Assalamualaikum =)
Nak update laju-laju sebab tengah study sebenarnya, esok ada paper at 8 hehe. Actually, 1 minggu sebelum exam hari tu, my dad ada call and said 'Adik hari sabtu ni ayah datang dengan ibu ok, saja nak tengok adik'. Masa diorang call tu hari selasa tak silap. Pastu I was like, Oh ok ok sure, nanti I'll pick you at the airport.
So on that day, aku bangun awal gila, siap boleh basuh kereta kau. Nak jemput parents kan, nama baik kena jaga. Tuhan saja yang tahu keadaan kereta aku macam mana. Macam baru lepas kena gempa bumi pon ada. Aku geleng-geleng kepala merenung keadaan kereta aku. Cepat-cepat aku amek sabun lifebuoy dan baldi.
Lepas dah basuh dan shining tahap maksima, aku masih tak berpuas hati. Aku masuk dalam rumah dan cari sesuatu yang wangi. Hmm mana la aku letak aku punya air freshener ni. Aku ingat nak sembur kereta aku guna minyak wangi tiruan yang aku beli kat Jatos itu hari. Tapi walaupun tiruan, rasa macam sayanglah pulak. Kedekut jugak aku ni, bisik hati kecil aku. Actually, hati tak kecil. Hati is the largest gland & the second largest organ in our body. Aku pon tak tau kenapa orang cakap hati kecil.
......... Akhirnya aku jumpa jugak air freshener perisa green apple dalam kotak longgokan kertas-kertas LI semester lepas. Tanpa rasa ragu, aku bukak pintu kereta dan spray dengan rakus. 3 minit lepas tu, aku tersenyum puas. Wangi gila kereta aku. Ni parents aku kalau naik ni mesti depa tak mau turun kereta, silap-silap depa nak bermalam dalam ni. Hiks aku gelak comel tapi tak comel sangat pon.
So aku pon geraklah ke airport seorang diri. Perjalanan mengambil masa kurang lebih 1 jam. Naik pening jugaklah kepala aku sebab pergi spray pewangi tu banyak sangat. Tula, padan muka aku. Tapi aku buat rilex jer la, malas nak mengungkit perkara lama. Aku masukkan CD Exist yang aku beli kat mesia itu hari dan bukak volume 18. Pehhh kalau pasang lagu Akon ni mau orang ingat aku tengah berclubbing dalam kereta. Sedar tak sedar, 1 jam jugak aku dah tangkap leleh...
Aku pon sampai kat airport dan cari parking. Yes, parking belambak! Lepas parking masuk dalam kotak aku turun and cari sign International Arrivals. Tunggu dalam 30 minit and then tiba-tiba aku ternampak seorang lelaki berumur dalam 50an, berkulit cerah & yang paling penting muka dia macam aku. Aku pon peliklah kan..ada pulak orang indon muka macam aku? ............ Eh ayah aku rupanya, patutla muka sama
Selepas cium tangan & pipi ayah & ibu aku, aku tolong bawak lunggage dan lead diorang ke kereta. Diorang nampak sihat, gembira aku hihi. Dalam kereta, aku baru nak start engine, sekali ayah aku pass sesuatu kat aku. 'Nah ini untuk adik'. Tak jadi aku start engine. Aku amek 'sesuatu' itu dengan pantas sebab aku ni kan jenis tak sabar punya orang. Uiiihhhhhh the latest Ipod touch! Tersentak jantung aku masa tu. Tapi aku tau jantung aku takkan ada friction yang berlebihan sebab ada pericardial layer yang meliputinya. Ah sudah, anatomi lagi.
Suka giler aku dapat Ipod touch sebab aku jarang ada gadget-gadget macam ni. Kalau ada pon, pasti aku beli pakai duit sendiri. Tersenyum lebar aku dan mulut aku tak henti-henti ucap thank you ayah i love you muah muah! Lepas tu aku rasa panas gila. Oh patutlah aku lupa nak start engine. Padanlah muka mak aku merah. Ingat dia baru balik facial, rupanya panas haha!
Comel tak? Siap ada engraving lagi. Terharu sebab ayah saya sangat romantik =')
Bershopping sakan dengan ibu =)
I feel so blessed kerana dikurniakan parents yang sangat-sangat tak berkira dengan anak-anak. Sanggup ayah & ibu datang bandung semata-mata nak hantar Ipod supaya aku tak stress sangat time exam ='). Tapi aku pulak yang stress sebab asek maen Ipod jer. Yelah dah abang aku tu pegi downloadkan game banyak-banyak siapa suruh...(sebenarnya aku yang suruh).
Aku ingat lagi, aku pernah cakap yang aku rindu nak makan rendang yang ibu masak. Yup, ibu aku comel gila dia datang bawak rendang ayam & nasi impit untuk aku. Ayah & Ibu aku walaupun busy tapi kalau ada kesempatan diorang cuba juga untuk penuhi permintaan anak-anak. Kadang-kadang aku rasa sedih sebab aku ni suka sangat object apa yang diorang cakap. Aku tak taulah darah muda ke raging of hormone ke apa. Tapi aku tak pernah lupa nak doakan diorang dalam solatku...jasa diorang kat aku...amatlah besar..tak ternilai ya Allah. Aku harap aku boleh jadi anak yang baik. Aku juga harap aku dapat memberi manfaat kepada diorang.....kalau bukan sekarang, in future.......insyaallah
No comments:
Post a Comment