Showing posts with label indonesia. Show all posts
Showing posts with label indonesia. Show all posts

Saturday, 30 April 2011

Cereal & Cheetos

Assalamualaikum


Itu hari aku bosan. Aku capai kunci motor dan start enjin, terus aku rem minyak menembusi jalan kampung yang keadaan jalannya sungguh menyakitkan hati. Bukan setakat sakit malah hatiku menjadi panas. Betullah macam member-member aku cakap, jalan nak pergi rumah aku ni macam trek ATV. Dia punya lubang tu persis macam periuk api. Tak kira lagi lopak air yang bisa melemaskan apa sahaja makhluk yang bertandang di dalamnya. 


Tapi permandangan sini cantik. Gunung yang menghijau, sawah padi yang menguning, rumah papan yang dimakan usia dan orang kampung yang sedang bercucuk tanam. Sebijik macam lukisan yang aku lukis masa darjah 2 Cempaka dulu. Kamonlah, masa Pendidikan Seni dulu, bila cikgu suruh lukis gambar permandangan tu jelah modal kau orang kan? Gunung-sawah-rumah kayu-matahari dicelah gunung. Typikal. Termasuklah aku haha!


Aku park motor betul-betul depan pintu masuk Griya. Griya ni macam aku pernah sebut dulu, dia lebih kurang macam Giant. Disinilah tempat aku membeli stok makanan mentah. Aku capai sebuah bakul dan berjalan mencari kelibat susu. Hmm...kat sini Dutch Lady nama dia Frisian Flag. Tapi dia manis sikit. Tak sesedap di Malaysia lah. Tapi oklah kot daripada takde. Aku capai 2 kotak besar. Low Fat & Chocolate.


Alang-alang beli susu ni, baik beli cereal sekali bentak hatiku. Eceh takyah nak bentak sangat pon takpe. Takde sape kesah kau nak beli cereal ke tak. Cereal kat sini sama je macam kat Malaysia, brand Nestle. Aku rasa diorang import sebab harga dia mahal jugak. Rp30k. Lebih kurang RM10. Mahal tau. Seekor ayam pon baru Rp22k. Ni cereal je dah Rp30k. Memang taklah kan orang orang miskin kat sini nak beli. Makan bakso pon baru Rp5k. Kau tengok betapa besarnya beza nilai dia?


Sedang aku dok convert-convert duit Rupiah kepada RM (haha nilah kegemaranku bila membeli belah), aku nampak ada sorang budak pompuan ni, umur kurang lebih 4 tahun berjalan berpimpin tangan dengan mak dia. Mak dia pakai baby sling yang diperbuat dari kain batik lusuh. Baju dia pun lusuh, nampak macam orang susah. Aku tengok dalam bakul dia cuma ada kopi beberapa paket, telur dan mee segera. Si anak perempuan ni sambil berskipping-skipping tak hengat dunia, dia meminta-minta mak dia supaya belikan jajan. 'Aku mauuuu yang ini donkkkk, bisa ga mama??'


Budak pompuan tu mintak ibu dia belikan dia Nestle Koko Krunch. Si ibu pada mulanya senyum lantas tangannya mencapai kotak cereal tersebut. Dilihatnya harga yang terpapar di tepi kotak tersebut, terus riak mukanya berubah dan diletak kembali kotak itu di tempat asal. 'Ga enak ni sayang...nutrisinya ga bagus..yang lain ajah ya?' Kata ibunya lembut. Si anak tarik muncung.


Si ibu terus memujuk anaknya supaya ambil jajan yang lain. Aku paham perasaan si ibu. Rp30k cukup banyak dan bermakna untuk orang miskin disini. Even kalau kerja membuat tahu pon hanya dibayar gaji rp10k sehari. Memang sangat daif. Pernah aku ternampak seorang pakcik ni membuka walletnya di dalam angkot, terkejutnya aku kerana dalam walletnya cuma ada Rp7k = RM2.50


Sewaktu aku beratur untuk bayar, aku nampak budak perempuan tu makan jajan Cheetos sambil menunggu ibunya membayar di cashier. Aku tersenyum ............................................................... Cheetos harganya cuma Rp3k


Thank you for reading this entry !

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Tahu tak Clarins tengah bagi free trial skincare product? Siap bagi free consultation lagi tau. Check It Out Girls!

Friday, 22 April 2011

My Indonesian Friend.

Assalamualaikum :)


Dah seminggu aku tak balik rumah sebab aku pergi jelajah several places in Indonesia. Cool giler ! Tapi itu kita put on hold dulu. Sekarang aku nak cerita benda lain kat korang. Sebenarnya aku baru je sampai Jatinangor (rumah aku) semalam. Aku rasa dalam pukul 1130 pagi la kalau jam tangan aku tak silap. Kenapa jam tangan aku boleh silap? Sebab kadang-kadang aku suka jer cepatkan 15minit. Eceh konon-konon bila bangun pagi jer suprise la sebab dah terlewat. Bila dah mandi-mandi baru teringat yang jam tangan ni cepat 15minit. Masa tu siryes rasa macam noble giler sebab bangun awal :')


Sambung cerita, setelah aku sampai ke rumah, aku terus start enjin moto dan rempit ke office Padma untuk settlekan hal permit untuk pulang ke tanah air. Lepas tu aku pergi beli makanan & pergi amek baju dari tailor. Aku buat baju kurung banyak-banyak sebab kat mesia nanti aku rasa dress code dia macam fussy je, so lebih baik aku amek langkah selamat dengan memakai baju kurung. Bukan sahaja lebih ayu malah akan disukai patient. (??)


Tetiba aku dapat BBM yang Tari ajak aku nge-date di Bandung. Ehemm den baghu yo sampai ghumah dari Bandung tadi, dah kono poei balik. Mau satu jam jugak lah dari umah den nak ke Bandung. Tari ni aslinya dari Bandung. Boleh aku kata, dia lah satu-satunya teman Indonesia yang paling aku rapat. Yang lain-lain aku selalu HELLO EH HI KAMU CANTIQ BANGET SIH EH SKARANG LAGI KULIAH APA BLABLA DAAA BYE. Tapi Tari ni special sikit, dia kalau jumpa aku mesti peluk-peluk, sembang apa yang patut lama sikit lepas tu baru bye haha!


Setiap kali birthday aku, mesti Tari ni belikan hadiah. Lepas tu kalau liburan dan dia pulang ke rumah orang tuanya, dia mesti belikan ole-ole untuk aku. Baik kan? Ada dia bagi cemilan amplang kuku macan cap ikan pipih. Ha terkejut kau. Tak paham lew tuww kihkih. Setiap kali exam dia mesti wish goodluck & datang jumpa aku untuk tenangkan aku atau bagi kata-kata semangat hehe romantic kan? 


Aku pulak jenis yang tak romantic dan pemalas. Bila aku nak wish goodluck, dia dah habis exam. Bila aku balik mesia, sebab heboh dengan photoshoot bagai den lupo lak nak belikan dia apa-apa. Tapi walaupun begitu, aku ikhlas kawan dengan dia sebab dia best & friendly! Dengan yang lain-lain aku macam susah ngam sikit, tapi dengan dia. Memang kalau jumpa cakap tak berhenti. Ala macam sinetron tu.


Selalu aku bagi pinjam buku, nota-nota & soalan pastyears kat Tari. Sebab program kitorang berbeza, jadual kelas & exam pon berbeza. Aku exam dulu pastu baru dia exam. Apa tips2 exam yang aku ada, aku share dengan dia. Jadi dia keraplah lepak ghumah aku. Dulu-dulu selalu sembang pasal pelajaran jer sebab Tari ni cintakan ilmu aku tak, tapi sekarang gossip jer lebih haha! Kau tau tak betapa susahnya nak bergosip dalam bahasa Indonesia. Sebel ah!


Pasal our date semalam, Tari fetched aku kat rumah dengan kereta dia. Aku kan dah takde kereta sebab dah jual tehee. Anyway, kitorang pergi PVJ sebab nak lepak-lepak minum minum gitu jer. Ha nak dekat 2 jam jugaklah dalam kereta sebab jem. Jumaat kan goodfriday, so mungkin ramai yang mudik. Tak kisahlah yang penting kitorang ke Azzura sebab aku tak pernah makan kat sini.


Kedai dia warna biru & putih.


Duduk dekat kawasan open-air sebab Bandung sejuk waktu malam.


Strawberry iced tea =)


Unique la dia punya serving tray kan? Ini Hainanese Rice Chicken. Senang nak jumpa kat mesia tapi amat susah nak jumpa di sini.


Suka si Tari ni ye heheh. Sebab aku rasa aku tak pernah belanja atau belikan dia apa-apa so aku pon belanja la dia kat sini =')


Aku nak bagi dia sesuatu sebagai tanda friendship kami, so aku ajak dia ke Revlon Sogo. Aku belikan dia eyeshadow sebab dia minat make-up. Wuwuw kawan dah 3 tahun, tapi inilah first time aku belikan dia hadiah... *facepalm*

Aku akan balik Selasa ni, mungkin ini kali terakhir kitorang berjumpa =') Lepas ni dah tak dapat jumpa lagi, tak dapat ngobrol lagi, tak dapat ngopi lagi... Aku sebenarnya tak berapa sedih, tapi semalam aku jadi sebak bila Tari menangis sambil peluk aku. Dia cakap dia tak pernah ada kawan yang dia begitu rapat selain aku. Lepas ni dia nak cerita-cerita kat siapa lagi, dia nak peluk siapa lagi. HUHU SEDIHLAH PLAK AKU YANG MENAIP NI OKLAH AKU NAK BBM DIA KEJAP.


[Me & You]
My dearest Lestari Putri, thanks for everything sobs..
Smoga kamu akan menjadi seorang dokter yang bisa memberi manfaat kepada pasien, ahli keluarga dan juga masyarakat. Yuk semangat!!


Thank you for reading this entry !

Thursday, 7 April 2011

Farewell HighTea With MARA

Assalamualaikum









Masih tinggal lebih kurang 3 minggu di bumi bandung...kemudian aku akan kembali ke tanah air untuk selamanya :') ..... Semalam Pn Uyun dari Pejabat Mara Jakarta datang untuk meraikan kepulangan kami. Kami buat hightea kecik-kecik je. Kuih-muih semua student-student yang buat sendiri. Cuma lauk-lauk tempah katering. Aku tak buat kuih pon sebab aku tak reti buat kuih hehe..


Terima kasih tidak terhingga kepada pihak Mara kerana telah memberi kami peluang untuk menimba pengalaman hidup di negara orang selama 3 tahun .....


Sedihnya... tak dapat makan bakso dorongan yang sedap petang-petang lagi... tak dapat langgar trafic light sesuka hati lagi... tak dapat dengar orang ngamen menyanyi masa naik angkot lagi .... =')

update : Disebabkan saya under Twinning Program UKM-UNPAD, maka lepas ni saya akan menjalani clinical phase di PPUKM selama 3 tahun. Total pengajian saya adalah 6 tahun. Thanks a bunch kepada yang wish, omjayy sempat merasa diri ni cam penting kejap hekhek. Virtually hug*

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 23 March 2011

Smash - Korean wannabe?

Assalamualaikum =)

Tadi aku terjumpa satu video kat youtube. Mula-mula ingat boyband dari Korea yang korang dok tergila-gilakan tu. Apa nama SuperJunior, 2pm  dan sebagainya. Tapi bukan. Nama depa ni Smash, dari Bandung kalau tak silap. Tapi yang penting dari Indonesia lah. Aku ni tak tengok cerita Korea, dengar lagu Korea pon tidak tapi aku boleh classify lah orang tu KW(korean wannabe) ke tak.Yang aku boleh simpulkan lepas tengok video ni........... umangai Korea gila!


Tapi sedap gak lagu depa. Walaupun ramai yang kutuk habis-habisan cakap depa ni wannabe la hape la tapi aku tak tengok suma tu. Yang aku nampak kat depa ni adalah effort. Susah tu nak menari cam orang Korea, nak buat videoclip feeling2 Korea lagi kan. Kira ok jugaklah brader-brader Smash ni sebab at least dorang berusaha kan?

Ramai jugak yang buat parody pasal lagu depa ni. Masalahnya yang like video parody lagi banyak dari yang like video sebenar =') Sian depa ni. Takpalah, biasalah tu, kadang-kadang kita susah nak terima sesuatu yang baru dalam hidup ni. Bila ada orang buat kelainan sikit ja, ang tunggu 2 saat, tup tu dia, haters dok serang. Tung tang tung tang dok kutuk, mengumpat suma konon bendajadah ni tak bulih diterima akai langsung. Pastu spread kat kengkawan & jadi modal sebulan. Jangan cakap tak. Aku tau angpa dok share satu kolej kediaman video Rosalinda - Welcome to Malaysia kan? Haha!

Sebenarnya tujuan aku nak suruh angpa tengok video ni ja, tak pepasai dok pi khutbah bagai hehe. Aku chow dulu na! Have fun!


Thank you for reading this entry !

Wednesday, 9 March 2011

I should watch National Geographic more often.

Hi & Assalamualaikum.

Hari tu aku pegi zoo dengan budak-budak ni. Dah tiga tahun duduk kat bandung barulah tau bandung ada zoo. Ok ye aku memang loser sebab aku takde tv kat sini. So general knowledge aku memang tahap dasar, ya i know:').  So yeah, masa jalan-jalan tengok binatang, tetiba aku nampak beruang. Aku kagum sebab aku rasa macam susah je nak jumpa bear in person? Ok macam nak jumpe bieber la plak in person bagai. Teddy bear tak termasuk.


Aku : OMjayyyyy that's a polar bearrr !
Sheqa : Mana?
Aku : Tuuuuuu ada banyak giler! Jom pegi tengok dekat-dekat *sambil berlari-lari*
Sheqa : .............................. That's a sun bear. Kita duduk dekat bandung okay.

Aku : Fine.



Guys, inilah sunbear. According to Wikipedia, they can be found primarily in the tropical rainforest of Southeast Asia.



Kecoh la der. Kitorang barulah polarbear. BOOO !



Ingat. Lainkali pegi zoo jangan buat malu diri sendiri hehe.
p/s : Hmm just wondering, Winnie the pooh bear apa pulak? Dia bear kan? Ke bukan. Gosh I feel like a loser.


Thank you for reading this entry !

Saturday, 26 February 2011

Hidup Di Perantauan

Assalamualaikum

Hidup di perantauan ni nampak macam best, hidup dengan kawan-kawan, pergi travel, rasa makanan baru, belajar bahasa baru dan sebagainya. Best tu memang best, tapi banyak jugak tang tak best dia. Terutama bab makananlah. Bila duduk di perantauan, memang makanan mesia itu diangkat tinggi, dijunjung dan disembah bagai tiada hari lagi. Sejak duduk diperantauan juga, kami menghargai pasar malam, bazar ramadhan dan warung jalanan lebih dari The Curve & Midvalley. Tengok betapa dalamnya kecintaan kami terhadap lauk-pauk tempatan?

Namun bak kata peribahasa melayu, alah bisa tegal biasa. Emangnya donk, tiap hari gue makan dorongan ajah. Udah biasa kok. Walo makanan Indonesia tu enaqqq bangeett, soalnya gue dari malaisia kok. (Hello readers from Indonesia =p !) Jadi, bagi menenangkan hati yang gundah gulana ini, kami sering buat jamuan potluck. Dengan mengadakan potluck, kami boleh merasa pelbagai jenis makanan mesia dalam satu-satu masa. Walaupun tiada bazar, tapi takde hal, kami akan ciptakan bazar itu dengan skil memasak masing-masing demi maruah bangsa & negara!

Semalam kami buat jamuan potluck. 2 session ok, breakfast & lunch. Adakah ini tamak haloba?


 #1- roti canai by Su | #2- tehtarik by Farah | #3- kari ayam by me! | #4 donut by Farah


Untuk breakfast kami makan roti canai kari ayam, tehtarik & donut. Nak menitis air mata sebab sedap sangat. Kari yang aku masak satu periuk terak habis dalam sekelip mata. Terharu boleh tak?


Makan dalam skill's lab. Puas giler dapat makan !


 Me & Tika. Hari ni aku pakai tudung. Everybody was like 'Eh, atin pakai tudungla hari ni!' Dengan selamber aku jawab 'Aah, selama ni I freehair jer'. LOL


Agak-agak dah tengahari, kami masuk tutorial room dan bersedia nak makan lunch pulak! Makan lunch agak berat ye. Walaupun perut masih kenyang tapi kugagahkan jua tulang empat kerat  ini untuk menyuap nasi ke dalam mulut. KAU GILER KE MAKANAN UNTUK LUNCH NI SANGAT HEAVEN. SUSAH GILER NAK DAPAT KAT SINI TAU TAK. Korang nampak tak betapa siryesnye benda ni? Nampak tak? Sebab tu aku guna capslock.


1# - rendang ayam by Bella & Tika | 2# - ayam masak merah by Yana, Amal & Su | 3# - acar by Fido | 4# - nasi tomato by Amal


Ini adalah muka chef-chef anda. Amal  tengah tangkap gambar ni, jadi dia takde dalam gambar. Oh sepatotnya Nik kena ada dalam gambar sebab dia goreng papadom. Tapi dia lesap setelah makan. Hanya Allah yang tahu.

Syukur ya Allah, puas sangat dapat makan semalam. Walaupun masing-masing rindu masakan mak masing-masing namun apakandaya, masak sendiri pon jadilah. Tak sia-sia aku selalu masuk dapur bila mak aku memasak, dapat juga aku mempraktikkan ilmu masakan yang mak aku bagi hehe.


On a side note, I would like to thank to all of you for your loving supports towards HoneyKoyuki! Until now, HK has made around 15k followers & 20k fans! That is seriously a lot of number friends. Can't achieve all of these without you guys. Mari peluk secara virtual*

Thank you for reading this entry !

Friday, 28 January 2011

Of dak rabbit & catheterization set.

Assalamualaikum


Yakni sekarang aku tengah belajar pasal GenitoUrinarySystem. Orang melayu cakap, pakar kencing ah. Bukan pakar kencing yang dok auta orang tak tak. Ini hal serius beb, aku skang dok blaja semua benda yang berkaitan dengan kencing & anatomy yang related.

Tapi satu benda yang aku tak boleh handle adalah catheterization set. Aku rasa macam pening2 ngilu2. Catheter ni adalah satu tiub yang kita akan masukkan kat saluran kencing to allow drainage of the bladder. Contoh macam orang yang paralyze, dorang kan tak boleh nak control urination, jadi kita terpaksa masukkan tiub tersebut untuk kuakan air kencing dia. Dapat bayangkan tak?




Mintak maaf for the sensitivity. Anggaplah kita sedang menuntut ilmu medical sekarang. Lihat, itulah catheter yang dimasukkan didalam penis. Patient akan diberikan anesthesia dalam bentuk jelly supaya tak rasa sakit. Tapi aku tetap ngilu!



Jadi masa lab activity tempoh hari, kitorang kena buat experiment kat rabbit. Masukkan catheter kat urinary tract dia. Memangla aku tak buat T_T. Syapik yang buat. Sebenarnya aku teringin nak buat tapi bila aku tengok si rabbit tu menendang-nendang, fikiran & emosi aku jadi berkecamuk.



 Aku yang tak berguna ni tolong tenangkan dak rabbit je dengan mengusap2 kepala dia.



Dak rabbit sudah menjadi tenang =)


Sebenarnya kitorang bagi ubat anti-hypertensive kat dak rabbit ni. Ubat yang diberi adalah diuretic. Diuretic ni akan menyebabkan dak rabbit ni kencing dengan banyaknya. Sebab dak rabbit tak paham bahasa bila dia patut kencing dan sebagainya, oleh itu, catheter terpaksa dipasang. wuwuwuw cian dak rabbit. kakak mintak maaf ='(

Oh, aku bangun awal pada hari experiment tersebut. Aku siap boleh gosok kemeja & pants. Bukan itu saja, malah aku sempat study before pegi kelas. Memang bukan aku lah kan. Perkara-perkara sebegini patut dipanggil miracle. Sebab dia hanya berlaku 1 atau 2 kali dalam setahun. Ajaib giler!


My outfit. Hehe aku pon nak pakai tapered pants jugak!


Thank you for reading this entry !

Friday, 26 November 2010

Saye suke tangkap gambar kat studio !!

Assalamualaikum !

Aku suka sangat tangkap gambar hehe..walaupun aku ni pakai braces, walaupun aku ni tak pandai posing, walaupun aku ni pipi tembam, walaupun ( sila nyatakan 3 hingga 4 kelemahan lain ) namun aku tegar dan tetap berdiri utuh di hadapan camera dslr tanpa rasa sedikit gentar pun. Pehh ayat macam good-good jer kan....hahaha :)

Aku sebenarnya bersyukur sangat2 sebab setiap kali balik Mesia, mesti ada la aktiviti menarik yang aku buat hehe dalam erti kata lain photoshoot la kan. Entahlah aku taktau pesal apa aku suka benau dengan photoshoot ni. Tapi aku suka la hehe..terima kasih para photoG yang sudi amek gambar aku selama ni. Walaupun noob habis tapi photoG layankan jerla aku ni kann :)

Tapi kan, ada satu benda yang aku belum try lagi. Photoshoot dalam studio. Macam gempak jer kan sebab lighting cam best hehe..bese outing photoshoot aku outdoor, memang la berhogeh panas nak mamp rasa macam nak maki jer sape-sape tanpa belas kasihan. Rasa macam bila-bila masa boleh kena heart attack. Okay over pulak kaw kan. Orang dah bawak photoshoot dah kira bagus okay?? Hee sorry-sorry.. Disebabkan keinginan yang mendalam terhadap photoshoot dalam studio, maka baru-baru ini aku telah pergi ke Jonas Studio. Kat bandung ni ada studio yang memang best la kan, kiranya dia snapkan gambar & editkan ikut template-template yang korang pilih :) Korang tinggal sediakan uangnya ajah sihhh! Comel gila aku rasa macam nak jadi gila pulak sebab template dia suma comel gila !


suka yang ini ^____^ !


patutnya besarkan mata sikit -___-


belajar buat pose ni masa photoshoot di taman botani, putrajaya :) tq photoGs sebab ajar kite!


>
pehh pipi tembam aku bukan main kepalang lagi..


Final editing. Lawa kan?? Jonas memang pandai edit guna template comel-comel ni :) Aku suka gila sebab tu sampai terkeluar gambar ni dari frame blog aku wakakakaka. Suka gila punya pasal kannn ! Anyway, gambar ni Jonas print out kan dalam bentuk canvas block. Hehe aku dah gantung block ni kat bedroom. Sangat omey2 hehe..


Dari tadi aku asek tengok je gambar ni sebab suka sangat haha..rasa macam nak pergi Jonas studio je setiap masa! Kan best kalau tokey Jonas Studio tu member aku, boleh aku mintak free jer. Aku tak sukalah kena bayar-bayar ni, bukan apa membazirkan tu kan amalan syaitan haha....pandai jer aku ni kan teehee :p


p/s: ada photoG nak ajak photoshoot dalam studio? sy mahuuuu !! ;) yang penting free hehe
Thank you for reading this entry !

Friday, 22 October 2010

Apa itu Griya?

Assalamualaikum.

2-3 kali jugak aku gebang kat korang semua yang aku beli barang ghumah kat GRIYA kan. Apa Griya tu sebenarnya? Ha Griya tu macam Giantlah kat mesia. Nak kata macam Tesco, Tesco besau nau. Menangis tokey Griya ni kalao dio poei Tesco kan. Mesti dia rasa penghinaan paling terhina dalam sejarah ketamadunan manusia! Anyway, aku ni duduk dekat pekan kecik nama dia Jatinangor. Bukan kat bandung city tu tau. Kalau nak pegi Bandung tu adalah 40minit perjalanan. Sambung-sambung kiranya kat Jatinangor ni ada 2 tempat nak shopping groceries. Satu kat Jatos (Super Indo) & satu lagi Griya. 




Inilah GRIYA kegemaranku. Biasa student suka pergi SuperIndo tu sebab dia dalam mall. Kiranya senanglah kot, boleh pergi makan sekali ke shopping sekali ke kan. Lagipon Jatos tu dekat sikit dengan area U kitorang. Tapi aku lagi suka Griya sebab senang cari parking. Jatos tu nak cari parking satu hal. Cukup tak goma la den poei situ.



Hari ni teringin pulak nak makan mihun sup & buah-buahan. Jadi tadi ajak Farah pergi griya. Lagipon susu dalam fridge dah habis, nanti nak breakfast susah. Aku ni bukan rajin sangat nak buat2 air panas ni hehe... Tengok tu tengok tu aku bawak recycle bag hee..niatnya takmo guna plastic!



 Tapi excess pulak...jadi terpaksa pakai plastic bag jugak. wuwuw baru nak bajet artis hollywood..save our environment....




 Yay dah dapat beli buah-buahan kegemaran !! jambu air & tembikai nyum nyum hee



Power tak hidang sup dalam periuk ? Mana nak cari orang sempoi cam ni kan? wakaka ghumah sewa aku ni mana ada pinggan mangkuk corell ke vantage ke....hidang jelah pakai periuk..asal dapat telan je dah hehe...mangkuk tu pon suma dapat free sebab beli sabun basuh baju Daia...kat umah aku ni mangkuk lagi banyak dari pinggan ngan cawan...sume sebab ihsan dari Daia....terima kasih Daia!



Ini dio mihun sup dak patin masak. Dilotak eh sambal kicap sotongah mangkuk mano tak borasap tolingo eh...botuah punyo budak teehee....





p.s : korang suma tau kan pasal budak medic yang meninggal semalam kan? She's my senior tapi dia tengah praktikal kat hospital. Aku pon tak pernah jumpa siapa dia. Cuma terkejut tiba-tiba dia boleh meninggal. Somesay sebab respiratory failure, tapi what triggers the failure IDK la kan. Mintak ramai-ramai sedekahkan Al-fatihah kat allahyarhamah ok. Jangan sebut al-fatihah jer, please recite it guys ! Tq

Thank you for reading this entry !

Thursday, 30 September 2010

Jamuan makan dalam gelap

Assalamualaikum.


Jadi tadi aku telah menghadiri majlis iftar & sambutan hari raya di Bale 4. Nama dia macam sangat formal kan? Sebenarnya tidak pon. Cumalah aktiviti dimana student-student Malaysia buat gathering dan makan-makan. Yang bestnya aktiviti ni disponsor oleh KUBI. Jadi hanya perlu datang bawak perut!


Walaupun dipanggil jamuan hari raya, tapi baju yang dipakai sangatlah tidak raya. Aku hanya pakai baju kurung kuliah, dan tudung yang dipakai semalam. Cuma inner itu saja yang baru. Bukan baru beli. Tapi baru cuci teeheee. Cekak? Oh itu cekak baru! Masih berusia 3 hari ;)



 Bersama kawan-kawan baik !



 ooops gedik sikit !



 Mereka berdua adelah housemate yang terbaek ! Farah & Ema ;)



 Sebenarnya, masa kami sampai-sampai je, bangunan sume gelap gelita. Masa tu berfikir, adakah mereka ni sedang berjenaka? Mana ada orang sambut hari raya dalam keadaan gelap gelita? Ini tidak lawak! Tapi setelah menyedari hakikat sebenar, barulah tau yang separuh dari bandar jatinangor telah dilanda wabak tiada karen sejak jam 4.30 petang. Tapi rumah aku yang jauh dari universiti ni ada karen. Jadi tak boleh salahkan aku kerana membuat tuduhan melulu at the first place tadi -___-.



 Sebenarnya gembira jugak makan dalam gelap sebab makanan yang dorang serve jenis buffet, jadi boleh lah mengambil sebanyak yang mungkin hikhik! Tapi pihak penganjur lebih bijak dari aku, makanya, walaupun buffet tapi makanan tu diambilkan oleh orang-orang yang bertugas. Ga bisa donk ambil sendiri :')



Apepon syukur alhamdulillah, walaupun dalam gelap, makanan yang dorang serve tadi boleh tahan sedap. Memang nikmatla makan bercahayakan lampu henpon. Hehe nak nak makan ramai-ramai memang syok la kan. Oh ya, nasib baik bawa camera. Dengan bantuan flash yang maha hebat sehingga boleh menyilaukan braces sendiri, maka dapatlah aku snap gambar-gambar diatas :)



p.s : first tyme pakai cekak dgn shawl ;) mula-mula rasa malu kemudian rasa gembira & tak malu wahaha

Thank you for reading this entry !