Assalamualaikum
Sex determination atau nama melayunya penentuan jantina. Itu adalah tajuk yang aku rasakan sangat sesuai untuk dibincangkan pada hari minggu ini. Kalau tak hari minggu pon aku rasa sesuai jugak. Tak kiralah bila-bila, tajuk ini juga sesuai dibincangkan sepanjang zaman. Pernahkah anda mendengar situasi begini :
Suami : Saya nak anak laki lah ! Yang ni dah masuk kali ke 3! Semuanya pompuan! Apa awak ingat saya nak tubuhkan Spice Girls versi Malaysia?
Isteri : Sob sob maafkan saya bang, saya dah cuba yang terbaik wuwuw
Suami : Ahhhh cubo tak cubo tak do do. Bukan susah pon. Den mintak kau anak lolaki yoo bukan Porsche Cayenne S Hybrid pon. Kito coghai (cerai) yo lah! Baik den caghik (cari ) bini laen yang bulih bagi den anak lolaki.
Hmmm...familiar kan dengan situasi begini? Sering pasangan suami isteri bergaduh kerana mahukan anak berjantina sekian sekian. Yang si suami mahukan anak lelaki tapi yang keluar asek la anak perempuan. Lepas tu bila keinginan dia tak tercapai, maka dia salahkan si isteri dan memasang niat untuk berkahwin lain dengan alasan si isteri tidak boleh memenuhi kehendaknya. Si isteri mengalami depressi teruk kerana merasakan dia yang bertanggungjawab ke atas semua yang terjadi.
Sebenarnya manusia yang normal ada 46 chromosomes. 44 autosomes & 2 sex chromosomes. Sex chromosomes inilah yang akan menentukan jantina kita. Sex chromosomes ini 1 datangnya dari perempuan (ovum) & 1 lagi dari lelaki (sperm).
Miranda Kerr = XX (female)
Jake Gyllenhaal = XY (male)
Yang ni XY tapi berlagak XX. Yeah like we can't differentiate you :')
Tapi perempuan hanya boleh membawa X chromosome sahaja. Sedangkan lelaki boleh membawa sama ada X atau Y chromosome. Sewaktu sexual intercourse berlaku, sperms akan berenang-renang ke tepian hulu untuk menemui buah hatinya, si ovum. Si ovum merupakan seorang yang taat, playgirl jauh sekali, maka dia hanya membenarkan 1 sperm menembusinya. Jika sperm yang bertuah itu membawa chromosome X maka X + X = XX (female). Manakala jika sperm yang bertuah itu membawa chromosome Y, maka X + Y = XY (male). Dalam erti kata lain, JANTINA SEBENARNYA DITENTUKAN OLEH PIHAK LELAKI.
So apehal kau nak kecoh lebih put the blame dekat ibu yang mengandung bila kau tak dapat anak lelaki?Macam tak pernah dengar pulak orang kata, jangan salahkan ibu yang mengandung. Like it's true okay. Contoh macam kau sakit giler perut pastu kau nak berry, lepas tu kau masuk tandas tapi t*hi tak mahu keluar. Kau salahkan tandas ke? Padahal rectum kau yang tak cukup dilate dan tak stimulate defecation reflex haha!
Even kau kahwin lain pon, kalau sperms kau asek bawak X chromosome, anak itu akan jadi perempuan jugak. It won't solve anything. The best way is to keep on trying. Mana tau one day jack pot ke dapatlah kau anak lelaki. Kesianlah kat orang perempuan, dah mengandung, beranak, lepas tu disalahkan lagi semata-mata sebab kau tak nak baca fakta science darjah 4. Itulah suruh baca scientific facts taknak, asek baca Metro.
No comments:
Post a Comment