Assalamualaikum
Hidup di perantauan ni nampak macam best, hidup dengan kawan-kawan, pergi travel, rasa makanan baru, belajar bahasa baru dan sebagainya. Best tu memang best, tapi banyak jugak tang tak best dia. Terutama bab makananlah. Bila duduk di perantauan, memang makanan mesia itu diangkat tinggi, dijunjung dan disembah bagai tiada hari lagi. Sejak duduk diperantauan juga, kami menghargai pasar malam, bazar ramadhan dan warung jalanan lebih dari The Curve & Midvalley. Tengok betapa dalamnya kecintaan kami terhadap lauk-pauk tempatan?
Namun bak kata peribahasa melayu, alah bisa tegal biasa. Emangnya donk, tiap hari gue makan dorongan ajah. Udah biasa kok. Walo makanan Indonesia tu enaqqq bangeett, soalnya gue dari malaisia kok. (Hello readers from Indonesia =p !) Jadi, bagi menenangkan hati yang gundah gulana ini, kami sering buat jamuan potluck. Dengan mengadakan potluck, kami boleh merasa pelbagai jenis makanan mesia dalam satu-satu masa. Walaupun tiada bazar, tapi takde hal, kami akan ciptakan bazar itu dengan skil memasak masing-masing demi maruah bangsa & negara!
Semalam kami buat jamuan potluck. 2 session ok, breakfast & lunch. Adakah ini tamak haloba?
#1- roti canai by Su | #2- tehtarik by Farah | #3- kari ayam by me! | #4 donut by Farah
Untuk breakfast kami makan roti canai kari ayam, tehtarik & donut. Nak menitis air mata sebab sedap sangat. Kari yang aku masak satu periuk terak habis dalam sekelip mata. Terharu boleh tak?
Makan dalam skill's lab. Puas giler dapat makan !
Me & Tika. Hari ni aku pakai tudung. Everybody was like 'Eh, atin pakai tudungla hari ni!' Dengan selamber aku jawab 'Aah, selama ni I freehair jer'. LOL
Agak-agak dah tengahari, kami masuk tutorial room dan bersedia nak makan lunch pulak! Makan lunch agak berat ye. Walaupun perut masih kenyang tapi kugagahkan jua tulang empat kerat ini untuk menyuap nasi ke dalam mulut. KAU GILER KE MAKANAN UNTUK LUNCH NI SANGAT HEAVEN. SUSAH GILER NAK DAPAT KAT SINI TAU TAK. Korang nampak tak betapa siryesnye benda ni? Nampak tak? Sebab tu aku guna capslock.
1# - rendang ayam by Bella & Tika | 2# - ayam masak merah by Yana, Amal & Su | 3# - acar by Fido | 4# - nasi tomato by Amal
Ini adalah muka chef-chef anda. Amal tengah tangkap gambar ni, jadi dia takde dalam gambar. Oh sepatotnya Nik kena ada dalam gambar sebab dia goreng papadom. Tapi dia lesap setelah makan. Hanya Allah yang tahu.
Syukur ya Allah, puas sangat dapat makan semalam. Walaupun masing-masing rindu masakan mak masing-masing namun apakandaya, masak sendiri pon jadilah. Tak sia-sia aku selalu masuk dapur bila mak aku memasak, dapat juga aku mempraktikkan ilmu masakan yang mak aku bagi hehe.
On a side note, I would like to thank to all of you for your loving supports towards HoneyKoyuki! Until now, HK has made around 15k followers & 20k fans! That is seriously a lot of number friends. Can't achieve all of these without you guys. Mari peluk secara virtual*
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment