Friday 10 September 2010

Diari bergambar fatin liyana yawww

Assalamualaikum



Hai korang semua !! Aku dah sampai Malaysia dah 5 hari tapi baru hari ini nak update blog kan. Bukan apa, aku sibuk lah, tapi aku tak taulah apa benda yang aku buat sampai jadi sibuk. Kadang-kadang aku tertanya-tanya kepada diri sendiri, adakah aku sibuk atau sekadar penyibuk? T__T lepas tu aku keliru, adakah kuih abuk-abuk masih wujud sebab aku dah lama tak tengok walaupun aku pegi bazaar 2-3 kali. Eh kuih abuk-abuk tu yang warna putih pastu bila makan tu selalu tersedak tu ke? Ok dah tersasar jauh nampaknya. Sebenarnya, entry kali ini nak cite pasal photoshoot tempoh hari. Kalau anda telah add saya di FB , pastilah anda akan berasa sakit hati, jantung & ampela kerana gambar saya telah memenuhi ruang newsfeed anda saban hari. Mintak maaf banyak2 ye. Walaubagaimanapun, saya tetap akan mengupdate blog tentang photoshoot hari tu. Tapi untuk mengelakkan anda boring kerana tengok gambar yang sama, makanya untuk entry kali ini, saya upload gambar dari camera saya ;) walaupun camera cabuk tak setanding dslr photographer, tapi byk jasa dia kat saya tau



Hi semuaa ~~ nama I fatin liyana hikhik.  Hari ini I nak bawa u ollz semua pergi photoshoot kat Taman Botani Putrajaya (n_____n). Hari ini hari ahad jadi mungkin ramai photographer yang akan datang. Yawww tak sabarnyeee I (padahal tak confident nih)



I datang dengan bestfriend I, Datin Wowh Najahtol Iylia. Ohhemmmjiii terujanye I hikhik. Seb bek datin ikotz I, takdelah I kekok sangat kan hehe..You ollz jangan main-main ye, datin pon model of the day tau! Tengok ribbon atas kepala datin tu, dah macam Hello Kitty tau hikhik (ketawa tutup mulut)



Kitorang sampai dalam pukul 10 pagi macam tu, lepas dengar briefing dari organizer iaitu cik Aiza Natasha, terus datin ngan I cepat-cepat tukar baju dekat fitting room 5 stars. Datin kan. Memanglah fitting room taknak kalah hikhik u ollz ni macam tak bese pulak kan. I cakap fitting room tu 5 stars sebab in 1 room, ada 5 stars aka models yang berhimpit2 nak tukau baju dalam tu wakakakakaka. Oh ya, mula-mula kitorang kena pakai baju raya dulu hee...tu bukan baju raya pon, I beli kat Bandung semata-mata untuk photoshoot tau :P



Tanpa melengahkan masa, meh I kenalkan you ollz dengan organizer program. Nama kakak yang lawa ni ialah Aiza Natasha :) Nama secantik orangnya youuu. Dia lah yang makeupkan I pada hari tu. You ollz taulakan I mana reti nak makeup secara pro. Setakat make up kampung-kampung pandai la I hee..TQ kak Aiza !!



Ha inilah photographer yang invite I untuk datang ke event ni hee, kenalkan Ir. Syazwan Hilmi. Dia ni aircraft engineer kat AirAsia tau. Hikhik tapi you ollz toksah beranganlah nak dapat ticket flight murah sebab dia cakap ticket murah tu entitled untuk kroni airasia jeh cis cis. Dasar kuku besi. Hee dia gelarkan diri dia abg long masa photoshoot tu. Kiranya sapa-sapa nak dekat dengan I kenalah mintak permission dia dulu ececeh. Apepon terima kasih banyak-banyak kat abg long sebab ajak I datang ke event ni ;)



Tu dia photographers yang datang. Muda, kacak, belia benci dadah & berbakat. Macam tak kena je description I bagi wakakakaka biarkan. Dorang sangat best & kelakar! Mula-mula rasa awkward masa nak shoot yelah sebab I kan tak photogenic, pastu I pakai braces lagi kan. Tapi tak sangka, dorang suka braces I youuuuu. Memanglah I paling bangga masa tu. Nak je I kol doctor orthodontic I kat indon & berterima kasih kat dia sebab pasangkan braces kat gigi I ni hee.... ( mcm bodo jeh aku ni yeww)



Sebahagian model yang datang! Ramai lagi senanye tapi sebab taman botani tu besar, susahlah I nak kumpul semua orang. I tercari-cari jugak kalau-kalau pakcik penjaga kebun di taman botani ada mic ke kan, boleh I pinjam T___T. Model sume lawa-lawa you! Yang I tak sangka, I jumpa kak blogger cik soffya bulan! Yang kiri sekali tu, hee cik soffya bulan kita ni dah buat 2 reviews pasal blog I tau. Baikkan dia? Dah la cantik hehe...



Lepas pakai baju kelawar warna putih tu, kitorang diarahkan untuk tukar baju casual. I memang saja bawak baju yang pelik-pelik sebab konon nak berfashion out of box. Tengok2 macam telur muka aku cis cis haha. Apepon datin memang manthop la kan hee



Oh ya, ini Pie ..dia ni boleh dikatankan PA I kat sana. hahahaha padahal baru je kenal dia kat sana! Tapi dia sangat baiklah sebab dia bawakkan handbag I kesana kemari, aja I camna nak pose & sediakan tissue tok I touch up make up hehe...tapi dia ni jahat sebab suka mengacau I nak hold pose. Aku punyelah bersusah payah nak hold pose dia boleh menari-nari depan aku supaya aku distracted -____-. keji! jaga kau.



hehe..ada nampak macam peminat mintak sign tak wakakaka berangan sikit der..best la pegi event macam ni sebab boleh berjumpa dengan new people. I like meeting up with new people cuz you can get to know many different types of human in this world. Lepas tu dapat mingle around dengan orang yang 5-10 tahun lebih tua dari kita kan. Rasa macam muda je sentiasa wahahahahahaaha



Dalam pukul 3.30 ptg lepas shoot semua, datin ajak lepak alamanda. Masa otw nak ke parking lot tu, tetiba datin bawak keluar cupcakes ohhemmmmmjiiiiii terkezut mak mase tu you ollz tau! Memang comel !! ada BMW, BB, stilettos, medic box, dslr, handbag awww sumelah yang berkaitan dengan kehidupan I. datin ni memang pandai tau!



me, cuppies & datin. datin bg cuppies sebagai adiah besday I hee...walaupun besday i dah 3bulan berlalu tapi masih tak lapuk dimakan zaman...hehe sape2 nak bagi adiah boleh la berbuat demikian :P



Adoi hai. susah betolla, sampai terbelit-belit lidah aku nak cakap I I bagai ni. Tak brader langsung haktuih. Tapi kalau satu hari nanti aku kawen ngan dato' ke, takleh la aku nak cakap ala-ala brader lagi. Tak de standard la kan nanti orang cakap. Kena practice dari muda ni hahahahhahaha (bajet sikit). Oh aku nak tunjuk sikit hasil photoshoot ritu. Kalau nak tengok lagi boleh la usha FB ye :)



suke sangat gambar ni! sebenarnya sume gambar aku sukee haha...susah btol nak buat piliihan. rasa macam nak gastrik tadi sebab tekanan tak dapat nak buat keputusan nak pilih gmbar yang mana -___-.



oklah you olzz! sebelum tu, aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI !! MAAF ZAHIR DAN BATIN. mintak maaf kalau ada salah & silap ye sepanjang perkenalan kita, mintak maaf kalau aku ada terkasar bahasa ke tersakitkan hati sapa-sapa ke ye..aku ni insan biasa jeh. Kadang-kadang terlepas cakap, teremosi, tersakit hati dan macam macam ter lagi. Mintak maaf banyak2 ye pembaca blog sekalian. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu dari diri saya sendiri. Happy raya, take care!


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment