Assalamualaikum
Kita tak pernah diajar secara formal tentang ilmu kecantikan. I mean takde subject 'KECANTIKAN & TATA RIAS' di sekolah mahupun dalam peperiksaan SPM. Kalau ada pastilah aku yang akan duduk dekat barisan depan sekali sambil tekun menyalin nota haha! Disebabkan kekurangan ilmu di dada ini, maka kita seringkali membuat kesilapan ketika memilih warna makeup dan juga jenis cosmetics. Ok jangan nak tipu, korang mesti ada at least 2 -3 foundation sebab tersalah pilih warna jadi harus membeli yang baru kan?
Takpelah der, tak payah nak down sangat. Manusia memang sering melakukan kesilapan. Tapi don't worry lah sebab sepanjang Ramandhan ini, akan dianjurkan satu kelas UBAH IMEJ oleh beauty consultant Dya Romantika. Tahu tak Dya ni dah bergelar isteri dan ibu kepada seorang anak? Tapi beliau tetap gojes dan meletopzzz you!
Dya menawarkan kelas Ubah Imej yang meliputi Kecantikan/Penjagaan Wajah, Pemilihan Foundation & Penampilan dengan harga hanya RM55 seorang. Beb murah tu. Kira macam 3 in 1. Pastu tak rugi kalau you guys pergi sebab you pergi sekali je, tapi you praktikkan ilmu yang you pelajari selama berpuluh-puluh tahun. Bukankah ia menjimat kan? (Pening kepala aku sebab sebut you banyak sangat)
Kelas ini akan diadakan pada setiap hari Sabtu & Ahad sepanjang Ramadhan pada pukul 10pagi-2petang. Setiap class tu ada dalam 20 orang students. Ajak a member korang ramai-ramai pastu buat macam kelas tu korang yang punya haha! Korang register dulu and then Dya akan inform kelas korang hari apa. Ah tu korang pepandai bincang a dengan Dya.
Aku pon pernah pergi kelas Dya ni dulu, memang best! Dia ajar teknik cuci muka yang betul, cara remove make up yang betul etc. Ceh nampak sangat selama ni aku telah melakukan kesilapan yang tegar. Wuwuw kasihan kulit muka daku ='( Tapi itu cerita dululah. Sekarang aku dah power dek kerana ilmu yang aku dapat dari Dya ni. Kalau korang nak jadi power jugak, apa tunggu lagi, sila daftar dengan kadar pantas!
SILA DAFTAR DISINI
Dya sebagai MUA jemputan dalam majalah Dara.
Korang boleh baca dengan lebih lanjut di blog Dya. Jangan lupa untuk daftarkan diri anda =) Bukan senang nak jumpa kelas-kelas macam ni, orang dah bagi ilmu tu, just grab the chance. Spread the love ladies!
p/s: Ketika mengisi borang, untuk bahagian Introducer, sila isikan nama FL yer! Tq korang muahhh!
No comments:
Post a Comment