Wednesday, 23 March 2011

My Dream Guy.

Assalamualaikum =)


Kadang-kadang ramai orang suka bertanya soalan-soalan am seperti 'Apa ciri-ciri lelaki idaman anda?' Jawapan yang diberikan selalunya cliche ataupun bergantung kepada siapa idola anda time tu. Contoh jawapan cliche adalah seperti ini. Lelaki idaman saya mestilah beriman, encem & kaya. Beriman mesti disebut dulu sebelum ciri-ciri yang lain-lain supaya kelihatan islamik dan tidak nampak terlalu mementingkan harta. LOL! Jawapan mengikut idola pula adalah seperti ini. Saya harap lelaki idaman saya bermuka sweet ala-ala Korea, tinggi, berkulit putih, berambut pacak dan pandai menari mengikut rentak lagu SuJu Sorry,sorry. Obviously girlfriend you are talking about Choi Si-Won of SuJu!

In case kalau korang pernah bertanya, Dear FL, can you describe your dream guy?

Yeah sure, hari ni aku akan describe more or less about my dream guy. Kalau korang terasa macam sungguh unrealistic ini pompuan punya demand, just chill la. Dah kata pon dream guy. Of course la in my dream je kan hahaha. Aku bebas menggunakan kuasa imiginasi aku tanpa batasan. Ok takdelah tanpa batasan. Still berlandaskan syariat islam (jawapan selamat) haha! Nak cari yang boto-boto punyo kek dunio yang fana ni bolum tontu laei dapek. Takpolah, dalam mimpi pon bulih yo...

letscekidautyaw! ( tak ikut susunan tau )


1# A Man in suit
Blazer pengawas aku tak mahu. I want a good-looking guy with a hot smoking body in a fine, expensive suit! Eh apesal aku rasa macam aku tengah cakap pasal Beckham? Bias betul aku ni. Well aku sangat suka tengok lelaki in suit. Serious rasa macam segak giler, rasa macam nak pergi dekat and whisper OMAIGOD YOU LOOK SO HAWT WOULD YOU DANCE WITH ME BUT I DONT KNOW TANGO, LETS JUST DO THE GHETTO STYLE OR ZAPIN =') Tapi most of the time, a suited guy looks good only if he's tall & has a toned body.



2# A Man who goes jogging
Kalau lelaki tu bangun awal pagi untuk pergi jogging, dari situ pon korang boleh tau yang dia seorang yang berprinsip & berdisplin. Ok mungkinlah dia bukan ketua pengawas masa sekolah dulu tapi ada je librarian ataupun KRS yang berdisplin ok apa aku cakap ni asal aku kaitkan organisasi sekolah dengan dream guy aku? Duh. Tapi betul la, lelaki yang pergi jogging buat aku rasa hormat kat dia. Lagipun, aku sangat suka lelaki yang jaga kesihatan. Oh comelnya pergi dating kat watson sama-sama sebab nak cari multivitamin!



3# A Man who does the groceries.
Ini adalah ciri-ciri yang impress me the most! Like seriously, aku sangat sangat sangat sangat in love dengan lelaki yang tak kisah buat kerja perempuan. I mean macam pergi beli groceries sama-sama, dia yang tolak trolley, dia yang pilih toilet paper, dia yang amek telur berapa bijik, dia yang timbang cili padi berapa gram....owww sweetnya!

Nak nak dia buat suprise prepare dinner ke, tolong potong bawang ke. Memang you got a yes la from me. Sebab aku tengok, kebanyakan orang putih je ada ciri-ciri ni sebab diorang rasa lelaki dengan perempuan tu equal. Kalau kat komuniti kita ni ada jugak lelaki macam ni, bukan takde, tapi kuranglah sebab culture kita tak macam tu. Culture kita kan lebih kepada menghormati/menyanjungi suami. Kalau boleh suami tu tak payah buat apa-apa. That's why dari pergi pasar, ke tesco, memasak di dapur, jaga anak semua kita bagi kat perempuan. Padahal wife pon pergi keje. Sama je. Lagipun kalau suami tu lebih-lebih menolong isteri nanti orang dok mengumpat cakap yang dia tu asek dengar cakap bini. Typical meleis -___-



4# A Man who cleanses his face.
Aku suka tengok lelaki yang ada kulit yang bersih. Tak perlulah glowing, putih melepak, takde scar langsung itu dah melampau. Aku sebagai perempuan pulak yang malu bila jalan sebelah kau. Aku just suka je lelaki yang cuci muka bersih-bersih, tak kasi ada jerawat hehe. Bukan senang nak cari lelaki macam ni sebab kebanyakkannya ego takmo cuci muka.

Ok ni satu lagi pahaman pelik puak lelaki. No offence kay, aku just curious ja. Sesetengah lelaki, diorang rasa perbuatan mencuci muka dengan pencuci muka adalah soo gay. Kerana mereka rasa mereka adalah lelaki sejati yang kental, maka perbuatan mencuci muka dianggap mencalar maruah seorang lelaki.

Well tak kisah la, kalau muka encik licin macam tauhu jepun walaupun tidak menggunakan pencuci muka. Ni kadang-kadang lepas bersukan, muka ada acne, tapi masih berkeras takmo pakai. Like why so serious? Siapa yang menyebarkan pahaman sesat ni, ayahpin ke? geramnya aku.

Skin is the largest single organ which cover your head & your body. Kalau korang mandi pakai sabun sebab nak bersihkan badan, kenapa ada exception kat muka pulak? Kenapa tak boleh pakai pencuci muka untuk bersihkan muka? Muka pon kulit jugak. Kenapa korang diskriminasi dekat muka kenapa kenapa? Be fair. Kalau takmo pakai pencuci muka then tak payah pakai sabun jugak bila mandi.




5# A Man who holds his child
Needless to say, a man looks like a true hero to me if he holds the baby on one side and hold his wife's hand on the other side. Aku rasa la kan, lelaki nampak lagi 'lelaki' kalau dia buat benda-benda macam ni sebab it shows us his soft-spot. Which I find it very lovely indeed =')




6# A Man who can lead the prayer.
Ni aku bukan nak tunjuk islamik tapi siryeslah aku mahukan seorang lelaki yang boleh menjadi imam kepada aku dan anak-anak bila kitorang semayang berjemaah nanti. Baca yassin sama-sama setiap malam jumaat. Tolong ingatkan aku supaya jangan lewat-lewatkan solat (sila nyanyi lagu Ana Raffali). Siryes rasa macam confident jer boleh masuk syurga kalau ini macam teehee. Lagipun korang tak rasa awkward ke kalau the head of the family himself can't lead the prayer?



Well thats all from me. No offence okay lelaki-lelaki out there :) Jangan nak butthurt laju-laju sangat. I was just being random. Tak ada istilah betul atau salah dalam memberi pendapat masing-masing. Beauty is in the eye of the beholder. Apa yang aku nampak cantik mungkin kau tengok tak cantik. Jadi belajarlah terima pendapat orang lain. Jangan rage bila orang tu tak sama pendapat dengan kita. Chill man, chill hehe. Padahal korang chill je, aku yang gelabah lebih. Oklah bye.


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment