Hi assalamualaikum !
Tadi aku receive comment ni dari sorang anonymous. Dah approve dah pon. Ingat malas nak layan tapi ayat dia mencabar kewibawaan wa bro. Wa tak leh dok diam buat lepak bro. Wa kene pertahankan nama baik wa bro. Bro, lu kene paham la yang brader ni dah ayamkan wa bro. Wa memang pantang di ayam-ayamkan bro.. setakat kuda lembu wa tak kisah bro *over!*
Ok ok kalau korang dah click gambar kat atas ni tapi tak cukup besar gedabaq jugak, meh sini la aku type balik comment dia. Comment dia berbunyi begini :
'err, nak tanye...kat Teluk Intan ade ke kawasan orang asli? jangan la cakap benda2 yang tak wujud, nnti mempamerkan KEBODOHAN sendiri..kan2 chill babe XD <---kebodohan tu aku yang capital kan.
Berdasarkan penelitian aku, si anonymous ni seorang yang sangat sinis yang suka sakitkan hati orang lain secara halus. Style gak cara dia ni, sebab dia mulakan serangan hendap dengan soalan general knowledge dulu. Ayat dia pon tak kasar, tak guna perkataan mencarut tak tentu hala. Tapi dia ni ibarat duri dalam daging lah. Tiba-tiba je dia boleh selitkan perkataan kebodohan disitu. Peh pedas. Lepas tu dia manipulate dengan mengatakan 'chill babe'. pandai ko berdrama kan :) ko sindir orang pastu soh orang chill. Agaknya kalau ko kene ko boleh chill tak? LOL
Anyway, untuk pengetahuan cik anonymous, tahun depan, saya akan pulang ke HUKM untuk practical. Selain posting di wards, saya juga akan POSTING DI RURAL AREA. Antara rural area yang terdapat dalam list adelah Teluk Intan. Kami juga akan pergi ke kawasan orang asli. Semalam kawan baik saya yang kini sedang berada di 3rd year medical degree di UITM telefon saya. Katanya dia sedang posting di Teluk Intan, di kawasan orang asli. Katanya juga, kat rumah orang asli takda tandas, jadi dia menghadapi kesukaran untuk membuang air besar & kecil :) comelkan kawan baik saya. Hi Hanani! teehee
Jadi saya ingin bertanya kepada anda wahai si anonymous, siapa yang mempamerkan kebodohan siapa sekarang? chill babe XD ! <-- ko jugak yang aja kan?
p/s paling terbaru : kepada penduduk teluk intan jangan nak butthurt tak tentu pasal ye, I didnt say Teluk Intan tu kawasan orang asli, certainly its not. I pon tau since my kampung pon kat Perak jugak. But what I'm trying to convey is, ada certain certain rural area somewhere in Teluk Intan yang ada orang asli which I'm going to serve them next year. Why so serious. Aborigines are cool man ! Peace out!
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment