Monday 30 August 2010

Pizza bersaiz TAYAR & The Expandable di malam hari.


Assalamualaikum.


Lately ni, kehidupan aku sangat mencabar. Banyak giler tasks weyh. Tension aku. Tension die tahap sampai aku buat lawak aku sendiri tak nak gelak. Giler macam, tak lawak langsung diri sendiri punya lawak. Sedih tau tak bila buat lawak tapi tak kelakar. Walaupun otak bekerja keras tapi tetap lawak berada di takuk lama. Takde anjakan paradigma orang kate.


Next week, aku akan balik ke Malaysia. Excited memang ada, tapi tasks yang nak kena submit lepas lebaran ni bukan main kepalang banyak dia. Memang tak kasi can. Nak nak lepas lebaran gak, aku terlibat dengan events & ada final exam. Every weekends pulak akan ada additional class organized by UKM. Means that, kitorang takkan ada cuti la for weekends. Lecturer dari UKM datang ke bandung bukan hanya sekadar membawa senyuman tapi membawa sekali assignments which I consider a bit leceh la, cuz you have to submit reports & buat slide for presentation sume. That one additional subjects. Tak kira lagi core subject kitorang every weekdays ni. Presentations for LI twice a week, lab manuals, skills lab. Mau tak gila aku kan. 


Tapi apa barang gila-gila ni beb. Lek sudeh hee. Aku ni jenis kalau tension, kita kena hiburkan hati yang duka lara. Camne nak buat? Sonang yo. Kumpulkan ahli pasukan yang ingin berhibur, dan pergilah berhibur ! Lepas dah berhibur berjoli semua, kembalilah ke pangkal jalan dengan azam yang cekal di dada. Live life to the fullest beybeh beybeh beybeh owwwww *baling botol kat kepala justin biebier* eh jap jap korang dah tengok tak video yang JB kena baling botol tu kiki kalau belom cepat pegi tengok.



- - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Terdiri daripada 8 orang. Semua inginkan hiburan & makanan yang enak kerana sedih sebab kena datang kelas hari sabtu ahad wuwuwuw..



Memilih menu di Little NYC Italy. Pizza size XL kaw!



CUBA KAU CAKAP DENGAN AKU, XL TAK XL PIZZA NI? nama penuh pizza ni aku dah terlupe, cuma yang aku ingat kitorang amek 3 flavors. Salah satu tu nama dia God Father. Mungkin godfather suka makan pizza-pizza pesen begini T__T


Kitorang panggil pizza ni pizza tayar sebab dia besar sangat sampai tak sedar air mata menitis dengan perlahan-lahan. Sebab masing-masing tamak haloba, jadi TERbeli 2 tray. Sedap tu memang sedap tapi sebab makan masa buka puase, jadi cepat muak & tak boleh makan banyak. Kecewe.



Blueberry cheesecake yang yum yum :p



Contact lens baru amek kat kedai. Grey-brown. Natural sikit la kan. Dah penat berlakon jadi orang putih celup before ni wakakakka



Bersuka ria selepas kenyang :)




Bro kalau tak puas ati jangan jeling-jeling. Ade bran jom jumpa kat simpang kol 5 la. bawak lu punye batu seremban. kita fight game 2hengget. amacam? wakakaka



comelnye kawan-kawan cayeee ;) besaunye pipi aku, macam nak tertetas inner syria tu weyh haha



sementara tunggu movie The Expandable start pukul 9.25mlm, kitorang pegi makan yogurt dulu! Kiwi flavored yogurt + kiwi topping ;)



masaaaammmmm -___- ! tapi sedap tapi sedap tapi sedap.



Lepas tengok movie, dalam 1130mlm camtu, kitorang nak balik dah. Skali kete tak leh start. Huahua balasan tak pegi semayang tarawikh kot. Lepas adegan tolak menolak kereta, baru enjin dapat start. *mengurut dada tanda lega*. Kesimpulannya, kumpulan ingin behibur berpuas hati dengan hiburan pada hari tersebut. Marilah pulang ke pangkal jalan semula :)


Penatnye la badan aku ni. Kadang-kadang rasa macam nak amek dadah je supaya bersemangat hehe. Oh tapi jangan mengalah! Masih ada 1 minggu untuk selesaikan hal-hal sedemikian rupa. Aku juga dah buat list apa nak kena buat, apa nak kena beli, apa homework, etc etc. Masalahnye, tengok list je dah menggeletar, seram sejuk & mengalami hallucinations kecil. Akhirnya, tertidur sampai memeluk list di dada tanpa berbuat apa-apa. FINE! pssstttt. doakan urusan saya dipermudahkan ye :) maceh wakkk byee


Thank you for reading this entry !

Saturday 21 August 2010

Masa zaman sekolah SBP dulu muka aku kelakar.

Assalamualaikum


Kadang-kadang aku rasa kan apa yang aku dapat selama aku hidup ni semua macam rezeki terpijak tau. Rasa macam aku tak layak nak dapat benda tu tapi sebab mak aku tak putus putus berdoa, jadi Allah pon bagilah kat aku sebab kesian tengok mak aku hehe. Contohnyela kan, masa form 4 aku dapat tawaran masuk SBP. 


Kalau korang nak tau la kan, masa form 1-3 aku ni jenis yang tak berapa nak active sports sebab takut kulit jadi hitam. whatever gile weyh aku. Malu pulak melayan diri sndiri macam DIVA masa kecik2. Padahal sekolah depan umah je kot. Tiap-tiap rabu petang, memang boleh nampak lah budak2 lari keliling padang, belajar ikatan tali tengah-tengah panas, berkhawad sambil kena maki dll. Aku pulak tiap-tiap petang lepas makan tengahari dok terbongkang depan TV wakaka bahagia bahagia. Tapi cemas jugak sbb attendance aku kosong memanjang. Cikgu ko-ku pernah warned kat assembly, dia cakap, sapa budak yang tak datang ko-ku, tau lah nasib dia, dia akan cari sampai ke rumah!! Aku cemas bai sebab umah aku depan sekolah je. Yelah masa tu zaman menengah rendah, zaman teenangerslah katekan. Keberanian tahap dasar je. Konon makhluk yang paling ditakuti adelah cikgu displin & GPK HEM. Cuak punye pasal, tiap-tiap hari rabu, aku akan balik umah laju-laju tak toleh kiri kanan, kunci gate dan pesan kat bibik. 


'bibik kalau ada cikgu datang rumah & cari saya, bibik berlakon pekak tau'
'oh kenapa cik tin? cikgunya jahat?'
'iya jahat banget, pokoknya bibik berlakon pekak aje'
'ya udah'
'time kasih bibik, nanti saya belanje top up rm5'


............ tapi tak pernah pon cikgu datang cari aku kat rumah. buat penat je aku runsing dan hidup dalam ketakutan pada setiap hari rabu -__-

- - - - - - - - - - - - - - - - - - -


Nak dijadikan cerita, aku pon dapatlah straight A untuk PMR. Memang semangat nak masuk sekolah SBP tu membuak-buak. Bukan sebab aku suka kehidupan yang teratur, tapi sebab aku rasa macam cool kalau dapat pakai baju batik wakakaka. Dekat nismilan ni ada banyak SBP mcm SDAR, TKC, SASER, SMAP Labu, STJ. So kalau lepak kat terminal 1 hari jumaat lepas kelas tu, memang boleh nampak la budak-budak SBP pakai baju batik sambil hurung beg balik kampung. Pehhh siyess semat weyh. Pada zaman tu, tiada apa yang lebih semat daripada baju batik sekolah SBP ~~~


So aku macam konfiden yang aku akan dapat SBP sebab result aku sejak form1 mmg mantop. Memang aku tak join sports & leadership tapi aku join quiz2, essay writing & all those academic stuff yang tak kena panas. Even offer nak jadi pengawas pon aku tolak sebab pengawas kena jaga gate tgh-tgh panas. Betapa taksubnye aku taknak kena panas kan. Pening pulak kepala aku type perkataan 'panas' ni banyak kali hehe. Anyway, masa tu persaingan memang hebat, cikgu aku pesan, sekarang ni SBP perlukan banyak student lelaki, sbb student perempuan dorang dah ramai giler. down. Masa 1st intake SBP tu, member2 laki aku yang pandai-pandai suma dah dapat offer. Aku setiap hari bukak peti surat tapi hampa. Yang ada cumalah pamplet promosi GIANT...............


Makin hari impian aku nak pakai baju batik terasa makin jauh...rasa sedih sangat sebab tak dapat pakai baju batik ada lambang sekolah wuwuwu... aku asek mengelamun je dalam kelas. Subject form4 susah kalau nak compare masa PMR dulu kan, tapi aku macam malas nak amik tau. homework pon aku tak buat. Sebab mak ayah risau dengan perangai anak pompuan dorang ni, ayah aku pon amek inisiatif dengan menghantar rayuan kat pihak SBP. Tapi pihak SBP kata diorang tak janji, sebab tempat memang limited. Kalau ada orang tolak offer baru dia boleh replace. Wuuu memanglah rasa terhina masa tu, nampak sangat aku ni macam tak layak & 2nd choice jer. Takpe kau pakcik..takpe..camni a kau buat den...ehkau taktau den ni sapo laeiii...camni arrr camni arrr...


As I moved on and began to forget bout the SBP thing, tiba-tiba I got an offer letter from SBP. Dalam bulan february macam tu. Nama sekolah : SBP INTEGRASI SELANDAR, MELAKA. I was like, apo tuu tak pona donga pon. Bagilah den STF ke TKC ke baru ada standard ecewahh <---- tak sedar dek untung budak ni! Kebetulan abang aku yang sekolah kat STJ mase tu kate, dia penah pegi sekolah selandar tu untuk kem physics & math. Sekolah selandar tu memang kampung habis, dalam lingkungan kelapa sawit. Misteri. Lebih kurang macam Bermuda Triangle. Misteri kan? Dahla sekolah tu baru bukak. Kiranya batch aku ni merupakan batch ke-2 yang amek SPM. Tak establish lagi. Masih 'noob' lagi orang kata. 


Akhirnya dapatla aku pakai baju batik. Mula-mula je rasa bangga sebab orang pandang2 hehe tapi lepas tu dah tak rasa apa dah. Siap rasa renyah sebab kain dia agak nipis dan jarang jadi harus pakai singlet & kain dalam. Panassss woiii. Bese aku kalau outing pakai baju sekolah je. Malas nak layan baju-baju batik ni hehe... aku men campak-campak je baju batik aku kat ampaian. Siap dah tertukar-tukar dengan junior/senior. Kejap besa gelobos nak mampos, kang next week sendat pulak hahah. Gi mamp lah. Asal ade je. Aku kat SBP memang selekeh. Tapi active sports & leaderships. Academic pon dah mula merundum sebab sibuk wakil sana sini kan. Kehidupan SBP memang hectic, dan aku tak bapa nak suka.




Kiri sekali aku. Jom gelakkan aku wakakakakakakaka.


Tapi sebab masuk SBP lah aku dapat men basketball, siap jadi first team tau, silat sparring, naib pengerusi kelab bhs jepun, ajk PBSM, librarian (walaupun jarang bertugas tapi patuh dengan arahan ketua), pergi kem sana sini, wakil sekolah sana sini, main acara padang mcm 4x200m, 200m, lompat tinggi, ajk untuk MPP biro rekreasi dll. Aku tak ingatlah semua. Kalau tengok sijil-sijil aku mesti rasa bahagia dan mahu mengalirkan air mata. Tak sangka aku yang DIVA dulu dah jadi athlete suam suam kuku. wakaka sume disebabkan sekolah selandarkuu tercinta. Time kasih time kasih at least ada point nak belagak kat anak-anak nanti kan. Hee tapi zaman sekolah selandar nilah yang mana berat aku mencapai 51kg. Sudahlah itu, kulit juga gelap sebab berjemur kan. Memang zaman selekeh! 


 
kiri sekali, baju warne kuning corak mawi world, bermuka innocent. hahahahah !


barisan yang duduk, kanan sekali, baju pink tudung itam, kaki terkangkang bajet gangster. aku la tu ! hahahah



belah kiri, pakai uniform librarian, berkasut penguin RM9.90 :P



dengan budak kelas 5 edison. masa farewell dinner. baju ijau pipi tembam dan telah menang award Ms. Stylo hahaha. muka aku macam adik aku yang asfiq tu anyonyonyonyonyo :P yang penting innocent kan.



Gambar tak banyak weyh. Dulu aku mane ada camera-camera bagai ni. Bawak camera kalau ada event besar-besar je hehe. Pastu laptop aku kan hilang dulu, so banyak la gambar-gambar masa sekolah yang ilang. sedih je. Gambar-gambar ni pon aku amek kat FB kawan-kawan lama. Ada la 2 3 kan. Kira okla tu. Dalam gambar kat atas ni, kulit aku tak brapa nak gelap sebab masa ni form 5, nak dekat SPM. masa ni aku dah stop dah men sports. Concentrate SPM la katekan. Aku itam tu masa form 4 and awal-awal form 5 tapi takde gambar pulak.. Ha xpelah apa yang ade jelah eh. Korang pasan tak muka aku innocent habis heee...beze btol ngan sekarang...


main putsal. belagak sebab score -____-.


Thank you for reading this entry !

Wednesday 18 August 2010

Sembang subuh.


Assalamualaikum.

Korang semua ok tak ni?  Dari semalam aku rasa macam nak naik hangen je. Kalau ada skala NAIK HANGEN from 1 to 10 aku rasa aku punye lebih kurang 8/10 la heheh. Aku rasa kecewa la dengan diri sendiri ni. Aku ni bukan boleh kecewe, kalau kecewe je mestilah nak emosi dan tak boleh nak buang air besar. Tensen tau tak bila tak boleh B.A.B (buang air besar).  Rasa macam kesedihan meruntun di jiwa dirantai digelangi rindu, sehinggakan diri sanggup mengalah blabla kan dah ternyanyi lagu exist. Bukti tengah emosi disitu. tettttttt



Salah satu sebab mengapa aku emosi ialah internet connection kat rumah ni begitu mencoba sekali. Sesuka hati dia nak disconnect tanpa izin aku kan. Tau tak kau dah permainkan perasaan aku ha? ha? Ibarat macam cikgu dah janji lecture akan tamat pukul 12 tibe-tibe cikgu extend another 15 minutes. Perasaan kecewa yang sukar digambar dengan kata-kata. Rasa macam sia-sia hidup 21 tahun ni sebab kecewa yang bukan main kepalang. T__T. Lepas ni kalau aku datang sekolah lambat 15 minit janganlah salahkan aku ye cikgu. What you give you get back. ececece dendam berahi nampak :p



Sebab kedua ialah, BB telah menjadi gila secara acute (tiba-tiba). Without the presence of any aggravating factor, tiba-tiba keypad dia telah berfungsi secara tidak masuk akal. Kalau tekan B dia kua BX. kalau tekan T die kua TV. kalau tekan BACK, dia tak mahu mendengar. kalau nak tekan fullstop, die kua sign macam bentuk alien. Apa berat sangat ke permintaan aku ha? Aku cuma nak text dengan menggunakan bahasa-bahasa mudah je. Kenapalah BB buat aku macam ni. padahal aku telah menjaga dia macam menatang minyak yang penuh tau, tak pernah jatuhkan apatah lagi calarkan siap bawak tdo masuk dalam comforter kalau tido kerana khuatir dia kesejukan. Tapi macam nikan kau buat MAMA, BB -____-




Sebab ketiga, aku takde mood langsung untuk study. Aku ni memanglah nampak seperti acuh tidak acuh tapi sebenarnya aku ni kalau study ada target tau. Bila target-target yang aku buat tu tak tercapai, aku macam down gila & rasa macam nak pergi downtown beli crocs tiruan sebab murah nak mampos lagi murah dari sliper BATA. Semua ni angkara hari raya yang bakal menjelma. Aku asek berpikir nak raya je. Sekarang ni aku eksyen tak mau dengar lagu-lagu etnik balada. Aku pasang lagu raya je. Bila dengar rasa gembira. Tapi bila teringat kerja-kerja aku yang belambak-lambak depan mata, aku rasa sayu. Bertambah-tambah sayu bila dengar suara mamat melaung-laung menyanyi 'Duhai bundaaaaa duhai ayahandaa~aaa~aaaa~aa dengarlah rayuan anakanda yang jauh dimata~~'


Aku ni kalau bosan-bosan kecewa-kecewa sukalah melayan perasaan dengan membukak formspring. Rasa macam boleh release tension kalau tengok-tengok soalan kat situ hehe. Pelbagai ragam ada, habaq mai kat aku lagu mana yang takda. Ohh mentang-mentang boleh ANONYMOUS, suka hati engkaula ye nak tanye soklan bukan2 kat aku. Aku ni bukanlah jenis yang amek port sangat, lantaq pi kat ang la kan nak buat pa kat aku, aku tak amek kisah aiihhh. Tapi, dalam tak kisah aku pon, aku ada lah teramek KISAH sikit kan. Eceh tacing tacing. Aku ni bukan apa, mentang-mentang aku ni jenis kepala layan, tak pikir standard, merendah diri dan comel (hehe) korang men sebat je kan, nak judge-judge aku. Camni arr korang camni arr. Antara soklan-soklan kontroversi yang melukakan hati ini :



1. kau ni amek medic pernah tak sangkut or tak lepas year? 
- ok fine mungkin muka aku nampak tak PANDAI yang menyebabkan kau nak tanya soalan camtu.

2. awak ni amek medic private pastu baru apply MARA eh?
- huhuhu apa tak layak sangat ke aku ni nak dapat offer MARA ha.

3. eleh, amek je medic ntah-ntah pointer pon tak lepas haha
- mentang2 aku tak belagak, tak guna medical term sana sini, tak tulih entry pasal diseases & medical stuff kau nak kate aku bodoh la ye. EHKAU TUNGGU EHKAU TUNGGU YO.

4. upsr, pmr, spm & mtrx dapat brapa ? <---- berjuta kali aku jawab soklan ni
- aku tau tujuan kau tanya soklan ni sebab nak judge aku ni pandai ke tidak kan. sebab kau nak tau adekah aku ni amek medic secara rezeki terpijak ke ape. yang tak boleh belah, upsr & pmr pon nak tanya. kalau spm & mtrix tu aku paham la kan. kenapa tak tanya je result masa tadika suma.

5. pernah khatam quran tak?
- apa tujuan kau tanya soalan ni lain tak bukan nak judge orang betol tak.




Poyo la kau nak tanya2 aku soalan macam tu. Macam la lu terer sangat der nak judge-judge orang. Emosi ni emosi ni. I worked hard to gain what I have today, and I don't think it is necessary to boast everything to people just to gain self-respect. I don't need that. I don't need to be looked up by everybody but at least gimme some space, have some respect towards other people. Jangan la tengok orang, terus nak judge. Why do people have to be judgemental? Why is it difficult to accept people the way they are? We are not perfect either, so why do we care so much to label people? Get real. 


Oleh itu, aku nak lancarkan perang terhadap golongan JUDGING ANONYMOUS !!! Nak lancar macam mana aku tak sure lagi hehe tapi i mencik i mencik you allz sebab buat mak cmtuuuu. sampai hati noqqq...hadeee hakuu kesahhh?? hee macam Azwan Ali pulak kan kan. Ha dah dah nak buat homework ni. Jap lagi kol 9 ade kelas, kene get ready. Bye people. Peace no war!




xmo kawan u allz ! majok ni -___-



Thank you for reading this entry !

Tuesday 10 August 2010

Vintage Dress, Sumptuous Food & NYX Make Over.

Hi assalamualaikum semua !


Sabtu & Ahad yang lepas, kitorang ada kelas ZT dengan Dr Zarina yang diterbangkan khas dari UKM. I enjoyed her class much. She is such an inspiration to me ;) Anyway, disebabkan puasa nak dekat, so kitorang ni sebok2 la nak pergi makan makanan hebat-hebat di bandung, before ramadhan menjelma kan. Konon takut kempunanlah hehe. So, last saturday, right after ZT class ended, kitorang ahli tuto 5 cvs pon bergerak ke Bandung, specifically ke Paris Van Java. Ha kitorang panggil PVJ je. PVJ ni adelah tempat paling class la kat Bandung ni. Ada boutique macam MNG, GUESS, AIGNER, BALLY, MARKS & SPENCER and so forth. Tapi kitorang datang sini bukan nak shopping, tapi nak pergi makan dekat THE DUCK KING RESTAURANT. Sedap dia tak terhingga weyh. Nak menangis aku makan kat sini. Jom layan gambar zasss!!



Walaupon skang dah masuk system respi & aku bukanlah ahli kumpulan ini  lagi tapi disebabkan bonding yang kuat, kitorang still pegi makan sesame hee :)



Selalu aku asek ber-experiment dengan style fashion yang sama je kan. Jadi apa kata kali ni kita try VINTAGE dress pulak hee. I soooo love this! 



Inside the Duck King Restaurant ! Tempat dah la lawa, makanan sedap, layanan tiptop pehhhhh



Selepas bergaduh-gaduh pilih menu dengan 9 orang manusia lahap ini, akhirnya kami mendapat kata sepakat ! Susah betol la nak bermusyawarah dengan depa ni, yalah masing masing perot macam ikan piranha kan kehkeh *termasuk yang tengah type ni*



Nasi hainan, 1 ekor Itik Panggang, 2 ekor Ikan Gurame Saus Thai, Spicy Cha Siew Chicken & Mix Vege Curry !! 10 minit je wey. LICIN ! Sebijik macam refugee kat Africa yang dapat bantuan kemanusiaan tu.



3 ekor piranha makan banyak nak mampos tapi bayar same rate. Camni arrr camni arr -____-




Menu utama yang berharga RP 208k / RM 73 satu pinggan. Same dengan beli ayam penyet 30 pinggan kau tau tak. 




Amek kau. RP 700k sekali makan. Boleh beli ipod sebijik -____- Takpe nasib baik kau sedap.




Lepas perut kenyang, haruslah jalan-jalan hee ~




Sempat juga sign petition Against Human Trafficking Campaign di Body Shop :)



Berlenggang-kangkung ke counter-counter make up. Asalnya kawan kirim beli compact powder di NYX, akhirnya ter-make over secara tidak sengaja hee. Gambar kat atas ni bukan main serius lagi tengah explain kat NYX babe ni bout my colour preference ! 




Before : Excited kau kan. Mentang-mentang free. Yoshhh NYX babe, I'm soo ready!




After : Tadaaaa !! Ok x kwn-kwn? Smokey eyes tu buat mata jadi lagi besar ;)




Tapi tetap tak boleh kalahkan keBESARAN mata pipah -____-




But at least, dapat kalahkan mata nani hahahaha :p amoi cantek bertudung melah xmau malah-malah ah.




Tangkap gambar banyak kali sebab perasan macam cantik sikit lepas make over :p




Ok sapa nak pakai model bergigi besi boleh kolling-kolling :p




Mengacau ema yang sedang di make-overkan di Anna Sui. Anyway, sukalah perfume Anna Sui's Rock Me !!! Bagus betol promoter tu, habis die sembur satu badan aku wkwkwkwkwkwkwkwk. Saje je pancing die buat-buat macam berminat, padahal bukan aku nak beli pon. Mane ade duet hahahaha. Tipah tertipu la engko.




Sukeeeeeeeee :)))) beli pakai duit sendiri tau! Rasa terharu sobs sobs. Benda ke-3 mahal aku beli dengan duit sendiri. Benda yang paling mahal ialah buat braces (rp6.1 juta), 2nd beli BB (rp4.2juta) & 3rd beli watch ni (rp1.1juta = rm388 selepas discount 20%). Aku tau jam korang lagi hebat hebat belaka & lagi mahal kalau nak dibandingkan ngan jam aku ni kan, tapi takpalah ..yang penting aku beli ngan titik peluh aku sendiri and tak nyusahkan parents aku hee




Lepas beli jam, pegi sini nak cari purse. Tapi design bosan. Dah la mahal -____-




Akhirnya asek tangkap gambaq sendiri di cermin je setiap kali masuk boutique mahal-mahal. Bilalah aku nak merasa masuk boutique mahal-mahal & grab je apa yang aku nak tanpa tengok tanda harga. Penatlah tenung price tag lagi lama dari tenung barang tu. Agak-agak siti nurhaliza beli barang tengok price tag tak -_____- ?



Oh ya, bagi Vintage-lover, mesti korang tanyekan, mana nak cari vintage dress yang lawa-lawa. Aku ada tau satu blogshop ni, vintage collection dia memang superb. Dah lah variety of choices, harga murah pastu service memang memuaskan. Owner dia pon friendly bebb. Pokoknye, korang mesti puas hati la kalau shopping kat bloshop ni :)! Serius wa tak tipu. Dress yang aku pakai kat atas ni pon, dari blogshop tu. Unik kan? For those yang tak pernah try vintage fashion (macam aku), boleh la try hee. Vintage ni tak sexy & die menutup aurat sebab mostly dress die labuh & longsleeve. Memang sesuailah for those yang nak high-fashion tapi bercirikan muslimah sejati. Oh ya, kalau tak minat Vintage, blogshop ni pon ada jual baju tak vintage yang lawa-lawa. Comel je dress-dress yang die jual. Yang penting, affordable beb. Fatin Liyana supports SunnySide Up Closet !!! Ape lagi, mari kita serbu blogshop ni !



Thank you for reading this entry !

Thursday 5 August 2010

Tips : Nak jadi kurus ? Meh sni


Hi assalamualaikum.

Lama tak buat entry kan. Ha jadi sebab malam ni rasa macam malas nak belajar, dah alang-alang buang masa tu biar lah buang masa habis-habisan ye tak. Hahahaha pandai kau kan. Padahal suruh belaja habis-habisan taknak pulak kau kan -_____- Ok entry kali ni aku nak bagi tips la kat angpa suma camna nak jadi kuruih. Sebabnya aku tau dah, la ni pompuan suma dok obses nak kuruih suma kan, membe ajak lunch kat cafeteria makan nasi lauk ikan keli masak lemak cili api angpa bukan main lagi dok main wayang kata dah kenyang la, dah makan la padahal angpa nak dietkan? Tuptup tengah malam satgi penuh mulut angpa dok kunyah biskut dan coki-coki. Lagu mana aih nak kuruih kalau camtu. Ang tau dak cara ang diet tu salah? takpa takpa binta toro sama feylo, hepi meri sety, feti bom bom! <--sapa tgk cita BULI mesti dia tau hikhik.



Jangan tunggu lagi. Dia boleh selesaikan masalah anda ! Memperkenalkan~~~~~~


Fatin Liyana ! Bukan doctor bukan nutritionist. Tapi dah berjaya menurunkan berat badan dari 51kg kepada 42kg dalam masa 6 bulan. Apa tak cukup kagum lagi? Selera makan besar tapi pinggang masih 24'. Kagum tak? Tiada crash diet, tiada berlapar & tiada emosi kerana tak dapat makan makanan sedap2. Ingin tahu caranya? Sila scroll down !



(apehal macam gampang aku ni)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -


1. JANGAN CRASH DIET
crash diet tu ialah diet secara mengejut. ramai ja awek2 yang buat lagu ni. aku cukup marah aih. sebabnya bila ang crash diet, memangla berat ang turun secara mendadak. yelah ang tak makan 2 hari pastu turun 3kg, ang gembira bukan main kepalang. Padahal berat ang turun sebab water volume dalam badan ang yang reduce bukan fat. Pastu kalau ang crash diet, metabolism badan akan rendah sebabnya badan ang pikiaq ang tgh starvation. Pastu satgi bila ang dah tak pat tahan nafsu, ang makan macam biasa balik, badan ang akan store as much fat as possible. maka berat ang yang bertambah akan lebih dari yang ang ilang. rugi tak?


2. JANGAN SKIP MEAL. JUST REDUCE PORTION
'I don't take lunch & dinner, i'm on diet'. Podah. Ni sorang lagi nak kena sekeh ngan aku ni. Sapa ngaja ang skip-skip meals ni. Kalau ang skip meals, ang mula la lapa nak mampos meroyan tak tentu pasal. Skali bila rasa macam dah nazak, sikit lagi nak mati, ang melantak makan megi/biskut tengah-tengah malam. Pastu mengantuk sebab perut kenyang. Apa lagi, suma yang ang makan tu badan ang store jadi fat lah. Bila badan ang perlukan energy pada siang hari, ang tak makan. Bila badan ang tak perlukan energy ang makan pulak. The key is, moderate je. Makan setiap waktu makan tapi kurangkan porsi.


3. HAPUSKAN MAKANAN RINGAN DI DUNIA INI
'I tak makan nasi, I take biscuit only'. Gila. Calories dalam biskut lagi tinggi dari nasi ang tau dak? Dah la tak kenyang pastu kasi tambah gemok lagi. Awek la ni suka salah anggap, depa rasa makan nasi tu menggemokkan, makan twisties, biskut & air coke suma takpa. Sebab tu depa tak makan nasi tapi makan makanan ringan. Tipah tertipu la bro. Nama ja makanan ringan tapi sebenarnya kalori tinggi. Aku habaq ngan ang, aku dulu berat turun sampai 9kg sebab aku tak makan titbits langsung. aku just makan breakfast, lunch & dinner. Kalo aku lapar, aku minum milo & makan roti. Memang berkesan. Percayalah cakap aku.



4. GET ACTIVE
satu-satunya benda kat dalam dunia ini yang boleh menyembuhkan apa-apa penyakit ialah exercise ataupon orang melayu kata bersenam. Kalau angpa bz mengalahkan menteri, ang tak pat jogging tiap-tiap petang takpa. Cari jalan untuk something yang practical. Contohnya park keta jauh-jauh dan jalan laju2. Pilih tangga daripada berebut-rebut nak naik escalator macam kat KL sentral tu. Pilih untuk main game Dance dance revolution daripada DOTA. Kacau anjing yang tengah tidur.



5. JANGAN BUAT STRENUOUS EXERCISE KALAU TAK MAMPU, JUST SLOW-JOG/WALK.
kadang-kadang tu aku tengok kan, ada awek2 ni jogging bagai nak gila. berpeluh sakan toksah nak cita. hari-hari dia jogging secara melampau sampai nak semput-semput dah. tuptup seminggu ja tahan. pastu balik jogging, sebab rasa macam dah kuruih sikit, depa dok melantak nasi goreng ayam, sate kambing, milo ais, puding caramel, lepat pisang, zombie kampung pisang suma lah yang ada depan mata. Mana tak nya kan. aku ada satu interesting fact, kalau ang exercise secara strenous, nanti yang banyak terbakar adelah glucose. Glucose metabolism ni perlukan oxygen, bila ang exercise melampau, oxygen kan kurang, jadi dia convert metabolism tu jadi anaerobic (tak pakai oxygen). Bila anerobic metabolism berlaku makanya, acid lactic akan terkumpul. Lepas tu merana la badan ang sakit sakit. Lagi satu bila glucose yang terbakar, dia akan stimulate otak ang supaya rasa lapar lapar lapar lapar. Pastu konfem ang akan makan dengan banyak sebabnya glucose metabolism ni boleh buat ang lapaq nak mampos.

Baru-baru ni, professor ada habaq kat aku. The latest research cakap, kalau nak kuruihkan badan secara consistant & tanpa rasa letih, ang just jalan ja. tapi syarat dia mesti kena lebih dari 1 jam. Sebab pa meh aku habaq mai kat angpa suma, kalau angpa jalan lebih dari 1 jam, yang terbakar adelah fat, kiranya metabolism yang berlaku adelah fat metabolism. Kenapa kena lebih dari 1 jam? sebabnya hormon adrenaline tengah peak masa ni. hormon adrenaline ni akan stimulate enzyme lipase dalam badan ang untuk memecahkan segala lemak-lemak yang ada. Professor aku ni dia buat kajian kat adik laki dia, memang berkesan. Adik dia hari-hari jalan 4jam tanpa henti dalam masa sebulan, pastu berat dia dah kurang 15kg. Hebatkan? Pasni aku nasihatkan, petang2 tu ajak la roomate pegi jalan-jalan keliling kolej usha laki hensem. Badan pon kurus, hati pon girang. Tapi janganlah jalan lenggang kangkung. Takdo makno eh jang.



PENGALAMAN FATIN LIYANA SENDIRI (EWWWW)



Berdasarkan pengalaman akulah, memang betol. Aku ilang 9kg dlu masa lepas SPM. masa tu aku keja dengan mak aku kat company dia. Keja dari 8pagi sampai 5 ptg. Memang sah sah tak pergi jogging la kan. Tapi aku telah kurangkan berat badan secara tak sengaja. Yang pasti, aku banyak berjalan dulu. Sebabnya keja aku ni macam bos kecik, kejap2 pegi bank setlekan payment itu ini, pergi office supplier amek sample, pergi beli makanan tok mak aku. Walaupon naik kereta tapi disebabkan selalu takda parking and takut keta kena clamp, aku jalan memang laju & banyak. Kadang-kadang aku sering tertanya-tanya adakah aku sedang bermarathon?

Anyway, aku makan macam biasa, keje penat makan mesti mewah maaa. Takde diet. Tapi aku tak sentuh junk food langsung. Umah aku takda junkfood sebab adik bradik suma laki depa tak makan junk food. Beza la masa sekolah dlu, sikit2 biskut. sikit2 biskut. Hampeh masa sekolah dlu walaupun aku training basketball tiap-tiap hari tapi berat aku tetap bertambah jugak. Ni suma gara-gara crash diet ngan junk food. siot ja kan. Tapi takpa, amek pengajaran. Dalam buku cakap, weight reduction yang betol-betol berkesan adelah sebanyak 0.5kg seminggu. Yang tu memang dia kurang takkan naik lagi. Buku understanding nutrition lah cakap, kalau salah ang p maki author dia k.

Dulu berat aku turun dalam masa 6 bulan. Kiranya bukan lah drastik. Dia turun sikit-sikit. Masa tu ramai makcik makcik dok tego aku, 'eh atin dah kurus sekarang macam tyra banks ape rahsie?' ok part tyra banks tu tipu makcik tak kenal tyra okayh -____-. Masa tu tak belaja medic lagi, aku pon tak paham napa aku punya berat turun kan. Masa tu aku ingat kalau diet gile-gile dan bersukan je boleh kurus teeeheee. Last skali berat aku stop kat 42kg. Memang kurus sebabnya aku ni tinggi 161cm. Masa tu suma orang risau pasai pa aku kurus sangat ibarat haiwan yang terpelihara daripada kepupusan. Pastu aku pon naikkan berat jadi 44kg. Dan constant smpai la ni. dah 3 thn ek. Tapi baru-baru ni aku sedang menaikkan sikit lagi untuk mendapatkan bentuk badan yang sexayyy. kiki jadi berat aku skang in between 45-46kg lah.




ok tu jelah yang dapat aku simpulkan kali ni. kalau ada sesiapa nak berkongsi tips boleh la, any doctors wannabe yang ada futher info regarding this, bole la same-same kte share-share kan ilmu ye. Aku ni belaja je medic tapi banyak je tak tau hehe. Tips ni berdasarkan pengalaman sendiri dan apa yang di belajar. Kalau tak bersetuju jangan kutuk, sebaiknya gunakan ayat-ayat yang berhemah untuk membidas point-point aku ye hehe. harap korang gembire dengan entry ni setelah sekian lama aku tak update. chalo bete.

Thank you for reading this entry !