Tuesday, 16 February 2010

Healthy Tips : Minum air mineral banyak-banyaklah wei !

Salam semua :)

Kan orang cakap kena minum at least 8 gelas air satu hari kan. Dulu aku memang menyampahlah bila mak aku suroh bawak air pergi sekolah. Tak style la bawak air, macam bebudak. Dah la berat pastu macamlah aku nak minum. Beli air sirap kat kantin lagi best,sejuk pulak tu. hahaha pastu orang sibuk-sibuk cakap kena minum banyak air supaya kulit cantiklah, nak buang toxin dalam badan la, boleh kurusla. Pastu orang cakap budak cina kulit dia cantik dan putih sebab dia minum banyak air. ah persyaithon semua itu! dah nama pon cina mesti a kau putih. kalau negro minum air bergelen2 pon takkan putih. tak yah nak auta aku. hahahaa emo tak emo tak aku? tapi itu dululah. T_T


Sekarang ni, aku dah rasakan air mineral tu adalah satu keperluan bukan kehendak lagi. Pergi mana-mana mesti bawak air mineral. Kalau bosan-bosan aku minum air mineral. Kalau berasa gembira aku minum air mineral. Kalau berasa sakit hati aku minum air mineral. Kalau bla bla bla pokoknye aku akan minum air mineral tak kira waktu, emosi dan aktiviti. Kalau takde air mineral, aku akan rasa dehydrated, rasa cam nak pengsan, cam nak mati pon ada. nampak sangat saikology jeh hahaha.


Kita tau kan air sangat-sangat penting untuk keseimbangan system dalam badan. Dia nampak remeh tapi kalau dia takde boleh bawak parah. Ah malas la nak cakap in terms of medical, kang nampak poyo pulak. tau la belaja medic takyah la nak belagak. hehehe ok ok korang nak tau tak kenapa aku dah suka minum air mineral? aku dah amalkan minum air mineral ni dah 3-4tahun la. setakat ni masih tak bosan. semuanya disebabkan kesedaran yang datang dari diri sendiri.


  • tengok gambar kat atas ni. style kn? mmg sexy habis kalau tgk ladies bwk air mineral sebelah tangan, yang lagi sebelah bwk handbag branded. entahlah rasa cam cool habis sebab mesti org igt kita health concious !

  • aku ni type yang kaki makan. makan nak banyak. kalau tak banyak tak nak makan konon menzahirkan kekecewaan. haha so aku pikir simple je, makan banyak --> badan banyak toxin --> minum air banyak --> banyak kencing --> toxin akan keluar bersama2 air kencing --> badan menjadi neutral kembali --> yay !

  • entahlah aku ni jenis yang susah buat keputusan. bila pergi makan kat luar, xtaw nak order air apa. biasa milo ais jeh sebab aku rasa minum milo tu sihat. Tapi kat indon ni jaranglah kedai makan de jual milo. dorang banyak jual juice. aku tak bape nak layan juice-juice ni so aku ended up minum air mineral yang aku bawak dari rumah. Jimat jugak :)

  • aku memang train diri supaya tak minum air gas. aku minum la tapi not my fav thing. honestly sebab sugar content dia banyak gila. takutlah diabetes (kencing manis). diabetes mmg tak dapat detect masa muda-muda ni. Kang dah tua pegi check tau-tau dah kena. tak mo tak mo. prevention is better than cure.

  • aku percaya minum banyak air kulit akan jadi cantik. macam pokok bungalah, kalau bagi dia air dia kan tumbuh dengan mekar. kalau tak dia akan mati kan kan. samalah jugak dengan kita. hahaha rasa bersalah pulak sebab dulu tak nak percaya orang cakap cmni.

haa tu jelah kot. the thing is, jomlah join aku minum air mineral untuk kehidupan yang lebih berwawasan. ye keh? kalau tak pon, aku nanak delete jugak. wek wek ni kan blog gue iya terserah ama gue donk mau nulis apa :p kalau anda mahu jadi sihat, cantik dan sexy, mulai hari ini marilah kite minum air mineral ! trust me, pemakanan yang sihat akan lead you to a healthier life. n_n


No comments:

Post a Comment