Thursday, 23 September 2010

Bercerita tentang idola

Assalamualaikum :)


Semua orang tau aku suka kat Zaquan Adha. Aku macam excited gile kalau bercerita sal die hahaha malu malu. Ala cmon la babe, girls mana yang takde idols kan? Sepanjang kehidupan sebagai seorang gadis, mesti ada phase yang mana korang akan idolize seseorang tu dengan hebatnya! Eleh, jangan ingat aku tak tau masa darjah 5 kauorang suka sangat dengan Brian Backstreetboys sampai bermati-matian nak kawen dengan dia. Pantang disebut pasal Brian BSB pasti engkau naik hangin. Paling kau tak tahan bila kengkawan kau buat comparison between NSYNC ngan BSB.


'suara Justin lagi sedap dari suara Brian! 
'my Justin is cuter than your Brian !' 
'BSB sucks 10times, NSYNC rulezzz !'


Sampai engkau bertekad akan membenci Justin Timberlake hingga ke akhir hayat. But then bila dah masuk form 3, engkau rasa Justin Timberlake macam sangat hotness habis kau beli majalah import kat kedai buku Popular semata-mata nak dapatkan pin-ups free kan kan. Boleh pulak kau terlupa pasal denda kesumat kau kat Justin dulu. T____T. Anyway, lepas dah tamat phase-phase tersebut, kau pon berasa malu dengan kelakuan engkau pada zaman itu.............. ( hahahaha terasa terasa )


Sama jugaklah peristiwa pasal zaquan ni hehe. Dulu aku nak sangat sangat sangat jumpa dia. Sebab aku dok jauh aka kat bandung, maka aku terasa lah macam distance aku ngan zaquan ni mcm thousand miles. Macam impossible la nak jumpa dia kan. Padahal dia duduk dekat je ngan umah aku. Siap poskod sama which is 70400 hahaha. Yang tak boleh belah, adik aku han, setiap kali dia pergi kedai, mesti jumpa dak zaquan ni. Macam rutin dialah kalau pergi kedai mesti jumpa zaquan.


' setiap kali gwa pergi kedai mesti gwa jumpe zaquan, adakah zaquan meminati gaya rambut emo gwa?' bisik hati kecil han.



Tapi as time goes by, lepas dah dapat jumpa zaquan, lepas dah join fanclub dia & dapat maen boling sesame, aku realized yang zaquan manusia biasa jugak. So aku macam dah rilex sikit la kan. Takde la macam fanatic sangat. Aku dah menjadi normal kembali. Tapi bila zaquan atas padang memang adrenaline mengalir deras la dalam badan aku. Pehhh aku sangat suka semangat zaquan atas padang. Dia main memang style dan sangat bersungguh-sungguh. Tang tu memang aku respek kat zaquan ni. Sampai la ni pon, aku memang fan zaquan sebab game dia. Aku dah taknak amek tau sal kehidupan sosial dia, cukuplah just jadi fan bola hehe. Tapi aku tak pernah nyesal pon yang aku pernah jadi kipas susah mati dia dulu ! hee bagi aku tu satu pengalaman yang cukup manis!! Bosan la wey kehidupan ni kalau korang tak pernah tergile-gilekan lelaki kachakss wakakakaka



Tengok tu tengok tu kembar kegemaranku hehe...aidil & zaquan! Besar weyh advertisement board ni! Board ni dekat ngan umah aku jeh hee..area sikamat. Setiap kali lampu merah kat sini, aku akan terkenang kisah lama  masa aku tergile-gilekan si zaquan ni dulu hahaha kelaka kelaka. Korang g la baca entry sal zaquan ni, banyak aku tulih dulu hehe.. tapi tu dulu bai, wa skng ilek je. besar kecik besar kecik je wa tengok zaquan tu ... (mcm bagus seh pompuan ni hahahahahha)




Aku selalu dapat soalan kat formspring yang berbunyi begini

'awak tak jeles ke zaquan nak kawen ngan ayu?' 
'apa perasaan awk zaquan nak kawen dengan ayu?'

Hellllllooooo i'm 21 okay, tak matured lah nak jeles2 macam tu. bukan lah aku nak kawen ngan zaquan pon. Kalau aku nak kawen dengan dia pon ko ingat bapak aku kasi ke? wakakakka teremosi plak. Lek la weyh, suka tak bermaksud nak kawen. Apa lah korang ni. Kalao korang suka si acapan berlakon, adekah korang nak kawen dengan dia? <--haha bodo tak bodo contoh yang aku bagi? haha the truth is, aku tak rasa apa pon sal zaquan nak kawen ni. Aku pon suka kalau dia kawen ngan Ayu sebab aku pernah jumpa Ayu & Zaquan dorang memang manthop weyh ala ala victoria & beckham gituuuwww ;) sama cantik sama padanlah orang kate hehe..Pepon disini aku nak declare yang aku gembira sal perkahwinan zaquan & ayu, takde jeles2 de. Aku takde mase nak jeles, byk bende aku nak kene pk tau. So pasni, jangan tanya soklan2 berbentuk begini lagi tahu. Aku babab kang :p




Oh ya, kalau korang nak tau, zaquan baru je lepas operation lutut kemarin ke semalam aku dah lupe. ACL injury. (anterior cruciate ligament) dan dia akan berehat selama 6 bulan. Kesian dia tak dapat main dengan team n9 tok piala malaysia ni. Sedih a aku sebab tak dapat tengok dia beraksi. Pepon semoga cepat sembuh zaquan! (gambar dicilok dari fb zaquan hehe)




Jadi posisi zaquan sebagai striker n9 telah digantikan oleh member aku ni, ijam. ni pon sama, ijam ngan aku hanyalah kawan tau. sila jangan bertanya soalan yang sama berulang-ulang kali di formspring ;'). nak menangis aku jawab huhu. pepon go go ijam!



Last but not least, kami (ema, atin, aza, mira & iylia) sebagai warga tegar seremban
mendoakan pasukan n9 akan maju jaya dalam perlawanan piala malaysia 2010 ini !! hoben jang hoben ! 
psttt sebenarnye aku je yang sokong n9, depa yang lain ni aku tak tau aih. rambut sama hitam, hati manusia lain2 wakakakaka sorry kengkawan cantiks sebab mempergunakan korang :p



Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment