Tuesday, 5 April 2011

Have you tried Korean Food?

Assalamualaikum

Kau tengok cerita Korea? Aku tak tengok. Tapi kalau aku TERsinggah bilik Farah selalu la jugak TERtengok beberapa scene. Yang aku perasan, orang Korea ni bila makan dorang macam semangat gila kan? Macam sedap sangat je apa yang dimakan tu. Kadang-kadang teringin juga nak rasa makanan Korea. Tak tahulah teringin sebab terpedaya tengok dorang makan ke apa....

Sebut pasal makanan Korea, yang aku tau 2 je. Kimchi & Bibimbap. Macam nama haiwan peliharaan pun ada jugak...... Ala ibarat orang putih yang hanya tau Roti Canai & Nasi Lemak bila sebut pasal Malaysia betul tak betul tak ?? Err...anyway pada hari Jumaat lepas, aku telah mengajak housemates untuk jalan-jalan di Bandung sebab dah lama sangat kitorang tak keluar bertiga!



Tujuan asal sebenanrnya nak service BB aku yang dah helpless & survey harga camera kat electronic centre. Alang-alang tu moh la pegi makan makanan Korea. Aku siap dah google map sehari sebelum.....yelah kang sesat leceh la, Bandung ni macet terussss!


Kami telah pergi ke Korean House Restaurant. Tak jauh dari PVJ. Aku ingat restoran ni macam modern2 ala-ala Sushi King ke...tapi tidak sebenarnya. Dia sebuah bangunan yang kelihatan macam traditional Korean castle. Macam dalam series Princess Hours. Yo yo je aku, padahal tak pernah tengok pon haha!

Masa nak order tu jakun la jugak, sebabnya aku tak tau macam mana nak pronounce exactly the Korean words. Lepas tu over-excited, biasalah first time orang melayu makan makanan Korea. Masa aku tengok menu dia tu, aku tak tau nak pilih apa. Sebab semua macam tak sedap LOL. Kalau Japanese food tu at least nampak tempting bagi aku, tapi Korean food macam tak.



1# Complimentary dishes  | 2# Ema's Dolsot Kimchibap 
3# Korean Fried Chicken  | 4# Farah's Sundubu Cige   


 
 5# My Dolsot Bibimbap !

Akhirnya aku pilih Bibimbap! Hari tu kecoh nak makan sangat kan hehe. Tapi macam tak kenyang jadi aku & Ema share beli Korean Fried Chicken. Ok yang ini serious sedap. Aku rasa kalau aku makan Bibimbap begitu sahaja mau aku muntah sebab tak sedap kot? Rasa Bibimbap ni macam plain sangat. 

Ema pulak makan kimchibab. Kimchi pon aku tak boleh terima sebab dia sangat masam dan pedas. Sikit lagi je kena gastritis. Over haha. Farah makan Sundubu Cige. Ia adalah sup tofu, telur dan daging pedas. Aku sangat suka sundubu cige! Tapi dia kena makan dengan nasi, kalau hirup macam tu je, akan rasa masam-masam kimchi, which I don't like.



Sila bayangkan kelajuan tangan Ema


Kata tak sedap tak sedap pon habis jugak hehe


Ramai orang Korea makan disini. I mean REAL Korean. Businessman, family & friends. Tengok diorang makan sedap je.... asal aku makan biasa je wuwuwu


Kitorang duduk sini lama betul, dari petang sampai malam. Sebab makanan tu portion dia besar-besar, so kena makan perlahan-lahan. Oh ya yang aku minum tu adalah sejenis tea. Tapi rasa dia macam terbakar & garing. Entahla aku tak tau macam mana nak explain tapi rasa dia pelik.


Tunaikan solat anda di mana jua anda berada.... Solat sebelah meja makan haha!


Korean food is definitely not my taste tapi at least da pernah try kan? Aku rasa korang better pergi try sendiri kot sebab lain orang lain rasa. Mana tau orang lain kata sedap je ke kan. Oh ya lepas tu kitorang pergi PVJ dan pergi tangkap gambar dekat Jonas Studio. Best giler! Kitorang buat picture block sebagai kenangan. Nanti dah balik Malaysia, tak tau jadi housemates lagi ke tak sobs



Me, Farah & Ema. Kami adalah kombinasi housemates berperangai pelik tapi comels!



1# Red Bean | 2# Ema's Innocence juice, Farah's Mochacino Frappe & My Vanilla Oreo Blended | 3# Kung Pao Chicken + White Rice


Lepas tangkap gambar dekat Jonas, kitorang jalan-jalan tapi sebab semua pemalas taknak jalan so singgah dekat Red Bean untuk minum-minum. Eceh, padahal baru je kot lepas makan Korean food? Lepas tu boleh pulak aku lapar lagi jadi aku pon order KungPao Chicken and nasi =p Lama jugak lepak sini sampai mengantuk-mengantuk ... tapi aku dah warned dah jangan sesiapa pon tido dalam kete, semua kene teman aku berborak sambil driving.


 
 This is my boring face.


p/s : Aku lupa bawak purse. Upgrade BB pon Farah yang bayar. Makan semua Ema & Farah bayarkan dulu haha. Careless gila, tak pernah aku tertinggal purse selama aku hidup ni..nasib baik housemates aku jenis yang tak berkira dan baik hati =)

update : Sebelum makan di restoran Korea ini, saya dah tanya pada pekerjanya, dia kata Halal. Yang bekerja juga orang Islam. Kalau orang tu menipu, dialah yang tanggung dosa kami =)

Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment