Saturday 17 April 2010

Kisah hidup yang entah hape-hape.


gambar hiasan. boleh hias dirumah anda.



Eh assalamualaikum geng-geng sume. amacam kehidupan? Aku da abes exam kalo korang nak tau tapi aku tak tau nak buat apa. Dari tadi aku asek lipat baju, menyapu dan mengelap perabot dengan antiseptic sehingga licin licau berkilau. hahahaha tak boleh belah perenggan pertame je dah marketkan diri sndiri. ok aku tipu je sebanye. aku lipat baju tadi pon ade pitstop, baru lipat 2-3 helai. check FB. pastu lepas 30minit baru lipat lagi 2-3 helai. anggaran aku lebih kurang 6 baju dalam 1 jam. bukankah itu melampau ha? (-_-)


Ok tapi tujuan aku buat entry kali ni bukanlah nak suroh korang pertikaikan tahap kemelampauan aku terhadap aktiviti melipat baju tersebut. Aku ade cite nak story ngan korang. So aku warning awal-awal la eh. entry ni penuh tulisan. Kalau sape yang agak-agak mase die sekolah dulu, buku NILAM die penuh dengan sinopsis cerita-cerita, sampai tulih kat kulit buku semata-mata nak dapat anugerah emas NILAM, aku konfim dorang memang girang tahap kentang bila dapat baca karangan yang berjela-jela yang bakal gwa type ni. For those yang buku NILAM die kosong lengang ibarat padang jarak padang terkukur, korang boleh skip entry ni & tunggu aku buat entry yang banyak gambar k. yo lets cekidauts bayi.


Sebenarnyekan, aku yang korang jumpa atau kenal sekarang adalah insan yang berbeza kalau korang penah kenal aku tyme sekolah. especially form 3 dan kebawah. Aku sebenarnya dah tukar identiti ngan lisa surihani. Lisa surihani yang korang kenal tu fatin liyana sebenarnya. Kiranya fatin liyana bertopengkan lisa surihani tapi beridentitikan lisa surihani. tibe-tibe aku teringat yang aku banyak dosa, tak jadilah aku nak menipu. ok kembali jujur. (dahi kerut).


Sebab pa aku cakap aku insan yang lain dlu? sebab banyak gile perbezaan aku skng ngan aku yang dlu. dari suma segi, aspek, bentuk dan sahsiah. Dulu an aku sorang yang perfectionist. Aku bangun awal gila, pastu aku akan kemas bilik, katil aku punyalah tegang toksah cita. Sampai baling anak gajah pon, melantun balik anak gajah tersebut. Pastu aku akan pastikan katil aku takda sapa-sapa yang duduk sebab nanti tak tegang. Aku ingat lagi, adik aku Han, dia duduk kat katil aku pastu aku naik hantu mengamok tak tentu pasal sampai aku tak nak tegur dia 2-3 hari. Mak aih sungguh emosi bukan. ha ha


Walaupun aku bangun awal, tapi bagi aku, masa tu tak cukup untuk aku bersiap untuk g sekolah yang terletak di depan umah. Masa form 1-3 aku sekolah depan umah je.
Aku pagi-pagi dah mandi pastu aku gosok tudung. Lepas tu aku kemas bilik dan setiap kali ada satu kedutan kat tudung aku, aku akan bukak balik dan pergi gosok. Bila aku nak makan breakfast pon aku tak sandar kat kerusi sebab nanti baju aku komot. Dan kalau baju aku komot, aku akan bukak dan gosok semula. Tapi tu tak cukup bangang. Aku ada yang lagi bangang lagi, kalau tudung aku bentuk tak lawa hari tu, aku tak nak pergi sekolah. siyes weyh memang aku tak pergi. daripada orang tgk tudung aku tak lawa, aku lebih rela tak pergi sekolah. wlaupun sekolah depan umah je. ha betapa perfectionistnya aku dulu (-_-)


Pastu kalau perfectionistkan biase nak dipandang hebat dalam semua bidang kan. Sebab aku ni anak pompuan sorang dalam family, dan umah ni ada orang gaji, aku selalu dikaitkan dengan sifat 'konfem tak reti masak & buat keje umah sbb anak orang kaye'. Huh. Kat mana-mana aku pergi mesti orang ada tanggapan camni kat aku. Padahal aku punyalah rajen memasak dan mengemas rumah (ecece angkat bakul nampak) haha. Pastu aku buat ape korang tau, sebab nak buktikan yang aku ni bukan cmtu, aku pegi join Baking class. ha amek kau. Tiap-tiap minggu mak aku anta aku pegi belajar buat kek, muffin, buns & cookies kat bakery. Dah la yang join tu suma cina, orang tua plak tu. Aku rasa cam pergi melawat rumah orang-orang tua plak. Tapi aku cekalkan hati dan terus istiqamah menuntut ilmu hahaha. Pas aku da expert, aku baking and aku bagi kat jiran-jiran dan kawan-kawan yang kutuk aku dulu. padan muka kau. Masalahnye aku ingat sapa yang kutuk aku tu, baik btol aku bagi kat depa, percuma lak tu (-_-). Tapi kemuncaknye bila hari raya, aku buat kuih raya, sensorang kau tau. Banyak gila aku buat. Pastu aku pack dan bahagi-bahagi kat kampung, kat jiran, kat membe mak aku. Yang tak kutuk aku pon, aku bagi jugak. Sebab pa? sebab aku suka dengar dorang puji....'wahhh pandai anak perempuan u buat kuih, untung ade anak cmni'. hahahahahhahaha teruk gile perangai aku dulu.


Masa form 1 - 3 aku tak pernah datang kokurikulum sebab panas. Aku jaga kulit dulu. Macam-macam aku tepek kat muka ha. Asek-asek pergi watson cari alat-alat kecantikan. annoying gila aku dulu. Pastu aku kena marah ngan cikgu sebab suka hati mak bapak aku je tak nak join kokurikulum, tak pernah join marathon, tak pernah datang hari sukan dan aku sendiri tak ingat rumah sukan aku ape haha. Tapi aku tak kesah sume tu janji kulit aku tak itam. Pastu aku nak body aku ni solid. Jadi aku pegi speedy video dan beli vcd yang exercise dalam umah tu. yoga la dance la macam-macam la. Seminggu aku akan buat 3 kali, tak pernah miss. Aku dulu memang cekal dan berdisplin weyh...siyes tak macam sekarang.


Pasal study tak yah cakap a memang tip top. Memang top 3 memanjang sebab aku akan pastikan apa aku nak tercapai. Aku dulu gile berusaha kalau nak kat sesuatu benda. Aku tak pernah gi tusyen pon, sume aku belaja sendri. Sebab aku punya semangat memang kuat dulu. Aku boleh study tak bergerak dari meja tok berjam-jam. Apa aku join, aku akan pastikan yang aku menang. Kalau at the first place, aku rasa aku tak capable nak menang aku akan tarik diri. sebab aku takleh terime kekalahan. tercabar ego gwa bai.


Apepon tu cerite dulu, sejak masuk SBP & smpai skarang ni aku lah manusia paling tak berdisplin dan pemalas segala. Ha ha aku tak kesah orang tengok aku cntik ke burok ke janji aku bahagia. Pastu aku belaja pon biase-biase je takde nak aim melangit cam dulu. Janji result aku boleh buat parents aku proud sudeh..anyway, aku lagi suka aku yang sekarang sebab aku boleh accept being defeated. Yelah, takkanlah asek kau je nak menang, kau je yang terer kan. Skang ni aku lagi relax...tak amek pusing orang ckp pe..tak pentingkan sangat ego..dan yang penting skang aku senang redha dengan ketentuan Allah..dulu aku tak cmni, kalau apa yang aku nak tak dapat, aku akan pertikaikan dan revenge supaya aku akan dapat...ish ish melampaui batas betul ye kamu


ha dahlah itu saje cerite dari aku kali ni..entry ni takde maksud nak riak atau bangge diri ke ape, just nak berkongsi pengalaman dengan anda semua. no hard feelings ye rakan-rakan. take care !! dnt worry aku dah baik dah skng. jom jom kawan ngan aku hehe.


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment