Assalamualaikum
Sekarang ni aku rasa macam seorang loser. Sebab apa? Semua ni sebab sikap aku sendiri. Dulu masa kat Bandung, aku tak macam ni. Like 24hours kot I feel motivated. Ada je activity yang aku buat, ada je idea nak update blog. Kira macam balance la kehidupan seharian aku.
Tapi sekarang kehidupan aku penuh dengan ciri-ciri seorang pemalas yang tegar. Aku suka tidur lama-lama. Buang masa. Melantak pelbagai makanan bagai nak gila sampai distended abdominal aku. Buang masa. Untuk reduce abdominal distention akibat banyak sangat makan, aku terpaksa berry. Buang masa lagi. Lepas tu mengantuk, baca nota acuh tak acuh lepas tu terus tidur walaupun tak mengantuk. Totally buang masa.
Bukan itu sahaja, aku juga mempunyai tahap ignorance yang tinggi. Kalau notifications melambak-lambak aku malas nak bukak. Ada misscalls aku malas nak call balik. Ada sms yang lambat aku baca, maka aku malas nak reply. Yang lebih teruk adalah kalau hengpong takda battery pon aku malas nak charge. Semua aku buat tak endah.
Aku kena berubah.
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment