Friday, 19 August 2011

Fashion Tips : Abaya

Assalamualaikum

Aku rasa aku macam tak layak jer nak bagi fashion tips kat korang semua sekarang haha. Kalau sesiapa yang pernah nampak aku berjalan kehulu kehilir kat hospital mesti korang macam Eww is that FL? She looks like my maid goddemit but yeah that's partially true I admit it. Pakai baju sama everyweek dengan tudung syria yang tak pernah diiron like dah rotate for thousand times tapi still tak pernah curang dengan syria IDK why. That kira lagi moon face with acne but no hirsuitsm people might mistaken me as having Cushing's Syndrome. Am I too exaggerating?

But let's just skip that part. Ok let say tiba-tiba korang macam ada event tapi buntu dan depress tak tau nak pakai baju apa. Rasa macam nak shopping tapi memandangkan duit hostel pon tak bayar lagi so macam tak kenang budi je orang bagi scholarship tapi sibuk nak jadi fashionista therefore you should listen to my tips.

Semua perempuan kena ada abaya/jubah dalam wardrobe masing-masing mulai hari ini. Yang plain pon takpe at least better than none right? Bila tak tau nak pakai apa, just turn to abaya. Kemudian cari related accessories like hippies/ethnic ear rings ke, brooch mak datin etc. Kalau nak nampak lebih berusaha, boleh juga pakai shawl yang dapat free bila beli abaya tu dan menjadikannya purdah. Lepas tu orang pon ingat Wahhh macam Arabian Princess la you ni ! Masa tu you can proudly smile and say 'Thanks!"


Well it works on me! Gambar masa farewell party dekat Bandung, 3 - 4 bulan lepas maybe?

 Everyday syria worn as an inner, mak datin brooch given by a friend & black shawl dapat free.

Sebab kena buat grand entrance dekat red carpet, so sambar si Fido ni jadi temporary partner obviously sebab dia pakai same colour dengan harapan boleh menang titile Best Dressed Couple tapi tak menang pon. Mungkin kena couple dulu baru boleh menang agaknya. Sumpahtaklawak#. FYI, Fido pergi qiam ok dia tak layanlah couple-couple ni.

Dah jangan baca blog ni lama-lama, pergi sahur dan buat something yang lebih berfaedah di bulan Ramadhan ni. Selamat berpuasa comels sekalian. ( Comels refer to you all my readers, thats because korang comel dan korang ramai (plural) so I added 's' at the end of the word like suka hati I je ). Bai.


Thank you for reading this entry !

Saturday, 6 August 2011

Cholesterol & Dilema

Assalamualaikum

Aku sedang dalam mood rajin sekarang jadi aku pon usha resepi-resepi di internet. Terasa macam nak buat dessert padahal tak makan pon. Ceh korang tak tau ke aku suka makan yang berminyak seperti rendang dan kuah lodeh? Ha citarasa aku ni memang macam orang tua sikit. Tapi jiwa tetap muda belia hakhak. Aku mana reti makan pavlova, macarons bagai ni. Nak kata aku desa? Memang pon den kan budak somban yo. Tapi takpe, gwa cool je.

Aku suka buat dessert pon sebab dia comel. Dengan warna yang vibrant, ah kawai desu ne! Ni tadi aku terasa macam nak buat pudding Caramel dengan puding roti. Macam sedap kan? Ha memang sedap tapi sekali tengok resipi, terus tawar hati ='(

Caramel pudding - 7 biji telur
Pudding roti - 6 biji telur

Sebiji telur mengandungi 200-300mg cholesterol. Kita dinasihatkan supaya makan 2-3 biji seminggu. So do your math now. 
Macarons diperbuat daripada egg whites. Egg whites tiada cholesterol. But of course, a lot of sugar.


p/s: Tq! changed into egg whites already. my bad ^_____^

Thank you for reading this entry !

Friday, 5 August 2011

Pictures by Panasonic LX3

Assalamualaikum

Rasanya semua member aku dah tahu tabiat aku yang suka ambik gambar banyak gila nak mamp tapi tak upload kat facebook mahupun update blog. So dorang dah malas dah nak guna camera aku sebab dorang tau gambar diorang takkan keluar punya hahaha. Kalau mereka bernasib baik gambar mereka akan keluar. Tetapi mungkin setelah 3 - 4 bulan menanti =')

Entry ni aku saje-saje je update sebab internet dekat rumah aku laju hihi. Gambar-gambar yang aku snap ni adalah random. Ada yang dulu punya ada yang sekarang punya. Camera yang aku guna adalah Panasonix LX-3. Setting masih dalam kategori hampeh dan noob. Main tekan-tekan je. Malas gila nak belajar setting camera baik aku belajar anatomy. Sesiapa yang pandai setting camera ni boleh la berkongsi ilmu terutama kalau nak snap potrait. Skin tone yang aku snap tak berapa nak cantik.


Spaghetti @ Sweetchat Cafe

Vincci's plastic pastel rose ring. * In love! *

Sunflower @ SK Sungai Leman, Sekinchan

Cages @ Gurney's Drive, Viva Homes

Katsu Teriyaki Bento

ABC RM4.50 tapi sepatutnya RM2.00 pon dapat.


p/s : Kalau bosan boleh lah shopping baju raya di booth Arlene (booth no 49) dekat 1st Floor Subang Parade, dari pukul 11pagi ke 7malam pada setiap hari Sabtu dan Ahad( 6,7,27,28 Ogos 2011 ). Korang layak mendapat diskaun kalau mention korang adalah pembaca blog HoneyKoyuki!

Thank you for reading this entry !

Thursday, 4 August 2011

Semua wanita patut menghadiri kelas kecantikan.

Assalamualaikum

Kita tak pernah diajar secara formal tentang ilmu kecantikan. I mean takde subject 'KECANTIKAN & TATA RIAS' di sekolah mahupun dalam peperiksaan SPM. Kalau ada pastilah aku yang akan duduk dekat barisan depan sekali sambil tekun menyalin nota haha! Disebabkan kekurangan ilmu di dada ini, maka kita seringkali membuat kesilapan ketika memilih warna makeup dan juga jenis cosmetics. Ok jangan nak tipu, korang mesti ada at least 2 -3 foundation sebab tersalah pilih warna jadi harus membeli yang baru kan?

Takpelah der, tak payah nak down sangat. Manusia memang sering melakukan kesilapan. Tapi don't worry lah sebab sepanjang Ramandhan ini, akan dianjurkan satu kelas UBAH IMEJ oleh beauty consultant Dya Romantika. Tahu tak Dya ni dah bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak? Tapi beliau tetap gojes dan meletopzzz you! 





Dya menawarkan kelas Ubah Imej yang meliputi Kecantikan/Penjagaan Wajah, Pemilihan Foundation & Penampilan dengan harga hanya RM55 seorang. Beb murah tu. Kira macam 3 in 1. Pastu tak rugi kalau you guys pergi sebab you pergi sekali je, tapi you praktikkan ilmu yang you pelajari selama berpuluh-puluh tahun. Bukankah ia menjimat kan? (Pening kepala aku sebab sebut you banyak sangat)

Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu & Ahad sepanjang Ramadhan pada pukul 10pagi-2petang. Setiap class tu ada dalam 20 orang students. Ajak a member korang ramai-ramai pastu buat macam kelas tu korang yang punya haha! Korang register dulu and then Dya akan inform kelas korang hari apa. Ah tu korang pepandai bincang a dengan Dya.

Aku pon pernah pergi kelas Dya ni dulu, memang best! Dia ajar teknik cuci muka yang betul, cara remove make up yang betul etc. Ceh nampak sangat selama ni aku telah melakukan kesilapan yang tegar. Wuwuw kasihan kulit muka daku ='( Tapi itu cerita dululah. Sekarang aku dah power dek kerana ilmu yang aku dapat dari Dya ni. Kalau korang nak jadi power jugak, apa tunggu lagi, sila daftar dengan kadar pantas!

SILA DAFTAR DISINI

Dya sebagai MUA jemputan dalam majalah Dara.


Korang boleh baca dengan lebih lanjut di blog Dya. Jangan lupa untuk daftarkan diri anda =) Bukan senang nak jumpa kelas-kelas macam ni, orang dah bagi ilmu tu, just grab the chance. Spread the love ladies!

p/s: Ketika mengisi borang, untuk bahagian Introducer, sila isikan nama FL yer! Tq korang muahhh!


Thank you for reading this entry !

Wednesday, 3 August 2011

Obsesi aku terhadap barang-barang comel

Assalamualaikum

Aku bukanlah seorang yang suka berbelanja hebat. Kadang-kadang bila aku terasa euphoria barulah aku berbelanja. Jikalau tidak, aku lebih suka melihat duit yang tidak terusik di dalam purse. Namun aku mempunyai obsesi yang tiada tolok tandingan terhadap barang-barang comel. Aku susah nak define apakah itu barangan comel kerana ia sungguh broad. Tapi aku telah kenal pasti bahawa aku amat attracted dengan barangan comel dari Jepun.

Aku juga mendapati bahawa tulisan Jepun juga sangat comel. Bila ternampak tulisan Jepun aku terus teruja lantas membuat peace dan mengeluarkan suara seakan-akan loceng. Tahukah anda apakah itu suara loceng? Pergi dengar awek Jepun sebut perkataan 'kawaii ne!' Ha nanti kau pahamlah apa aku cuba sampaikan. Bimbo.

Walaupun kadang-kadang barangan comel ini langsung tidak praktikal dan tiadalah menyumbang kepada kehidupan harian aku, namun aku tetap berkeras untuk mahu memilikinya. Berikut adalah beberapa barangan comelsss yang sangat kawaii yang aku miliki. Namun sayangnya mereka tidak praktikal dan hanya menyumbang kepada pembaziran sahaja.


 Pinggan berbentuk katak. Sungguh tak puas bila makan nasi kerana sempit =')


Collagen mist yang aku main beli tanpa mengetahui kebekesanannya. Objektif : Mahukan botolnya yang sangat comel.


 Beli multi curtain bajet tingkap bilik kau kecik macam rumah orang Jepun. Salah percaturan lah der.


 Cawan pon mahu katak juga. Akhirnya susah nak cuci kerana lekuk-lekuk di telinga katak tersebut.


Ini adalah pengepit roti siap bertarikh. Konon macam comel kepit roti Gardenia sambil set expiry date. Semangat gila padahal beli roti sebulan sekali je pon.


Body Mist berperisa Rose. Untuk pengetahuan anda, bau yang aku paling TAK suka adalah Rose. Tak kiralah bunga Ros ke sirap Ros ke apa-apa jelah. So yeah...


Pesanan dari perempuan di atas : Jangan membazir di bulan Ramadhan...... mahupun bulan-bulan bukan Ramadhan. Pembaziran adalah amalan syaitan. Syaitans are so not cool. Jangan sampai aku tetak kau 18 baru kau tahu erti penyesalan. Itu ajib yang kata bukan aku. Bai.

Thank you for reading this entry !

Nasib malang yang aku hadapi

Assalamualaikum


Baru-baru ni aku ditimpa nasib malang. Dalam masa 2 hari ada 2 kejadian yang sungguh tak best terjadi kepada aku. Pertama, kunci bilik, kunci rumah serta kad access kolej aku hilang. Aku suspek masa aku tengah buat braces di Ampang. Aku sangat sangat terkilan, terkesan dan pelbagai ter lagi yang sukar aku gambarkan. Engkau faham tak rumah aku adalah tingkat 4? Aku telah menyusahkan housemates aku. Aku bukan sahaja tak dapat masuk rumah malah nak access apartment pon tak dapat sebab kat entrance grill tu dia pakai kad.

Keesokannya aku pon mahu cucuk duit di ATM CIMB. Ok fine, kad aku kena telan. Aku rasa macam nak menangis pon ada. Aku dah lah tak dapat masuk bilik, duit pon takde. Satu-satunya harta yang aku ada adalah kereta dan ..................... CD Usher. Dengan nada kecewa, aku berlangkah pergi.

Dunia pasti berputar...
Ada saatnya semua harus berubah..
Ingat pasti bertukar..
Kita harus siap hadapi semua...
Ikhlaskan segalanya..
Jalani semua yang ada...di dunia...


Apesal lagu ST12 ni macam menyindir aku? Fine.

Sejak balik dari posting Public Medicine pula, kulit aku menjadi tanned akibat terlalu lama berjemur. Bukan berjemur by the beach I wanna tan skin like Eva Mendez mom no no. Tanned sebab pergi survey masuk kampung, buat intervention program dan site visits. Bila tanned dia macam oily and yes pimples pon sebok nak growth. Macam buy 1 free 2 you know. I hate you.

Sudah 3 bulan MARA tak masukkan duit allowance sebab kitorang kan melakukan migrasi dari Bandung ke KL. So macam it takes quite sometimes to settle the bank document and all. Tapi seniors kata don't worrylah korang, nanti korang dapat duit tu setepek. Semalam aku cek balance (setelah membuat card baru di CIMB Taman Connaught), duit hanya masuk untuk 1 bulan je. Yang lagi 2 bulan tu memang misteri.


Tensen kepala wa


p/s: Kunci dah duplicate setelah berpusing-pusing kat KL macam orang gila dan sangat lucky sebab access card ada lebih. Sepatutnya konsep dia, dah hilang nasib kau la. Yes! keadaan dah jadi seperti sedia kala cuma kulit masih oily.

Thank you for reading this entry !