Hi assalamualaikum.
Kalau aku kat bandung, biasa aku akan bangun pukul 4.30 pg, paling-paling lewat pon pukul 6 pg mungkin sebab aku tido awal kot. Lagi satu, aku tak suka perasaan bangun lambat tu, nanti rasa macam sedih dan rasa malas nak buat pape. TAPI. aku kat mesia ni bukan main melampau lagi bai, pukul 11 baru la nak bangun. Seb bek la ayah aku bekas tentera, subuh dia mesti gerakkan dengan menggunakan fizikal forces. Siyes tak best kono dobik ngan abah den :').
Seperti biasa, hari ni bangun pukul 11 pagi lagi. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Pastu otak ni mula la ligat berfikir cari bende apa nak buat supaya tak rasa bersalah sangat. Aha tetibe teringat kat budak ini.
' Kakak ! buatkan adik muffin. Adik suke makan muffin ! Tapi adik suke yang chocolate punye saje yang lain tak suke' (-_-)
Baiklah. Disebabkan adik pernah cakap macam tu kat kakak, jadi hari ni kakak buat muffin chocolate untuk adik. Buku recipe dulu dah hilang jadi cilok recipe online jeh. Terima kasih google :)
Mule-mule, gunekan double boiler untuk cairkan 200g cooking chocolate !
Selepas hati menjadi tenang kerana terkenangkan yang sabar adelah separuh daripada iman, berhentilah memukul dan masukkan mixture dalam muffin cup. masukkan approx 60% daripada ketinggian cup. Untuk resipi kali ni, boleh buat 6-7 cups. Tapi Fatin Liyana kenapa dalam gambar ade 9 cups? Korang pasan je an salah aku? cis.... gajah obesity depan mata tak nampak..kuman di kuala terengganu nampak..takpe takpe....aku de sebab peribadi knapa aku buat 9..(pdhal dah tersilap) hahaha
Masukkan dalam oven mak kau dan bakar sesuka hati pada temperature 180 for about 30mins. Jangan guna oven mak orang lain kalau tak nak kono sekeh.
Walaweyh. Pegi beli whipped cream, masuk dalam bowl & whip as if there's no tomorrow. Bile dah cam fluffy pipekan atas muffin & taburkan chocolate chips.
No comments:
Post a Comment