Friday, 22 April 2011

My Indonesian Friend.

Assalamualaikum :)


Dah seminggu aku tak balik rumah sebab aku pergi jelajah several places in Indonesia. Cool giler ! Tapi itu kita put on hold dulu. Sekarang aku nak cerita benda lain kat korang. Sebenarnya aku baru je sampai Jatinangor (rumah aku) semalam. Aku rasa dalam pukul 1130 pagi la kalau jam tangan aku tak silap. Kenapa jam tangan aku boleh silap? Sebab kadang-kadang aku suka jer cepatkan 15minit. Eceh konon-konon bila bangun pagi jer suprise la sebab dah terlewat. Bila dah mandi-mandi baru teringat yang jam tangan ni cepat 15minit. Masa tu siryes rasa macam noble giler sebab bangun awal :')


Sambung cerita, setelah aku sampai ke rumah, aku terus start enjin moto dan rempit ke office Padma untuk settlekan hal permit untuk pulang ke tanah air. Lepas tu aku pergi beli makanan & pergi amek baju dari tailor. Aku buat baju kurung banyak-banyak sebab kat mesia nanti aku rasa dress code dia macam fussy je, so lebih baik aku amek langkah selamat dengan memakai baju kurung. Bukan sahaja lebih ayu malah akan disukai patient. (??)


Tetiba aku dapat BBM yang Tari ajak aku nge-date di Bandung. Ehemm den baghu yo sampai ghumah dari Bandung tadi, dah kono poei balik. Mau satu jam jugak lah dari umah den nak ke Bandung. Tari ni aslinya dari Bandung. Boleh aku kata, dia lah satu-satunya teman Indonesia yang paling aku rapat. Yang lain-lain aku selalu HELLO EH HI KAMU CANTIQ BANGET SIH EH SKARANG LAGI KULIAH APA BLABLA DAAA BYE. Tapi Tari ni special sikit, dia kalau jumpa aku mesti peluk-peluk, sembang apa yang patut lama sikit lepas tu baru bye haha!


Setiap kali birthday aku, mesti Tari ni belikan hadiah. Lepas tu kalau liburan dan dia pulang ke rumah orang tuanya, dia mesti belikan ole-ole untuk aku. Baik kan? Ada dia bagi cemilan amplang kuku macan cap ikan pipih. Ha terkejut kau. Tak paham lew tuww kihkih. Setiap kali exam dia mesti wish goodluck & datang jumpa aku untuk tenangkan aku atau bagi kata-kata semangat hehe romantic kan? 


Aku pulak jenis yang tak romantic dan pemalas. Bila aku nak wish goodluck, dia dah habis exam. Bila aku balik mesia, sebab heboh dengan photoshoot bagai den lupo lak nak belikan dia apa-apa. Tapi walaupun begitu, aku ikhlas kawan dengan dia sebab dia best & friendly! Dengan yang lain-lain aku macam susah ngam sikit, tapi dengan dia. Memang kalau jumpa cakap tak berhenti. Ala macam sinetron tu.


Selalu aku bagi pinjam buku, nota-nota & soalan pastyears kat Tari. Sebab program kitorang berbeza, jadual kelas & exam pon berbeza. Aku exam dulu pastu baru dia exam. Apa tips2 exam yang aku ada, aku share dengan dia. Jadi dia keraplah lepak ghumah aku. Dulu-dulu selalu sembang pasal pelajaran jer sebab Tari ni cintakan ilmu aku tak, tapi sekarang gossip jer lebih haha! Kau tau tak betapa susahnya nak bergosip dalam bahasa Indonesia. Sebel ah!


Pasal our date semalam, Tari fetched aku kat rumah dengan kereta dia. Aku kan dah takde kereta sebab dah jual tehee. Anyway, kitorang pergi PVJ sebab nak lepak-lepak minum minum gitu jer. Ha nak dekat 2 jam jugaklah dalam kereta sebab jem. Jumaat kan goodfriday, so mungkin ramai yang mudik. Tak kisahlah yang penting kitorang ke Azzura sebab aku tak pernah makan kat sini.


Kedai dia warna biru & putih.


Duduk dekat kawasan open-air sebab Bandung sejuk waktu malam.


Strawberry iced tea =)


Unique la dia punya serving tray kan? Ini Hainanese Rice Chicken. Senang nak jumpa kat mesia tapi amat susah nak jumpa di sini.


Suka si Tari ni ye heheh. Sebab aku rasa aku tak pernah belanja atau belikan dia apa-apa so aku pon belanja la dia kat sini =')


Aku nak bagi dia sesuatu sebagai tanda friendship kami, so aku ajak dia ke Revlon Sogo. Aku belikan dia eyeshadow sebab dia minat make-up. Wuwuw kawan dah 3 tahun, tapi inilah first time aku belikan dia hadiah... *facepalm*

Aku akan balik Selasa ni, mungkin ini kali terakhir kitorang berjumpa =') Lepas ni dah tak dapat jumpa lagi, tak dapat ngobrol lagi, tak dapat ngopi lagi... Aku sebenarnya tak berapa sedih, tapi semalam aku jadi sebak bila Tari menangis sambil peluk aku. Dia cakap dia tak pernah ada kawan yang dia begitu rapat selain aku. Lepas ni dia nak cerita-cerita kat siapa lagi, dia nak peluk siapa lagi. HUHU SEDIHLAH PLAK AKU YANG MENAIP NI OKLAH AKU NAK BBM DIA KEJAP.


[Me & You]
My dearest Lestari Putri, thanks for everything sobs..
Smoga kamu akan menjadi seorang dokter yang bisa memberi manfaat kepada pasien, ahli keluarga dan juga masyarakat. Yuk semangat!!


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment