Tuesday, 26 July 2011

Wedding Blogger Ain Salam

Assalamualaikum

Itu hari aku dapat invitation dari blogger tercantik edisi kembar RCW (dibaca : r-ce-we), Ain Salam untuk menghadiri majlis resepsi beliau di Wisma LJT Melawati. Ceh sebenarnya dah lama dah kak Ain ni kahwin. Tapi baru sekarang aku nak update. LOL. Ntah ntah sekarang ni dia tengah bahagia dalam pelukan encik Yayang sambil makan mempelam cicah kuah rojak mak bee sambil layan series Stanza Cinta kat tb3. Fine kak Ain, fine. 

Majlis kak Ain ini sangat cantik dan sedikit sebanyak mampu menimbulkan bibit-bibit kejelesan buat para gadis yang belum berkahwin macam korang haha! Bajet aku dah kahwin. Aku pun tak terkecuali juga untuk menjadi bimbo. Setakat ayat ayat lazim seperti ini --> 'Nanti aku nak kahwin, aku nak buat isi tempat kosong macam kak Ain lah', sudah biasa aku ungkapkan sepanjang aku berada di majlis tersebut.

Nah aku sajikan beberapa gambar sepanjang majlis itu berlansung.

Hiasan dewan, pelamin, makanan semua memang terbaik. Simple tapi elegant dan sangat cantik.


Nasib baik cikepal datang. Puas dah aku berlakon bajet ramai gila orang BBM aku dekat phone kahkah. (Teknik penyamaran berkesan)


Itu encik SS kepunyaan cikepal. Muka diorang serius macam adik beradik! Aku macam tergamam bila tengok dia orang berdua. Ceh aku sepatotnya tergamam melihat pengantin.


Ok boleh tergamam sekarang


First time berjumpa pengantin yang sangat sporting kerana membenarkan tetamu memperkotak-katikkan veil beliau.


Cantiknya kak Ain! Suara sangat lembut, muka sangat cantik, suami pula kaya. Aku rasa kak Ain mempunyai kuasa untuk menyerap segala kebaikan di dunia ini. 


Terima kasih kak Ain kerana sudi jemput saya hikhik. Semoga hubungan ini berkekalan hingga ke akhir hayat. Terima kasih juga kepada keluarga belah suami  kak Ain ( anty, siblings) sebab diorang macam cool giler! Selambe je tegur dan tangkap gambar dengan aku. Terima kasih juga kepada rakan-rakan pembaca blog yang tegur kite on that day. Malu pulak sebab buat sesi berkenalan dekat majlis kahwin orang haha. Dah kenapa pulak aku buat speech macam baru menang award ni?


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment