pekse tadi sungguh mencabar & menyiksakan. Berpeluh, berhongeh macam baghu lopeh maen bola kek stadium paroi tu haa. Memang takdo maso nak paling kepalo ke kighi & kanan la kan. Dapek yo koghoteh pekso, kopalo tunduk & terus jawab yo. Naek bopinaaa mato den. Okay mesti lidah korang terbelit-belitkan baca kan hehe ! Esok ada paper lagi, wish me luck people ;)

Oh ya kembali ke tujuan utama aku buat entry ni, sebenarnya kan, aku baru tau camna nak buat print screen kat MacBook hehe malu malu. Macbook ni dia lain sikit sebab dia takde print screen button macam lappy-lappy lain. Saje je kan macbook ni konon exclusive! Anyway, for MacBook user, untuk buat printscreen, all you have to do is just tekan

command - shift -3

and voila !

 Gambar takde kaitan. Ini earphone baru yeahhhhh :)) memang dah lame nak cari earphone baru sebab yang lama tu dah terkopek-kopek sakit betol telinga aku! Earphone ni aku beli dengan harga yang murah dari Nua! Sian Nua, dia baru beli earphone ni & tak guna pon lagi sekali mp3 dia rosak hee... Rp110k jerrr! Tolongla cakap aku manusia beruntung..tolong..




 Tengok! Aku dah pandai print screen dah sekarang hee...bangga bangga. Oh my baby formspring yang telah lama di-neglect-kan. Sorry kakak bz la yunk...(comel tak bahasakan diri kakak dengan formspring) Zoom in to know how many pending questions I have! ...mungkin disebabkan muka aku kelihatan seperti kakak-kakak receptionist kot, sebab tu ramai yang bertanya hee..



Ececeh FB pon sebok nak printscreen jugak ye. ok ok meh kakak printscreenkan awk yeee hee



Oh well, I gotta go. Nak hafal anatomy. Take care people! Jaga kesihatan ye sebab sekarang musim demam. Walaupun bila demam nanti boleh bermanja-manja dengan orang tersayang dan mengambil kesempatan untuk demand hadiah yang comel2 & makanan yang sedap2 tapi demam tidak bagus untuk kesihatan tahu :) 

Thank you for reading this entry !