Monday 28 February 2011

Bercakap pasal hadiah

Assalamualaikum

Setiap kali balik ke mesia, aku takkan lupa untuk beli souvenir atau present buat kawan-kawan baik dan family. Nak nak kalau aku pergi travel, for sure aku akan beli souvenir untuk mereka-mereka yang kusayang. Tak kiralah mahal atau murah, bergantung status ekonomi aku pada masa tu. Kalau aku betul-betul sesak pon, paling koman aku akan belikan keychain. 


Tapi masa pergi Bali haritu, dekat receptionist area satu hotel ni, depa ada la letak postcard for free atas counter. Ala yang macam, please take one tu. Kira boleh la ambik sebijik dua untuk buat kenangan. Tapi boleh plak aku amek segenggam kan, dengan harapan tak payah beli souvenir. Jimat duit aku hihi. Tapi entah dimana silapnya, aku misplaced postcard tu dan terpaksalah jugak aku beli souvenir di kedai-kedai yang berdekatan. Dem. Padan muka aku.


Dulu, aku segan giler nak belikan hadiah untuk parents aku. Aku fikir macam ah mesti depa tak pandang aih hadiah picisan aku. So, setiap kali birthday ke, aku akan playsafe dengan membelikan hadiah berupa frame & perhiasan. Tak berani aku nak belikan hadiah macam baju ke, electronic ke takut depa pandang rendah. (Tak baik giler bersangka buruk dengan parents sendiri haha). 


Tapi sejak dah masuk alam 20-an ni, aku pegi mana-mana pon mesti teringat kat mak ayah aku. Macam aku makan kerepek pisang keju, terus aku terfikir nak belikan mak aku, nak suruh dia rasa. Walaupun kerepek tu apalah sangat. Tapi tulah, aku nak belikan jugak. Tengok bebudak laki ni pakai polo shirt (kat FO banyak jual) aku pon dok kepochi nak belikan ayah aku jugak. Bagi aku, kita jangan tengok benda yang kita bagi tu, tapi kita tengok keikhlasan hati yang memberi.


Macam itu hari, syukur alhamdulillah duit nuffnang aku masyuk la jugak, jadi aku kongsi rezeki tu dengan mak aku. Aku belikan dia set penjagaan muka Mary Kay. Menitik jugaklah air mata mak aku sebab terharu. Pehh tengok air mata mak sendiri jatuh berjujuran buat aku goyang seketika. Kalau nak ikutkan hati, mau je aku shed a tear tapi aku act macam cool la kan. Apa barang nangis depan mak. Cukup-cukup ah masa kecik dulu merengek. Aku dah 22 la der. LOL. Padahal bila homework tak siap pon nangis haha!


Lagi satu, macam korang dah tau. Aku ada 1 abang dan 2 adik lelaki. Ketiga-tiga ni memang cerewet gila terutama abang & asfiq. Tak cantik tak mau pakai. Tak sedap tak mau makan. Tak best tak mau tengok. Susah giler nak puaskan hati depa ni. Dulu memang aku tak layan ah belikan hadiah kat depa ni, buat sakit hati jer. Aku beli, duit aku habis, aku lagi kena kutuk sebab takde taste. Tapi tu cerita dulu, zaman-zaman highschool, zaman dimana hati aku ni amat sensitif ibarat serpihan kristal yang bertaburan di persisiran pantai. OK tak dramatis langsung aku susun ayat.


Sekarang ni aku dah cukup kental dari segi mental dan emosi. Aku gigihkan jua semangat aku untuk membeli hadiah buat jejaka bertiga ini despite segala tohmahan yang diberi. Setiap kali aku balik, aku akan belikan 5-6 branded t-shirt (beli kat FO jer murah hihi) untuk abang & han. Aku longgokkan kat hall, aku suruh depa pilih. Nasib a. Untuk asfiq pulak, biasa aku belikan mainan. Alah budak kecik, senang giler nak amek hati.


Cakap pasal kawan baik pulak, tang datin & nani ni memang senang tahap kacang menglembu. Belikan ja apa-apa semua depa suka. Macam aku kan balik mesia jarang-jarang, so by the time aku balik tu, ada la jugak 4-5 hadiah aku bagi kat depa ni. Yelah dah kumpul-kumpul souvenir pi travel tu semua kan hee. Depa pon bukan main jugak takmo kalah. Macam itu hari, datin bagi aku satu beg yang penuh dengan hadiah yang dia dah kumpul-kumpul untuk beberapa bulan hehe. Excited aku. Macam menang cabutan bertuah la pulak. Dengan nani pulak, tak kira lagi hadiah birthday, hadiah friendshipday, hadiah whatsoeverday. Teehee. 


Syukur sangat aku dikurniakan kawan-kawan & keluarga yang sentiasa ingat kat aku walaupun aku ni jauh diperantauan wuwuw. Tak sabaq rasanya nak pulang ke tanahair dan amek hadiah-hadiah yang depa dah belikan ni hehe......



 Jersey mesia yang baru! Thanks datin & ibu kepada datin!


 
Totebag & Coin Purse from Forever 21 ! Thanks kepada seseorang itu hehe!


Ipod Touch! Thanks ayahkusayang muah muah!


Kalau kita ikhlas bagi kat orang, orang pon insyaallah ikhlas bagi kat kita :) Nak nak parents & ahli keluarga. Banyak pahala kita dapatkan sebab menggembirakan depa. So jangan berkira sangat nak memberi. Sesungguhnya tangan yang memberi itu lebih baik daripada yang menerima. Tapi kalau nak bagi jugak, aku terima jer dengan hati & tangan yang terbuka haha!

Thank you for reading this entry !

Saturday 26 February 2011

Hidup Di Perantauan

Assalamualaikum

Hidup di perantauan ni nampak macam best, hidup dengan kawan-kawan, pergi travel, rasa makanan baru, belajar bahasa baru dan sebagainya. Best tu memang best, tapi banyak jugak tang tak best dia. Terutama bab makananlah. Bila duduk di perantauan, memang makanan mesia itu diangkat tinggi, dijunjung dan disembah bagai tiada hari lagi. Sejak duduk diperantauan juga, kami menghargai pasar malam, bazar ramadhan dan warung jalanan lebih dari The Curve & Midvalley. Tengok betapa dalamnya kecintaan kami terhadap lauk-pauk tempatan?

Namun bak kata peribahasa melayu, alah bisa tegal biasa. Emangnya donk, tiap hari gue makan dorongan ajah. Udah biasa kok. Walo makanan Indonesia tu enaqqq bangeett, soalnya gue dari malaisia kok. (Hello readers from Indonesia =p !) Jadi, bagi menenangkan hati yang gundah gulana ini, kami sering buat jamuan potluck. Dengan mengadakan potluck, kami boleh merasa pelbagai jenis makanan mesia dalam satu-satu masa. Walaupun tiada bazar, tapi takde hal, kami akan ciptakan bazar itu dengan skil memasak masing-masing demi maruah bangsa & negara!

Semalam kami buat jamuan potluck. 2 session ok, breakfast & lunch. Adakah ini tamak haloba?


 #1- roti canai by Su | #2- tehtarik by Farah | #3- kari ayam by me! | #4 donut by Farah


Untuk breakfast kami makan roti canai kari ayam, tehtarik & donut. Nak menitis air mata sebab sedap sangat. Kari yang aku masak satu periuk terak habis dalam sekelip mata. Terharu boleh tak?


Makan dalam skill's lab. Puas giler dapat makan !


 Me & Tika. Hari ni aku pakai tudung. Everybody was like 'Eh, atin pakai tudungla hari ni!' Dengan selamber aku jawab 'Aah, selama ni I freehair jer'. LOL


Agak-agak dah tengahari, kami masuk tutorial room dan bersedia nak makan lunch pulak! Makan lunch agak berat ye. Walaupun perut masih kenyang tapi kugagahkan jua tulang empat kerat  ini untuk menyuap nasi ke dalam mulut. KAU GILER KE MAKANAN UNTUK LUNCH NI SANGAT HEAVEN. SUSAH GILER NAK DAPAT KAT SINI TAU TAK. Korang nampak tak betapa siryesnye benda ni? Nampak tak? Sebab tu aku guna capslock.


1# - rendang ayam by Bella & Tika | 2# - ayam masak merah by Yana, Amal & Su | 3# - acar by Fido | 4# - nasi tomato by Amal


Ini adalah muka chef-chef anda. Amal  tengah tangkap gambar ni, jadi dia takde dalam gambar. Oh sepatotnya Nik kena ada dalam gambar sebab dia goreng papadom. Tapi dia lesap setelah makan. Hanya Allah yang tahu.

Syukur ya Allah, puas sangat dapat makan semalam. Walaupun masing-masing rindu masakan mak masing-masing namun apakandaya, masak sendiri pon jadilah. Tak sia-sia aku selalu masuk dapur bila mak aku memasak, dapat juga aku mempraktikkan ilmu masakan yang mak aku bagi hehe.


On a side note, I would like to thank to all of you for your loving supports towards HoneyKoyuki! Until now, HK has made around 15k followers & 20k fans! That is seriously a lot of number friends. Can't achieve all of these without you guys. Mari peluk secara virtual*

Thank you for reading this entry !

Thursday 24 February 2011

Dear FL - What's Your Favourite Food?

Assalamualaikum =)


Aku rasa aku nak buat segment baru dalam blog ni. Aku perlukan anjakan paradigma, aku perlukan perubahan untuk terus berjuang dalam dunia yang serba serbi moden ini. Setelah berhempas pulas, membanting tulang dan bersenggol-senggolan selama 7 minit, aku rasa aku mahu buat segment yang di namakan segment 'Dear FL'. Sounds fun? No?

Jadi segment Dear FL ini adalah lebih kepada menjawab pertanyaan korang semua. Tapi yang pasti, segment Dear FL ini entrynya lebih pendek, padat & ringkas (Yes!) Korang semua hanya perlu mulakan soalan dengan 'Dear FL, bla bla bla'. Kalau anda adalah manusia bertuah, soalan anda akan saya paparkan pada segment Dear FL yang akan datang. Ok kau pehal terus bahasakan diri jadi saya ni?


 1# : Dear FL, Whats your favourite food?


Makanan yang aku paling suka dari aku kecik sampai besar dan tidak pernah sesekali aku berpaling darinya adalah, coleslaw & rendang ayam. To be specific, coleslaw yang aku giler suke adalah dari Kenny Rogers. Gambar ni pon masa aku makan KR dengan melz & carl itu hari. Boleh belah x amek coeslow sampai 2 portions. Hoho boleh naik giler aku kalau makan coleslaw KR ni. Hoi over giler kau.


Pastu rendang ayam. OMG. Aku makan rendang ayam macam makan kacang kuda jer. Takde hal bro. 5-6 biji ayam baru kenyang. Hee gambar rendang diatas adalah rendang yang aku masak sendiri! First time masak rendang, nasib baik jadi. Itu pon, mak aku bebel-bebel kehkeh. Sabar yo la kannnn =')


at the end of the day, ini hanyalah satu helah supaya blog sentiasa berupdate LOL.

Thank you for reading this entry !

Wednesday 23 February 2011

Belilah shawl yang menarik disini !

Assalamualaikum =)

Hari ni aku nak cerita pasal hal orang pompuan teehee. Bukan nak bergossip bukan nak bersembang kencang, cuma nak berkongsi-kongsi untuk kegembiraan bersama. Macam biasalah, soalan yang saling tak tumpah yang sering diajukan ke muka aku secara bertubi-tubi adalah seperti, FL selalu beli shawl kat mana? lawa! 

Sebenarnya aku ni membeli barang merata-rata. Aku tak pernah specify tempat aku selalu shopping kat mana. Yang penting, lawa di mata, cantik di hati. Ok sebenarnya cantik di mata, lawa di hati pon boleh, mana-mana jelah sebab maksud dia sama =') Jadi hari ni aku nak share satu blogshop yang menjual shawl unik2 dengan harga yang berpatutan!



LustfulLuv Blogshop ! Banyak shawl yang lawa-lawa ada kat sini. Harga pon amat berpatutan! Sila jenguk ye rakan-rakan! Jenguk tak kena bayar pon hehe.


Kalau aku la kan, aku beli barang bukan tengok kedai, tapi tengok barang dia. Sebab bila kita pakai, orang bukan tau kita beli kat mana betul? Yang penting kalau barang baik, terus angkat je hee. Kat LustfulLuv ni banyak juga shawl yang aku tengok rare/exclusive. Ada satu tu shawl ala-ala Ariani punya. Ariani jual rm100, depa juai baru rm19. Murah la oi! Again, its not about the brand that matters.


Contoh  FL pakai shawl-shawl dari LustfulLuv :)

menutupi dada & labuh. cantik!


2 crumple shawls dipakai sekaligus sebab tamak haloba :')


      
crumple shawl dipakai dengan inner cotton :)


ini adalah crumple shawl yang dipakai begitu sahaja. bulat omjayy!


Kenapa FL asek pakai crumple shawl je? LustfulLuv takde jual shawl lain ke? Ey ey cakap baik sikit der. Banyak hokeh. Aku borong shawl crumple sebab aku takde langsung shawl crumple sob sob... Ok jangan lupa usha blogshop ni. Mana tau ada yang berkenan di hati ke kan? Tak rugi pon usha ;) Lagipon boleh dijadikan sumber inspirasi untuk berfashion. Ececey banyak la kau. Nah link!



p/s : masa pegi jumpa Dato Siti itu hari pon, aku pakai shawl dari LustfulLuv hikhik

Thank you for reading this entry !

Mahu photoshoot & memiliki banner yang comel?

Assalamualaikum !


Kalau korang tengok gambar ni, adakah korang terpikir bahawa gambar ini ditangkap oleh seorang photographer MALAYSIA yang baru sahaja berusia 23 tahun?

Yes, kita sedang bercakap tentang ANNAS EASKEY!

Gile kentang la kalau korang tak kenal dia. Gambar yang dia tangkap memang sure/confirm meletup nak mampos! Sampai artis-artis & orang-orang kat oversea pon berlumba-lumba nak guna khidmat AnnasEaskey ni kot? Don't worry, walaupun korang bukan artis mahupun orang-orang yang tinggal di oversea, anda masih berpeluang untuk berphotoshoot dengan ANNAS EASKEY kerana Annas tengah buat promosi sekarang ! Promosi dia ni sangatlah murah & berbaloi kalau nak dibandingkan dengan outcome dia yang superb tahap dewa.


SATU SESI PHOTOSHOOT 
20 FRAMES
5FULLY EDITED PHOTOS 
RM350
OUTDOOR SHOOT


Terms & Condition apply. Jom kita usha blog ANNAS EASKEY PHOTOGRAPHY for further details! Cepat book sebab Annas ni selalu je full. Bukan senang dia nak buat promotion !


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -

Assalamualaikum untuk kali ke 2!


Terima kasih buat semua yang dok puji banner blog aku ni comel hehe..maceh maceh. Tak kurang juga yang bertanya kat aku, macam mana nak design banner secomel itu? Oklah biar aku pecahkan rahsia ye ..Untuk pengetahuan semua banner blog aku ni didesign khas oleh seorang pereka banner yang terhandalan seantero dunia. Kehkeh bukanlah pereka banner professional, tapi artwork dia sangat kemas & comels okay! Setanding a dengan pereka banner handalan macam ummm *common brain, pick any name!*

Yang bestnye, korang pon boleh juga dapatkan banner yang cool macam banner kat blog aku ni *nada bongkak* Don't worry, takkan aku nak comel sensorang je, jual ikan a. Aku akan pastikan kalian juga dapat menikmati kecomelan itu bersama-sama. Bak kata pepatah melayu, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong, hello aku tak cakap bohong ok. Nah link. Korang boleh tempah banner dengan Ezan, pereka banner kegemaran hatiku ini. Click link dibawah & baca keterangan dengan lebih lanjut untuk meningkatkan kepahaman anda.


Ezan yang comel ni ada buatkan banner baru sebab aku ngengade soh dia designkan banner baru hehe..Mana lagi smart eh? Yang sekarang ni ke *sile scroll ke atas sekarang sampai anda jumpa header* atau banner yang baru ni? Pendapat anda amatlah saya hargai. Thanks!


Thank you for reading this entry !

Monday 21 February 2011

Chinese New Year Dah Lepas, Tapi Tetap Nak Update

Assalamualaikum.

Aku tau korang mesti nak aku update pasal rumah anak yatim kan? Ha, aku bukan taknak tapi ada lagi gambar yang aku tak habis transfer. So biar aku cerita dulu pasal itu hari kitorang food-hunting kat Bandung masa CNY. Hekeleh, benda dah lepas buat apa nak dikenang lagi der? CNY dah lama berlalu pergi, Cap Goh Mei bersilih ganti. Ah aku memang suka kenang benda-benda lepas ni sebab experience is the best teacher. Terasa cikgu-cikgu yang pernah mengajar aku dulu sebab aku anugerahkan pingat guru terbaek kepada Puan Pengalaman Bt Lepas. Emang dasar lho! (sorry cikgu, memain jer)


#Food-Hunting : Dim Sum @ Eastern Restaurant, Istana Plaza, Bandung


Actually kitorang datang sebab nak makan package 'all-u-can-eat' biasalah student mesti kena pandai plan. Bayar nak sikit, makan nak banyak haha. Tapi sebab hari tu CNY, jadi package tu tak available. Camni a. Jadi kitorang pun makan ala-carte. Sedap ! Lenkali aku akan pastikan aku dapat makan package murahan tu.


# Bowling @ Dago Plaza, Bandung. Bowling kat sini mahal, 1 game lebih kurang RM6. Macam kat Pavillion ek? Bowling tak berapa femes pon kat sini. Ayam penyet lagi femes.


 Masa kitorang main ni, takda orang lain. Teehee.


# Karaoke @ XEX Lounge, Dago Plaza. Sebenarnya tempat ni pub, tapi sebab siang maka takda orang langsung yang datang. Kalau tak mesti kitorang kena tuduh pergi clubbing, walhal kitorang pergi situ untuk berkaraoke sesama muhrim je. Apepon, tak sangka aku harga dia murah nak mamp. RP30k sejam.


 # Food-Hunting @ Steak Batu, Jalan Dago Atas, Bandung.


Untuk dinner kitorang makan steak pulak. Kat mesia panggil apa eh steak atas batu ni? Steak tu kita masak sendiri atas batu panas nak mampos tu. Korang jangan pandang batu ni sebelah mata mahupun pandang dengan mata kuyu, dia punya tahap kepanasan tu memang tak boleh dibawak berbincang langsung =')


 Power gak aku main pool kan....... NOT! =p 


Oh masih tinggal lebih kurang 2 bulan di bandung, lepas tu kena balik mesia dah. Harus berusaha untuk food-hunting dengan lebih giat ! Sebenarnya harus berusaha untuk final exam baru betul.

Thank you for reading this entry !

Saturday 19 February 2011

Pegi umah anak yatim teehee.

 Assalamualaikum :)

Aku baru je balik dari buat community service dekat orphanage sejak dari pukul 8 pagi tadi. Penat giler tapi best die lagi giler giler! Aku masih not in the mood to write, tapi rasa macam tak cool je kalau tak update blog, so yeah =)


bersama comels comels ku sekalian!!


Oh, ada jugak video yang aku sempat record. Kihkih, ini khas buat MelRomeo & CarlSamsudin sebab korang nak sangat aku buat video cakap basa Indonesia kan? Nah, amek. Angpa tengok puas2. Tapi video ni gelap sebab tempat tu gelap -___- Mesti angpa tak puas...Ah yang penting korang boleh dengar suara aku dengan jelas, terang lagi nyata. Malu pulak aku hehe...kalau ada salah & silap harap dimaafkan . Tak harap dimakikan hahaha!



some vocabs you might want to know

teteh - kakak (dalam bahasa sunda)
seru - best, menarik
capek - penat, letih
este12 - ST12 
fel - fatin liyana terhebat lagi comel (ok tak tak jgn marah na! haha!)


p/s: terasa cool semula sbb dah update blog. hahaha. nanti kalau dah rajin semula, akanku cuba untuk membuat sambungan kepada entry ini. akan kucuba....akan...akan...

Thank you for reading this entry !

Wednesday 9 February 2011

Budaya makan yang tak sudah-sudah.

Hi assalamualaikum semua =)

Hari ni aku rasa terpanggil nak bercakap pasal budaya makan orang kita. Lately, aku tengok Mesia dah nak jadi macam Amerika dah. Makan tahap melampau. FYI, percentage of obesity people in USA is increasing each year, and nampaknya mesia pon tak mahu kalah dengan USA. Budaya makan la ni dah berubah, dah tak macam dulu lagi. Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik, kalau nak makan fast food, mesti kena tunggu gaji mak ayah masuk dulu. Kiranya makan fast food hanya sekali atau dua dalam sebulan. Tak pon, kalau ada special occasion macam birthday ke dapat jadi ketua darjah ke, barulah mak ayah treat pergi pizza hut takpon mcdonalds & kfc. Nak makan kek? Haruslah tunggu birthday adik beradik ataupun hari guru baru dapat merasa makan kek. So as a whole, makanan selain nasi boleh dikatakan amat mewah bagi kanak-kanak 80-an seperti aku.


Sekarang? Ikut cakap IniAnwarHadi pon, hari tu dah makan TGI Jumaat, Resipi Rahsia dan hari ni nak p makan Market Ikan Manhattan lah pulak. Selang 2 hari pergi makan tempat mahal. Stakat McD & kepsi hari-hari boleh pergi makan. Nasi? Boleh kira ngan jari seminggu bapa kali makan nasi. Ada yang konon diet, I dont take rice. Tapi pergi makan kat tempat gini. (-___-) C'mon people just admit it haha! Rakyat Mesia dah kaya sekarang. Makanan bukan lagi satu keperluan tapi satu kemewahan. Kalau orang dulu-dulu mati sebab tak cukup makan. Tapi orang sekarang mati sebab terlebih makan. *ouuchh!*



Ini akibat kalau anda makan secara tak sihat. Oh tambah lagi satu, diabetes. Jangan kata overweight je tak sihat. Orang yang kurus pon belum tentu sihat. Kurus mungkin sebab genetic, tapi fat deposition kat blood vessel bagaimana pula? Ada je orang kurus kena stroke, ada je orang kurus kena heart attack. So, janganlah confident sangat yang anda sihat kalau anda tak exercise, makan sedulang tapi masih kurus. *Oh snap!*



Cuba tanya diri sendiri, apa yang aku makan untuk satu hari ni. Bape batang rokok yang aku sedut? Ada tak aku pergi exercise dalam seminggu ni? Am I leading a healthy lifestyle? *facepalm*


Jika jawapannya, pagi tadi aku makan nasi lemak ayam rendang dengan teh tarik extra large, tengahari aku makan kepsi dinner plate dan cheezy wedges kesukaanku, petang aku beli goreng pisang 2 hengget dan malam aku diet sikit, aku hanya makan 2 ketol cake secret recipe. Rokok aku tak isap sebab aku pompuan tapi anggap yang jawab soklan ni lelaki so lebih kurang 5 batang okok aku sedut rini. Exercise, ada jugak 4 bulan yang lepas aku panjat Broga tu pon sebab aku nak pegi shoot talent, kalau tak memang dah setahun aku tak jog, tapi lek la der, hari-hari aku pegi kelas jalan kaki what kira macam exercise la tu kan tapi aku pelik a berat aku makin bertambah dulu masa first year aku 50 jer skang aku dah 75kg. =')


Remember people, you are what you eat. Dont eat more than you should. It brings harm to you and your body. Cuba tahan nafsu, manage sikit diet korang tu. Kalau diri sendiri pon susah nak manage, macam mana nak manage orang lain? Kalau dulu umur 60 baru kena diabetes, hypertension, stroke. Sekarang umur 20-an dah kene diabetes. Umur 40 dah boleh kena stroke. Bagi aku, benda ni tak berbaloilah. Hanya kerana diri sendiri fail untuk manage diet, tak pepasal kita mati awal. Yup betol, ajal di tangan Tuhan. Tapi kita harus berusaha untuk tidak ke arah itu.



Ni aku nak habaq mai kat angpa ni. In healthy people, kita harus amek cholesterol less than 300mg perday. Sebiji telur ayam pon dah 200mg angpa tau. Kira tak dalam cake yang angpa dok kunyah tu ada 5 bijik teloq? Tak kira lagi puding caramel yang ada 9bijik teloq tu. Oh lupa, dalam ayam, daging suma ada cholesterol jugak. Ang kiralah sendiri betapa banyaknya cholesterol ang consume each day. Cholesterol banyak-banyak akan deposit dalam blood vessel lantas membentuk plaque dan menyebabkan hardening of blood vessel (artherosclerosis). Bila plaque tu tercabut dari blood vessel disebabkan high pressure dalam blood vessel, maka plaque tersebut akan circulate dalam BV yang sempit tu dan akan menyebabkan occlusion. Bila occlude kat brain, ang kena stroke. Bila occlude kat heart, ang kena heart attack. *Omjayy scarynye!*


Sekarang ni aku hari-hari breakfast makan quaker oats sebab dia boleh turunkan cholesterol dalam darah. Aku ada baca, start umur 20an, kita dah patut check lipid level dalam darah. Terkejut jugak aku, aku hengat orang tua start 40an je yang kena check lipid profile. Selain tu aku p jogging jugak dalam 2-3 kali seminggu sebab exercises boleh tinggikan HDL level & rendahkan LDL level. Dalam bahasa layman, HDL ni boleh kira macam 'good cholesterol' while LDL ni macam 'bad cholesterol'. Orang dok kalut cakap ngan aku, eh kau ni dah kurus, buat apa pegi jogging lagi? Salah salah. Aku p jogging bukan sebab aku nak kurus tapi sebab aku nak sihat. Memang sekarang tak nampak kesan dia, tapi aku percaya, in long term, it will bring goodness to me & my body.

So peduli apa orang kata, mulai hari ni angpa suma kena makan secara sihat & rajin-rajin pegi exercise na! Kalau kita tak jaga badan kita, sapa lagi betui dak? =) Marilah kita sama-sama menjadi health concious!


p/s: kurangkan/stop merokok sebab rokok boleh contribute to atherosclerosis.
update : kawan2 jangan salah faham. berat saya bukan 75kg tapi 46kg hehe. itu sekadar contoh!
Thank you for reading this entry !

Saturday 5 February 2011

Upclose with SitiNurhaliza @ Hyatt Hotel, Bandung (versi semangat kenegaraan meluap-luap)

Assalamualaikum people :)


So nak dijadikan cerita, minggu lepas (28/01/2011) aku ada dengar ura-ura sitinurhaliza datang bandung, tapi benda ni macam private so tak diwarwarkan sangat a. Aku pon tak berapa nak catch up pasal ni sebab minggu lepas emosi aku tak berapa nak stabil disebabkan aku sering tertidur secara merata-rata lantas apa yang aku dah plan untuk revise terbengkalai. Hal ini menyebabkan aku menjadi stress. Aku menjadi bertambah stress bila budak-budak ni spread the news yang 'you guys have to pay rm500 if you wanna see siti, well a bit expensive but you know its a private event.' A bit expensive? Dem.

Dude, seriously aku bukan fan siti. Lagu cindai pon aku boleh terkeliru dengan lagu noraniza idris. Semua lyric lagu siti aku re-compose (olah semula) mengikut kesedapan telinga aku mendengar dan ketajaman otak aku berpikir. Yang tak boleh blahnya tu, aku sentiasa berusaha untuk menyanyi lagu siti walaupun pada hakikatnya, lyric serta rhythm sudah terang lagu bersuluh salah tahap nak mamp. Haha!

Ah persyaitonkan semua itu. Sebagai rakyat mesia yang tinggal di luar negara, aku mempunyai sifat 'When I'm overseas, I love everything about Malaysia'. So yeah, terkilan la jugak sebab tak dapat tengok dia padahal dia dekat bandung kot.  I aint gonna pay any rm500 just to see her. No, no. Tapi entahlah dah rezeki Allah kasi, tiba-tiba miracle happened. Siryes ini adalah miracle. I dont know, sometimes miracle just pop up in my life without prior notice. This time, ayah dak apis yang bekerja di Malaysian Embassy called me. Here the conversation went :


Uncle : Hello fatin, Im in bandung right now, attending a seminar in Hyatt Hotel. 
Me : Oh really? Bukan ke Siti pon ada jugak kat situ jugak uncle?
Uncle : Yeah, uncle ada tangkap gambar dengan dia. U wanna join me?
Me : Huh? Is it possible for me to join? Its a private event kan uncle?
Uncle : Yes but if you wanna join, I can register your name under my mine.
Me : ............. *terpana & terpaku*



So yeah, I brought Farah along :) 


My outfit. Gila tak tau nak pakai baju apa. Yes, Im in love with that tapered pants. Hee I got 2 ;) Yang haritu, the color is darker than this one.


Inilah ballroom Hyatt Hotel. Kitorang masuk around 8pm camtu ;) Meja kitorang selang 1 table je dari table Siti.


There you go, the ever beautiful SitiNurhaliza! Takde bodyguard pon. We were free to go back & forth to meet Siti ;)


Hehe macam peminat setia tak? 


Makan buffet. Ada Malaysian & Indonesian food. Semua orang korporat, kitorang berdua je budak2 :')


Siti menang award apa ntah, usahawanita kot. Cant remember. Tak boleh blah, I was sitting right in front of the stage like ALL THE TIME. Siti pon perasan kot haha.



Yeah. Stalker, I know T_T


Itu angklung. We were taught how to play & make it work baby ;)


Ok. Buat muka annoying sikit.


Better. 


Dato' K friendly giler. Tanya2 pasal U & life kitorang blah blah. Sebab rakyat sesama rakyat bertemu di oversea, maka semangat kenegaraan pon tinggi. Lantas semua orang menjadi kompak & friendly.


Siti tak nak pandang dekat camera haku sebab bukan dslr kot =')


Yes! Siti pandang pon camera aku. But I had my body distorted la plak =")


 She's very beautiful in person =)


It was 11pm already and we were about to head home. 3 hours of meeting with Siti was definitely a memorable once in a lifetime experience. Thanks uncle for making this to happen. Dak apis punya family has always been kind & generous to me, esp his mom & dad. I love em! May Allah bless you.


Oh anyway, sebab aku ni jenis yang tak tau malu sikit, so aku asek ulang alik ke table Siti hehe. Lepas tu aku introduce myself, & sampaikan salam kawan2 yang tak dapat follow suma. I had a lil chat with Siti, and yup. She remembered me. Atas pentas, sebelum she started her performance, she said hi to me & Farah. Yes, the audience was like, had their eyes on us. Malu hehe. Ada wartawan RTM ni lagi tak boleh blah, dia ingat aku ni crew/assistant Siti sebab aku asek berkepit je dengan Siti =p You guys should watch her live performance sebab suara dia memang indeniable sedap tahap dewa. Bravo, siti!

On a side note, we were told by the embassy that we don't actually have to pay rm500. Someone bullshit-ed us. Kesian kawan-kawan yang lain, kalau tak boleh kitorang satu batch datang tengok Siti. and maybe boleh bawak a super hugeeeee banner.

Thank you for reading this entry !