Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Friday, 9 March 2012

Resepi : Chocolate Cupcake Mudah

Assalamualaikum

Nak kata aku ni rajin, tidaklah jugak. Kadang-kadang cecah pukul 1030 pagi jugak aku bangun. Sampai terjerit-jerit dak ibu (suka hati kau nak men-dak-kan ibu khennn) kejut suruh bangun. Pelbagai perkataan yang kurang enak buat halwa telinga telah berjaya dilemparkan. Hati aku punya sakit, jangan pernah kau cerita. Whatever it is I know you love me mom. Marahkan tanda sayang...tak gituueww? Cover sikit punya baik kau wkwkwkwkwk.

Nak dijadikan cerita, ketika ibu membuka peti sejuk, dengan perasaan bercampur baur sambil menarik nafas dalam dalam, ibu melontarkan suaranya yang nyaring kepadaku. 'Kau bab membeli bahan-bahan buat kek..... pandai, buatnya tak juga!' 'Leks lu bu, kan dah buat haritu. Tu bahan lebih-lebih lalalalala' 'Ha buat la lagi, daripada kau asyik bukak internet je, baik buat kek, dapat ibu makan'.  Maka....perbualan tersebut telah menjurus kepada penerbitan entry ini.


Resipi Chocolate Cupcake
(Tak payah guna mixer, pukul pakai tangan je)


Bahan A
1 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula perang
1/2 cawan koko
1/2 camca kecil baking powder
1/2 camca kecil soda bikarbonat


Bahan B
1 biji telur
1/4 cawan susu pekat
1/2 cawan minyak masak
1/2 cawan air suam

Segenggam chocolate chips

Cara-cara
Ayak bahan A. Pukul bahan B sampai kembang. 
Satukan bahan A & B sambil digilir-gilirkan dengan air suam sampai sebati.
Gaulkan sekali dengan chocolate chips.
Masukkan dalam cup. 
Kukus dalam pengukus lebih kurang 15 minit 
Ataupun 
Bakar dalam oven 180 degree selama err tak ingat


Resepi ini diambil daripada myresipi tapi mintak maaf tuan punya resipi, saya lupa which one sebab banyak sangat bukak new tab. Apepon thanks for the tip! Err anyway, untuk resipi ini, aku telah reduce semua portion into half. Resipi aku ni boleh buat sehingga 40 small cupcakes.

Aku telah menjalankan experiment sewaktu membaking cupcakes ini. Separuh aku kukus, lagi separuh aku bakar. Aku saja je nak test macam mana rasa dia jikalau aku menggunakan kaedah yang berbeza-beza. Ternyata rasa keaslian chocolate itu lebih terasa jika aku kukus. Kek akan rasa lebih moist. Walaubagaimanapun ibu dan asfiq suka yang bakar kerana mereka kata lebih rangup. Tapi aku suka yang kukus. Lupa nak tanya pendapat kak Maria engkau masa dia datang ghumah hari tu.


Cup hitam adalah yang kukus. Cup merah adalah yang bakar. Terdapat perbezaan dari segi tekstur.

 Lebihan batter aku masukkan dalam cup besar ni. Sonang cito.

Bagi aku senang sangat nak buat cupcake ni sebab tak payah pakai mixer. Jimat tenaga aku nak basuh bendalah tu. I just whip the batter! Lagipun, kos bahan murah. Aku ni memang suka berjimat baik dari segi tenaga mahupun wang ringgit. Dan yang paling penting, rasanya sedap. Janganlah kau kemain berjimat sampai apa pon tak boleh. Ged-dit?

Selamat mencuba! 

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 25 January 2012

Resipi : Cheezy Wedges

Assalamualaikum

Kemarin ada kenduri tahlil di kampung. Memandangkan cousins aku semuanya baya baya Greyson Chance & Mia Sara jadi sedang eloklah kalau aku bawakan hidangan yang sesuai dengan jiwa mereka. Budak budak ni semua bukan makan pon kalau bawak kueh keswi ke kueh badak berendam ke. Eceh padahal tak tau pon nak bikin kueh-kueh tu wkwkwkwkwkwkwkwk.

Jadi aku bawaklah cheezy wedges. Wedges tu pon aku beli yang frozen punya, perisa spicy. Malas nak kupas kentang, potong 4, potong 4 lagi, celup tepung bagai. Aku hanya buat cheezy sauce tu je. Rasa dia takdelah sebijik macam kfc punya cheezy wedges tu, sipi-sipi tu adalah. Tapi budak-budak tetap suka uolls. Meh la try buat kat rumah, jimat sangat kalau nak compare beli kat KFC tu kan.

Inilah rupa homemade cheezy wedgesku. Wedges ni berwarna gelap sikit sebab dia perisa spicy. Siapa yang kata hangus memang nak kena tau uolls ni ! *nada pondan*


RESIPI ( bulk recipe, lebih boleh simpan dalam fridge )

500ml susu UHT ( I use dutchlady)
Setengah buku butter
12 keping cheddar cheese
3 sudu besar tepung gandum
2 sudu kecil serbuk pati ayam
lada sulah, lada hitam, perasa & pewarna kuning secukupnya

Cara-cara
Cairkan butter di atas api kecil menggunakan non stick pan
Masukkan susu dan tepung gandum. Kacau sampai tidak berketul.
Masukkan cheese, pati ayam, lada sulah, lada hitam dan pewarna. Kacau sampai likat. 
Kalau agak-agak pekat sangat, tambahlah air sikit. Apabila mendidih, tutup api.

Kalau guna resipi ni, korang akan dapat satu tupperware cheezy sauce. Memang banyak sangat. Senanglah kan, next time tak payah nak buat-buat lagi. Lepas ni bukan takat wedges je, nugget, sausage, hashbrown semua pon boleh jadi cheezy tau.


Untuk garnishing, aku letak daun bawang (sepatotnya parsley) & tabur white pepper. 
Selamat Mencuba!

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 4 May 2011

Resipi : Tiramisu

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari tu FL Homecoming Brunch Party berjalan seperti yang dirancang. Tengok poyo tak aku? Bukan main custom made lagi nama party aku. Hehe nama je hebat sebenarnya bendanya biasa jer, aku cuma mengajak several close friends untuk makan-makan sempena kepulangan aku ke tanah air heee. Disebabkan aku tak mahu mengganggu waktu solat, jadi aku buat Brunch. Breakfast + Lunch. Dari jam 10 sampai 2 petang. Oh itu nantilah aku cerita dekat entry yang lain. Sekarang aku nak berkongsi resepi Tiramisu.

Sebenarnya memang dari kat Bandung lagi aku dah plan nak buat. Tapi sebab takde mixer, jadi aku tak berbuat-buat.  Ada jiran aku ni nama dia Yasirah dia memang pandai buat Tiramisu ni, siap meniaga tau. Coolest to the top habis. Doctor jual tiramisu di waktu senggang mana nak cari oi? Hehe bravo Yas! Aku pon mintak resepi dari dia, lepas tu aku usha internet sikit untuk dapatkan precise measurement.


 Inilah Tiramisu saya. Ohsem bukan?


Nampak macam beli dekat kedai cake kan? Sebenarnya buat sendiri lebih jimat.


Bahan-bahan
250g cream cheese
250g whipped cream
150g gula
coffee layer cake ( boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe)
1/2 paket nescafe or mocha 3in1 (for garnishing purpose)


Cara-cara
Potong & susun coffee layer cake dalam baking tin (1st layer)
Beat cream cheese, whipped cream & gula with hand mixer until creamy
Tuang mixture tadi diatas lapisan cake yang pertama
Susun selapis lagi cake diatas mixture tadi (2nd layer)
Tuang mixture diatas lapisan cake yang kedua
Repeat the step until finish
Taburkan 1/4 or 1/2 paket of nescafe 3in1 for ganish
Simpan dalam fridge overnight


Sebenarnya ia sangat senang dan sedap. Lagipun presentation dia nampak expensive & lavish. Semua family members & close friends suka tau. Sekejap je dah licin. Nanti boleh la korang cuba ye =) Thanks to Yasirah & google for the recipe.


Thank you for reading this entry !

------------------------------------------------------------------------

Apa benda comel yang berjalan-jalan di sekitar KL ni? Korang pernah jumpa ke? Watch It Here!

Saturday, 2 April 2011

Resipi : Cocktail 59saat

Assalamualaikum

Tadi cuaca panas gila. Aku hanya meniarap depan laptop untuk survey harga camera idamanku. Keadaan aku tak ubah seperti seorang homeless yang tiada arah tujuan. Except, aku ada rumah sewa dan aku comel sikit la. Rimas. Aku bangun dan bukak fridge. Nampak strawberry & nata de coco dekat level paling atas. Otak aku ligat memikirkan apakah yang bisa aku buat dengan dua buah ini.

Dalam masa 59 saat sahaja, aku telah siap mencipta satu dessert untuk memanjakan oropharynx dan esophagusku. Tak tahulah aku hebak sangat ke apa. Yang penting sedak gilo. Legaa tekak ambo deh! Apesal aku rasa macam aku lagi poyo dari Shahz Jazle ni?



Resipi : Air gula, susu cair, nata de coco, strawberry & ice. Sukatan ikut suka hati kaulah.


Kalau ada susu kotak dutchlady perisa strawberry lagi sedap. Buat banyak-banyak dan simpan dalam fridge. Nanti bila bukak fridge dan ternampak cocktail ni maka diri akan berasa gembira. Selamat mencuba sebab dia senang sangat =)

update : kalau ada susu dutchlady strawberry, campur sikit. tapi harus juga campur air gula dan susu cair ye. jangan letak susu dutchlady semata-mata.

Thank you for reading this entry !

Saturday, 24 July 2010

Recipe : Chocolate Pudding with vanilla sauce

Assalamualaikum !
(tulisan biru same dengan warna baju kat gambau bawah ni hehe)


Kan hari tu, saya ada buat pudding chocolate with vanilla sauce kan, jadi beberapa org telah request resepi dari saya. Senang sangat nak buat pudding ni, 10minit je pastu dah la murah & sedap especially kalau makan sejuk-sejuk lepas keluarkan dari fridge. Combination of chocolate with thick vanilla sauce melting in your mouth mmg la irresistible ;). Sebenarnya, saya makan pudding ni di rumah member nama die Sheqa. Sedap pulak, saya mintak resipi dari sheqa dan modified sikit2 ikot cite rasa saye hee.



Cara buat pudding chocolate : Saya beli instant pudding mixture. Kan ada jual dalam bentuk serbuk kan? Cepat dan murah. Hanya perlu tambah air & gula je ;) Buat apa nak susah2 larutkan agar-agar dan kacau tanpa henti sampai tangan lenguh kan? Beli instant je! Untuk pudding ni saya kurangkan gula sebab vanilla sauce sudah manis. Naseb baik saya ade beli acuan pudding ni dulu, barulah cantik sikitkan bentuk puding ni.




Cara buat vanilla sauce : Disebabkan resipi ini sheqa bagi secara verbal, maka dia tak bagi tau saya volume yang harus digunakan. Tapi seriusly dont worry, sebab nak buat vanilla sauce ni senang sangat, all you have to do is campak2 semua bahan sampai rasa dia sedap. Dia tak renyah sampai nak kena ada specific measurement semua. Bahan-bahan yang digunakan adelah, susu full cream perisa vanilla, susu pekat (disebabkan susu pekat kat sini tak berapa nak manis, jadi saya tambah gula juga), & saya juga tambah sedikit garam supaya rasa manis tu naik sikit. Lepas tu yang paling penting adelah tepung jagung (supaya die jadi thick). Masukkan semua bahan dalam periuk, guna api kecik dan masak sehingga dia jadi mcm think/kental. Lepas tu keep refrigerated. Kalau korang nak buat strawberry sauce, boleh la pakai susu full cream perisa strawberry. Senangkan?


Saya buat 2 acuan. Semalam ada tetamu datang, murah rezeki diorang sebab still ade 1 acuan left dalam fridge. Jadi saya hidangkan dorang dengan pudding ni untuk teatime. Gembire btol sbb pudding saya laku. Licin hehe. Mak selalu pesan kat saya, jangan kedekut hidang makanan untuk tetamu, sebab dorang ni bawa rezeki kat kite :). Oh ya selamat mencuba!


Thank you for reading this entry !

Tuesday, 4 May 2010

Recipe : Hawaiian Chicken Pizza with extra cheese & bbq sauce !

Hi sume hi sume (n____n)
Aku kan ada 2 orang adik. Satu name die Han (18y/o) & Asfiq (7y/o). Kalau asfiq ni dia suka makan makanan yang manis-manis macam chocolate, ice-cream, cakes, cookies and all those stuff la. He has a sweet tooth :). Tapi adik aku yang lagi sorang ni, dia suka sangat makanan yang high calorie macam bege tepi jalan yang sos melimpah ruah tu, KFC, steaks, pizza sume la. Hari-hari dia dok haruk aku suruh buat pizza. Aku ni plak jenis yang tak suke sangat makan pizza, jadi aku saje jelah lengah-lengahkan. Tapi hari ni rezeki kau la Han, disebabkan kakak teringin makan pizza, kakak buatkan ko pizza terbaek dari ladang abah kita !! eh jap jap.. sejak bila abah kita ada ladang ? (-_-)


Uli dough macam bese...guna 2 cawan tepung gandum, 2 sudu kecik yis & air secukupnya. Bia dough tu naek sekali ganda. Tanpa membuang masa jom kite siapkan bahan-bahan untuk topping. Dalam aluminium bowl tu, from the left side, bombay onion, capsicum & pineapple. Pastu kite ade thousand island, tomato sauce, bbq sauce, mayonnaise (lupe nak tgkap gambar) & grated mozarella cheese ! Jangan kedekut bahan weyh siyes, makan bia puas !


Oryte, skang korang saute minced chicken together with diced bombay onion, pepper, bbq sauce & salt to taste. Angkat kuali dan menari tarian ulik mayang bila minced chicken dah tukar warne. Takyah lame-lame sangat pon takpe.


Ok the secret to cheesy-peezy-moist pizza is of course the ultimate cheese sauce! Ala same cam dalam recipe lasagna itu hari. Ingat tak. Ingat tak. Ingat tak. Takpelah bia aku review balik semule. 2 tablespoon of flour, 1 teaspoon of butter, 2 cups of milk, 5cm cheddar cheese block, salt & pepper to taste. Ingat api kecik! Ijau-ijau tu aku saje je tambah daun sup bagi lagi tantek hikhik.



Grease your pan not your pants or your pen with butter. Dough tu buat macam dalam gambar and then amek fork cocok-cocok sekuat hati anda ibarat melepaskan geram akibat dapat markah 79 tapi cikgu takmo naikkan jadi 80 :'). hehe pernah tak rase?



First layer spreadkan tomato sauce, sebenarnyekan lagi afdal kalau korang guna tomato puree tapi sebab bahan takde jadi pakai tomato sauce juga bisa kok. Second layer, spreadkan the ultimate cheese sauce! nyum nyum my faveret!


Pastu taburkan bombay onion, capsicum, sauted minced chicken & pineapple. Lepas tu bersiap sedia pulak tuang bbq sauce & thousand island. Akhir kata, taburkan grated mozarella cheese sepuas-puasnye untuk kepuasan maksimum !


Sebenarnye belum akhir kata lagi, mentang-mentang mayonnaise takde dalam gambar, siap terlupa nak cakap pasal die :') last skali korang letaklah mayonnaise sebanyak mana yang korang nak asal tak memudaratkan diri sendiri dan sahabat handai..


Lepas da bake kat oven guna api bawah, 200 degree, lebih kurang 20 minit. Anda akan dapat hasil seperti diatas! Serius sedap sebab pizza ni moist & banyak cheeeeeeeesssseeeee !



Adik lelaki & pizza kegemaran. Hey Han apesal kau buat muke cmtu nanti orang igt pizza aku tak sedap pulak :') Ok bye sume. slamat mencubeeee!


Thank you for reading this entry !

Friday, 30 April 2010

Recipe : Lasagna kegemaran !

Hi Assalamualaikum.
Biar aku bagitau korang satu benda. Aku sangat suka makan lasagna. Kalau kat Bandung bendaalah ni mahal bukan main kepalang. rp 32 000 kaw!! lebih kurang rm12. Mahal an an. Aku makan ayam penyet kat sane baru rp6000 aka rm2.40. Sumpah sepanjang 2 tahun aku dok sane, aku pernah makan sekali je lasagna kat PapaRon. Tu pon rase cam nak menangis je bayar. Hati rase berat, tangan kaku seolah-olah tak mahu kuakan duet dari purse, kaki jangan cakap a, rase ringan je nak lari dari kedai tu supaye tak yah bayar lepas makan. hahaha hebat tak hebat pergolakan jiwa yang berlaku di dalam diri ini semata-mata untuk mendapatkan sesuap lasagna??


Namun tak usah risau. Aku ada penyelesaian untuk semua masalah tersebut. PEACE to the world sista ! (n____n). Walaupon tudung tak matching dengan baju, tapi ape ade hal. Yang penting perut kenyang, poket slamat.



Bahan-bahan tok buat lasagna : minced beef, bombay onion, butter, cheddar cheese block, prego sauce, full cream milk, lasagna sheets, pepper/salt/ flour. Recipe ni bantai sendiri tapi alhamdulillah jadi je. Mari kite ushaaaa zassss !!



Meat sauce : korang buatlah meat sauce ni gune butter, bombay onion, minced beef & prego sauce. tambah pepper & salt banyak2 sket bagi masyuk. Aku men hentam je buat ala-ala spaghetti sauce, tp minced beef tu jangan bagi hancur sangat okeyh. Kalo sapa yang suka pedas tu, boleh tumis cili giling ye.. :)



Cheese sauce : 1 teaspoon of butter, 2 tablespoon of flour, 1 cup of full cream milk. Masuk cheddar cheese tu ikot suke hati. Aku pakai separuh dari block tu. Gune api kecik..kacau sampai die jadi thick. Aku sesuka hati tambah pepper/salt bagi lagi kaww.



Amek casserole, grease dengan butter, letak the first layer of lasagna sheet. Lasagna sheets ni comes in 2 types. 1: yang you have to boil it first, 2: yang you can use straight away tanpa perlu boil. I bought the 2nd one. So sequence die mesti camni. lasagna-meat sauce-cheese sauce. repeat. Buatlah bape-bape layer yang korang nak mengikut nafsu serakah korang.



TAPI INGAT. layer paling atas sekali mesti cheese sauce eh. kalo korang tamak haloba habib jewels, korang boleh grate cheddar cheese tu on top. Alah bajet cam extra cheese la kan. Lepas dah puas ati, cover your casserole with an alumminium foil.



Kalo memasak sambil sms inilah jadinye. Lupe nak letak alumminium foil :'). Oh ya, bake dalam oven at 180degree for 20-30mins. Ingat! jangan sms semasa memasak!




There you go! Rupe macam sape di hawau tapi rase sedap nak mampos. Jangan lupa makan ngan cili sos sambil tengok tv3 petang-petang ngan keluarge. Bahagia tengok family makan dengan lahap sampai habis licin casserole. Selamat mencube! :)


Thank you for reading this entry !

Tuesday, 27 April 2010

Hari ini buat dadih & tengok movie!

Hi assalamualaikum semua.
Wah rajen betol la aku ni mengupdate blog kan kan.. semakin menjadi-jadi nampaknya. Nak wat camne..aku ni boring la. Kawan-kawan kat local U semua lom abes exam, tinggal la aku terkontang kanting kat umah ni melayan karenah dak adik (-_-)



Hari ni buat dadih sebab semua ahli keluarga suka makan dadih terutama pabila cuaca panas. Malas la nak kasi resipi sebab confirm sume orang tau buat ryte :)? Instant je pon. Aku buat perisa strawberry! Tapi sebab nak kasi special, so aku letaklah buah honeydew on top of it & chocolate-freeze topping. Apekah itu chocolate-freeze topping? Alah macam korang makan eskem mekdi yang chocotop tu. Chocolate die keras an? Ha same lah. Bole beli kat Tesco, brand Hershey's :)


Itu dia... dadih special Fatin Liyana~ memang mouth watering ! Combination of strawberry dadih with honeydew + chocolate topping ! Try try jangan tak try ^___^



Cerita lain, ok tengok betol-betol encik yang pegang piala Malaysia tu.. perati rambut dia tau. tahap kegulungan rambut dia..



Haaa same tak? Same en en? haha ni dia Alip pemain bola sepak negeri sembilan..skang ni dah men tok Malaysia gak .. hoyeh hoyeh mungkin berkat rmbut afro tu kot haha..



Tadi jumpe Alip & membe sebab bosan yang amat sangat kat umah. Sume orang sibok exam. sedih tau tak. Korang jangan ingat bukan-bukan, ni member je pon, tak caye tengok aku. Lek je kai baju burok-burok g jumpe die haha. Anyway, mase kitorang jalan tadi, sume orang tengok die & tegur die. TAKDE SAPE PON PANDANG AKU. APE BUROK SANGAT KE BAJU AKU PAKAI. HA CAKAP SIKIT. hahahhahahaa...pepon naseb baik takde yang nak amek gambar/sign die. kalo tak memang aku berlari dan menyorok di tepi sudut tanda protes. Cis, berani die membolot populariti aku! Ni yang rasa nak men bola tok n9 jugak nih (-_-). oklah nak practice menggelecek bola. bye.


Thank you for reading this entry !

Monday, 26 April 2010

Recipe : Aku buat Chocolate Muffin lah wey.

Hi assalamualaikum.
Kalau aku kat bandung, biasa aku akan bangun pukul 4.30 pg, paling-paling lewat pon pukul 6 pg mungkin sebab aku tido awal kot. Lagi satu, aku tak suka perasaan bangun lambat tu, nanti rasa macam sedih dan rasa malas nak buat pape. TAPI. aku kat mesia ni bukan main melampau lagi bai, pukul 11 baru la nak bangun. Seb bek la ayah aku bekas tentera, subuh dia mesti gerakkan dengan menggunakan fizikal forces. Siyes tak best kono dobik ngan abah den :').

Seperti biasa, hari ni bangun pukul 11 pagi lagi. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Pastu otak ni mula la ligat berfikir cari bende apa nak buat supaya tak rasa bersalah sangat. Aha tetibe teringat kat budak ini.




' Kakak ! buatkan adik muffin. Adik suke makan muffin ! Tapi adik suke yang chocolate punye saje yang lain tak suke' (-_-)


Baiklah. Disebabkan adik pernah cakap macam tu kat kakak, jadi hari ni kakak buat muffin chocolate untuk adik. Buku recipe dulu dah hilang jadi cilok recipe online jeh. Terima kasih google :)



Mule-mule, gunekan double boiler untuk cairkan 200g cooking chocolate !



Kalau rasa diri seperti samseng dan mahu memukul, bolehlah pukul 2biji telo & 50g castor sugar sampai kembang. Agak-agak sudah menjadi seperti cik siti wan kembang, campakkan 70g batu butter & cooking chocolate yang dah cair tadi dalam mixture. Jikalau masih tidak puas hati dengan aktiviti memukul, tambahkan 60g self-raising flour & 1 sudu kecik baking powder. Pukullah sepuas hati asalkan anda gembira.



Selepas hati menjadi tenang kerana terkenangkan yang sabar adelah separuh daripada iman, berhentilah memukul dan masukkan mixture dalam muffin cup. masukkan approx 60% daripada ketinggian cup. Untuk resipi kali ni, boleh buat 6-7 cups. Tapi Fatin Liyana kenapa dalam gambar ade 9 cups? Korang pasan je an salah aku? cis.... gajah obesity depan mata tak nampak..kuman di kuala terengganu nampak..takpe takpe....aku de sebab peribadi knapa aku buat 9..(pdhal dah tersilap) hahaha



Masukkan dalam oven mak kau dan bakar sesuka hati pada temperature 180 for about 30mins. Jangan guna oven mak orang lain kalau tak nak kono sekeh.



Walaweyh. Pegi beli whipped cream, masuk dalam bowl & whip as if there's no tomorrow. Bile dah cam fluffy pipekan atas muffin & taburkan chocolate chips.



Aku rasa nak apply part time kat bakery lah (-_-). Bye selamat mencube semua!


Thank you for reading this entry !

Friday, 6 November 2009

Resepi : Roti Jala

Hi anda !
Sorry lately ni entry yang aku post sume emo2 belaka, kalo xemo pon, aku kutuk org haha. mtk maap byk2 la kat mana2 pihak yang trase hati, pancreas dan pinggang. Sesungguhnyaku tak merelakan semua ini
terjadi sob sob (-_-). Oleh itu ingin aku topupkan kembali pahala yang telah hilang dengan memberi korang resepi!

Yes resepi roti jala lah! Kenapa roti jala pulak? Mestilah sebab Fara suka makan. Taklah, aku la tu yang suka makan roti jala haha. Saje je nak bagi Fara femes kat blog aku. Baeklah ni ikut resepi yang aku slalu buat, alhamdulillah tak pernah la xjadi lagi setakat ni. Zass!


Masukkan dalam blender, 2 biji telur, 2 cwn tepung gandum, 2 cwn air, garam n serbuk kunyit ikut mentaliti korang. Blend sehingga rumah bergegar.

Amek non-stick pan, oleskan ngan minyak yang sgt sedikit tidak lupe juge pakai api yang sgt kecik ye rakan2 supaya rmbut ataw lengan baju tidak terbakar. Amek bendealah nak buat roti jala tu (tiada dlm gmbar), terus jala laju2 supaya jd cntik mcm gmbar diatas.

Sebab aku terlupa nak amek gamba cara nak gulung, maka roti jala ni terus dah siap. Bila dah siap, laju2 gi cedok kuah kari daging kat dalam periuk puan ibu dan makan dgn gelojoh spy org disekeliling jeles.


Oja dan Qish tidak jeles kerana mereka juga dapat makan

Para lelaki dan wanita ini juga tidak jeles malah mereka gembire kerana seluar dan kain mereka menjadi ketat.


Mereka-mereka ni juga tidak jeles kerana kesedapan yang dialami oleh mereka tersangatlah tidak dapat ditandingi. Tgk yang tudung turqoise tu, name die Aya.Kemaen suke lagi kau ye Aya

Rupanya takde sape jeles. Maka pergi potong balik sentence yang aku cakap tadi. Haha selamat mencuba rakan2! Salam

p/s: Gambar ni mase open house kat umah aku ritu,mase raye. Akulah yang menjala roti jala sampai 3 jam kau tau. Sebab nak bagi korang makan punye pasal. Ha jgn nak terime kasih je. Bagi adiah.