Assalamualaikum
(Disclaimer : Entri ini untuk mereka yang suka menegur dengan kata-kata kesat dan maki hamun, bukan untuk mereka yang ikhlas menegur. Sila take note)
A : Kenapa engkau berblog?
B : Aku ingin menambah kenalan & mengisi masa lapang dengan penulisan yang penuh makna.
A : Ohh baiklah kalau begitu.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Aku rasa situasi macam ni dah tak boleh pakai lagi. Rata-rata aku tengok sekarang ni orang berblog sebab nak mencari musuh. Pantang ada kontroversi, semua laju je nak up entry. Motif? Mungkin kerana kejarkan buffered earnings atau mungkin kerana gilakan populariti. Maaf kalau terkasar bahasa tapi itulah realiti dunia blog masa kini.
Ambil saja contoh kes AdindaEvans & Gambit Saifullah. In a split second, dua nama ini meletup bagaikan letusan gunung berapi Krakatao yang berlaku pada tahun 1883. Semua orang as busy as hell nak suarakan pendapat, nak jadi judge syorga & narakha dan tak kurang juga mereka yang hanya suka-suka meluangkan waktu senggang dengan memaki hamun si pesalah.
Dan yang paling aku terkesan adalah apabila si pesalah memberi respon feedback, dia akan terus diambush dan dikecam beramai-ramai tanpa belas kasihan. C'monlah, kau provoke orang dengan segala caci maki, of course la orang melenting. Bila orang melenting, kau guna these MAGIC WORDS 'Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepian pantai'. You expect people to remain silence dan tak boleh bersuara at all sebab at the first place, siapa suruh dia buat benda tu kan? Kau jadikan kesalahan dia untuk menutup suara dia. That is unfair ladies & gentlemen. Let me give you one brief example.
( A adalah kawan baik kamu. Dia suka barangan branded kerana mak bapak dia cap duit. Pada satu hari, A dirompak, habis Ipad, Iphone, Ipod, dan segala I nya hilang )
A: Aku dirompak! Sedihnya segala gadjet aku yang bermula dari huruf I hilang dalam sekelip mata.
B : Padan muka kau. Siapa suruh kau membazir. Membazirkan amalan syaitan. Itulah balasan dia kalau kau asek nak membeli belah barangan ternama saja. Nabi kan dah berpesan supaya kita bersedahana. Kan dah kene rompak. Rasakan kau. Berlagak lagi.
A : Sampai hati kau cakap begitu ='(
B : Kalau takut dilambung ombak, janganlah beli barangan branded dan janganlah berumah di tepian pantai.
Ok mungkin salah si A kerana dia over expose barangan brandednya sampai dia kena rompak. Tapi itu bukan alasan untuk kau maki hamun dia. Kalau ye pon salah dia, mana ADAB kau? Boleh ke kita sesuka hati je maki-maki hamun orang dengan kata-kata kesat? Lepas tu guna pulak alasan, sekadar teguran. Maki hamun & hinaan = sekadar teguran. Example : Your face looks like a sh*t, sekadar teguran. LOL. I think you should mind your manners first.
Dan janganlah gunakan ayat ini 'Don't mess with Bloggers'. Ye aku tau, bloggers mempunyai komuniti yang besar serta bisa menyebarkan pengaruh yang kuat kepada orang ramai. Tapi janganlah sampai kita salah gunakan power yang kita ada. Bayangkan dosa yang kita dapat bila kita sebarkan aib / keburukan orang. Nak nak kalau kita tak pasti tentang berita tu, tapi kita sebarkan jugak. Kan dah jadi fitnah. Tanggunglah dosa free tu.
Aku bukan nak bagi tazkirah atau nak bagi teguran. Cuma aku meluahkan pendapat yang tersimpan di benakku ini. Bosanlah tengok orang gunakan agama untuk condemn orang lain. Sebenarnya dia kutuk sebab kepuasan sendiri but they manipulate the idea. Don't you have better things to do? Pergilah study or do some good deeds instead of lepaking in front of laptop, cari gossip dan buat enemy. Being a keyword warrior doesn't promise you a better REAL LIFE future. Study hard & work hard my friends.
- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Update : Entry ini tiada kaitan dgn cikepal okay. We're good friends. Jangan cuba nak mengadu domba persahabatan kami hee. I'm writing in general.
Berminat untuk menjadi model AnnasEaskey? Hanya dengan rm400 anda boleh merealisasikan impian anda! Terhad kepada 10 tempat sahaja. Click here!
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment