Saturday 28 January 2012

A day with Maria Elena, Shea Rasol & Adriani Adnan

Assalamualaikum

Kalau korang adalah fan kepada Pastelina, pastilah korang kenal dengan nama-nama hebat di atas. Saje je buat title yang eye-catching tauu kak Fatin ni. Teehee sebenarnya kami adalah kawan. Aku selalulah jugak jumpa Shea & Yanny bila ada occasion like wedding etc. Malah, Maria adalah my future sister in law gitu. ( She's engaged to my brother in case if you don't know) Insyaallah this coming December, they are going to tie the knot yay!

Itu hari, dak bang atau nama glamournya Dato' telah membawa aku ke rumah Maria dan kami ber-mingle around dengan seronoknya. Well, being the only daughter in the family gives me no chance for sister bonding time! So aku rasa sangat overwhelmed bila dapat lepak satu katil dan bercerita tentang Yanny's cute baby bump, Shea punya future plans and Maria punya hantaranss. *Sister fist.

The real agenda behind this was actually kitorang shoot untuk Pastelina punya latest collection. Tapi tak rasa macam shoot sangat pon, rasa macam main-main dengan bubble jeww. Hihi. Don't forget to visit Pastelina tomorrow at 9pm ok. Actually aku tak tengok pon lagi macam mana rupa aku dalam gambar tu. Aku ada firasat yang mengatakan bahawa muka aku akan kelihatan seperti kembang semangkuks. Tapi dengan kehebatan Shea Rasol sebagai photographer, maybe the chance is slim.

Swansey sangat comel. Orang sibuk main makeup dia pon nak sibuk juga. Cats nowadays don't have boundaries is it? *Le me scolding le cat.


 With make up on for the shoot ! Shea kalau anda lebih bertenang pastilah gambar anda takkan bergegar.


Me looking anime-ish liao! My ever comels syria is from arlene.my


Yanny de adorable preggy mommy gained 5kg and she started to worry! I advised her to just chillax because the best weight gain in pregnancy for a previously normal BMI mother is between 11 to 16 kg =)


Me & Maria without our make up on. After the shoot, Shea & Yanny sudah pulang namun aku pergi teman the couple to survey their hantarans dekat OU. Rancak gila ini perempuans berborak during our coffee break while on the other side.....


Le Dato' is sleeping like a boss.

Thank you for reading this entry !

Wednesday 25 January 2012

Resipi : Cheezy Wedges

Assalamualaikum

Kemarin ada kenduri tahlil di kampung. Memandangkan cousins aku semuanya baya baya Greyson Chance & Mia Sara jadi sedang eloklah kalau aku bawakan hidangan yang sesuai dengan jiwa mereka. Budak budak ni semua bukan makan pon kalau bawak kueh keswi ke kueh badak berendam ke. Eceh padahal tak tau pon nak bikin kueh-kueh tu wkwkwkwkwkwkwkwk.

Jadi aku bawaklah cheezy wedges. Wedges tu pon aku beli yang frozen punya, perisa spicy. Malas nak kupas kentang, potong 4, potong 4 lagi, celup tepung bagai. Aku hanya buat cheezy sauce tu je. Rasa dia takdelah sebijik macam kfc punya cheezy wedges tu, sipi-sipi tu adalah. Tapi budak-budak tetap suka uolls. Meh la try buat kat rumah, jimat sangat kalau nak compare beli kat KFC tu kan.

Inilah rupa homemade cheezy wedgesku. Wedges ni berwarna gelap sikit sebab dia perisa spicy. Siapa yang kata hangus memang nak kena tau uolls ni ! *nada pondan*


RESIPI ( bulk recipe, lebih boleh simpan dalam fridge )

500ml susu UHT ( I use dutchlady)
Setengah buku butter
12 keping cheddar cheese
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk pati ayam
lada sulah, lada hitam, perasa & pewarna kuning secukupnya

Cara-cara
Cairkan butter di atas api kecil menggunakan non stick pan
Masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sampai tidak berketul.
Masukkan cheese, pati ayam, lada sulah, lada hitam dan pewarna. Kacau sampai likat. 
Kalau agak-agak pekat sangat, tambahlah air sikit. Apabila mendidih, tutup api.

Kalau guna resipi ni, korang akan dapat satu tupperware cheezy sauce. Memang banyak sangat. Senanglah kan, next time tak payah nak buat-buat lagi. Lepas ni bukan takat wedges je, nugget, sausage, hashbrown semua pon boleh jadi cheezy tau.


Untuk garnishing, aku letak daun bawang (sepatotnya parsley) & tabur white pepper. 
Selamat Mencuba!

Thank you for reading this entry !

Monday 23 January 2012

Siapa Fatin Liyana?


Assalamualaikum

Well tajuk juga sudah bimbo habis, bajet macam diri sendiri somebody. Orang tertanya-tanya siapakah Fatin Liyana? Artis? Bukan. Youtube sensation? Bukan. Blogger? Ye. Blogger je pon, dah tu kenapa famous sangat? *terus google F A T I N L I YA N A sebab tak puas hati*  Ramai yang curious tentang status aku ini actually. Bila curious, terus open new tab and google. Oleh itu, nama aku pon tersenarai dalam Top10 google fastest rising people. Thanks ok!

Disebabkan aku berada di hometown dan internet selaju impak maksima, maka why not kalau aku tulis pasal diri sendiri. Kedengaran seperti terhegeh-hegeh ya tuan-tuan dan puan-puan. Tetapi kadang-kadang tang terhegeh-hegeh ni la yang ampa suma suka dok baca. Kalau tidak masakan surat khabar METRO merupakan akhbar nombor 1 negara.


SIAPA FATIN LIYANA?
Aku ni merupakan seorang blogger tidak tegar namun berprinsip. Berumur 23 tahun dan masih lagi bergelar seorang mahasiswa yang tidak menentang AUKU. Sekarang sedang menjalani latihan clinical di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di bawah ijazah perubatan. Aku juga merupakan model muslimah berbayar. Nothing comes for free bro! Namun disebabkan kekangan masa, maka aku amatlah selektif dalam memilih tawaran kerja.


OH ORANG BIASA JE PON, DAH TU KENAPA BOLEH FAMOUS?
Inilah yang dikatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Kau ingat aku expect ke benda jadi macam ni? Siryes weyh, siryes tak. Tapi syukur alhamdulillah rezeki itu milik Allah, aku hanya mampu menzahirkan rasa syukur. Masa mula-mula aku tulis blog, yakni pada tahun 2009, memang aku tak terfikir langsung yang orang akan baca blog aku. Realitinya, memang takde orang baca pon masa tu. Macam haremm kekekekeke.

Tujuan aku tulis blog pon, adalah untuk mencatat kenangan manis aku ketika hidup di negara orang (Bandung). Instead of tulis kat diary which I never had one, aku tulis kat blog. Masa tu skala syok sendiri aku memang 9/10. Entah hape-hape aku tulis. Tapi comel jugakla bila baca balik kekekeke...macam tak caya aku yang tulis macam tu.

Actually dulu aku takde facebook. Eventhough masa tu facebook tengah sooo in tapi aku punya firasat kata, dah takyah de nak buat facebook bagai. So aku follow kata hatiku. Eceh! Namun segalanya berubah lepas aku ingkar mendengar kata hatiku. Aku buat facebook juga walaupun disaat itu hatiku memberontak bagai dipukul ombak. Akibatnya, link blog aku mula menular di news feed. Dan nama Fatin Liyana mula meniti di bibir-bibir para blogger & facebooker sehinggalah hari ini.


APA YANG BEST SANGAT PASAL BLOG FATIN LIYANA NI?
Nama blog aku ni honeykoyuki. Berpadananlah dengan URL dia. Korang tanya apa yang best pasal blog ni? Dude, nama dia pon dah best okay. Macam kawaii-kawaii gitu ^___^ Anyway, blog aku ni takde genre yang tertentu. Aku anggap blog ni sebagai tempat aku berkongsi kisah hidup dengan para pembaca. Sebab kisah hidup aku ni luas dan banyak benda yang aku nak share, so yeah. Makanan ada, fashion ada, tips ada, travel guide ada macam-macamlah ada. Susah untuk aku decide nak pilih genre mana.

Aku takdelah rasa blog aku ni best, aku rasa macam oklah. Bolehlah buat bahan bacaan santai. Tapikan, I have to admit yang aku suka baca blog sendiri. Bila boring, aku akan bukak entry tahun-tahun sudah dan baca balik entry aku. Pastu aku dok gelak-gelak baca susunan ayat aku yang macam #^&**^ dan tengok balik gambar lama aku yang macam @#$%^. Pastu aku mengimbau balik kenangan lama. Good times. That's one of the reason jugak kenapa aku jarang update blog. Aku hanya akan update bila aku rasa entry itu menarik dan ada sentimental value untuk aku. Sebab nanti aku akan baca balik entry-entry yang aku dah tulis. Aku taknaklah update blog cincai-cincai, setakat buat syarat ada new entry je kan.


PERNAH KELUAR MAJALAH KE MANA-MANA? TAK PERNAH TENGOK PON DALAM BLOG NI?
Disebabkan aku sedar diri yang aku ni hanyalah insan biasa, maka aku segan sebenarnya nak gebang kat orang yang aku keluar majalah ke paper ke hehe... Kalau korang ternampak/terbaca ke itu nasiblah. Dulu aku ada jugak update kat blog, siap tunjuk gambar gitu..biasalah batak masa mula-mula keluar media kan. Tapi lama-lama aku jadi segan pulak, rasa macam tujuan aku upload tu adalah untuk membangga diri sahaja. Well aku suka jugaklah membangga diri but not that crystal clear you know. wkwkwkwkwk.

Just so you know yang aku pernah featured dalam Dara Mei 2010, Dara Julai 2010, Metro 27 Mac 2011, Majalah Perempuan Julai 2011, Mingguan Utusan 6 November 2011, Majalah Wanita Disember 2011, Kosmo 18 Disember 2011, Metro 25 Disember 2011. Terima kasih banyak-banyak kepada wartawan dan jurugambar yang sudi menemuramah dan mengambil gambar saya!


KENAPA KITORANG KENA BACA BLOG NI? DAH LA JARANG UPDATE
Because I'm ohsem ! Walaupun jarang update namun aku akan sentiasa berikan yang terbaik untuk entry yang aku tulis. Aku akan berusaha demi kepuasan pengguna. Terima kasih banyak-banyak wahai pembaca kerana sudi meluangkan masa membaca secebis kisah hidupku. Really appreciate it =') Kepada yang baru mengetahui kewujudan blog ni, selamat datang! Kalau aku tak update, jemputlah baca entry lama-lama tu.
Main bunga konon comel lettew
Thank you for reading this entry !

Tuesday 17 January 2012

True Story 2#



"Selain daripada makanan, cahaya matahari juga merupakan sumber utama Vitamin D"

Vitamin D promotes calcium absorption in the intestine. 
Together with calcium, it helps protect older adult from osteoporosis.

True Story 1#



"Seluar yang ketat akan menyebabkan suhu testis menjadi tinggi dan seterusnya akan mengancam penghasilan sperma"

                                                                                                   Tight clothing can cause male infertility.

Monday 2 January 2012

Just a thought

Assalamualaikum


Ha aku baru balik oncall. Sekarang pukul 5 pagi. Rasa macam awesome gila sebab oncall pada hari Ahad, bertarikhkan 1 Januari 2012 dan berpaksikan bulan dan bintang. Well, my real intention is of course to boast to you guys how hardworking I am! My oncall started at 7pm and ended at 7am, the next day. But I went back 2 hours earlier since time and tide wait for no man. Er, ga nyambung is it?

Anyway, ada pernah beberapa orang bloggers bertanyakan kepada aku macam mana aku handle haters dalam arena blog. Mereka mengatakan bahawa mereka mengalami depresi dan insomnia teruk dek kerana haters datang menyerang dan melemparkan kata-kata berbaur tahi di blog mereka. Keji hokay. Never talk shit that smells like shit in other people's blog kids. If you know me well, obviously you know that I made it up. Dalam perenggan ini, hanya ayat pertama sahaja yang benar. Ayat seterusnya telah digubal dan ditokok tambah oleh aku. Like a boss. Hahahahahah!

Ok back to business. I'm pretty sure that I have a lot of visible/silent haters. As for the 'visible' haters, they tend to throw tantrum by bombarding me with uncivilized and hatred comments which they think suffice to make me go upset. Hell no man. You got the wrong person. Next time, please la never mess with medical students because we are emotionless and immortal. Wasting your time only.

No seriously, hari-hari kerja kitorang adalah kena marah. Kalau tak kena marah, maksudnya kitorang tak buat kerja. Sebab sebagai medical student, we are treated as the lowest creature on earth. You name it la, siapa je yang tak pernah marah kitorang. Patients, midwives, staff nurses, MOs, Registrars, Specialists, Profs, and the list goes on. But exception goes to the houseman. Mereka adalah yang paling kitorang sayang sebab mereka tak pernah marah malah lemah lembut dan suka sign logbook mengikut budi bicara wkwkwkwk.

So apalah sangat setakat haters kutuk dekat komen kalau nak dibandingkan dengan aku kena kutuk dengan midwives dekat labour room. Live lagi hokey. Dengan mimik muka yang omjayyy and suara bagaikan halilintar. Tak kira lagi bila doctors masuk campur. Pokpekpokpek the last thing I know was .... ok when did she stop shouting? Disebabkan benda-benda macam inilah, tahap ignorance aku tinggi.

Ada pernah sekali tau, masa tu doctor tu maki aku, memang seteruk-teruknya dia maki. Tapi aku boleh pekakkan telinga dan berangan yang future home aku nanti aku nak hias guna laminating floor, nak beli sofa IKEA apa jadah aku kan padahal I was looking straight into his eyes kot. Gila power tahap konsentrasi aku untuk berimiginasi. Pastu doctor tu sakit hati sebab aku unresponsive. TROLOLOLOL.

Apapon, bagus jugak kena marah sebab kalau tak kena marah aku tak kan belajar dan mungkin akan mengulangi kesalahan yang sama. Dalam mencari ilmu ni, kenalah buang ego dan rendahkan diri serendah-rendahnya. I wasn't complaining. I just want to share with you guys the ups and downs in my life! Well I chose to be in this field, so yeah I just got to move with the flow and beat it! Not a problem. Lagipon memang salah aku pon, sebab ilmu tak cukup kan. Of course la orang marah sebab lembab nak mampos wakakakaka. And most important of all, each and every single doctor in this world has gone through the hardship I encounter right now. If they can, I also can what.

So back to my haters. Lets spread the love and stop hating each other. I will never sakit hati since I got a lot of work to do and I forgot already how to actually feel the sakit hati. Nanti you guys yang sakit hati sebab I takkan bagi respon and you guys keep stalking my blog and fanpage, hoping that I will serang balik, which I assure, will never happen. From the bottom of my heart, I am very sorry kalau I ada buat something yang korang dislike. But believe me, the only reason I blog is to share my thoughts and experience. Hope that we all can be friends and create a healthy relationship among us. Take care =) !


Thank you for reading this entry !