Tuesday 27 November 2012

Kat mana nak beli hadiah?

Assalamualaikum


Salam kak Fatin Liyana,

Adik ni peminat setia kak Fatin, memang minat sesangat dengan akak. (wink, smiley insert icons here) Adik nak mintak tolong, birthday kawan adik dah dekat..boleh tak akak suggest nak beli hadiah apa?? Akak mesti banyak pengalaman hikhik...harap boleh tolong adik...maceh kak Fatin, teruskan berblogging tau hee..cayang ie keketat muaxxx

Love,
Adik yang berharap namanya tidak dipublish


* * * * * * * * *

Right... ini adalah contoh email yang aku terima daripada seorang peminat cilik. Sebagai seorang blogger, tugasnya bukanlah sekadar menaip entry lalu menekan button publish aje. Blogger ini ibarat kaunter pertanyaan tahu. Kalau kau bukak inbox fb atau email aku..fengsanlah baca email yang dikirimkan oleh para peminat. Beribu soalan diorang tanya.. pelik-pelik pulak tu.. 

Jadi, kehadapan adik yang buntu tak tau nak beli hadiah apa untuk birthday kawan adik. Meh sini akak tunjukkan adik satu website yang sangat berguna.


Ha di website ni terdapat banyak sangat bembarang yang best tau. Gift set pon banyak. Adik tak perlu beli lagi kotak muzik, frame atau pencil case sebagai hadiah. Kali ni adik beli SK-II okay? Kelas gitu.


 Kalau adik tak suka SK-II pon, adik boleh pilih barangan lain. Ha ni semua brands yang ada dijual di website tersebut. 


Yang ini pula adalah monthly special for November. Ada banyak off kan? Barangan branded dapat dibeli dengan harga yang murah. Macam syok je birthday dapat lipstick CHANEL kan, selalu dapat SILKYGIRL je hihi

Davidoff Blue Sport Duffle Bag. Harga RM70. 
Kalau search kat bahagian 'BAG' ada banyak lagi brands and design yang coolness. Setiap bulan boleh beli satu. Hadiah untuk diri sendiri kerana dirimu begitu berharga kekekeke

Minat Fragrance? Dorang ada up to 50% discount.


Jangan lupa pergi dekat www.bestbuy-world.com for the best price in town. Lepas ni dah takleh bagi reason tak sempat nak beli hadiah ok. Semuanya dihujung jari uolls. Ehem, jangan ingat nak belikan hadiah untuk bf/gf je, belikanlah jugak untuk mak bapak hikhik motif cakap camni tett. Oklah selamat menjamu mata!


Thank you for reading this entry !

Thursday 22 November 2012

# Save GAZA

Assalamualaikum

Please share this for the sake of humanity

Baby killing

Syaheed classmates... how do you feel ?

A baby sister who tried to reach for her dead sister

Was a happy family... but not anymore ..

 9 months pregnancy ... gone

 The last kiss from a mother to her child...

 Fathers standing still

Was a nice and beautiful home....

Who is going to take care of this little boy..?

Aqsa Syarif Malaysia


 This is NOT an excuse for GENOCIDE

 Everybody deserves to have a family, to have a home and to LIVE.

Dimana kita sewaktu GAZA menangis....? Dimana kita...? Dimana kita....? 

Apa yang kita boleh lakukan untuk membantu saudara kita di GAZA :


1. Jangan berhenti berdoa

2. Lancarkan boikot terhadap syarikat yang menyokong kekejaman Zionist

3. Hulurkan bantuan anda dari segi kewangan

“Barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa mengerjakan kejahatan seberat zarrah, nescaya dia akan melihat (balasan) nya.” Al-Zalzalah: ayat 7-8

The choice is in your hands


Thank you for reading this entry !

Monday 19 November 2012

Cerita Cuti Aku II

Assalamualaikum

Hi bertemu kembali =) Bestnya cuti kan, dapat bangun lambat, golek-golek tak payah pergi ward round hihi. Berangan jelah, padahal aku dah pon sampai PPUKM ha. Untuk pengetahuan semua, aku seorang manusia yang memboringkan. Eh dah tau ke? Hahaha cis... 

Memang betul, aku malas nak keluar rumah, malas nak bergaul, malas nak pergi jalan-jalan. Jadi sewaktu cuti biasanya aku terdampar kat rumah je bagaikan dugong. Ada la pergi dekat-dekat contohnya bawak dak asfiq ngan ibu tengok wayang dekat MBO. Itupon wayang pukul 10.30pm, sampai-sampai terus masuk, habis terus start enjin balik rumah. Kalau korang perasan, aku pon asyik kawan dengan orang yang sama *Hi bestfriends!.. sebab dah selesa kan, susah senang bersama. So malas nak fikir banyak. 

Tapi dalam dugong-dugong aku pon, aku pon ada kehendak jugak. Lately ni aku suka pergi pantai untuk main watersport. Dalam masa 2 bulan ni, dah 4 kali aku pergi. Kira satu keajaiban untuk si pemalas seperti aku hihi. Lagipon, Port Dickson dengan rumah aku cuma 20 minit je =) Itu hari, aku mengajak bestfriends Najahtul dengan Hanani untuk ke PD. Biasanya pergi PD, tak bawak makanan, beli dekat gerai-gerai je. Kali ini zemangat uolls, weolls bawak makanan. Buat potluck!


Hanani masak nasi putih dengan pelbagai lauk, Najahtul buat sandwich telur dan aku masak mee bandung. Sumpah macam piranha masing-masing makan. Siapa mandi pantai tapi tak lapar memang gila ataupun ada eating disorder


Mee bandungku, taulah study kat Bandung dulu =P


 Syok sangat, pemandangan yang cantik, makanan yang sedap. Santai-santai sambil makan, bercerita pasal life update. Aku dah kawan dengan Hanani dengan Najahtul ni lebih dari 10 tahun. Semua rahsia aku diorang tahu...mohon jangan pecahkan rahsia aku kepada paparazi... agar tidak dilibas belakang korang haha!


Watersport ni namanya STORM. Best gila weyh, sampai 2 kali aku naik ritu. Sebelum ni dah naik 3 kali. Sila try kalau pegi PD ok, jangan asek buat sand castle je, lepas tu bila dilambung ombak, berasa sedih. Kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepianlah pantai..


Cerita lain. Sempat juga singgah ke Crocs di Times Square dengan Najahtul untuk membeli belah menggunakan vouchers =)

Kitorang kan, selalu sangat pakai warna yang sama secara tak sengaja. Dah banyak kali. Kang bila aku fetch dia kat rumah, masing-masing jerit ' Eeee warna samaaaaaaa!! ' Macam pompuan gila haha.

Zemangat tau pakai baju kurung Pahang Modern Fushion HijrahCouture pergi jalan-jalan. Lagipun, aku keluar hari Khamis lepas, maal hijrah uolls. Ada la sikit penghijrahan dari segi pemakaian, tak gitu? =) Korang pernah tengok tak baju kurung HijrahCouture? Cantik-cantik kan? Asal aku tak pernah tau sebelum ni, kalau tak boleh pakai raya =(


Thank you for reading this entry !

Wednesday 14 November 2012

Cerita Cuti Aku

Assalamualaikum


' Tin nanti kau tolong basuh baju bilik ibu dengan bilik Asfiq '

' Ok.. '


Itulah pesanan hikmat ibu kepada aku sebelum beliau berangkat ke tempat kerja. Ringkas tapi padat.

Cuti kan, ini la kerja aku. Biasalah ghumah takde orang gaji. Hari ini memang aku plan nak keluar kejap, nak renew driving license dengan pergi pejabat pos. Lepas aku siap-siap semua, aku ajak Asfiq teman. Budak ni memang clingy gila dengan aku bila aku balik cuti. Anak last kan, memang manja. Habis duit kakak kau dilaburkan untuk permainan-permainan durjana made in china zzzzz.


' Asfiq jom ikot kakak pegi pejabat pos '

' Taknakkkkk, kawan adik nak datang (cousin actually) '


Belagak kau ye..cousin nak datang aku dilupakan.


Sebelum keluar rumah, aku mesin baju dulu. By the time aku balik, baju dah siap basuh. Boleh terus jemur. Lepas dah settle, maka pergilah aku ke pejabat pos sendirian, buat apa yang patut. Ingat nak pergi JPJ kat Senawang tu untuk renew license. Tapi aku sekalikan je buat dekat pejabat pos. Senang. Untuk pengetahuan uolls dan abang-abang polis sekalian, license iolls mati bulan 7 haritu. Kiralah dah berapa bulan aku drive secara harom di atas jalan raya bahahahaha

Setelah selesai, aku ternampak kopitiam.

' Best jugak kalau pekena nasi lemak rendang dan nescafe ice ' bisik hatiku


Terus aku duduk dan capai sokkabau Metro di atas meja. Setelah makanan sampai, cepat-cepat aku keluarkan BB dan tangkap gambar hidangan yang sungguh menyelerakan di depan mata. Aku jadikan default picture untuk BBM dan up status ' Bonding time with food & newspaper '. tettt typical..... eh apesal aku cerita benda takde motif ni. Panjang pulak tu sampai satu perenggan

Kemudian aku teringat yang kucing aku dah lama tak pergi Vet. Memandangan aku tengah cuti ni, baik aku bawak dorang pergi. Boleh la amik vaccination ataupon suntik vitamin. Lelaju aku call Asfiq, padahal bil tepon tak bayar ni..lagi 2 hari nak kena barred =')


' Hello adik, Faris ngan Fahim (cousin) dah datang? '

' Dahhhhh, adik tengah main ni ( sambil mendengus ) '

' Ok, adik ajak Faris ngan Fahim, pergi ambik Simba, Reva & Dune. Tunggu dekat luar sekarang jugak, kita nak pergi vet, lagi 5 minit akak sampai. Semua orang kena ikot. Faham?


Hahahaha aku memang hati kering sikit. Tak kiralah budak kecik ke apa. Tak pepasal cousin aku yang takde kena mengena tu kena ikot pergi Vet. Hahaha ampun mak tehh!!  Dah la dorang baru sampai ghumah aku hehe. By the time aku sampai ghumah, masing-masing dah tercongok sambil pegang kucing sorang satu. Good boy!

Maka bermulalah drama swasta ye puan-puan. Bagai nak tercabut nyawa aku bawak kereta, dengan kucing melalak tak boleh duduk diam, budak-budak ni lagi berjoget-joget dalam kereta. Aku memang sengaja tak bawak carrier sebab Simba & Reva ni memang well behave. Tapi ape bendentah yang terjadi kat dorang, habis dipanjatnya dashboard, bergayot dekat head rest duhhhh

Aku suruh bebudak ni pegang kucing tu, dah tu dorang memain sergah-sergah kucing tu. Habis si Simba dah meragam, dia boleh pulak pusing keliling dalam kereta, panjat aku yang tengah driving ni!! Lepas tu si Dune, sebab takut sangat dia duduk bawah..... dekat pedal break. Dune ni kecik lagi, dalam 3 bulan umur dia, habis tu aku nak brake pon serba salah. Takut terpijak kepala si Dune kang brain injury pulak. Si Reva pulak dok cakar-cakar seat kereta aku...bila nak pegang je dia mengamok, kejap lari kedepan, kejap lari kebelakang. Memang hazab....


 Belum apa - apa lagi si Reva dengan Simba ni dah memanjat...nak reverse pon susah 

 Si Reva dah melalak terus turun dan lari ke depan.. masa ni Simba rilek lagi... 

Simba dah start buat perangai.. nak duduk dekat riba.. bila aku alihkan..dia cakar..susah betol nak drive. Gambar ni aku amek masa dekat traffic light..kereta sebelah pon pening tengok keadaan kereta aku yang hiruk pikuk

Si Reva pulak datang depan...dia naik atas dashboard..lepas tu tergolek dog..aku suruh Asfiq duduk depan dan jaga si makcik ni

Simba buat hal lagi...panjat head rest..pastu dia gelongsor kat belakang aku..terus landing kat situ macam takde apa..sakit pinggang ioll drive sambil duduk tegak..macam pakai korset pulok kekeke

Itulah cousin iolls Faris hihi.. Tu ha si Dune yang duduk dekat brake pedal.. Reva then Simba yang nakal. Si Reva ni je betina.

 Pandai anak haku...behave je lepas kena injection yeee


Drama swasta tamat bila si Simba, Reva dengan Dune ni kena injection. Lepas kena injection, terus passive. Sakit agaknya. Kesian anak-anak aku... perjalanan pulang ke rumah amat smooth and silky sebab dorang tido je. Lepas tu aku teringat, kat rumah takde lauk. Apa aku nak bagi yakanakbudu ni makan, moh la kita ke KFC drive tru. Hihi

Sesampai rumah, aku nak masak nasi. Biar kekanak tu kenyang sikit makan ayam KFC dengan nasi. Lupa pulak nak tengok kat dapur sebelum keluar tadi. Sebab biasanya mak aku akan masak nasi before dia pergi kerja. Sekali terserempak ayah aku dekat dapur


' Adik ayah dah masak nasi '

' Oh yeke, ha bagus bagus adik terlupa nak masak tadi '

' Lepas tu ayah ada masak sup daging, tapi sup tu kosong je.. boleh tak adik buatkan rencah dia? Ayah tak tau nak buat cemane '

' Ha boleh boleh, dah lembut ke daging tu? '

' Dah lembut sebab ayah masak pakai pressure cooker tadi selama 40 minit '


Amboi ayah aku, dalam tak pandai nak buat rencah sup, pandai pulak masak daging pakai pressure cooker kekekeke

Aku pon campak-campak bahan nak buat rencah dalam sup daging tersebut. Siap. Potong sayur khailan dan hiris bawang putih, baling dalam kuali. Dapat lauk sayur satu. Goreng telo dadar. Jadilah kan ayam KFC, sup daging, sayur khailan dengan telur dadar buat lauk tengahari hihi. Lepas kasi yakanakbudu dengan ayah makan, aku kemas dapo dan jemur baju.

Jemur baju lepas tu hujan...........

Baguslah...

BAGUS


Thank you for reading this entry !

Wednesday 7 November 2012

CROCS Vouchers worth RM248 Giveaway

Assalamualaikum

* LATEST UPDATE *

Kepada NUR ELYANA BT ABD AZIZ, sila balas email saya sebelum AHAD 11/Nov/2012 11pm. Tiada sebarang respon dari anda setakat ini...jika berterusan saya akan letgo voucher anda kepada orang lain ='). Jadi haruslah cecepat contact iolls k.


* WINNERS UPDATE *

ANIS ATHIA - anis_athia@yahoo.com
NUR ELYANA BT ABD AZIZ - violet.lepidoptera91@gmail.com
FATIN SHAFIKAH BT RIBUAN - ateynaika@yahoo.com

Congratulations for the winners! Kepada yang tak menang takpe, insyaallah in future saya akan buat lagi giveway ok! Sila jangan berputus asa =) Thank you for participating!

* * * * *
Hi semua =) Setelah aku mewarwarkan tentang giveaway tempoh hari, aku berharap ada diantara korang yang excited/interested untuk join. Pleasela bagi sokongan, jangan bagi Iolls malu sendirian voleh tak? Hahahahaha. So yeah sebab kepala aku bercelaru, sibuk dengan hand team orthopaedics posting maka aku tak sempat nak pikirkan pasal terma dan syarat. Apa punya organizer ntah main serkap jarang je LOL. 

Kembali kepada giveway tersebut, aku ada 3 vouchers bernilai RM248 untuk diberi secara rambang kepada sesiapa yang bertuah. Followers blog ni ada 46 000, tak kira lagi silent reader yang tak follow blog ni. Ini bermaksud pertandingan ini sangatlah sengit.  JIKA ANDA MENANG, MAKA ANDA SEMEMANGNYA BERTUAH DALAM KALANGAN MEREKA YANG BERTUAH. (oo ko nak cakap sesiapa yang baca blog ko ni memang bertuah la eh?? )


SYARAT-SYARAT CROCS VOUCHERS WORTH RM248 GIVEAWAY

1. Bacalah doa supaya murah rezeki
2. Comment entry ini dengan ayat 'Fatin Liyana, saya nak menang please!'
3. Sertakan nama dan email anda
4. Tarikh tutup giveaway 6 pagi, 8 November 2012.

* 3 pemenang akan dipilih. Setiap pemenang akan menerima 1 set vouchers CROCS bernilai RM248. Vouchers ini hanya valid digunakan di CROCS Berjaya Times Square SAHAJA sehingga 18 November 2012.

* * * * * *

Janganlah bersedih kalau anda rasa peluang untuk anda menang tipis. Jika anda rasa anda amat memerlukan vouchers tersebut, saya sarankan agar anda bangun awal pada esok hari dan beratur di CROCS Times Square. 120 orang yang pertama akan menerima vouchers bernilai RM248. (Tapi kalau uolls jenis yang bangun lambat, uolls masuk jela giveaway yang iolls anjurkan ni hehe)



Selain itu, CROCS juga ada buat cabutan bertuah di website baru mereka. All you need to do is, pergi bermain pilih-pilih CROCS YOUR PATH YOUR STYLE, share di Facebook, isi borang penyertaan dan berdoa agar hadiah 3H 2M trip ke The Detai Langkawi untuk 2 orang + 2 pasang CROCS menjadi milik anda.

 Bermain pilih-pilih CROCS

 Isi borang dan share di Facebook. (wajib share, kalau tak share, dikira tak layak untuk sertai pertandingan)

Click here to win :


SELAMAT MAJU JAYA KENGKAWAN =P

Thank you for reading this entry !

Monday 5 November 2012

Tips Menghadapi Peperiksaan

Assalamualaikum


Esok SPM. Mesti ramai pembaca blog ni yang tengah Form 5 kan? Goodluck dan selamat maju jaya!! Pembaca blog honeykoyuki mestilah berjaya di dalam peperiksaan, kehidupan di dunia serta di akhirat tahu? Well anyway, SPM is just another chapter in life, if you don't succeed now there's always a room for you to improve later in life =). Tapi tapi tapi, please do your best in everything that you do. Penuhkan kehidupan kita yang singkat ini dengan kejayaan manis.

Kembali kepada adik-adik form 5, sorry kak paten lambat sangat update entry ni, mesti korang dah nyenyak dibuai mimpi (mimpi ngeri to be specific) bahahaha. Sebenarnya akak nak share tips untuk menghadapi peperiksaan buat adik-adik. Tapi tak apa, SPM bukan sehari. Selagi engko SPM selagi tu korang bacalah entry kak paten okay baby?

I'm not a motivator apatah lagi seorang yang patut dijadikan panduan untuk mengharungi liku-liku kehidupan. Tapi ambil lah apa-apa ilmu yang akak share ini kalau korang rasa ianya berguna. Akak tulis berdasarkan pengalaman akak, kalau ada yang tak setuju, pergi tulis pengalaman ko kat blog ko ok. Jangan nak kondem pengalaman aku ye. Belom apa-apa dah emo apa kes kak paten? Bahahaha


* TIPS MENGHADAPI PEPERIKSAAN *


1. Siapkan segala peralatan peperiksaan
Make sure slip exam, IC, stationary semua dah complete one day before the exam. Letak kat tempat yang senang nampak (eg : atas meja). Baju dah gosok, stokin semua ada.

2. Tidur awal ( 6 - 8 hours )
Oklah ini tips yang paling bosan. But don't forget, not only your body needs some rest, your brain too. Have a good sleep. Dah terlewat dah untuk study last-last minute macam ni. Just bring whatever knowledge you have into the exam hall. Tutup lampu dan tidur. Kalau tak boleh tidur sebab excessively worry, just berzikir, berdoa supaya Allah permudahkan segala perjalanan esok, dan mintak Allah berkatkan ilmu yang adik-adik dah belajar.

3. Bangun awal
Bila bangun kita akan lebih bersedia mentally and physically. Lebihkan masa diatas sejadah supaya tenang. Kena percaya dan percaya bahawa Allah akan bantu kita menghadapi exam ini. We are not alone. Allah is with us.

4. Breakfast, breakfast and breakfast
Walaupun akak type 3 kali tapi bukanlah bermakna kau kena makan nasi lemak 3 pinggan. Adik-adik, silalah breakfast ok. Remember your brain feeds on glucose. Masa tidur, badan kita ibarat berpuasa. 6-8 jam perut kosong. Exam memerlukan konsentrasi yang tinggi, dimana otak akan penat. Jika adik tidak breakfast, otak akan depletes source of energy, maka adik tidak dapat berfikir dengan cergas. Akak cadangkan adik mengambil breakfast ringan seperti sandwich, kismis, kurma. Kalau makan berat-berat takut ko sakit perot, dah la kecut perot kan.

5. Jangan datang terlalu awal
Lagi awal ko datang examination hall, lagi kecut perot ko dik. Tapi janganlah datang lewat pulak..kang tak pasal-pasal kena halau dengan pengawas peperiksaan. Just datang sedap-sedap rasa. Sementara menunggu nak masuk hall tu, just go through short notes yang adik-adik dah buat. JANGAN BELAJAR BENDA BARU PADA MASA INI. Walaupun kawan-kawan duk pung pang pung pang, just ignore it. Nanti ko cemas, especially bila ko tak tau pasal benda yang dorang cakap.. kang daripada relax-relax terus jadi gelabah. Habis lupa semua benda.

6. Langkah kaki kanan.
Kalau terlangkah kaki kiri, gostan.

7. Berdoa
Bacalah doa dan bertawakal. Tak kiralah ilmu kita ada 80% or 50% pada waktu itu, dengan izin Allah semua orang boleh berjaya. Baca dan beriman dengan kalimah ini. Hasbunallah wa ni'mal wakeel : Allah cukup bagiku dan Dialah sebaik-baik penjaga. Rasulullah juga menyebut kalimah ini ketika perang badar. Perang ok.

8. Dah selesai menjawab kertas peperiksaan, jangan check jawapan.
Jangan check jawapan dengan kawan diluar exam hall, mahupun check senyap-senyap ketika dirumah. Tawakal dengan jawapan yang kita kasi dan fokus untuk exam seterusnya. Ini adalah amalan yang tidak sihat kerana bila kita tau kita tersilap jawab, emosi akan terganggu. Emosi adalah paling penting ketika exam.

9. Jaga hubungan dengan ibu bapa.
Doa ibu bapa adalah senjata kejayaan anak-anak. Jangan merungut jika emak menyuruh angkat kain sedangkan kita nak study... Allah kan menuntut kita berbuat baik dengan ibu bapa. Manalah tau, walaupun kita tak sempat nak study semua, tapi sebab kita anak yang baik, tup tup keluar question yang kita dah study. Remember there's always a shade of grey between black and white =)


Nanti in between the exam ada gap kan? Masa tu boleh la belajar benda baru (in case kalau tak habis cover chapter) But it will be better if you can learn it from your friend who knows well about it. Bukan sahaja menjimatkan masa malah anda tidak akan rasa cemas sangat. Sepanjang exam, berkepit dengan short notes adik-adik ok. Just go through banyak kali supaya ingat. Exam kat asian countries ni more to memorizing facts..so yeah =P

Selain itu, sepanjang atau selepas exam selalulah membaca yasin serta membuat solat sunat agar dimurahkan rezeki. Mungkinlah orang kata, eleh masa exam baru nak ingat tuhan. Sebelum ni berkiblatkan syaiton. Pehh ayat aku. Well, pedulikan orang nak kata apa.. daripada tak ingat tuhan langsung..oklah tu. Lagipun kat siapa nak mintak tolong kalau bukan kat Allah..tak gitu? People always make mistake, its never to late to change. And one thing..jangan pedulikan orang cakap apa, dont live up to people expectation. Its your life, you determine what should you do and what you shouldn't.

Maka tamatlah tips pada malam yang hening ini. Selamat maju jaya adik-adikku !! Exam is not everything, but in order to be something, you MUST pass the exam =)


Selingan. Fatin Liyana memakai tudung Queen Ailis from Edast Boutique dan beg yang di design khas oleh Maria Elena from Sometime Boutique. Nampak seperti sesi beramah mesra dengan warga emas walhal sedang berborak dengan nenek Tety ketika majlis pertunangan Tety (Congrats housemateku!). Adakah salah pilih pakaian sehingga nampak tua atau aku ni memang dah tua?? zzzzz



Tips ikhlas daripada,
Kak Fatin yang dah 6 tahun meninggalkan alam persekolahan T___T


Thank you for reading this entry !