Assalamualaikum =)
Ada orang tanya, FL awak dah jadi doktor ke? Jawapannya adalah BELUM. Kalau sudah jadi doctor mungkin anda tidak akan berjumpa dengan manusia ini lagi sobs. Untuk menambahkan pengetahuan am korang, haruslah korang take note bahawa aku sedang menjalani clinical di HUKM Cheras.
Sekarang ini aku dalam adaptation mode. Semua macam culture shock buat aku. Walaupun dulu aku duduk dekat Bandung je, tapi memang budaya dan cara hidup berbeza. Terutama pasal makanan, pembelajaran, peraturan Universiti, persahabatan, polis & peraturan. Kalau dulu dekat Bandung hobi aku adalah BBM sambil driving sambil mengunyah batagor, kini tidak lagi. Sekarang aku dah tak boleh mempraktikkan multi-tasking. Tiada istilah sambil berjalan kaki sambil check email. Lambat. Aku kena jalan dengan pantas. Sambil tak pakai seatbelt sambil bergossip. Nanti kena saman RM300 & mungkin akan terlepas simpang. Jauh nak Uturn. Pokoknya semua aktiviti ada pengkhususan. Cuma ada satu yang aku masih praktikkan. Sambil dengar lecture sambil tido.
Aku juga sedang dalam process mencuba jalanraya di sekitar KL. Sebagai orang Seremban yang tinggal di Bandung semasa process pematangan, aku akui yang aku loser bab jalan kat KL. Kalau jalan kat Bandung tu bukan main expert wa cakap lu. Kau tinggal mana? Sentul. Oh. Dalam hati nak menangis tanya diri sendiri kat mana Sentul? Setakat ni, aku dah tahu bagaimana mahu ke LowYat, Times Square, KLCC, Pavilion, Jalan TAR dari HUKM. Dekat je rupanya haha. *Facepalm* Dan mesti kena tahu tempat-tempat famous dulu supaya senang bertemu peminat LOL. Lepas ni aku harus berusaha dengan lebih keras untuk explore jalan dekat KL. Kehkeh orang somban masuk KL, what do you expect?
Kalau dekat Bandung, dresscode tak fussy. Kau bangun lambat, just grab apa yang ada belakang pintu dan chow. Tapi kau jangan buat hal kat Mesia, pakaian kena formal. Setiap malam sebelum tido aku akan gosok baju. Benda yang tak pernah terjadi di Bandung kot haha. Matrix card kena bawak sentiasa. Kat Bandung, tak pernah guna Matrix card. Perompak ke, pencacai ke, semua boleh masuk Universiti sesuka hati. Ikut kata orang Indonesia, tanah adalah hak milik Allah. ROTFLMAO.
Berikut adalah sedikit gambar(s). Aku duduk kolej anyway. Senang dan dekat tapi harus compete for merit. Wuwuwuwuw
Alahai dinding..
Worn out access card & room keys
My snug fleece blanket that keeps me warm at night
Cats
The window
My only source of entertainment
p/s : Masih dalam process nak adapt. Otak sangat lembab, body tak nak cooperate & sedang mencari pattern yang sesuai untuk study. Ya Allah, permudahkanlah urusanku =')
No comments:
Post a Comment