Saturday, 9 July 2011

Project X By AnnasEaskey lagi.

Assalamualaikum

Photoshoot yang aku pernah pergi semuanya adalah beauty concept. Make up ayu sweet sweet dan pose lemah lembut. Bila photographer upload gambar kat Facebook, mesti gembira tak terkata sebab perasan diri sendiri kelihatan macam cantik ayu gila anyonyonyo walaupun in reality sangat kasar dan tak cantik mana pon. Walaupun tahu itu hanyalah gambar dan dusta, tapi bila orang puji tetap juga mengatakan terima kasih. Facepalm#

Tapi photoshoot dengan AnnasEaskey merupakan satu pengalaman yang diluar jangkauan. Ikut cakap Annas pon, model mesti dimakeupkan dengan makeup yang paling binatang sekali dan pose mestilah yang patah riuk. Patah betul-betul pon takpe =') Lepas tu heels mestilah lebih dari 5inch. Memang menggigil lutut aku engkau tahu. Kalau dia tak berpuas hati dengan pose yang engkau berikan maka dia akan mengaum marah dan menyuruh engkau pose berulang kali sampai tegang segala tendon di badan. Annas dan Jay Manuel dari American's Next Top Model memang tiada beza dari segi perangai. Mereka bagaikan kembar rohani. Tepat sekali. Mereka garang dan suka membebel.

Tetapi disebabkan perangai peliknya itu, hasil kerjanya adalah sangat international dan superb. Bila melihat gambar sendiri, bagaikan tidak percaya itu adalah aku. Ibarat melihat foto Brittani of ANTM Cycle 16. Ok fine, nak sebut nama winner je kan. 


Kekuda mesti kuat.

Nampak seperti ikan Flowerhorn tetapi sebenarnya adalah manusia tahu *wink

Behind the scene with some other rising stars - Ara, Aishah & Ayun

Rupa sebenar revealed. After the shoot with beautiful Yanny & Maria.


Alhamdullilah, gambar yang macam haiwan ini telah terpilih sebagai TOP 5 dan layak untuk pergi ke next round :) Terima kasih kepada Annas Easkey kerana menghargai features muka aku yang pelik ini. Terima kasih yang tak terhingga juga kepada semua yang telah like gambar aku sejak 1st round sampailah sekarang 4th Round ini. Walaupun 4th round ini ditentukan oleh Annas 100% namun tanpa undian dari kalian semua sebelum ini, I wont be standing here. Seriously. Tanpa undian dan sokongan dari anda semua, memang awal-awal aku dah out dah. Like siapa nak model pakai braces? Eww tak laku.


Kenangan terindah ketika 3rd round dulu =') Thanks semua sobss.


P/s : Cuba bandingkan muka aku dalam gambar kedua dan yang terakhir. Sila hargai kening anda.

Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment