Saturday, 4 September 2010

Hey saya mahu pulang ke malaysia lah kejap lagi

Assalamualaikum.


Kalau baca tajuk saja sudah tahu aku nak cakap pasal apa. kan? teeeheee. sukenyeeewwww !! tiba-tiba saje jadi gedik sebab eja 'sukenye' macam tu. Kalau korang perasan, aku jenis yang suka cakap macam 'brader-brader'. Alah konon macam lepen-lepen an. Pehhh masyukk beb kalau berkomunikasi dengan masyarakat sambil menambahkan perkataan 'der' di belakang. Terasa macam cool je & tak pasal-pasal terkembangkan hidung sendiri dek kerana merasakan diri sendiri bagus. T____T Contohnya macam :


'tak dapat la der..'
'apa barang der..'

pehhhhh.......memang stylo bro...memang stylo!

- - - - - - - - - - - - - - - -

Anyway, jap lagi pukul 3.30 pagi aku nak gerak airport. Flight pukul 6 pagi dan kalau traffic kat atas sana tak jam aku akan sampai ke tanah berair aka tanah air pada pukul 9 pagi. Korang nampak tak semangat tak semangat aku ni. Aku beli ticket pepagi buta walaupun dia agak mahal. Yang penting aku sampai Malaysia pagi bro. Nothing else matters *nyanyi lagu metallica*. Sampai2 je semban, aku ingat nak terus beli bahan-bahan nak buat kueh. Ok skang ko cakap ngan aku, rajen tak rajen aku ni? Sape je yang turun flight terus singgah kedai bahan bahan membuat kek & kuih muih?? Chef wan pon turun flight singgah toilet tau. 


Oh ya, nanti bila aku sampai kat Malaysia, kalaulah korang macam terserempak dengan aku di mana-mana contohnya seperti kedai menjual buku-buku agama atau mungkin di masjid ketika aku sedang menunaikan solat sunat...silalah tegur ya..kalau boleh tegurlah dalam bahasa arab..lebih manis orang kata..........wakakakakakaka sapa rasa nak tempeleng aku sampai tengkuk terpusing ? :p


Tapi aku nak ingatkan korang satu benda ni. Aku kan kalau tengah berjalan, tengah sms, tengah study ke muka aku ni macam serius sikit. Bila serius, dia nampak macam sombong walaupun sebenarnya budak ini punyalah baik lemah lembut merendah diri dan boleh menjadi contoh tauladan kepada orang-orang di sudan -___-. Tapi siyes der, muke wa nampak sombong tapi wa tak macam tu. Wa tak layan sombong-sombong ni.  Lu kalau nampak gwa kat mane-mane selambe je laung

'fatin liyana bajet wehh' 



eh tak tak jangan cakap macam ni. tapi kalau kau cakap macam ni, memang aku hambat kau sampai dapat. Kau siap. Sepatutnya laung macam ni :


'fatin liyana ke?? aooemmmmjiii nyonyonyonyo jom snap snap piccaaaaaaa ehikhik' dan pelbagai bunyi2 pelik yang lain -____-



nampak macam sombong tapi dusta semua tu.


kan aku dah kate aku friendly. *eh bila aku kate?*


ok? tegur tau kalau jumpa budak ni. jangan lah reluctant nak tegur hee.untung-untung boleh masuk blog tau. u allz tak mau ke masuk blog makkk ??? rugi tauuu u allz ! hee klah rakan dan taulan, aku nak baring sat. selamat hari raya maaf zahir batin semua. sekarang ni aku buat ucapan superficial jeh, sebab tak raye lagi. Nanti nak dekat raya barulah aku mintak maaf lagi skali. masa tu nanti aku buat karangan panjang sikit ye sebagai tanda keikhlasan aku. Amacam? ;)


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment