hi assalamualikum !
Walaupun sudah hari ke-5 di Bandung kota bunga tercinta, namun hati masih tertinggal di malaysia. Mana tidaknya, kalau kat mesia memang hari-hari berjalan buat aktiviti semberono tidak mengenal batasan, poket sentiasa penuh yelah sebab dapat kawan-kawan yang suka belanja, jadi hanya perlu pakai baju cantik-cantik & bawa camera untuk snap-snap saje tatkala bersiar-siar :p oh ya sebenarnya nak cakap ni, kan hari tu saya punya flight ke bandung hari sabtu kan, tetiba pada hari jumaat tu ada abrupt photoshoot dengan Mawaddah Boutique. Mawaddah Boutique ni jual tudung-tudung berquality no 1 tau,memang cantik tebabom. Sedangkan saya tidak membawa baju atau dress2 yang stunning dari bandung untuk diphotoshoot :')
Lokasi pertama : Seremban Parade. Tujuan : Mencari baju sebab nanti najahtul jadi pengapit untuk wedding kaknis :) Saya juga telah tersalah tujuan dengan membeli sehelai baju kurung tapi takde kain. Saya beli baju je sebab kalau beli kain sekali dia jadi mahal. Ok anda mesti rasa saya seorang manusia pelik yang berkira tak mahu beli kain baju kurung haha!
Kemudian photographer minouri shirota dari wangsa maju sms, katenye nak jumpe sebab nak bagi gambar untuk photoshoot ritu. Ala ingat tak photoshoot yang pakai baju kurung merah ngan gita poyo tu haha malu pulak.
Lokasi kedua : McD Senawang. Tujuan : Mengambil soft copy gambar-gambar photoshoot dari photographer Minouri Shirota. Shirota ni bawak member dia nama dia Eba. Mereka nak pergi shoot ade wedding kat kuala pilah. Eba ada snap2 gambar saya & iya di Mcd. Tapi macbook saya degil dia tak boleh detect camera Eba so gambar takleh transfer :(
Lunch dekat McD ohh heavennye fries Mcd i loike i loike :). Lepas bid the photographers bye bye, kami singgah di Pearl Haya Boutique untuk amek tudung yang mak Iya tempah. Saya pon selambe tumpang semayang kat situ hehe. Tumpang semayang je la nak beli tak mampu mahal bukan main kepalang kaw.
Lokasi ketiga : Mawaddah Boutique Seremban 2. Tujuan : Berjumpa dengan pengurus butik Pn NorulHuda & Photographer En Hamidi Izwan yang merangkap suami Pn NorulHuda. Namun nasib tidak berapa nak baik, hari hujan, jadi harus tunggu sementara hujan reda.
Pegang compact powder macam pegang I-phone tak? hehe sementara tunggu hujan berenti, make-up dulu & curi-curi online update FB :)
Lokasi keempat : Uptown avenue Seremban 2. Tujuan: Outdoor photoshoot tapi sebab available lights tak berapa nak lawa, pastu macam dah petang, kreativiti macam terbatas sikit. Tapi seronok! Ada 2 org photographer masa ni, kak ainnur hidayah & abg hamidi. terime kasih sebab bagi saya tunjuk ajar!
Bersama pengurus Mawaddah Boutique, Pn NorulHuda, walaupun demam tapi masih melayan saya dengan baik :) Terima kasih sebab bagi tudung free!
Terima kasih En Hamidi Izwan the photographer sebab beri saya peluang pose pose depan camera anda walaupun saya ni budak baru belajar hehe..maaf ye kalau gambar banyak tak cantik..muka saya tak photogenic la huhu~
Lokasi kelima : Restoran Adinda, Taipan Senawang. Tujuan : Membaham satay tulang tiada batasan. Sebenarnye Iya ni bukan main bising lagi dok kate nak makan satay tulang la nasi arab damsyik la sebab benda alah ni macam femes lately ni kat semban. Ibarat macam kalau tak makan bende ni mmg tak up-to-date a.k.a loser la korang haha! Tapi sebab nasi arab damsyik peno, so kitorang pon pegi makan Satay Tulang. Satay Tulang ni ayam & sangat besa! Namun untuk si pemakai gigi besi macam saya ni mmg susahla nak makan kan. Sedap boleh tahan. tapi harus order satay biasa jugak sebab tak kenyang la makan tulang haha....
Kami makan bertiga actually, dengan tomok aka ejam. Dia ni men bola tok n9 macam biaselah kan haha..terima kasih sebab belanja kami badak 2 eko yang suke makan ni! As a conclusion, hari itu sangat best! Terima kasih untuk semua pihak yang telah menyumbang tenaga, wang, kenderaan, camera, tudung, & bermacam-macam kepada saya. Jasamu tetap akan gwa kenang.
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment