Monday, 8 February 2010

Tidak bersemangat.............nak balik Malaysia boleh?

Salam semua :)

Pernah tak korang rasa sangat tertekan sampai rasa lutut menggigil dan susah bernafas? Walaupun kadang-kadang stress itu datang dari hal yang kecil-kecil namun jika tidak kena correct timing, hal yang sekecil zarah boleh mendatangkan beban kalau dia accumulate secara berlebihan.

Banyak kali cuba menafikan perasaan sendiri supaya dapat move on secara positive namun sebagai manusia biasa, ada masa kita break down dan mulalah perasaan negative itu menyelubungi diri. Boleh tak kalau tak nak jadi dewasa? Boleh tak kalau tak nak tanggung semua benda sendiri? Boleh tak kalau nak ada parents disisi yang boleh settlekan semua benda? Boleh tak, nak berkepit dengan boyfriend supaya sentiasa rasa secure ? :(

Sangat tertekan bila balik dari kelas yang memenatkan, harus mencari bengkel kereta seluruh town selepas seseorang telah tidak sengaja melanggar kereta anda. seorang perempuan yang tiada knowledge pasal kereta harus mensettlekan semuanya sendiri. Bila ada follow up braces harus drive atau merempit seorang diri ke hospital yang perjalanannya amatlah memakan masa dan ditambah pula dengan jem nak mampos kerana tiada ayah atau bf yang boleh hantarkan anda ke sana. Apabila sakit, harus drive sendiri ke klinik dan harus menjaga diri sendiri kerana tiada ibu yang boleh menjaga dan memasakkan anda makanan yang enak. Apabila roadtax & plate number sudah tamat tempoh, harus berusaha mencari orang-orang tertentu dan menguruskan semuanya sendiri kerana di negara yang mundur lagi daif ini, tiada JPJ seperti di negara kita. Apabila sangat letih dan tidak mahu belajar tetap harus juga kerana jika ketinggalan pasti akan berasa tertekan kerana doctor Tuto sangatlah strict suka membuat spontaneous quiz, memberi homework yang banyak dan membuat diri anda rasa tidak berguna jika anda tidak mempunyai ilmu yang mencukupi. Apabila takut kerana taman perumahan anda dipenuhi dengan warga-warga tempatan dan rumah student malaysia hanyalah 3-4 ketul sahaja (jauh2 pulak tu), malah jauh dari kawasan universiti, anda harus berpura-pura baik & innocent 24/7 kerana khuatir anda dimusuhi warga tempatan.

Kadang-kadang rasa tak larat hidup independent macam ni. Jauh dari semua orang. Duduk di bumi asing yang mundur dan tidak selamat. Penindasan & penipuan dimana-mana. Dan tanpa bantuan dari sesiapa, terutama bantuan daripada seorang lelaki. I need a man to guide me, to help me in making wise decision & to help me settle things that only man knows best. I want ayah , abang, han & hafiz here.............................................................................please..?




what does not kill you will make you stronger.
harus bersemangat & redha.

No comments:

Post a Comment