Thursday, 30 September 2010

Jamuan makan dalam gelap

Assalamualaikum.


Jadi tadi aku telah menghadiri majlis iftar & sambutan hari raya di Bale 4. Nama dia macam sangat formal kan? Sebenarnya tidak pon. Cumalah aktiviti dimana student-student Malaysia buat gathering dan makan-makan. Yang bestnya aktiviti ni disponsor oleh KUBI. Jadi hanya perlu datang bawak perut!


Walaupun dipanggil jamuan hari raya, tapi baju yang dipakai sangatlah tidak raya. Aku hanya pakai baju kurung kuliah, dan tudung yang dipakai semalam. Cuma inner itu saja yang baru. Bukan baru beli. Tapi baru cuci teeheee. Cekak? Oh itu cekak baru! Masih berusia 3 hari ;)



 Bersama kawan-kawan baik !



 ooops gedik sikit !



 Mereka berdua adelah housemate yang terbaek ! Farah & Ema ;)



 Sebenarnya, masa kami sampai-sampai je, bangunan sume gelap gelita. Masa tu berfikir, adakah mereka ni sedang berjenaka? Mana ada orang sambut hari raya dalam keadaan gelap gelita? Ini tidak lawak! Tapi setelah menyedari hakikat sebenar, barulah tau yang separuh dari bandar jatinangor telah dilanda wabak tiada karen sejak jam 4.30 petang. Tapi rumah aku yang jauh dari universiti ni ada karen. Jadi tak boleh salahkan aku kerana membuat tuduhan melulu at the first place tadi -___-.



 Sebenarnya gembira jugak makan dalam gelap sebab makanan yang dorang serve jenis buffet, jadi boleh lah mengambil sebanyak yang mungkin hikhik! Tapi pihak penganjur lebih bijak dari aku, makanya, walaupun buffet tapi makanan tu diambilkan oleh orang-orang yang bertugas. Ga bisa donk ambil sendiri :')



Apepon syukur alhamdulillah, walaupun dalam gelap, makanan yang dorang serve tadi boleh tahan sedap. Memang nikmatla makan bercahayakan lampu henpon. Hehe nak nak makan ramai-ramai memang syok la kan. Oh ya, nasib baik bawa camera. Dengan bantuan flash yang maha hebat sehingga boleh menyilaukan braces sendiri, maka dapatlah aku snap gambar-gambar diatas :)



p.s : first tyme pakai cekak dgn shawl ;) mula-mula rasa malu kemudian rasa gembira & tak malu wahaha

Thank you for reading this entry !

Bercakap di tengah malam

Assalamualaikum !



Rupanya ramai yang masih concern tentang saya :') 
Jadi hari ini saya sudah boleh senyum seperti biasa
Ribuan terima kasih di atas kata-kata semangat, perangsang & nasihat kamu semua
Saya doakan kamu dimurahkan rezeki & kehidupan kamu diredhaiNya ;)


Masih banyak perkara yang saya harus selesaikan : ZT, HP, Bandung Games & Final exam. Exam saya bermula pada 12 Oct. Saya tiada keyakinan diri, kadang-kadang rasa mahu menangis pula. Tapi selagi belum sampai masa, selagi tu saya akan berusaha sehabis mungkin. Saya ada DIA. Saya yakin DIA akan membantu saya :) Doakan saya kawan-kawan. Sejurus habis exam, saya akan bercuti di Bali dengan 9 girlfriends yang lain. Saya harap saya dapat melepasi exam ini dengan sedasyat-dasyatnya. amin.



p/s: maaf entry lately ni sedikit kebosanan dan tak brader. idop gwa tengah kelam kabut der. lu tgu gwa abes exam ok? gwa update xingat dunie punye. cha'lo

Thank you for reading this entry !

Tuesday, 28 September 2010

Rough time

Whenever I'm having a hard time, they will always pop up in my mind ...


The only parents I have in this world.....



 A place I call 'home'....



The greatest family Allah has given to me..


I always think that ignorance is a bliss. So I tend to ignore things rather than finding a solution. But at the end of the day, the accumulation of the burden I'm carrying right on my shoulder seems intolerable. Too heavy to hold, yet too heavy to let go.. I don't know... I seriously don't know what lingers on my mind right now. Its like too many things happen in just a split of time. And..... everything seems so wrong to me.. I need some strength... to endure these. I hope I can make it to the end.. I really hope.



'Reality is harsh. It can be cruel and ugly. Yet no matter how much we grieve over our environment and circumstances nothing will change. What is important is not to be defeated, to forge ahead bravely. If we do this, a path will open before us.'



Thank you for reading this entry !

Sunday, 26 September 2010

Hello kitty


Did I never tell you that I love cats with ribbons :) ?


Thank you for reading this entry !

Saturday, 25 September 2010

Getting to know myself.

Assalamualaikum.


Sebelum anda membaca entry ini, saya ingin menyajikan anda dengan gambar saya yang berdahi besar & kening bersepah sebagai pembuka bicara. Saya juga ingin menyatakan kekesalan saya kerana memakai pashmina sewaktu membeli belah kerana kepanasan yang saya alami di bahagian leher memang sangat dashatnya sehingga telah menyebabkan leher saya berwap & seakan-akan terbelah T___T.


walaupun jambul terkeluar sikit, namun saya ingin bercerita tentang diri saya.


Saya seorang observant. Walaupun saya tak kenal anda, but from the very first second I saw you, I can tell what kind of person you really are. I pay a really close attention on how you speak, on how you walk, and so forth. Never did I train myself to become like this, but hey I cant stop myself from watching  every little step, every little action you do. After I made my observation, I will then make a speculation. The good thing is, I'll keep the secret to myself :). Yelah, my speculation bukan totally true kan, kalau aku pergi propa kat semua orang nanti, tak pepasal je korang kena label. So silence is virtue!



Saya tak boleh berkuku panjang. Kalau panjang je muka saya naik jerawat. Somehow dorang macam related tau in a sense of ermmm ape eh? sixth sense kot haha ok tak lawak. Kalau nak berfikir secara mitos, scary gile kan. Kuku panjang je muka naik jerawat. Adekah disebabkan niyang rapik merepek repek? hahaha eh jap apa punya name lah niyang rapik? ceh. tapi kalau fikir secara scientic, logic jugak. Bila kuku panjang, banyak bacteria boleh proliferate underneath the fingernails kan, lepas tu awak pon pegang-pegang muka which means, awak menyediakan laluan kepada si bacteria untuk bertandang ke kulit muka & lantas mengakibatkan jerawat dengan pantas :')


Saya tak suka makanan manis. Oh am not a sweet-tooth person. I can consider drinks yang tawar, but not makanan yang tawar. Saya sangat suka makanan yang berat sebab tu saya suka malaysia sebab di malaysia banyak makanan yang berat-berat teehee. My fav of all time mestilah rendang yang mak saya buat. Mak orang lain buat pon saya suka jugak, ayah orang lain buat pon saya suka. Sebenarnye saya tak kisah pon sapa-sapa yang masak asalkan dia rendang, Im happy enough :) Selain itu, saya suka mee kari, masak lodeh, kuah kacang, nasi beriyani, ayam masak lemak cili api, nasi tomato sume sumelah. Saya sungguh sedih kalau keluar dengan kawan untuk lunch, suddenly she said 'lets have waffle for lunch!'


Tulisan saya berubah-rubah begitu juga dengan signature saya. Orang kata kalau signature berubah-rubah maksudnya tak tetap pendirian. Betul juga sebab saya memang tak tetap pendirian pon. Saya tak tau kenapa saya tak stick to one signature for good kan. Buku bank, attendance, passport, semua guna signature lain2. Masa sign tu tak pikir panjang, lepas tu menyusahkan diri sendri. One day, saya nak apply bank account baru kat bandung tau. The only identification I have as a foreigner is my pasport. Lepas tu, boleh pulak terkeliru which signature should I use. In the end, signature tu salah, the bank officer macam suspect me cheating, as if yang I ni camouflage to become the real fatin liyana. End up, saya merayu-rayu kat dia, keluar kan student card dari 1st year smpai 3rd year, health insurance cards, hospital cards, driving license, adelah 10 cards all together, with my name NUR FATIN LIYANA written there T_______T. 


Itu saja cerita untuk hari ini. Jangan lupa mengajak rakan-rakan untuk membaca blog saya ni ya :). Ada yang kata bosanlah baca blog ni sebab asek cerita pasal diri sendiri. ehem ehem untuk makluman anda, ni kan blog aku mestilah aku cerita pasal aku. Takkan nak cerita pasal mak long timah & keluarganya? wakakaka. Kalau tak suka takpelah, tak paksa pon suruh baca. Tapi kalau suka baguslah, syukur alhamdulilah. Namun samaada suka atau tidak, buffered earning aku tetap berjalan. Terima kasih daun keladi, jangan sampai aku rejamkan daun keladi kat baldi. cuak tak? haha.....


terima kasih atas sokongan kawan-kawan semua, saya sangat menghargai anda yang sudi singgah di blog saya yang tak seberapa ni. walaupun saya sibuk dengan pelbagai hal, namun hati saya berbunga-bunga bila baca comment2 yang anda tinggalkan. sebab tu rasa macam semangat je nak tulih entry baru hehe..time kasih time kasih. so sorry kadang2 saya tak dapat nak reply comments, msg, wall fb etc. harap jgn terasa hati ya...saya sibuk..i have to give priority to what is more important. take care! jgn sakit tau.


khidmat pesanan masyarakat : selalulah memakai sunblock apabila keluar dari rumah untuk mengelakkan skin cancer !

Thank you for reading this entry !

Thursday, 23 September 2010

Bercerita tentang idola

Assalamualaikum :)


Semua orang tau aku suka kat Zaquan Adha. Aku macam excited gile kalau bercerita sal die hahaha malu malu. Ala cmon la babe, girls mana yang takde idols kan? Sepanjang kehidupan sebagai seorang gadis, mesti ada phase yang mana korang akan idolize seseorang tu dengan hebatnya! Eleh, jangan ingat aku tak tau masa darjah 5 kauorang suka sangat dengan Brian Backstreetboys sampai bermati-matian nak kawen dengan dia. Pantang disebut pasal Brian BSB pasti engkau naik hangin. Paling kau tak tahan bila kengkawan kau buat comparison between NSYNC ngan BSB.


'suara Justin lagi sedap dari suara Brian! 
'my Justin is cuter than your Brian !' 
'BSB sucks 10times, NSYNC rulezzz !'


Sampai engkau bertekad akan membenci Justin Timberlake hingga ke akhir hayat. But then bila dah masuk form 3, engkau rasa Justin Timberlake macam sangat hotness habis kau beli majalah import kat kedai buku Popular semata-mata nak dapatkan pin-ups free kan kan. Boleh pulak kau terlupa pasal denda kesumat kau kat Justin dulu. T____T. Anyway, lepas dah tamat phase-phase tersebut, kau pon berasa malu dengan kelakuan engkau pada zaman itu.............. ( hahahaha terasa terasa )


Sama jugaklah peristiwa pasal zaquan ni hehe. Dulu aku nak sangat sangat sangat jumpa dia. Sebab aku dok jauh aka kat bandung, maka aku terasa lah macam distance aku ngan zaquan ni mcm thousand miles. Macam impossible la nak jumpa dia kan. Padahal dia duduk dekat je ngan umah aku. Siap poskod sama which is 70400 hahaha. Yang tak boleh belah, adik aku han, setiap kali dia pergi kedai, mesti jumpa dak zaquan ni. Macam rutin dialah kalau pergi kedai mesti jumpa zaquan.


' setiap kali gwa pergi kedai mesti gwa jumpe zaquan, adakah zaquan meminati gaya rambut emo gwa?' bisik hati kecil han.



Tapi as time goes by, lepas dah dapat jumpa zaquan, lepas dah join fanclub dia & dapat maen boling sesame, aku realized yang zaquan manusia biasa jugak. So aku macam dah rilex sikit la kan. Takde la macam fanatic sangat. Aku dah menjadi normal kembali. Tapi bila zaquan atas padang memang adrenaline mengalir deras la dalam badan aku. Pehhh aku sangat suka semangat zaquan atas padang. Dia main memang style dan sangat bersungguh-sungguh. Tang tu memang aku respek kat zaquan ni. Sampai la ni pon, aku memang fan zaquan sebab game dia. Aku dah taknak amek tau sal kehidupan sosial dia, cukuplah just jadi fan bola hehe. Tapi aku tak pernah nyesal pon yang aku pernah jadi kipas susah mati dia dulu ! hee bagi aku tu satu pengalaman yang cukup manis!! Bosan la wey kehidupan ni kalau korang tak pernah tergile-gilekan lelaki kachakss wakakakaka



Tengok tu tengok tu kembar kegemaranku hehe...aidil & zaquan! Besar weyh advertisement board ni! Board ni dekat ngan umah aku jeh hee..area sikamat. Setiap kali lampu merah kat sini, aku akan terkenang kisah lama  masa aku tergile-gilekan si zaquan ni dulu hahaha kelaka kelaka. Korang g la baca entry sal zaquan ni, banyak aku tulih dulu hehe.. tapi tu dulu bai, wa skng ilek je. besar kecik besar kecik je wa tengok zaquan tu ... (mcm bagus seh pompuan ni hahahahahha)




Aku selalu dapat soalan kat formspring yang berbunyi begini

'awak tak jeles ke zaquan nak kawen ngan ayu?' 
'apa perasaan awk zaquan nak kawen dengan ayu?'

Hellllllooooo i'm 21 okay, tak matured lah nak jeles2 macam tu. bukan lah aku nak kawen ngan zaquan pon. Kalau aku nak kawen dengan dia pon ko ingat bapak aku kasi ke? wakakakka teremosi plak. Lek la weyh, suka tak bermaksud nak kawen. Apa lah korang ni. Kalao korang suka si acapan berlakon, adekah korang nak kawen dengan dia? <--haha bodo tak bodo contoh yang aku bagi? haha the truth is, aku tak rasa apa pon sal zaquan nak kawen ni. Aku pon suka kalau dia kawen ngan Ayu sebab aku pernah jumpa Ayu & Zaquan dorang memang manthop weyh ala ala victoria & beckham gituuuwww ;) sama cantik sama padanlah orang kate hehe..Pepon disini aku nak declare yang aku gembira sal perkahwinan zaquan & ayu, takde jeles2 de. Aku takde mase nak jeles, byk bende aku nak kene pk tau. So pasni, jangan tanya soklan2 berbentuk begini lagi tahu. Aku babab kang :p




Oh ya, kalau korang nak tau, zaquan baru je lepas operation lutut kemarin ke semalam aku dah lupe. ACL injury. (anterior cruciate ligament) dan dia akan berehat selama 6 bulan. Kesian dia tak dapat main dengan team n9 tok piala malaysia ni. Sedih a aku sebab tak dapat tengok dia beraksi. Pepon semoga cepat sembuh zaquan! (gambar dicilok dari fb zaquan hehe)




Jadi posisi zaquan sebagai striker n9 telah digantikan oleh member aku ni, ijam. ni pon sama, ijam ngan aku hanyalah kawan tau. sila jangan bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali di formspring ;'). nak menangis aku jawab huhu. pepon go go ijam!



Last but not least, kami (ema, atin, aza, mira & iylia) sebagai warga tegar seremban
mendoakan pasukan n9 akan maju jaya dalam perlawanan piala malaysia 2010 ini !! hoben jang hoben ! 
psttt sebenarnye aku je yang sokong n9, depa yang lain ni aku tak tau aih. rambut sama hitam, hati manusia lain2 wakakakaka sorry kengkawan cantiks sebab mempergunakan korang :p



Thank you for reading this entry !

Tuesday, 21 September 2010

Cuti cuti berphotoshoot. Berphotoshoot cuti cuti

Assalamualaikum !

(pssttt entry ni dibuat pada 16september tapi terlupa nak publish ! jadi silalah berpura-pura konon2 hari ini adalah 16september supaya lebih afdal )


Hai pembaca blog sekalian :) Aku baru je sampai seremban semalam. Lama jugaklah aku kat kampung kan, sampai tergendala gondola jugaklah plan cuti aku kan. Tapi nak buat macam mana, hidup menumpang harta mak bapak, mati segan silu, hidup mahu tak mahu. Faham tak kaitan dia macam mana? Tak berapa nak clear eh? T____T Macam ni bia aku explain sikit ye. Sebagai anak yang menumpang rumah & kereta orang tuanya, maka dia harus consider keputusan bersama. Walaupun aku plan nak pulang ke seremban awal, tapi apakandaya, keputusan dibuat berdasarkan majoriti. So yeah..tinggallah berapa kerat je lagi percutian yang bahagia ini.


Jadi untuk memanfaatkan cuti sekerat yang tak berapa nak kerat nih, aku pon berusaha lah memenuhi undangan ececeh undangan ke? oklah jemputan lah lebih proper hee rakan photoG untuk berphotoshoot . Honestly, aku tak ada bakat semulajadi nak pose, nak kata hidung mancung pon tak jugak, tulang pipi macam noraniza idris pon takde, nak kata bulu mate melentik macam rozita che wan lagi lah tak kan. Tapi syukur alhamdulillah lah, tak putus2 invitation tok berphotoshoot aku dapat hehe...nak nak aku memang suke kan bende bende macam ni :)


Hari ini, kita akan pergi ke Putrajaya untuk berphotoshoot dengan Iz. Iz ni pernah shoot aku dulu. Remember the red baju kurung yang bawak gitar karen takde amplifier macam bagus tu ceh ceh? Senang cite, tengok header blog ni, Iz lah yang shoot :)  But then photoshoot kali ni kitorang buat sebelah petang cuz we had to wait for Iz habis kerja and stuff. So lepas roger2 datin yang kerja half day hari tu, aku pon fetched datin kat umah dia & we went for lunch kat Kenny Rogers, Jusco S2 :)



Sebab Iz tak mention dress code for the photoshoot, aku pon main sebat je lah apa yang ada. Kat umah semban ni, tak banyak baju lah. Limited betol choices yang aku ada. Nak mix & match pon susah. Last2 confident je la kan :')  hitam pink purple layan~~~~~~



My favvy coleslow ! Thats why amek sampai 2 portions hehe.. Tq datin sebab belanja :') 



Mari makan! Oh ini muka tak pakai make up sebabnya kejap lagi nak semayang zuhur. Macam rugi je kan bermakeup makeup bagai sebab japg kena remove balik wakakaka boleh tak kedekut macam tu? Tapi mak aku kata, kalau tak kedekut tak kaya wakakakakaka :P Eh penatlah banyak nau aku gelak T____T



Ok lepas dah semayang sume, siap2 pakai make up & drift menuju ke putrajaya. Aku ni memang tak retilah kan bab bab make up secara pro ni. Bende basic pon aku takde kan. Foundation & concealer pon takde. Kalau muke tu flawless habis licin licau takde eyebag bagai takpelakan. wakakaka seb bek la datin ada bende2 tu. Aku pinjam dia punya je. Untuk gambar kat atas ni, aku pakai foundation maybelline angelfit, concealer maybelline yang liquid tu pastu aku pakai loreal true match mineral make up. Tapi macam tepung sikit jadi aku spray aqua face mist by Etude House, so muka tu nampak all glowy yawwww. Aku sentiasa bawak aqua face mist tu sebab bila u all spray, nanti dia akan blend dengan your make up & create a healthy skin effect :)




Yang tengah shoot tula Iz. Cian dia lengkap berkemeja tu hehe baru habis keje kan. Yang lagi sorang ni shutter demons. Nama sebenar tidak dikenalpasti. Tapi yang pasti artwork dia sangat mantap sebab unik bro :)



Inilah saya. Saya tidaklah begitu kurus, mengapa anda sokseksoksek mengatakan yang saya kurus sangat ? babab kang!



Aku ni tak pandai pose jadi aku sangat mengutamakan hubungan yang baik dengan photoG supaya tak kekok hehe. Gpon boleh la photoG suggest nak kene pose yang macam mana kan. Siyesly, aku jenis macam 'ajar ajar nak pose camne!'  ' buruk tak camni?' ' kite tak reti pose tau jgn nyesal shoot kite' hehe when i did that, most photoG akan tend to beri tunjuk ajar. yes pastu both of us dapat benefit :)



Oh itu saja. Aku suka berphotoshoot sebab dapat kenal-kenal kawan baru pastu gembira bila photoG upload gambar kat facebook hee. Pastu tenung lama-lama rasa bahagia konon dah paling cantik la tu kan wakaka kesian kesian ya i know :') Masa photoshoot tu rasa macam pegi tangkap gambar suke-suke je hee borak borak bersembang deras dengan photoG. Sebab tu kot banyak photoG ajak shoot. Dorang kate aku friendly hehe. Adekah kerana mulut aku yang suka bersembang tak tentu hala & perangai aku yang tak semenggah kerana makan secara gelojoh & jalan kengkang hahahha ok tak kelakar.



- - - - - - - 



Fresh. Full of Spirit. Friendly.
I so love em' ! What do you think gurrlls? :)



Thank you for reading this entry !

Friday, 10 September 2010

Diari bergambar fatin liyana yawww

Assalamualaikum



Hai korang semua !! Aku dah sampai Malaysia dah 5 hari tapi baru hari ini nak update blog kan. Bukan apa, aku sibuk lah, tapi aku tak taulah apa benda yang aku buat sampai jadi sibuk. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kepada diri sendiri, adakah aku sibuk atau sekadar penyibuk? T__T lepas tu aku keliru, adakah kuih abuk-abuk masih wujud sebab aku dah lama tak tengok walaupun aku pegi bazaar 2-3 kali. Eh kuih abuk-abuk tu yang warna putih pastu bila makan tu selalu tersedak tu ke? Ok dah tersasar jauh nampaknya. Sebenarnya, entry kali ini nak cite pasal photoshoot tempoh hari. Kalau anda telah add saya di FB , pastilah anda akan berasa sakit hati, jantung & ampela kerana gambar saya telah memenuhi ruang newsfeed anda saban hari. Mintak maaf banyak2 ye. Walaubagaimanapun, saya tetap akan mengupdate blog tentang photoshoot hari tu. Tapi untuk mengelakkan anda boring kerana tengok gambar yang sama, makanya untuk entry kali ini, saya upload gambar dari camera saya ;) walaupun camera cabuk tak setanding dslr photographer, tapi byk jasa dia kat saya tau



Hi semuaa ~~ nama I fatin liyana hikhik.  Hari ini I nak bawa u ollz semua pergi photoshoot kat Taman Botani Putrajaya (n_____n). Hari ini hari ahad jadi mungkin ramai photographer yang akan datang. Yawww tak sabarnyeee I (padahal tak confident nih)



I datang dengan bestfriend I, Datin Wowh Najahtol Iylia. Ohhemmmjiii terujanye I hikhik. Seb bek datin ikotz I, takdelah I kekok sangat kan hehe..You ollz jangan main-main ye, datin pon model of the day tau! Tengok ribbon atas kepala datin tu, dah macam Hello Kitty tau hikhik (ketawa tutup mulut)



Kitorang sampai dalam pukul 10 pagi macam tu, lepas dengar briefing dari organizer iaitu cik Aiza Natasha, terus datin ngan I cepat-cepat tukar baju dekat fitting room 5 stars. Datin kan. Memanglah fitting room taknak kalah hikhik u ollz ni macam tak bese pulak kan. I cakap fitting room tu 5 stars sebab in 1 room, ada 5 stars aka models yang berhimpit2 nak tukau baju dalam tu wakakakakaka. Oh ya, mula-mula kitorang kena pakai baju raya dulu hee...tu bukan baju raya pon, I beli kat Bandung semata-mata untuk photoshoot tau :P



Tanpa melengahkan masa, meh I kenalkan you ollz dengan organizer program. Nama kakak yang lawa ni ialah Aiza Natasha :) Nama secantik orangnya youuu. Dia lah yang makeupkan I pada hari tu. You ollz taulakan I mana reti nak makeup secara pro. Setakat make up kampung-kampung pandai la I hee..TQ kak Aiza !!



Ha inilah photographer yang invite I untuk datang ke event ni hee, kenalkan Ir. Syazwan Hilmi. Dia ni aircraft engineer kat AirAsia tau. Hikhik tapi you ollz toksah beranganlah nak dapat ticket flight murah sebab dia cakap ticket murah tu entitled untuk kroni airasia jeh cis cis. Dasar kuku besi. Hee dia gelarkan diri dia abg long masa photoshoot tu. Kiranya sapa-sapa nak dekat dengan I kenalah mintak permission dia dulu ececeh. Apepon terima kasih banyak-banyak kat abg long sebab ajak I datang ke event ni ;)



Tu dia photographers yang datang. Muda, kacak, belia benci dadah & berbakat. Macam tak kena je description I bagi wakakakaka biarkan. Dorang sangat best & kelakar! Mula-mula rasa awkward masa nak shoot yelah sebab I kan tak photogenic, pastu I pakai braces lagi kan. Tapi tak sangka, dorang suka braces I youuuuu. Memanglah I paling bangga masa tu. Nak je I kol doctor orthodontic I kat indon & berterima kasih kat dia sebab pasangkan braces kat gigi I ni hee.... ( mcm bodo jeh aku ni yeww)



Sebahagian model yang datang! Ramai lagi senanye tapi sebab taman botani tu besar, susahlah I nak kumpul semua orang. I tercari-cari jugak kalau-kalau pakcik penjaga kebun di taman botani ada mic ke kan, boleh I pinjam T___T. Model sume lawa-lawa you! Yang I tak sangka, I jumpa kak blogger cik soffya bulan! Yang kiri sekali tu, hee cik soffya bulan kita ni dah buat 2 reviews pasal blog I tau. Baikkan dia? Dah la cantik hehe...



Lepas pakai baju kelawar warna putih tu, kitorang diarahkan untuk tukar baju casual. I memang saja bawak baju yang pelik-pelik sebab konon nak berfashion out of box. Tengok2 macam telur muka aku cis cis haha. Apepon datin memang manthop la kan hee



Oh ya, ini Pie ..dia ni boleh dikatankan PA I kat sana. hahahaha padahal baru je kenal dia kat sana! Tapi dia sangat baiklah sebab dia bawakkan handbag I kesana kemari, aja I camna nak pose & sediakan tissue tok I touch up make up hehe...tapi dia ni jahat sebab suka mengacau I nak hold pose. Aku punyelah bersusah payah nak hold pose dia boleh menari-nari depan aku supaya aku distracted -____-. keji! jaga kau.



hehe..ada nampak macam peminat mintak sign tak wakakaka berangan sikit der..best la pegi event macam ni sebab boleh berjumpa dengan new people. I like meeting up with new people cuz you can get to know many different types of human in this world. Lepas tu dapat mingle around dengan orang yang 5-10 tahun lebih tua dari kita kan. Rasa macam muda je sentiasa wahahahahahaaha



Dalam pukul 3.30 ptg lepas shoot semua, datin ajak lepak alamanda. Masa otw nak ke parking lot tu, tetiba datin bawak keluar cupcakes ohhemmmmmjiiiiii terkezut mak mase tu you ollz tau! Memang comel !! ada BMW, BB, stilettos, medic box, dslr, handbag awww sumelah yang berkaitan dengan kehidupan I. datin ni memang pandai tau!



me, cuppies & datin. datin bg cuppies sebagai adiah besday I hee...walaupun besday i dah 3bulan berlalu tapi masih tak lapuk dimakan zaman...hehe sape2 nak bagi adiah boleh la berbuat demikian :P



Adoi hai. susah betolla, sampai terbelit-belit lidah aku nak cakap I I bagai ni. Tak brader langsung haktuih. Tapi kalau satu hari nanti aku kawen ngan dato' ke, takleh la aku nak cakap ala-ala brader lagi. Tak de standard la kan nanti orang cakap. Kena practice dari muda ni hahahahhahaha (bajet sikit). Oh aku nak tunjuk sikit hasil photoshoot ritu. Kalau nak tengok lagi boleh la usha FB ye :)



suke sangat gambar ni! sebenarnya sume gambar aku sukee haha...susah btol nak buat piliihan. rasa macam nak gastrik tadi sebab tekanan tak dapat nak buat keputusan nak pilih gmbar yang mana -___-.



oklah you olzz! sebelum tu, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !! MAAF ZAHIR DAN BATIN. mintak maaf kalau ada salah & silap ye sepanjang perkenalan kita, mintak maaf kalau aku ada terkasar bahasa ke tersakitkan hati sapa-sapa ke ye..aku ni insan biasa jeh. Kadang-kadang terlepas cakap, teremosi, tersakit hati dan macam macam ter lagi. Mintak maaf banyak2 ye pembaca blog sekalian. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Happy raya, take care!


Thank you for reading this entry !

Saturday, 4 September 2010

Hey saya mahu pulang ke malaysia lah kejap lagi

Assalamualaikum.


Kalau baca tajuk saja sudah tahu aku nak cakap pasal apa. kan? teeeheee. sukenyeeewwww !! tiba-tiba saje jadi gedik sebab eja 'sukenye' macam tu. Kalau korang perasan, aku jenis yang suka cakap macam 'brader-brader'. Alah konon macam lepen-lepen an. Pehhh masyukk beb kalau berkomunikasi dengan masyarakat sambil menambahkan perkataan 'der' di belakang. Terasa macam cool je & tak pasal-pasal terkembangkan hidung sendiri dek kerana merasakan diri sendiri bagus. T____T Contohnya macam :


'tak dapat la der..'
'apa barang der..'

pehhhhh.......memang stylo bro...memang stylo!

- - - - - - - - - - - - - - - -

Anyway, jap lagi pukul 3.30 pagi aku nak gerak airport. Flight pukul 6 pagi dan kalau traffic kat atas sana tak jam aku akan sampai ke tanah berair aka tanah air pada pukul 9 pagi. Korang nampak tak semangat tak semangat aku ni. Aku beli ticket pepagi buta walaupun dia agak mahal. Yang penting aku sampai Malaysia pagi bro. Nothing else matters *nyanyi lagu metallica*. Sampai2 je semban, aku ingat nak terus beli bahan-bahan nak buat kueh. Ok skang ko cakap ngan aku, rajen tak rajen aku ni? Sape je yang turun flight terus singgah kedai bahan bahan membuat kek & kuih muih?? Chef wan pon turun flight singgah toilet tau. 


Oh ya, nanti bila aku sampai kat Malaysia, kalaulah korang macam terserempak dengan aku di mana-mana contohnya seperti kedai menjual buku-buku agama atau mungkin di masjid ketika aku sedang menunaikan solat sunat...silalah tegur ya..kalau boleh tegurlah dalam bahasa arab..lebih manis orang kata..........wakakakakakaka sapa rasa nak tempeleng aku sampai tengkuk terpusing ? :p


Tapi aku nak ingatkan korang satu benda ni. Aku kan kalau tengah berjalan, tengah sms, tengah study ke muka aku ni macam serius sikit. Bila serius, dia nampak macam sombong walaupun sebenarnya budak ini punyalah baik lemah lembut merendah diri dan boleh menjadi contoh tauladan kepada orang-orang di sudan -___-. Tapi siyes der, muke wa nampak sombong tapi wa tak macam tu. Wa tak layan sombong-sombong ni.  Lu kalau nampak gwa kat mane-mane selambe je laung

'fatin liyana bajet wehh' 



eh tak tak jangan cakap macam ni. tapi kalau kau cakap macam ni, memang aku hambat kau sampai dapat. Kau siap. Sepatutnya laung macam ni :


'fatin liyana ke?? aooemmmmjiii nyonyonyonyo jom snap snap piccaaaaaaa ehikhik' dan pelbagai bunyi2 pelik yang lain -____-



nampak macam sombong tapi dusta semua tu.


kan aku dah kate aku friendly. *eh bila aku kate?*


ok? tegur tau kalau jumpa budak ni. jangan lah reluctant nak tegur hee.untung-untung boleh masuk blog tau. u allz tak mau ke masuk blog makkk ??? rugi tauuu u allz ! hee klah rakan dan taulan, aku nak baring sat. selamat hari raya maaf zahir batin semua. sekarang ni aku buat ucapan superficial jeh, sebab tak raye lagi. Nanti nak dekat raya barulah aku mintak maaf lagi skali. masa tu nanti aku buat karangan panjang sikit ye sebagai tanda keikhlasan aku. Amacam? ;)


Thank you for reading this entry !

Wednesday, 1 September 2010

Perkara random sahaja.

Assalamualaikum


Hai awak-awak yang telah membeli cardigan saya sekalian, terima kasih daun keladi diucapkan kepada anda semua. Saya rasa sangat sangat sangat bersyukur kerana dikurniakan rezeki yang murah di bulan Ramadhan ni, mana taknya, cardigan saya sold out dlm masa 1jam sahaja ;)  Itu pon saya jual 25 helai. Kalau nak ikutkan rasa tamak dihati, memang haku nak jual 250 helai hengkau tau tak?? Tapi apakan daya, airasia tu syarikat swasta...kalau bapak haku punye kan best...dalam flight tu jugak aku jual cardigan..pilih kak pilih kak pilih kak pileeeeeyyyyyhhhhhh T___T

Entri ni aku buat semata-mata untuk mengisi masa kosong yang ada je. Kejap lagi, nak pegi Che.co 24hours untuk discuss pasal project ZT. Memang aku target nak siapkan project tu sebelum balik Malaysia, mintak-mintak selesai lah project tu malam ni, baru lah tenang hati aku sikit kan. Oh ya, aku ada beberapa gambar menarik nak tunjuk kat korang sekalian. Takdele best pon, aku main upload je gambar2 apa yang ada hehe.



Ni la bilik aku kat indon ni. Sebab tu aku berdiri terpacak kat situ..konon nak mnguatkan hujah la yang bilik diatas memang bilik aku...Bersepah sikit la, yes i know i know T__T. Takkan takde excuse kot..aku bz  menguruskan kehidupan tau, sampai breakfast & lunch pon xsempat makan.....haha dah kate bulan puasa kan memang la :p. TAPI haaa bila tang 'rajin' aku tu sampai, bilik aku dia punya bersih & kemas tu memang tiptop. Memang boleh menangis la wa cakap lu............. Fine aku tau korang tengah pikir, apa hitam hitam  dekat frame warne merah tu? kan kan...terer tak aku teka..terer kan kan..ha frame tu dipenuhi dengan specimen kulat..kuang ajaq punya kulat, suka hati ja tinggal secara dominan kat wall frame aku...memang dasar interframe...



Aku dah beli cover BB yang baru. dia bentuk chocolate bar!! Omeynyeeeee !! Mekaseh ema & fadz sebab tolong pilihkan !! Biaq aku habaq mai kat angpa suma kelebihan cover ni...lepas ni angpa boleh habaq kat orang-orang kampung tau sokseksokseksoksek




tadaaaaa !! Rupa dia memang mcm chocolate bar siap ada partition macam chocolate betul2 lepas tu dia ada bau wangi2 strawberry i loikeeee ;) Tu dikira sebagai kelebihan tak hehe...pliz pliz...



Ha gambaq ni plak . Aku selalu cita kat angpa suma yang aku selalu pegi study group. Nilah member study group aku hehe...




Masa ni pukul 1230 tengahari tapi cuaca cantik sebab tu kitorang layan study group kat taman dalam universiti ni. Aku ngantok nak mampos masa ni, nak je aku landing atas rumput tu. Tapi sebab ada wan & fido aku tak jadilah. Kang depa cakap aku takdak adab pulak kehkeh.....bila tengok gambar ni je aku rasa macam nak tido balik...bestnya cuaca bandung..berangin..tak sejuk tak panas..tak berpeluh hee....jimat air kat umah aku... (paham-paham la kan wakaka)


klah nak bersiap. take care people. i lub u allz! see u kat malaysia on 4hb!


Thank you for reading this entry !