Tuesday 31 May 2011

Perempuan nafsu 9 & akal 1.

Assalamualaikum


Biasa tak dengar orang kata, lelaki ada 1 nafsu & 9 akal manakala perempuan pula is the other way around. Yeah you heard me, perempuan ada 9 nafsu & 1 akal.(Ada orang kata hadis ni tak sahih, but lets just pretend like its true) Okay kalau dibaca sekali imbas memang akan rasa macam pathetic gila orang perempuan. Kasihan, perempuan itu kelihatan macam pandai, bijak, cerdik but actually dia ada 1 akal jer. Tengok perempuan tu suci dan lemah lembut..but eventually dia ada 9 nafsu. Haha! 


But things don't work that way buddy. Bila cakap pasal nafsu, it can be broad. It can be anything that require lust. Nafsu makan, nafsu shopping, nafsu berak dan pelbagai lagi. Oleh kerana perempuan mempunyai nafsu yang maha pelbagai, maka orang perempuan ini seringkali dilabelkan sebagai kaum yang amat sukar difahami. Adalah lebih senang untuk faham salasilah puak Yahudi Ashkenazi daripada kami. Wuwuwuwuw.


Perempuan ni pendirian dia sangat tak tetap. Tak stabil. Ibarat macam jetski yang dilambung ombak ketika air pasang. Hari ni dia kata lain, the next day dia kata lain. Walaupun dia kata lain-lain tapi we expect you guys boleh terima bulat-bulat. Kalau tak boleh terima, kitorang akan marah. Haha! Cool bukan? Tak dengar cakap je marah. Hee.. Itulah specialnya orang perempuan, we are allowed to marah-marah like crazy once in a month without being scolded back. (Thanks for the uncontrollable scientific-proven hormone!)


Lepas tu, orang perempuan ni cepat sangat terpengaruh. I mean like real cepat. Contoh paling senang adalah fashion. Ok contoh sekarang adalah musim Harem pants. Maka bergegaslah mereka ke Times Square ini jam jugak untuk mencari Harem pants (TS murah sikit hihi). Lepas tu Harem pants dah tenggelam, keluar pulak Tapered pants. Ah kene pegi balik TS untuk beli Tapered pants! Ga keren lho kalo ga ikut peredaran fashion! And the list goes on. Disebabkan orang perempuan suka pakai baju ikut fashion, kadang-kadang ada certain baju tu dia pernah pakai sekali dua jer. Yelah musim dah habis, takkan nak pakai baju tu lagi kot. Nanti orang kata ''You're so 2007 duhhh~'


Bila tengok orang dok pakai clog, beriya kita cari clog yang sale sekitar mall di KL. Bila tengok orang pakai makeup, kita pon nak jugak walaupun kita tau in the end kita akan pakai sekali dua je make up tu sebab segan. Bila tengok orang pakai shawl Hana Tajima, kita pon nak jugak jadi Hana Tajima walaupun muka kita tak sesuai pakai shawl tu. Bila tengok orang pakai vintage dress, kita pon beriyalah bersengkang mata cari online shop yang ada jual baju vintage. These are the commonest examples that I could think of. I know well cuz i'm a woman too. Aku pon tak lepas juga dari penangan 9 nafsu ni. Siryes penat emosi & jasmani sebab tak pernah puas dengan apa yang kita ada. 


Benda ni buatkan aku terfikir. APA YANG AKU KEJAR SEBENARNYA? Aku berkorban duit, masa & tenaga semua ini untuk apa? Kepuasan? Tapi aku tak pernah puas pon. Makin aku berkorban, makin aku terkorban. Eh apa aku cakap ni? Hahahaha but yeah i hope you got my idea. Kau takkan pernah puas kalau kau keep on comparing yourself with others. Orang ada kita pon nak ada jugak. Orang takda, kita nak ada jugak. Abih bila masa je yang kita takda ni? Eh apa yang ada apa yang takde ni. Aku ni suka melalut sampai dah terlupa apa aku nak cakap sebenarnya. Cis.


Semakin aku dewasa ni (eceh!), aku cuba untuk tahan nafsu dari benda-benda macam ni. I mean, aku cuba kawal diri daripada terpengaruh dengan orang lain. Walaupun orang pakai shawl fancy2, aku tetap dengan syria murahanku =') Yeah, mula-mula rasa macam segan giler aku sorang je yang pakai jeans & syria, semua orang pakai maxi skirts & shawl HT like sangat cantik kottttttt. But then I get used to it. Just confident dengan diri sendiri. Doesn't mean kalau kita tak ikot fashion sekarang kita tak ohsem kan? Aku adalah contoh manusia ohsem kahkah. (Tampar mahu ga?)


Macam makeup pulak, dulu aku pon sibuk jugak nak pakai makeup bila gather dengan kawan-kawan, konon-konon taknak rasa macam being left out la kan. Semua orang pakai makeup takkan kau sorang je datang dengan muka plain? Nanti nampak macam you are not belong to that group. (That's what I used to think before). So aku ni kaknam sibuk nak pakai eyeshadow & mascara bagai, lepas tu bila nak solat dah susah. Kena pakai remover and all. Buang masa je. Lepas tu kena pakai balik makeup. Benda 10minit dah jadi 30minit. Tak cerita lagi part lilit shawl bagai =')


Tulah benda-benda yang buat aku rasa penat. Sebab nak impress orang punya pasal, then I got to sacrifice alot of things. Dulu aku okay je, but now aku rasa rimas & menyusahkan. Well benda ni depends kat individu sebenarnya. Kalau semua orang fikir macam aku, then takdelah fashionista didunia ni betul? Haha. Bosan lah pulak dunia ni nanti. But apa yang aku nak cuba sampaikan adalah, kalau kau rasa benda tu macam tak bagi benefit kat kau, then don't do it. Kalau kau rasa kau buat semua benda ni sebab nak setaraf dengan kawan-kawan kau, then you got a big problem. Benda ni tak sihat sebenarnya, sebab korang walaupun berkawan tapi sebenarnya korang adalah lawan. Korang macam bersaing-saing  sapa pakai baju lagi cantik and stuff bila meet up walaupun secara amnya korang adalah goodfriends. Jangan cakap tak, at least korang mesti terdetik sedikit jealousy. Perempuan kan memang suka envy. Thats the fact.


So the best way is, kurangkan stalk fashionista. Jangan salah faham, aku suka tengok fashionista jugak, but sometimes you just gotta do it. Bila korang tak stalk, korang tak tau fashion terbaru, lepas tu korang pon tak beli haha! Anyway diorang kan fashionista, dah bidang dia disitu, of course la dia kena pakai latest fashion hee. Yang kita orang biasa-biasa ni tak payah lah kot nak berusaha sangat nak jadi macam diorang. Just keep things moderate. Kadang-kadang simple is more kan? Tapi kalau nak jugak, terserah kamu deh sebab minat orang kan lain-lain.


Lepas tu kenalah kuatkan iman dan tinggikan paras konfiden dengan berbisik dihati ayat sebegini 'AKU CANTIK WALAUPUN TAK PAKAI MAKEUP AKU CANTIK WALAUPUN AKU PAKAI BLOUSE DENGAN CROCS JE' Korang kena ada konfiden, tapi janganlah terlebih sehingga menjadi riak pulak sampai bila jumpa fashionista kau pegi cakap ' Hello aku cantik je walaupun tak pakai baju macam kau'. Itu dah melampau. Memang aku pergi simbah acid kat muka kau haha! Anyway, bila kau ada konfiden kau akan rasa 'I am pretty just the way I am' lepas tu mesti kau tak terpengaruh dengan orang lain. Cool kan macam tu. Hati kau tenang, duit kau pon selamat dan yang penting, kau tengah belajar menahan nafsu haloba. Its a good thing right =)



Betullah nafsu dia ni ada 9. Air pon dia order 2 gelas isk isk.


p/s : Berfashionlah ikut kemampuan kamu. Tak salah kalau sekali sekala nak bershopping, nak pakai makeup cantik-cantik, tapi jangan sampai overboard. Peringatan ini untuk diri sendiri juga. Aku pon pernah buat silap dan Im learning from my mistakes =') Kita kan manusia. Biasalah kan. Marilah girlfriends kita belaja untuk terima diri sendiri dengan seadanya!

Thank you for reading this entry !

Monday 23 May 2011

Talking about babies..

Assalamualaikum 

Siblings aku semua lelaki. Korang pon tahu kan? Jadi kat rumah aku ni memang takdela cerita pasal anak cik kiah dah lahir semalam, kak senah kau dah bertunang dengan orang Johor takpon eh engkau tahu, RCW bercinta dengan Shahir AF8. Memang takde. Cerita yang ada kat rumah ni adalah seperti, tiada cheats untuk Borderland, battery controller Xbox dah habis, dan kenapa Ron97 dah naik menjadi rm2.90? bukan itu hari rm2.30 ke?

Disebabkan aku tidak diterapkan dengan perangai kewanitaan terlampau, maka aku ni macam tiada perasaan sangat. Dulu, bila tengok baby ataupun budak kecik, aku siryes takde perasaan. Aku pon pelik jugak apa pasal orang pompuan kalau nampak baby, terus-terus je dia buat suara 'anyonyo omeynyeee ieeee cayangnyeee anyonyo'. Ya know out of sudden dia macam ada articulation problem. Lepas tu, mesti dia nak gomol & dokong dak baby tu like there's no tomorrow. Tak cukup dengan itu, nanti dia dokong dak baby tu dan tunjuk kat sedara mara.. Maka sedara mara akan berkata..wahhh anak siapa ni comel ni? dah boleh kawin dah camni. Maka yang tengah dokong baby tu pon tersipu-sipu malu sebab orang dok puji yang dia dah boleh kawin sebab pandai dokong baby. 

Okay aku siryes tak suka keadaan ni. Aku rasa macam ia adalah satu helah untuk berlakon sweet dihadapan orang-orang tua. Ya know, orang tua ni penangan dia kuat. Kalau dia suka kau, memang satu kampung dia canang yang anak sekian sekian sekian ni memang bagus..sudahlah lembut, hormat orang tua, baik paras rupa dan bla bla. Dan kalau dia tak suka kau, terimalah padahnya bila kau balik raya nanti. Haha! 

Tapi itu dulu. Makin lama aku rasa aku makin ada sifat motherly. Ya know something that comes from within. Something yang you tak expect tapi dia tiba-tiba datang. Maybe this is what we call Fitrah. Macam dulu aku tengok kanak-kanak aku tak rasa pape, but now when I see kids, hati aku jadi macam anyonyonyo comelnye budak ni. I want to kiss you! I want to hold you lil kiddo!  Entah kenapa tiba tiba aku pulak yang macam ada speech problem. Haha! Baru aku paham perasaan ini =')



Aku suka dokong baby sebab dia lembut-lembut lepas tu wangi bau minyak Yu Yee dan bedak Johnson =) Ahh feels good!


Toddlers pon aku suka jugak esp yang comel-comel haha! Budak-budak at this age suka bercakap benar and sometimes it can be very hurtful esp when they say this ' EWWW BURUKNYA GIGI KAKAK'. Hello kiddo, its expensive okay.


 Dokong anak orang secara random. I gotta push my hip forward just to support this baby's weight.

 Mind you that these pictures were taken during Datin's 21st birthday which took place 5 months ago.

 You can obviously spot the birthday girl.


Ah I want to dokong babies right now! I need to attend any wedding ceremony just to find babies. Ya know, babies always attend kenduri kahwin. Its so easy peasy to spot babies nowadays.

Thank you for reading this entry !

Thursday 19 May 2011

New chapter, new beginning.

Assalamualaikum =)


Ada orang tanya, FL awak dah jadi doktor ke? Jawapannya adalah BELUM. Kalau sudah jadi doctor mungkin anda tidak akan berjumpa dengan manusia ini lagi sobs. Untuk menambahkan pengetahuan am korang, haruslah korang take note bahawa aku sedang menjalani clinical di HUKM Cheras

Sekarang ini aku dalam adaptation mode. Semua macam culture shock buat aku. Walaupun dulu aku duduk dekat Bandung je, tapi memang budaya dan cara hidup berbeza. Terutama pasal makanan, pembelajaran, peraturan Universiti, persahabatan, polis & peraturan. Kalau dulu dekat Bandung hobi aku adalah BBM sambil driving sambil mengunyah batagor, kini tidak lagi. Sekarang aku dah tak boleh mempraktikkan multi-tasking. Tiada istilah sambil berjalan kaki sambil check email. Lambat. Aku kena jalan dengan pantas. Sambil tak pakai seatbelt sambil bergossip. Nanti kena saman RM300 & mungkin akan terlepas simpang. Jauh nak Uturn. Pokoknya semua aktiviti ada pengkhususan. Cuma ada satu yang aku masih praktikkan. Sambil dengar lecture sambil tido.

Aku juga sedang dalam process mencuba jalanraya di sekitar KL. Sebagai orang Seremban yang tinggal di Bandung semasa process pematangan, aku akui yang aku loser bab jalan kat KL. Kalau jalan kat Bandung tu bukan main expert wa cakap lu. Kau tinggal mana? Sentul. Oh. Dalam hati nak menangis tanya diri sendiri kat mana Sentul? Setakat ni, aku dah tahu bagaimana mahu ke LowYat, Times Square, KLCC, Pavilion, Jalan TAR dari HUKM. Dekat je rupanya haha. *Facepalm* Dan mesti kena tahu tempat-tempat famous dulu supaya senang bertemu peminat LOL. Lepas ni aku harus berusaha dengan lebih keras untuk explore jalan dekat KL. Kehkeh orang somban masuk KL, what do you expect?

Kalau dekat Bandung, dresscode tak fussy. Kau bangun lambat, just grab apa yang ada belakang pintu dan chow. Tapi kau jangan buat hal kat Mesia, pakaian kena formal. Setiap malam sebelum tido aku akan gosok baju. Benda yang tak pernah terjadi di Bandung kot haha. Matrix card kena bawak sentiasa. Kat Bandung, tak pernah guna Matrix card. Perompak ke, pencacai ke, semua boleh masuk Universiti sesuka hati. Ikut kata orang Indonesia, tanah adalah hak milik Allah. ROTFLMAO.

Berikut adalah sedikit gambar(s). Aku duduk kolej anyway. Senang dan dekat tapi harus compete for merit. Wuwuwuwuw

Alahai dinding..

End-table lamp that lit up the room

 Worn out access card & room keys 

 My snug fleece blanket that keeps me warm at night 

Cats

 The window 

 My only source of entertainment

p/s : Masih dalam process nak adapt. Otak sangat lembab, body tak nak cooperate & sedang mencari pattern yang sesuai untuk study. Ya Allah, permudahkanlah urusanku =')


Thank you for reading this entry !

Tuesday 17 May 2011

Project X By AnnasEaskey

 Assalamualaikum =)

Korang patut tahu yang aku kini sedang berada di HUKM, Cheras. Aku baru sahaja selesai orientasi dan kini telah mula menjalani Klinik Asas. Selain itu, contact lens aku hilang entah mana-mana aku campak kemudian Wifi tak dapat register lagi lepas tu sticker kereta tak beli lagi aku takut kete aku kene clamp. Fffuh aku rasa itu adalah luahan hati setakat ini. Oh ya, bagaimana aku boleh terlupa pula. Selain itu aku nak rasa terharu yang amat sangat sebab korang korang korang semua telah voted for me dalam Kategori Muslimah, Project X Annas Easkey yaw!

I was in disbelief when my eyes caught the figure. I was like banyaknyeeeeeee orang like. Ramai rupanya orang suka Fatin Liyana sobsss ='). Thanks alot korang. I really appreciate your effort. Bukan senang nak pergi LIKE page AnnasEaskeyPhotography kemudian pergi cari gambar Fatin Liyana dan click LIKE. Rupanya dah terajar sekali bagaimana mahu like gambarku =')

My special thanks goes to AnnasEaskey for giving me some guidance for the art directions, to Heliza Helmi & Yasalma Design for sponsoring the lovely headgears, KZNabihah & QomaBoutique for the stunning white tops, Reena Shah from Ian Sham Professional Makeup Artist & Team for the alluring make-up & last but not least to Whoop Studio, of course for the studio!

Project X memang best cuz you got to meet alot of people & you got to learn something from the pro. Dengar cerita Annas akan buat lagi Project lain, so korang better alert. Mana tahu rezeki korang lepas ni ke kan hehe. Ok pehal aku cakap macam aku dah menang pulak tampar nak? hahahahah. Anyway, thank you so much people for your support. Lepas ni kalau kite dapat pergi next round, kite akan ada outdoor photoshoot. If you want to see this face for the next round, then you got to do what you got to do which is keep on voting for me hee *buat muka comel*

This is Fatin Liyana yeah, she looks different but she needs your vote more than you need your cheeseburger.


ok fine, ga nyambung.

Thank you for reading this entry !

Monday 9 May 2011

Rafting at Sg Palayangan, Situ Cileunca Pangalengan, Indonesia.

Assalamualaikum

Kau orang tau apa itu rafting? Kalau dalam bahasa Indonesia kita panggil dia arung jeram. Dalam bahasa Malaysia aku tak tahu depa panggil apa. Mungkin mengharungi jeram. Eceh macam mengharungi badai pon ada. Mengikut kata encik wiki, dia kata rafting ni adalah sejenis challenging recretional outdoor activity. Kenapa ia challenging? Kerana aktiviti ini dilakukan at different degrees of rough water yang bisa menyebabkan anda cedera parah kalau tak dengar kata instructor akibat banyak sangat berbughak (baca: berborak)

Itu hari aku pergi travel ke Medan & Jakarta sensorang. Aku rasa macam akulah manusia paling cool dan ohsem. Setelah aku pulang ke Bandung, aku cuma rehat satu hari and the next day, aku dengan 20 member-member yang lain telah pergi rafting di Situ Cileunca, Pangalengan. Untuk mengukuhkan bukti bahawa aku sememangnya ohsem, korang haruslah tahu yang aku keluar rumah pada pukul 6.30 pagi. Semangat bukan? Mind you perjalanan ini mengambil masa selama 2jam setengah. Yup aku tido sepanjang jalan. Akibatnya aku terlepas untuk menikmati panorama yang sungguh breathtaking =')


1# Beautiful sky & trees | 2# Instructor menyediakan lifejackets, helmets & pedals untuk setiap ahli kumpulan | 3# Aku semangat beratur depan sekali dan selamba melantik diri sendiri menjadi ketua kumpulan walaupun tidak diredhai oleh teman yang lain haha.

Kami mesti kena dengar briefing daripada instructor sebab dia kata berlaku 75% kemalangan di Sg Palayangan ini. Ada yang meninggal pon. Sebab cuak jadi semua orang tekun mendengar briefing teehee. Setiap inflatable boat akan ditemani oleh seorang instructor. Thank god! Dan aktiviti ini adalah sepanjang 5km.

Kami diajar bagaimana nak handle boat tu. How to hold the pedal, how to kayuh forward & backward, do's & don'ts and all sorts of accident & emergency that could possibly happen. Dengar pon dah cuak siryes aku rasa macam oklah bro aku balik dulu, aku takmau mati kat sungai apetah lagi ketika rafting. Tapi adalah sungguh tidak jantan kalau buat benda separuh jalan so yeah =') (walaupun bukan jantan)

1# Menuju ke kawasan sungai | 2# Mula-mula seronok kerana tidak berjumpa dengan jeram lagi.



1-4# Beginilah rupanya kalau anda main rafting. Kan dah kata ia adalah challenging.

Jantung macam nak tercabut, muscle di tangan menjadi strain akibat memegang pedal yang berat, inflatable boat macam gila pergi langgar-langgar batu, pokok, ranting whatsoever yang ada depan mata. Yang paling kasihan adalah 2 manusia di depan kerana bahagian depanlah yang akan tenggelam dahulu sebelum apa-apa. Sungguh tidak aci. Sudah berapa kali aku & mila tenggelam dalam boat sendiri sedangkan orang belakang cuma kena water splash.


 1# Ok baru puas hati kerana semua tenggelam bersama haha!


1# Kami semua happy! | 2# Lunch makan makanan kampung, kehkeh kantoila aku makan banyak macam ahli sukan | 3# Bergambar sebelum pulang

Tahu tak inflatable boat kitorang terbalik? Aimi pula terkeluar dari boat dan tergapai-gapai di jeram! Instructor tu bagaikan hero dia cepat-cepat selamatkan Aimi. Aimi selamat tapi crocs dia hilang sebelah. Aku pula sedang sibuk mengelak dari duri-duri pepohon rimba yang kurang ajar. Ada ke selamba je ranting tu boleh sebat muka aku? Ayah aku pon tak pernah sebat aku pakai ranting tau. Eh ada pulak orang sebat anak dia pakai ranting? Macam tak praktikal jer.

Apapon kami kemalangan ketika di jeram yang agak curam. Akibatnya bibir aku berdarah, pedih dia bukan main kepalang wa cakap lu. Menitik jugak air mata gua haha! Tapi siryes bestla, tak terasa pon 5km! We want moreeee we want moreee. Walaupun boat kami terbalik, muka kami tersebat-sebat dengan duri dan ranting, pinggang kami macam nak patah, selipar aku putus, bibir aku berdarah dan aimi lemas namun ini adalah pengalaman paling berharga. Aku terasa bagaikan jaguh. Jaguh yang jarang ada di abad ini. Jaguh yang hanya ada setiap 15 tahun, whatever that means LOL.

Thank you for reading this entry !

Sunday 8 May 2011

Contest oleh ErnieKhairinaCollections!

Assalamualaikum

Rata-rata students sudah sampai ke penghujung finals yang mengerikan. Daripada anda melayan FB tanpa hala tuju di waktu senggang, adalah lebih baik jika anda masuk contest ini. Contest ini dianjurkan oleh Ernie Khairina Collection. Nama contest ini adalah Show Your Style. Jika anda seorang yang suka bergaya dan suka mengupload gambar di FB, baik engkau upload je gambar ke contest ni. Untung-untung boleh menang kan?


Cara-cara
1. Like FB Page ErnieKhairina Collections (EKC) disini
2. Hantar gambar anda yang anda rasakan menarik & bergaya di FB Page EKC
3. Promote gambar anda & ajak rakan-rakan untuk like gambar anda
4. Peserta yang mempunyai paling banyak LIKE, dialah yang dapat grand prize berupa RM150 + shawls.
5. Tempoh contest : 8May-29May
6. Penganjur juga akan bagi beberapa consolation prizes untuk gadis-gadis yang bertuah!
7. Senang giler dah cepat pergi join sekarang.


Sebelum tu meh tengok gambar menarik.

 Angel VS Demon

Kahkah!

p/s : Eh jangan salah paham, saya tak join contest ni, saya tolong promote jer haha! Peluang untuk anda menang sangat tinggi (bajet diri sendiri femes) jadi sila join sekarang. Usaha tangga kejayaan =)

Thank you for reading this entry !

Tokens Of Appreciation

Assalamualaikum :)

Entri ini aku buat untuk berterima kasih kepada sesetengah pihak yang telah membantu aku. Takde apa yang aku boleh buat kecuali promote perniagaan mereka di blog aku ni hehe. Pertama sekali aku nak berterima kasih kat Atiqah kerana telah sponsor chocolate untuk party itu hari. Chocolate dia sangat sedap & comel. Sesuai sangat kalau korang nak buat birthday party ke, teatime ke etc. Atiqah telah sponsor 5 boxes of 4 pieces & 1 box of 35 pieces. Yang 4 pieces tu aku jadikan doorgift for my guests. Siap ada nama diorang lagi dekat chocolate tu tau. Yeah I know how to please people =P


Aza, Iya, Nani, Ema & M.E



 Aku pilih roses yang berwarna putih & liliac sebab aku bajet nak pastel tapi tulisan FL tu aku tersalah pilih colour terus jadi colourful dah tak pastel dah =')

Kalau korang berminat untuk membuat party & nak chocolate terpampang dengan nama sendiri supaya kelihatan ohsem macam aku, boleh lah tempah di www.homemadechoc.com



 Red Velvet  & Moist Chocolate Cupcakes topped with pastel decorations!


Comel bukan cuppies nii geramnye geramnye. Cuppies ni disponsor sebanyak 30 biji oleh ShadiahCouture! Yang menariknya, kak Shadiah naik KTM ke Seremban untuk hantar cuppies haha. Yang lagi menarik, kak Shadiah sebenarnya bukan jual cuppies pon tapi dia ada blogshop yang jual shawl & pakaian macam abaya, kaftan etc. Sangat cantik okay kaftan dia!

Kalau korang terasa nak beli silalah beli di sini ! onlinehijab2u.blogspot.com


Dan aku juga nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Annas Easkey sebab annas sangat baik dengan aku =') Like seriously, aku dapat bbm dari Annas yang tertulis, adik I got a job for you, shoot dengan boutique, what's your price? I will try to get it for you! Padahal aku tak pernah suruh pon dia carikan or apa-apa, sebab aku sekarang dah malas nak pergi photoshoot semua. Thanks alot Annas!

Annas jugak selalu update pasal project X kat aku mesti sebab dia tau aku ni jenis yang tak alert, tak check inbox, notification semua hehe... And pasal project X ni, aku seriously tak yakin dengan dengan diri sendiri. Im just hoping that Annas will teach me how to strike a good pose or how to control my smile semua! Ingat senang ke nak senyum dengan braces? Ibarat macam duri dalam daging tahu? Hahaha apa pon, nantikan kemunculan project X. Tolong jangan gelakkan aku kalau pose aku cam harem. *crossed fingers*

Next time kalau Annas buat project lain, korang semua jangan lupa join ok! akulelakidialelaki.blogspot.com

Thank you for reading this entry !

Thursday 5 May 2011

FL Homecoming Brunch Party

Assalamualaikum =)

I have always wanted to throw a beautiful private party at home. Attend by several close friends, decorate with fresh flowers, pastel color desserts & succulent food serve in opulent dinnerware. Jadi on the 1st of May, I finally had my wish granted! Terima kasih to my beautiful mom for masakkan rendang ayam, kuah lodeh, sambal udang & nasi impit as the main course! 

For desserts, ada pau which I bought at Giant haha! Ada popia & tiramisu yang dibuat oleh ever gorgeous me(muntah), ada chocolate & cupcakes yang disponsor oleh gadis-gadis cantik (nanti I up entry!). I invited Datin, Hanani, Ema, Maria & Aza. Aza was my junior back in secondary school and we are close friends until now, Hanani is my bestfriend since we were 10, Datin is my bestfriend since we were 13 and Ema, we went to the same SBP, matrix, U and we were housemates back in Bandung. As for Maria, she's like a sister to me since I dont have any sister & obviously because she's my older brother's gf hehe.

I bought the carnations from Hindu's temple sebab murah wakaka. Kalau beli dekat florist of course la they will charge you mahal kan? So disebabkan itu, 1 batang yang ada banyak2 bunga only cost me RM1.20. I spent less than RM10 for the flowers =')



























It was beautiful. Makan-makan sambil catch up kawan-kawan punya latest updates + gossip sikit-sikit! Nanti I dah clinical & later on jadi doctor tak tau lah I ada chance lagi tak nak buat macam ni. Oh ya perasan tak yang Aza tiada dalam gambar? Sobs, Aza tak cuti lagi. Doorgift untuk Aza ada tersimpan dengan rapi dalam bilik.

Sorry gambar this time sangat besar, kalau kecik nanti dia nampak macam banyak noise. Tak lawa. Harap blog ni tak berat & tak menyusahkan korang semua. Gomenne!

p/s: ah ini bukan carnations. ini adalah chrysanthemum. thanks! sy noob lol.
Thank you for reading this entry !

Wednesday 4 May 2011

Resipi : Tiramisu

Assalamualaikum

Alhamdulillah hari tu FL Homecoming Brunch Party berjalan seperti yang dirancang. Tengok poyo tak aku? Bukan main custom made lagi nama party aku. Hehe nama je hebat sebenarnya bendanya biasa jer, aku cuma mengajak several close friends untuk makan-makan sempena kepulangan aku ke tanah air heee. Disebabkan aku tak mahu mengganggu waktu solat, jadi aku buat Brunch. Breakfast + Lunch. Dari jam 10 sampai 2 petang. Oh itu nantilah aku cerita dekat entry yang lain. Sekarang aku nak berkongsi resepi Tiramisu.

Sebenarnya memang dari kat Bandung lagi aku dah plan nak buat. Tapi sebab takde mixer, jadi aku tak berbuat-buat.  Ada jiran aku ni nama dia Yasirah dia memang pandai buat Tiramisu ni, siap meniaga tau. Coolest to the top habis. Doctor jual tiramisu di waktu senggang mana nak cari oi? Hehe bravo Yas! Aku pon mintak resepi dari dia, lepas tu aku usha internet sikit untuk dapatkan precise measurement.


 Inilah Tiramisu saya. Ohsem bukan?


Nampak macam beli dekat kedai cake kan? Sebenarnya buat sendiri lebih jimat.


Bahan-bahan
250g cream cheese
250g whipped cream
150g gula
coffee layer cake ( boleh ganti dengan biskut yang dicelup dengan air nescafe)
1/2 paket nescafe or mocha 3in1 (for garnishing purpose)


Cara-cara
Potong & susun coffee layer cake dalam baking tin (1st layer)
Beat cream cheese, whipped cream & gula with hand mixer until creamy
Tuang mixture tadi diatas lapisan cake yang pertama
Susun selapis lagi cake diatas mixture tadi (2nd layer)
Tuang mixture diatas lapisan cake yang kedua
Repeat the step until finish
Taburkan 1/4 or 1/2 paket of nescafe 3in1 for ganish
Simpan dalam fridge overnight


Sebenarnya ia sangat senang dan sedap. Lagipun presentation dia nampak expensive & lavish. Semua family members & close friends suka tau. Sekejap je dah licin. Nanti boleh la korang cuba ye =) Thanks to Yasirah & google for the recipe.


Thank you for reading this entry !

------------------------------------------------------------------------

Apa benda comel yang berjalan-jalan di sekitar KL ni? Korang pernah jumpa ke? Watch It Here!

Tuesday 3 May 2011

Trip to : Melaka

Assalamualaikum =)

Kampung aku di Melaka, tapi aku sendiri tak pernah jalan-jalan kat Melaka. Cuma pergi rumah nenek makan asam pedas tengok astro sambil terbongkang dah malam eh balik dulu nenek bye love you ='). Disebabkan begitu, aku tak pernah rasa makan cendol dekat bangunan merah tu, pergi Jonker Walk dan menaiki cruise. Semalam, datin telah membawa aku ke sana. Kitorang pergi berdua je, memang hentam keromo start enjin pilih tol mana yang dekat pung pang pung pang dah sampai banda hilir.

Kami bawa Yumeee juga! Yumee adalah sugar glider peliharaan Datin. Dia sangat comel aku sangat sayang Yumee sampai asek aku je yang pegang dia like 24/7.


 Yumeeee !


 Parking dekat-dekat dengan Casa De Rio. RM5 per day.


 Anyonyonyo comel la tu tangkap gambar dengan colok =')


 Datin kau sebagai promoter tak berbayar Jonker Walk.


 Dah kau kenapa budak -___-'


 The ever famous Stadhuys.


Mama, Yumee & makcik.


 Bawak Yumee makan cendol. Yumee dalam pouch dia (purple color)


 Cendol pulut. Sedap gila only RM1.70


Tambah nasi lemak sebab lapau. Ape makan cendol je, mane le kenyang (cakap macam orang melake)


 Naik beca RM10 pergi Menara Taming Sari. Harga beca boleh bargain ikut budi bicara.


 Tapi kalau aku yang kayuh beca tu memang TAK DAPEK DO NAK BARGAIN.


 Suka Yumee sebab dapat jalan-jalan. Kakak pon suke hikhik


Lepas tu panas nak mampos kitorang lari masuk dalam Dataran Pahlawan. Beli baju, shawl sikit lepas tu makan Kenny Rogers dengan lahap. Lahap tapi mengantuk. Penatnyeeeeeee kemudian pergi ke Mahkota Parade sebab dia lintas jalan je. Si Datin kau ni nak beli make up. Sebab dia pandai persuade orang maka promoter tu dengan rela hati memberi kami make over secara percuma. Datin yang buat full make over aku tak aku try eyeshadow je, tu pon kaler gelap sebab I kan pemalu.


 1# got any problem bro?   2# excited. as always 


Ini video kitorang atas beca. Bergegar sampai medula oblongata pon bergegar sekali. Tapi gembira sebab dapat naik beca best giler berangin.



P/s : Teringin nak makan Chicken Rice Ball kat Jonker Walk tapi macam tak halal. Aku suka Melaka sebab harga barang tak mahal. Biasanya tempat yang banyak tourist pergi ni, dia suka bantai harga. Tapi Melaka tidak. Kagum dengan pembangunan Melaka juga.

Thank you for reading this entry !

-------------------------------------------------------------------------

Nak tau korang punya health personality ? Meh buat test online ini ! Try la free je =)
Tekan sini untuk menilai tahap kesihatan anda.