Assalamualaikum semua :)
Hari tu kan aku usha blog kegemaran masa kini iaitu BeautifulNara. Lepas tu nampaklah gambar Diana Danielle yang comel gila tu buat social work kat kampung orang asli. Gila terharu. Tak taulah kenapa nak terharu tapi rasa cam best je buat keje amal cam tuh. Lepas tu terus google Angelina Jolie. Ni lagi la best, dia pergi ke Myanmar, Vietnam la, Africa la untuk buat social work. Dia tangkap gambar dengan kanak-kanak kat sana, bersosial dengan para ibu bapa dan bertanyakan adakah mereka kenal M. Daud Kilau. hahahahhahaha bodoh gila aku ni. apelah (-_-). ok ok kembali serius. Aku terdetiklah nak jadi macam diorang sebab diorang ada empathy yang sangat tinggi. Aku ni dah la nak jadi doktor, pastu bila tengok orang jatuh aku rasa nak gelak. Gila jahat. Patutnya aku kena buat muka yang paling kasihan sekali pastu berusaha merawat dorang. tak pelah nanti aku berubah sikit-sikitla T_T.
Aku sangat bertuah sebab tak semena-mena ada program khidmat masyarakat diadakan. Nampak sangat tuhan tu maha mendengar rintihan insan yang kerdil tapi berpipi tembam nih. Dorang nak 7 orang je 1 batch & i'm of one the lucky 7. Alhamdulillah. Program ini best sebab dia berkaitan dengan apa yang aku belajar. Aku dapat pegang real patient walaupun baru 2nd year. Menarik bukan?
Tempat yang kami pergi ni nama dia Sukaluyu. Terletak di puncak gunung dan sangat-sangat isolated. Perjalanan mengambil masa selama 3jam so kitorang gerak dari Jatinangor menuju ke Sukaluyu pukul 3.30pagi. Tempat ni sangat cantik dan merupakan kawasan penanaman teh terbesar di Jawa Barat. View dia mmg breathtaking and cuaca sangat sejuk dan berkabus. Mulut suma berasap-asap ibarat tgh shisha sambil melakukan kerja-kerja amal. Tujuan kami datang ke situ ialah untuk mengadakan routine medical check-up secara percuma kepada penduduk kampung. Kesian kat penduduk kat sana, hospital sangat jauh, lepas tu takde siapa nak educate dorang tentang betapa pentingnya kesihatan, pemakanan dan kebersihan. Rata-rata penduduk adalah farmers jadi mereka tak mampu untuk beli ubat-ubatan sendiri. Kesian sangat rasa nak nangis ja......
Mari mengikut tety & fatin liyana membuat kerja amal di Sukaluyu,Bandung !
Kami sampai Sukaluyu dalam pukul 7pagi macam tu. Cantik kan permandangan kat sana =) Siap ada hanging mountain macam dalam AVATAR tu. aku rasa AVATAR tu belakon kat bandung ja, sebab nak jimat kan. Korang jangan percaya sangat ngan taktik yahudi nih. Anyway gambar sebelah ni masa kami pitstop kat umah ketua kampung. Peramah dan baik sangat pak cik ni. Dia mengalu-alukan kedatangan kami walaupun tiada paluan kompang namun kami tau dia suka kami datang.
Representative dari batch Twinning 08'. 5 girls & 2 boys. Tapi aku tak ajak lagi 2 orang boys tu untuk bergambar sekali sebab dorang tak suka senyum bila bergambar. Menghabiskan boreh yo. (hahahahaha takdelah aku saja ja fitnah dorang)
Ada beberapa booths yang dibuka. Registration, Questionnaire, Urine, Blood Pressure, BMI, Blood & Medical Counselling. Kami dibahagi mengikut booth-booth ni. Setiap booth ni pulak di observe oleh beberapa senior 5th year Fac Of Medicine UKM. Mereka sangat berpengalaman, mantap serta bijak pandai. Really honoured to work with you guys = )
Thats me at my Blood booth ! Patients kami terdiri daripada semua lapisan umur. Sudah menjadi etika untuk greet & explain the procedure to the patient, before doing the blood test. Walaupun mulut terasa longgar sebab banyak sangat bercakap namun disebabkan ini first time, maka aku sangat semangat ! Hehe siap berebut-rebut patients dengan senior :P
Hehe terasa macam Diana Danielle & Angelina Jolie lah ! Best la dapat get to know kehidupan diorang macam mana. Walaupun ada masalah bahasa tapi aku men bedal je cakap indon-sunda-melayu! Kanak-kanak kat sini suka kat aku sebab aku suka senyum ngan kacau-kacau dorang !
Selain bekerja kat booth sendiri, aku juga pergi sebok-sebok kat booth orang lain. Booth medical counselling tu agak susah sebab kita kene interpret result kat patient & suggest kat dia for futher management. Terkial-kial aku. hahahah nasib baik ada senior UKM yang tolong. Yang paling menarik, aku baru je belajar pasal scoliosis dimana ada abnormality kat vertebra (tulang belakang). Kali ni, aku punya patient ada sakit tu. Eksaitednye aku dapat jumpa patient sebenar!
Hehe tengah kacau kanak-kanak yang sedang di interview oleh senior UKM. adik ni comel ja dia datang nak buat pemeriksaan sebab kaki dia sakit. Bila tanya kenapa kaki sakit, dia cakap sebab lari banyak sangat, masa dia main petang ngan kengkawan dia hahahah :')
Petang tu tiba-tiba hujan lepas tu cuaca pon berkabus gila sampai tak nampak apa-apa. Patient pon dah ramai yang balik. So kami dijemput untuk makan di rumah ketua kampung. Baik sangat pak cik ni sebab support kami 50 orang ni makan! Aku makan memang banyak gila tak hengat la. Mesti pak cik tu tak suka aku sebab aku tambah lauk banyak kali. :') Mesti nekad taknak kasi aku datang umah dia lagi haha.....Lepas tu kami solat dan berehat di masjid. Ape lagi. cam-whore la kejap. hehehe
Kitorang packed up dalam pukul 3.30ptg. Aku memang takleh lupa lah pengalaman yang amat menarik ini..pergi jauh2 atas gunung untuk educate penduduk kampung yang langsung tiada pengetahuan tentang kesihatan...dan memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan ..alhamdulillah Ya Allah kerana kau kurniakanku peluang untuk berbakti kepada mereka yang memerlukanku walaupun ilmu di dada ni amatlah cetek sekali...
Bersama sebahagian peserta program. Thank you so much senior UKM sebab organize program yang best giler ni!! There's so much i can learn form you guys ! Lain kali kalau buat lagi jangan lupe roger2 ye :P
Itu saje. Saje je nak kongsi experience dengan anda semua. Sekali sekala buat aktiviti berfaedah best juga bukan ? :) hehe..next tyme kalo ada aktiviti pergi ke rumah anak yatim ke, rumah orang tua ke, joinlah ! Nanti you will feel yang hidup ni amat bermakna dan juga berharga :) salam ! psssttt comment lah ye hehe penat dah type ni !
No comments:
Post a Comment