Assalamualaikum
Aku kan selalu tau dapat soalan kat FS yang berkenaan dengan make up. Antara soalan yang mencuri perhatian aku yang tak berapa suka bagi perhatian masa cekgu ngajar adalah
'Mesti penat jadi you ni, sebab you tak boleh idop tanpa make up kan?'
(ayat diolah semula agar hadirin sekalian dapat menghayati intipati kandungan ayat ini)
Teeetttttt. Der der der leklu der. Leklu. Wa bukan rcw, jauh sekali sitinurhaliza. Wa ni FL jerr. FL dok bandung je kot. Bukan bandung sangat la, kat pekan kecik nama jatinangor. Hari-hari wa g kedai nek moto je pon. Paling wa nek kete a kalau pegi kelas sebab nak hangkut si farah & ema skali.
Jatinangor apa ada. Hari-hari wa makan makanan dorongan tepi jalan je. Murah. Walaupun dah dinasihatkan banyak kali oleh pihak Mara supaya jangan makan tepi jalan sebab nanti kena diarrhea, hepatitis dan sebagainya tapi wa buat tak endah je. Sebenarnya wa cuak jugak tapi apalah sangat pilihan yang wa ada kan. Tapi wa hepi kat sini.
Hari-hari wa pakai selekeh je. Pa'kal je takleh pakai sipa jepun gi kelas, kalau tak memang haus a tapak sipa jepun wa sebab kegunaan tahap maksima. Bak kate orang melayu 'Alah membeli menang memakai'. Kadang-kadang wa pakai baju tido jer pegi kelas. Tapi wa pakai dengan cardigan la kan. Shawl2 jadah ni suma memang wa malas nak sentuh. Wa pakai syria je. Tu pon asek rotate je syria yang sama. Matching ke tak lain cite, yang penting wa takyah nak melorat gosok tudung pepagi buta.
Make up? Toksah buat keje gile. Wa pegi kelas memang makeup-free. Selekeh tapi senang nak semayang. Lepas semayang capai tudung teros blah. Dalam kelas kang wa pakai le moisturizer kalau ingat. Alah pergi kelas je pon, buat apa nak makeup ni. Tujuan wa gi kelas pon sebab nak belajar semata. Kalau ada event baru la pakai makeup kan. Dulu wa rajen gak a pakai lens pegi kelas sebab spec wa ni macam longgar sikit. Suka je melorot. Tau a idong wa asian type, sedih a camni. Tapi baru-baru ni, memang wa pakai spec je. Wa sedar bro muka wa tak hot langsung kalau pakai spec. Tapi sebab malas punya pasal, wa sanggup jadi tak hot.
gambar ni aku amek tadi. yes, aku ada kelas pada hari ahad.
makanan rutin di tepi jalan. nilah kehidupan aku yang sederhana kat jatinangor.
pegi sekolah pakai bese2 je. riben tu aku men2 je letak situ. tempat asal bukan disitu.
kalau aku dapat hidayah kadang-kadang aku gosok shawl & baju kurung.
bila tudung syria aku suma basuh, bese aku pakai shawl yang tak payah gosok.
ni la spec aku yang suke melorot tak tentu hala tu
Tu la aku. Aku ni macam ada 2 kehidupan tau. Kat bandung, memang aku dok sini untuk study jer. Aktiviti harian aku pon memang melambangkan ciri-ciri seorang pelajar. Once in a while, ada jugak aku treat diri sendiri dengan pergi makan makanan mahal kat bandung bersama kengkawan. If not, aku rempit beli makanan jalanan jer. Lepas stress belajar & exam suma. Aku akan balik mesia & balancekan kehidupan aku dengan melakukan aktiviti yang aku minat. Yup photoshoot & bersosial. Masa photoshoot baru aku pakai baju yang lawa sikit, aku akan pakai make up semua & post gambar kat blog. Lepas habis cuti, aku akan kembali ke rutin asal sebagai seorang student.
Aku tak kisah pon kalau korang nak kata, alah bukan lawa sangat pon FL tu without make up. Aku siyes takde hal nak tunjuk gambar aku yang 'biasa-biasa' kat korang. Sebab kalau aku upload suma gambar aku yang meletop2, korang akan set in mind yang FL seorang yang lawa nak mampos omjayyy. Kang bila ko terjumpa aku kat memane ke, and find out yang aku tak secantik dalam gambar, konfem aku kena kutuk. Betol? So aku rather tunjuk korang aku yang sebenar macam mana. Tak kesah la cantik ke tak. I am just grateful to be who I am. Cantik ke tak tu anugerah Allah kan. Sapelah kita ni nak judge/bising2 kalao orang tu cantik atau tak kan.
p/s: Dalam hidup ni kite kena korbankan banyak benda untuk capai sesuatu. Nak ilmu, tak sempat nak pakai cantik-cantik. Nak cantik sentiasa, takde masa nak kejar ilmu pulak. Nak pandai kena study lebih, tapi eyebag setimbun. Taknak eyebag setimbun kena tidur banyak, tapi tak pandai. Nampak tak? Itulah kehidupan =) Peduli kata orang, yang penting kita tau keutamaan kita apa.
No comments:
Post a Comment