Assalamualaikum
Hi bertemu kembali =) Bestnya cuti kan, dapat bangun lambat, golek-golek tak payah pergi ward round hihi. Berangan jelah, padahal aku dah pon sampai PPUKM ha. Untuk pengetahuan semua, aku seorang manusia yang memboringkan. Eh dah tau ke? Hahaha cis...
Memang betul, aku malas nak keluar rumah, malas nak bergaul, malas nak pergi jalan-jalan. Jadi sewaktu cuti biasanya aku terdampar kat rumah je bagaikan dugong. Ada la pergi dekat-dekat contohnya bawak dak asfiq ngan ibu tengok wayang dekat MBO. Itupon wayang pukul 10.30pm, sampai-sampai terus masuk, habis terus start enjin balik rumah. Kalau korang perasan, aku pon asyik kawan dengan orang yang sama *Hi bestfriends!.. sebab dah selesa kan, susah senang bersama. So malas nak fikir banyak.
Tapi dalam dugong-dugong aku pon, aku pon ada kehendak jugak. Lately ni aku suka pergi pantai untuk main watersport. Dalam masa 2 bulan ni, dah 4 kali aku pergi. Kira satu keajaiban untuk si pemalas seperti aku hihi. Lagipon, Port Dickson dengan rumah aku cuma 20 minit je =) Itu hari, aku mengajak bestfriends Najahtul dengan Hanani untuk ke PD. Biasanya pergi PD, tak bawak makanan, beli dekat gerai-gerai je. Kali ini zemangat uolls, weolls bawak makanan. Buat potluck!
Mee bandungku, taulah study kat Bandung dulu =P
Syok sangat, pemandangan yang cantik, makanan yang sedap. Santai-santai sambil makan, bercerita pasal life update. Aku dah kawan dengan Hanani dengan Najahtul ni lebih dari 10 tahun. Semua rahsia aku diorang tahu...mohon jangan pecahkan rahsia aku kepada paparazi... agar tidak dilibas belakang korang haha!
Watersport ni namanya STORM. Best gila weyh, sampai 2 kali aku naik ritu. Sebelum ni dah naik 3 kali. Sila try kalau pegi PD ok, jangan asek buat sand castle je, lepas tu bila dilambung ombak, berasa sedih. Kalau tak mahu dilambung ombak, jangan berumah ditepianlah pantai..
Cerita lain. Sempat juga singgah ke Crocs di Times Square dengan Najahtul untuk membeli belah menggunakan vouchers =)
Kitorang kan, selalu sangat pakai warna yang sama secara tak sengaja. Dah banyak kali. Kang bila aku fetch dia kat rumah, masing-masing jerit ' Eeee warna samaaaaaaa!! ' Macam pompuan gila haha.
Zemangat tau pakai baju kurung Pahang Modern Fushion HijrahCouture pergi jalan-jalan. Lagipun, aku keluar hari Khamis lepas, maal hijrah uolls. Ada la sikit penghijrahan dari segi pemakaian, tak gitu? =) Korang pernah tengok tak baju kurung HijrahCouture? Cantik-cantik kan? Asal aku tak pernah tau sebelum ni, kalau tak boleh pakai raya =(
No comments:
Post a Comment