Monday, 21 June 2010

Dara.com Julai Issue

Hi assalamualaikum ;)

Dulukan aku pernah gembar-gemburkan kat korang sume kan yang aku gi photoshoot kat Karangkraf tok magazine Dara.com masa cuti sem hari tu kan kan. Ingat tak Ingat tak? Haa jadi hasilnya pun dah kuar kat Dara.com Julai issue.......... hehe boleh la ramai-ramai beli magazine ni ye kerana FATIN LIYANA SUPPORTS DARA.COM 100% ! Terima kasih banyak-banyak kat pihak Dara.com kerana sudi jadikan aku model dalam ruangan make over.. hehe tak layak la nak jadi covergirl.. pat jadi model pon da kira oraet sesangat tu ;)



Yang ni night make up sebab tu bekgraun die wane itam..pastu muka aku pon ala-ala ngantuk gitu..memang seswai la make up ni untuk waktu malam.....huaaaaargghh (menguap)....kalau tunjuk gambau ni kat baby yang dalam stroller mesti dia nangis terkinja-kinja sebab muka aku besa sgt....peno page.... kalau boleh bersambung ngan page sebelah..dah lame dah editor buat..




Ini pulak day make up so bekgraun die mcm pelbagai warna sket... korang pasan tak ini first tyme magazine Dara.com punya model tak senyum? hehe bese kan sume model senyum happy2 ceria sume kan ? Tengok muka aku ni...seductive giler...Kikiki keji giler aku membawa influence tak elok kepada remaja-remaja yang sedang meningkat tumbesarannya... maafkan daku..





2 full pages of me ;) Cari ye si muke besar ni kat ruangan Make over. Anyway, make up sponsored by Mac. bukan mcdonald mahupun donald duck ye!



Korang juga boleh jumpa aku di ruangan Klik-klik :) Page tu pasal inner syira yang semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini.... akulah yang paling gergasi kat situ... warna pon paling striking... kalau pakai camni and dok lam lecture hall..mesti jadi target lecturer... xmo xmo.. biasa aku pg klas pakai baju sama warna dengan kusi lecture hall...baru lecturer terkeliru sebentar hahahahahaha teknik penyamaran yang bagus bukan?



Selain Dara.com, aku juga memperagakan tudung Mawaddah Boutique. Tudung dia memang kelass, berkualiti dan sedap pakai ala-ala Ariani, Pearl Haya & etc. Jangan lupa singgah ye kat Mawaddah Boutique :) Poster atas ini akan dipublish kan kat Metroliv Julai edition. Metroliv ni pulak akan diedarkan di seluruh Seremban....aku harap..rakan-rakan yang dah lama lost contact ngan aku jangan tepon aku guna no tepon kat atas ye...sebab Mawaddah Boutique ni bukan aku punye...kang owner dia hobin blakang den camno...


Yang aku pasan kan, abg Midi yang merangkap photographer Mawaddah boutique ni die suke benau gambar aku yang expressionless. Macam gambar paling besar kat ats ni. Bagi aku sumpah tak cantik wuwuwuwuw sedih. Aku lagi suke expression muka aku mcm gambar kecik yang 1st tu. Ceria sikit. Tapi takpelah, different people different views kan. Kite tengok cantik die tengok tak cantik. Redho jelah yang muke tu yang sebenarnye tak cantik hehe. Banyak songeh tol la aku ni T_T.


Apepon, inilah my very first tyme shoot depan dslr. Sebelum ni tak penah langsung! Aku mmg takde experience langsung pose2 depan camera mahal ni, stakat tangkap gambar kampung2 ngan kawan biasa lahkan, itupon pakai camera phone je. So kiranya, masa aku balik cuti sebulan ritu lah, aku baru diexposekan dgn dunia photography ni..eceh.. banyak benda aku tak tau, posing2, face expression, smile with eyes, strong angle aku ape, weakness angle aku ape & so on lah. So disini aku mintak maaf banyak-banyak eh kalau korang tak suka tengok gambar-gambar aku, rasa meluat sebab aku stiff ke ape ke kan atau rasa macam 'alah dia ni takdela cntik mane pon' ... Saya budak baru belajar, masih banyak lagi yang saya masih taktau, insya-allah kalau diberi peluang lagi, saya akan cuba buat yang terbaik ! Teruskan beri sokongan kat saya ye, time kasih rakan2!



p/s : bende2 mcm ni mmg ada sentimental value. at least ada bahan nak belagak kat cucu-cicit nanti. baru engko tau nenek ko ni stylo mase mude2. haha

Thank you for reading this entry !

Thursday, 17 June 2010

Edisi Jom ikot saya pergi sekolah !

Hi assalamualaikum people !
Adekah sihat semuanya? Yeah yeah. Hari ini I nak bawak anda semua pergi sekolah I! Seperti yang anda dah sedia maklum, I kan study dekat School Of Medicine, Padjadjaran University. Gempak seh name course nagn U kau, siap de school school bagai. Padahal orang kat sini panggil "FK UNPAD" jeh. FK= Fakultas Kedokteran, UNPAD= Universitas Padjadjaran. hahaha aku saje je tulih english baru nampak hebat bergaya unggul tiada tandingan :)


Hi ! Itu I la tu. Hari ini I pakai shawl arab. Sebab tu muka I besar macam roti arab hiks ! I sampai pukul 8.55pagi, kelas lab akan bermula jam 9 pagi. Tidak boleh lewat ye kawan2! (padahal selalu je.....)



Camera zoom pliz ! Yeah kita sudah berada di lab ye. Kejap lagi azab nurakka akan tiba. Mampos semalam study anatomy pasal circulation tak habis. Kalau kena tanya memang masak aku ni. Harus tundukkan muka dan port paling ujung supaya tak kena panggil haha!



Inilah keadaan lab yang hiruk pikuk peacock cocktail $^&*%$# ! Blaja organ dalaman manusia kat lab samo bising eh ngan boli organ dalaman ayam kek pasar bosa somban tu ha.



Ok camera zoom balik cepat2. Oh hiii !! (suara excited). Nasib I baik hari ini sebab tak kena panggil dengan doctor anatomy tadi. I berjanji akan blaja anatomy bersungguh2 sebaik saja tiba dirumah nanti (azam rutin) hiks. Sekarang doctor histology sudah masuk. I love histo!



Sebelum tu I nak tunjuk yang I ada beli pencil case baru! Merah you :) Ha keychain parachute tu ema bagi kat I sebab ada tulis 'Honey'. ala honey koyuki kan name glemer I hiks (gelak gedix).



Jom jom tengok microscope! Hari ni kita nak observe artery & vein ye kawan-kawan. Artery & vein tu salur darah kita. Sekarang ni I nak observe cell-cell kat salur darah kita ni manela tau kan ada cellphone ke seashell ke kan. Kelass you! (ape hal lak kelas ni?)



Lepas you all da observe, kenala lukis & label kan. Barulah penuh lab manual you all nanti~! Jangan nakal-nakal tau you all hikhik~~(bodo)



Camera cepat zoom zoom!! Haaaaa da puas blaja anatomy & histology tak you all hehe? Skang jam da pukul 1130 I nak bawak korang g lunch kat Starbucks. Kelassss tak mak??? Ok tipu, jom pegi makan kat kantin.



I ni kan melayu tulenssss I tak boleh lunch tak makan nasik tau~ Inilah menu favorite I, Chicken Teriyaki Bento. Makanan Jepun seh walaupun duk indon! harge rp9000 = rm4. Kadang-kadang I makan Nasi Rames. Yang tu macam nasi campur brand indon tapi lauk dia macam suprise sikit sebab korang takkan tau lauk apa yang dorang serve rini. Bia I belakon jap eh ;)

atin: ema hari ni lauk apa ye nasi rames tu?
membuka kotak nasi rames..
ema: wah hari ni lauk daging dengdengdongguangdongngapainlolojgnmcm2samague!
atin: wah suprisenye!

suprisekan kalo makan nasi rames? T_T mcm main tikam.

Okaylah you all, perot I pon dah penuh, sua I da sempit, I nak pergi surau ni bukak button sua hahahahaha lepas tu I nak smyg. Kat sini zuhur masuk pukul 1145 tau. Jap lagi kol 1 ada tutorial pulak ! 3jam you all tau tak! Memang dibuai mimpi indah la jawabnye hiks :)


p/s: Thank u sbb sudi bace, sudi comment, sudi follow, sudi msg shoutbox I & sudi berkawan dengan I :).

Thank you for reading this entry !

Monday, 14 June 2010

Petite Cheesecake & Birthday

Hi assalamualaikum !

Hey hey kemarin iaitu 12June adalah birthday aku yang ke 21 ;) ngeh ngeh aku telah celebrate birthday di Jakarta dengan apis & da family. Jadi setelah berfikir secara rasional dan berlandaskan keimanan, aku bercadang untuk tangguhkan niat murni pasal entry tu sebab gambar best2 sume ada kat camera die. Nanti aku mintak lah kat dia ek. Selagi dia tak bagi gamba2 tu selagi tu aku xmo update blog. So kalo nak aku update dengan cepat, pergila pakse encik apis supaya bagi gamba tu kat aku dalam kiraan 1098766474382932329. Smart en cara aku mengugut :)?

Tapi hari ni aku nak cerita pasal benda lain, sebelom aku pergi Jakarta, sebenanrnya, member aku yang merangkap senior aku telah mengajak aku ke bandung untuk celebrate birthday aku secara kecil-kecilan. Dia cakap, kat bandung ada 1 kedai kek ni yang dia punya kek memang mantap sampai bila kau makan kau akan menangis tak tentu hala dek kerana kesedapannya yang amat melampau. Tapi dia jual cheesecake je. Lain-lain tak jual. Aku pon terpengaruh lalu bersetuju.


Itu dia~ CIZZ cheesecake & friends! Yang aku tak puas hati tu, pehal lak friends? Ape dia jual kawan-kawan ke kat kedai ni ha? Aku tak nampak sebab kenape nak ade pekataan friends kat situ. Aku emosi lah dengan depa2 yang tak pandai menggunakan kosa kata dengan betul ni.





Comel gilerrr cake dia! Mostly depa juai shortcake ja. Shortcake ja pon da mahai. Kalau juai longcake memang conpem la nangis ang nak bayaq satgi.





Sedapnyee weyh. Yang belah kiri tu is 3 layer mousse cheesecake & yang kanan tu rasberry cheesecake! Memang sedap tapi aku takdalah menangis, aku lek saja makan sambil baca msg kat henfon. Betapa terelnye aku mengawal keadaan. smart seyh. Tq senior!




Lepas tu main bowling kat Dago Plaza. Semenjak bowling tournament dengan Aidil / Zaquan dulu, konfiden level cam dah meningkat plak. Takde pon ketaq bila orang ajaq pi men bowling. Peningkatan dalam kehidupan............kene tipon mak ni, bagitau berite baik (-_-)




Lepas tu naik angkot untuk pergi ke FactoryOutlet, cari adiah birthday encik apis.




Lepas da belikan hadiah untuk apis, pergi mencari brownies untuk family dia pula. Nak datang umah orang kena la belikan sesuatu kan. Mak aku slalu pesan. 'Kalau datang umah orang, jangan mengingai je, beli la pape bagi kat tuan ghumah sket, jangan kasi malu mak engkau'




Selepas membeli-belah, terasa lapar dan dinner di family restaurant Rice-Bowl, Bandung Indah Plaza. Sedap seyh makanan engkau masak ni chef. Aku makan memang banyak, 1 sebab sedap 2 sebab kitorang tong-tong bayau. Rugi a makan sikit, bayau same rate. Ye tak?? hahaha student camnilah.... kene berjimat cermat :). Klah tenkiu kat senior sebab celebrate bday gwa in advance. Have a nice day peopleeeeeeee.
Thank you for reading this entry !

Saturday, 5 June 2010

Edisi mari melihat muka saya tanpa make-up. Wah innocent sungguh!

Assalamualaikum !

Wah tajuk nak gempak je kan. Teehee.. Gedix giler dow gelak camni T_T. Anyway, bagaimanakah rupa aku tanpa sebarang make up langsung di muka termasuklah whatever contact lens jadah. Soalan nak macam bagus je, bajet orang kesah muka kau camne wahahaha. Ok enuff people enuff.



Begini ! Wahaha baik kan baik kan. Memang aku dilahirkan dengan muka yang amat innocent, sampai ada orang kata muka aku ni macam muka manusia yang selalu ditindas. Tak sudah ngan tu, dorang siap bahan aku lagi kata aku ada mata yang kesian. Bila tengok muka aku je, rasa macam nak sedekah sebab kesian sangat (-_-). fine people fine ! No wonderla masa sekolah dulu, bila students kena kutip derma Jogathon, aku antara student yang selalu dapat kutipan derma terbanyak. kehkeh




Ha tengok ni. Pakai CONTACT LENS CAP INDON & EYELINER telah merubah segalanya :')




Ramai yang bertanya aku pakai eyeliner apa, contact lens apa jenis yang besaukan mata ke, julingkan mata ke eh tak tak. Aku kai CONTACT LENS STANDARD SIZE CAP INDON. Pastu aku pakai foundation brand apa. Let me tell you something, i dont wear foundation at all hehe. Tapi i memang emphasize kat sunblock sebab people with fair skin tend to get skin cancer more easily. I pakai 2 types of sunblock. CLINELLE & TIA AMELIA. Lepas tu thin layer of COMPACT POWDER CAP INDON atau kalo nak full coverage kadang-kadang pakai LOREAL TRUE MATCH MINERAL MAKE-UP. Apply eyeliner CRAYON IN-2-IT, pakai LIPSTICK CAP INDON & ETUDE HOUSE'S LIP PLUMPER. Kalau korang tanya i pakai skin care apa, I tak stick to one brand. For the time being i pakai campo2 antara Clinelle, SK2, Mentholatum & Tia Amelia. OK ok ok ok? Harap menjawab soalan-soalan yang korang utarakan before ni! hee apepon sume tu tak penting. I just cant live without my EYELINEERRRRRRRR !!!! :) bye!


Thank you for reading this entry !

Thursday, 3 June 2010

Happy Thurs y'all !

Assalamualikum.
Today is thursday & i got no class for today! yay for me yay for me. But as usual, Im not gonna spend my lovely day-off outside. I prefer to be a lazy potato-couch at home. Bahagia kau taw tak bila dapat bersenang lenang kat rumah berguling guling di atas katil walaupun katil single je!



Yes yes yes! I just can't take my eyes away from that LCD. Im staring at her, she's staring at me when eventually we are the freaky same person dude! mak aih self-obsession takleh belah..rase nak tampa je pipi sendiri!


Use your goddamn brain to figure out what my drawing is all about. Hint: What is the song sang by Irwanshah & Acha Sepriatasa? Answer : a. my heart b. my hump c. maya karin .Another Hint : after you got the answer, then do a cross section & view from above. You'll get the same picture just like mine.


I spent the whole day reading ! Seriously it was tough to tune your body & motivate yourself to continue reading as if you were reading one of the most coolest novel on earth. Walaupun spent the whole day reading, but bukan la whole day sangat sebab baca sikit pastu tido bace sikit on9 bace sikit makan, tak ke it took u one whole day haha. Ok i nak cite sket sal headgear kat u all. bukan gear kete manual tu taw. u alls ni....(kenapa all mesti kene ade 's' lg?) dem.



Tengok inner syria yang I pakai tu. yang merah biru tu comel kan? kan ? nampak macam striking tapi kalau pandai match dengan outfit sume pasti gorgeous tau :)



Kalau korang perasan, shawl heart heart ni memang trend remaja masa kini. ingat najahtul je ade, i pon ade la (tetibe terase offended haha) cube compare gambar yang ini dengan gambar atas tadi. same kan kan hee....memang seswai la sebab I pon sekarang tgh belaja pasal system jantung..bila pakai shawl ni I rasa macam I ada persefahaman dengan jantung sendiri awwww......@S$EDR%%RRFD##%$^$&*!



Ha 1 lagi yang meletopz di pasaran is tudung syria lycra pelbagai layer. Rasenye kalau kementerian kesihatan buat pemeriksaan kesihatan dari rumah ke rumah di seluruh Malaysia, mesti akan nampak tudung syria yang gojes ni bergantungan di ampaian. At least 1 rumah 1 la kan hehe...so kepada u alls yang takde lagi tudung ni cepat2 la beli..tudung ni bukan saje senang nak pakai, senang nak campak, senang tak payah gosok, pokoknye sume senang tau hehe..


Kalau korang memang follow trend-trend tudung & shawl masa kini & nak yang latest collection punye dengan harga yang berpatutan boleh try usha this link. Memang best u all!!! Headgear yang I pakai kat atas ni sume collection dari blogshop ni tau. Happy Shopping !

www.sayapunyashawl.blogspot.com

Thank you for reading this entry !

Wednesday, 2 June 2010

Of Mawaddah Boutique & Satay Tulang

hi assalamualikum !


Walaupun sudah hari ke-5 di Bandung kota bunga tercinta, namun hati masih tertinggal di malaysia. Mana tidaknya, kalau kat mesia memang hari-hari berjalan buat aktiviti semberono tidak mengenal batasan, poket sentiasa penuh yelah sebab dapat kawan-kawan yang suka belanja, jadi hanya perlu pakai baju cantik-cantik & bawa camera untuk snap-snap saje tatkala bersiar-siar :p oh ya sebenarnya nak cakap ni, kan hari tu saya punya flight ke bandung hari sabtu kan, tetiba pada hari jumaat tu ada abrupt photoshoot dengan Mawaddah Boutique. Mawaddah Boutique ni jual tudung-tudung berquality no 1 tau,memang cantik tebabom. Sedangkan saya tidak membawa baju atau dress2 yang stunning dari bandung untuk diphotoshoot :')




Selain dari photoshoot banyak aktiviti lain yang mahu dibuat pada hari itu, maka telah membawa PA terhandal iaitu Najahtul Iylia! Dia bukan saja mengoffer Kia Picanto untuk membawa saya kehulu kehilir, malah dia juga telah menjadi driver tunggal yang bukan main jitu :)


Lokasi pertama : Seremban Parade. Tujuan : Mencari baju sebab nanti najahtul jadi pengapit untuk wedding kaknis :) Saya juga telah tersalah tujuan dengan membeli sehelai baju kurung tapi takde kain. Saya beli baju je sebab kalau beli kain sekali dia jadi mahal. Ok anda mesti rasa saya seorang manusia pelik yang berkira tak mahu beli kain baju kurung haha!



Kemudian photographer minouri shirota dari wangsa maju sms, katenye nak jumpe sebab nak bagi gambar untuk photoshoot ritu. Ala ingat tak photoshoot yang pakai baju kurung merah ngan gita poyo tu haha malu pulak.



Lokasi kedua : McD Senawang. Tujuan : Mengambil soft copy gambar-gambar photoshoot dari photographer Minouri Shirota. Shirota ni bawak member dia nama dia Eba. Mereka nak pergi shoot ade wedding kat kuala pilah. Eba ada snap2 gambar saya & iya di Mcd. Tapi macbook saya degil dia tak boleh detect camera Eba so gambar takleh transfer :(


Lunch dekat McD ohh heavennye fries Mcd i loike i loike :). Lepas bid the photographers bye bye, kami singgah di Pearl Haya Boutique untuk amek tudung yang mak Iya tempah. Saya pon selambe tumpang semayang kat situ hehe. Tumpang semayang je la nak beli tak mampu mahal bukan main kepalang kaw.



Lokasi ketiga : Mawaddah Boutique Seremban 2. Tujuan : Berjumpa dengan pengurus butik Pn NorulHuda & Photographer En Hamidi Izwan yang merangkap suami Pn NorulHuda. Namun nasib tidak berapa nak baik, hari hujan, jadi harus tunggu sementara hujan reda.



Pegang compact powder macam pegang I-phone tak? hehe sementara tunggu hujan berenti, make-up dulu & curi-curi online update FB :)



Lokasi keempat : Uptown avenue Seremban 2. Tujuan: Outdoor photoshoot tapi sebab available lights tak berapa nak lawa, pastu macam dah petang, kreativiti macam terbatas sikit. Tapi seronok! Ada 2 org photographer masa ni, kak ainnur hidayah & abg hamidi. terime kasih sebab bagi saya tunjuk ajar!


Bersama pengurus Mawaddah Boutique, Pn NorulHuda, walaupun demam tapi masih melayan saya dengan baik :) Terima kasih sebab bagi tudung free!



Terima kasih En Hamidi Izwan the photographer sebab beri saya peluang pose pose depan camera anda walaupun saya ni budak baru belajar hehe..maaf ye kalau gambar banyak tak cantik..muka saya tak photogenic la huhu~



Lokasi kelima : Restoran Adinda, Taipan Senawang. Tujuan : Membaham satay tulang tiada batasan. Sebenarnye Iya ni bukan main bising lagi dok kate nak makan satay tulang la nasi arab damsyik la sebab benda alah ni macam femes lately ni kat semban. Ibarat macam kalau tak makan bende ni mmg tak up-to-date a.k.a loser la korang haha! Tapi sebab nasi arab damsyik peno, so kitorang pon pegi makan Satay Tulang. Satay Tulang ni ayam & sangat besa! Namun untuk si pemakai gigi besi macam saya ni mmg susahla nak makan kan. Sedap boleh tahan. tapi harus order satay biasa jugak sebab tak kenyang la makan tulang haha....



Kami makan bertiga actually, dengan tomok aka ejam. Dia ni men bola tok n9 macam biaselah kan haha..terima kasih sebab belanja kami badak 2 eko yang suke makan ni! As a conclusion, hari itu sangat best! Terima kasih untuk semua pihak yang telah menyumbang tenaga, wang, kenderaan, camera, tudung, & bermacam-macam kepada saya. Jasamu tetap akan gwa kenang.


Thank you for reading this entry !