Hi
Entri kali ni mmg tidak bermakna langsung. Jika anda mendambakan hidup yang tidak bermakna sila teruskan membaca :')
Pada suatu petang yang hening, setelah bgn dri tidur petang, cik Strawberry berasa berkobar2 untuk menelaah pelajaran. did i just say 'menelaah'? wee
Cik Strawberry telah mencatatkan target apa yang nak ditelaahkan diatas white board yang berharge rm5. List itu sungguh panjang.
Die telah membuat nescafe ice 1/2 tumbler, menyediakan air yassin & makanan ringan untuk dijamah ketika study nanti. Cik Strawberry juga telah mengeluarkan nota2 serta buku2 rujukan yang tebal lagi berat sehingga menambahkan otot2 di tangan yang keding itu. Tak lupe juga telah membuat playlist lagu Jay Chou di Tingkap Pemain Media (Windows Media Player) supaya proses pembelajaran dapat berjalan dengan efektif dan proaktif.
Cik Strawberry telah memastikan bahawa katilnya tidak kosong a.k.a dipenuhi kertas2 dan buku2 supaya keinginannya untuk tidur kembali terbantut disebabkan oleh kemalasannya untuk meremovekan bende2 tersebut dari katil. Psychology memaenkan peranan yang penting disini.
Tetapi cik Strawberry terlupa untuk menyorokkan majalah hiburan seperti Go Girl dan Cosmo Girl di dalam almari !!! Akibatnya...die telah lalai sehingga mood studynya hilang. Cik Strawberry akhirnya telah tertido buat kali ke 2 setelah penat menghabiskan 3 volume majalah tersebut (gambar tido dilakonkan kembali)
p/s: cik strawberry i hate you :(
No comments:
Post a Comment