Showing posts with label everyday. Show all posts
Showing posts with label everyday. Show all posts

Saturday, 27 March 2010

With me Fatin Liyana reporting live from Starbucks Bandung Super Mall !

Hi rakan-rakan yang sedang berada dalam keadaan sihat, tak sihat, buat-buat tak sihat, tak sihat tapi tak buat-buat dan pelbagai lagi ragam manusia yang tidak mampu digambarkan dengan perkataan tapi dengan camera atau webcam boleh. Assalamualaikum semua ! :)

Korang nak tau tak, actually kan aku punya follow up braces dah terlambat 2 minggu. ok maksudnya duit aku selamat disemadikan dalam purse selama 2 minggu namun akhirnya ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. (-_-). Begitu jugalah dengan duet elaunku yang mana tiap bulannya pasti akan ku labur ke pihak hospital. Jika anda pemerhati handalan, anda akan mendapati yang selalunya aku pergi hospital for follow up pada hari selasa. TAPI! hari nikan hari sabtu! mengapakah aku pergi pada hari sabtu walhal sudah tahu hospital pada hari sabtu memang pack gila !!

Sob sob aku tiada pilihan lain, next week dah nak exam, paper pula ada pada setiap hari selasa berturut-turut selama 3 minggu. Jadi haruslah pergi pada hari ini. Aku dah plan baik punye. Dr. tu datang kol 10 so aku kuar umah kol 8pg. by the time kol 9 aku dah sampai dah. pastu amek no laju2 dan kebahagian adalah milikku! HA HA. ( gelak bangga ). aku bajet mesti aku dapat 1st turn xpon paling-paling cibet pon no 3 lah sebab aku datang awal kan.


'MAAP YA BAK, NOMOR TURUTNYA 14, KALO HARI SABTU MEMANG GINI KOK, SOALNYA LAGI RAME, MUNGKIN SAMPE MALAM JUGA'

'whatt??? 7#$%^&&^%$#^GG&*(**&&((*%$# !!!! '


...kuang ajaq betol noh angpa. aku dok bangun awai pagi tadi angpa tak kesian pon kat aku. aku dah la mai jauh jauh ni. takkan nak balik umah pulak...



'OH GITU YA...ANGGARAN MBAK, BRAPA LAMA YA? KIRA-KIRA JAM BRAPA AN SIH? SOALNYA SAYA GA PERNAH DATENG HARI SABTU JADI KURANG TAU YA JAM BRAPA DOKTERNYA TAMAT PRAKTEK'

'GINI AJA DECH..DATENG AJA SEKITAR JAM 4-5 AN. SOALNYA RAME NI..LEBIH BAIK MBAK PULANG DULU DAN NANTI DATENG LAGI'


..kepale la hotak kau. jauh kot. duit tol duit minyak lagi. kalau balik umah amek masa 1 jam. datang sini balik lg 1 jam. balik balik lg 1 jam. weyh adelah 3jam masa aku kau nak bazirkan. adakah engkau tau masa itu adalah emas intan permata bagi aku ha nak nak aku nak exam ni. setiap saat adelah bernilai tau. aku nak berry @ berak pon berkira sebab membazir masa. apetah lagi kau nak soh aku bolak balik. hahahahaha

janganlah pihak hospital pikir dia dapat mentoyakan insan yang lemah seperti aku ni. aku ni berpikiran jauh permatang pauh. aku ade buat back up plan baek punya bai. mantop.ulang suara. MANTHOP ! nak tau ape? lets cekidaut bayi.

1) aku bawa buku revision aku yang tebal gila tu adelah 3-5kg kot sebab boleh aku study kalau tunggu giliran lame sangat
2) aku bawak 50helai a4 paper, magic pen, stapler supaya aku dapat membuat nota alang-alang nak study tu.
3) aku bawak macbook yang mana aku dah charge sampai battery dia 100% full malam semalam supaya dapat online kalau boring-boring.
4) aku bawak dvd movie Butterfly Effect yang Ashton Kutcher belakon tu mane tau boring study nak tengok movie ke kan
5) aku bawak duit banyak gile supaya kalau aku singgah mane-mane aku dapat shopping dan makan makanan mahal2.
6) aku dah topup supaya kalau boring study boleh sms secara rawak.
7) aku juga dah mengenal pasti mall apa yang dekat ngan hospital supaya aku dapat jenjalan tatkala berasa bosan

mantap an? wahahahaha back up plan terbaik oh! ha mase korang ngah bace ni, aku kat starbucks coffee Bandung Super Mall. beli caramel frappucino satu jeh tapi lepak sini sampai 4 jam. kemain lagi aku tahan-tahan nak sedut air tu supaya dia lambat habis hahahaha. yelah takdela si pekerja tu nak halau aku an walaupun aku lepak kat sini layan movie study dan menganggap seperti berada di bilik sendiri , sebab air aku banyak lagi. taktik taktik :P oklah aku nak usha MNG pulak. ade launching spring collection. ade make over free with any purchase kau. harus bergegas ni. (terlupa pula next week exam) duh.


eeh sorang je. nak usha boleh?? hahahahah


you cant see my eyes blinking..you cant see it tru my shades...~


saya bosannnn lalalala~


hello? ha aah i la fatin liyana si pem-bajet terkenal di bandung (-__-)


mata kuyu terhebat

bye!

Friday, 19 March 2010

mari buang masa bersama saya.

Salam semua :)
Biar aku cerita pada hari ini aku buat apa. Sebab bosan sangat ditinggalkan keseorangan di rumah akibat housemates telah pergi tdo umah org lain dan lg sorang tak balik lagi maka biar aku bagitau korang semua jadual aku pada hari ini. apa? korang tak nak tau? pesal pulak? tak best ke ? best an...an...

baiklah ! mari kita mulakan!

0800 - sampai ke bilik tuto je nampak roti dan sardin lantas aku menerkam dengan pantas tanpa mengira halal dan haram, mencapai plestit roti mengoyakkan roti jadi dua pastu cicah laju-laju dalam sardin yang dimasak oleh suraya aini. namun baru sempat membaham 2 keping roti, permaisuri agung a.k.a dr nadjwa sudah sampai lantas aku mencampak roti yang tak sempat di makan ke dalam tapewer dan berdiri tegak tanda hormat.
PERASAAN : agak kecewa kerana tidak dapat menghabiskan makanan percuma :')


0800-1030 - telah men'volunteer'kan diri untuk menjadi ketua untuk case pada hari ini iaitu 'systemic lupus erythematosus' (sle). namun akibat banyak sangat makan garam & ajinomoto, otak bergerak agak lambat atau lebih senang kata lembab. namun berasa gembira kerana LI sikit, lagipon ni last case before final. lepas ni boleh bersenang lenang menjemur pakaian di ampaian stainless steel sambil mengusha jiran sebelah rumah wkwkwkwkwkwkwkwk
PERASAAN : last case before final? CUAK DOE!


1030-1100 - ahli perbincangan yang berjantina sama mula mengorak langkah dan membuat barisan. semi-slr kepunyaan anak kepada dato' lokman mula menampakkan batang hidungnya. butang 'power' ditekan lantas ahli perbincangan berjantina sama mula mengkakukan diri walhal belom lagi tekan butang shutter. paham tak korang ni? oklah dalam bahasa mudah. kitorang tangkap gambar tadi guna camera lutfi bin dato' lokman. mudah bukan?
PERASAAN : camera SLR sangat best rasa macam tak nak pulang pule (-_-)


1100-1115 - meredah panas terik bersama housemate, Farah untuk membeli sesuap nasi eh bersusap-suap nasi di gerbang. untuk pengetahuan anda, gerbang ni adalah tempat dimana street vendor berkumpul. orang kata jangan beli kat situ sebab tak hygiene tapi aku dah bedal bertaon-taon dah oraet jeh maka aku tak endahkan segala bisikan syaiton itu. tadi aku makan nasi gila pedes (nama nasi tu memang NASI GILA), soto ayam dan buah jambu air. sedap bai !
PERASAAN : aku beli makanan banyak gile sebab ingat duit banyak lagi rupanya tinggal baki rp1000 je (rm0.36). kesian. pakai blackberry macbook bagai tapi duet dalam purse ade tigeposen jeh hahahahahahaha


1300-1530 - kelas skills lab bermula. aku memang hangin la dengan skills lab ni. aku dah la tak suka nak hafal-hafal ni pastu aku jadi hangen la kan. pastu doctor L_ _ _ M _ (nama dirahsiakan) pulak kasi aku double hangen. namun disebabkan aku dah berjanji taknak buat orang tua-tua sedih maka aku senyum je walaupun dalam hati dialog sumpah seranah mula berleluasa ibarat kes curi motor di seremban yang semakin menjadi jadi.
PERASAAN : korang tau, moto ayah aku pon kena curik. jahatnam punye pencuri.


selebihnya - tengah tulih blog gegege :) anyway tadi ade snap gambar dengan rakan-rakan tuto. sumenye comel lote belaka. chewing gum Lotte pon tak dapat tandingi. hebat bukan.


bermanja-manja secara berleluasa.

terimalah pantun 2 kerat aku.
mak aku pesan 'tin jangan main duit kutu!,
wah comelnye beg & katak itu.


muka menjadi pucat setelah brain-storming selama 2jam setengah.


bergossip sambil berdiri supaya pengaliran darah ke otak lebih lancar.


Kamilah duta-duta produk anda ! kami ada keyboard?? beg makeup,beg make up, beg make up, botol ribena & pensel box pemberian yana kepada suraya ketika birthdaynya! (dari kiri ke kanan)


nyesal tak buang masa baca entry kali ni? anggaplah ni sume dugaan. tak sume yang kita harap menjadi (-_-) hahahahahaha muaxxx !

Wednesday, 17 March 2010

Short notes.

I love the feeling when you wake up one day and see your family sprawling beside you.
Unfortunately it wont be long.
They are going back today.
Uhhh tense is building up on my neck.
I need to calm down.
(--___--)

Wednesday, 3 March 2010

some random thoughts

Hello assalamualaikum !

Selain tido, hobi saya adalah bersukan. Dulu saya main basketball, masuk acara track, dan juga ahli silat. Selain itu saya juga main netball dan futsal secara kecil-kecilan sekadar memenuhi jemputan. Tapi sekarang sudah menjumpai kegilaan terbaru !

Iaitu SWIMMING !

Ye swimming. Saya sangat suka swimming sekarang. Sejak mendaftarkan diri ke kelas renang minggu lepas, hati seakan akan tidak tenang apabila melihat air. Terasa mahu dive dan terus swimming laju2 hehe. Kelas swimming saya 2 kali seminggu iaitu selama 2jam pada hari ahad dan 1 jam pada hari selasa. Namun disebabkan terlalu gilakan swimming maka telah mengextend kelas sehingga 2 3jam stp kali datang! Kan best kalau de swimming pool kat ghumah hehe :)

Another update, nanti parents nak datang yay sangat gembira :) boleh pergi shopping secara percuma!

Lagi update, ayah sudah orderkan saya Macbook dari applestore. Oh saya sangat mendambakan laptop sekarang !!

Last update, saya macam addicted makan sayo sekarang. Hari tu saya beli nak dekat 10jenis sayur di griya masa shopping barang rumah dengan farah.

Ok tu je.byee nk g klas.

Friday, 26 February 2010

Dugaan Allah..saya harus tabah!

Assalamualaikum semua!

Saya ada berita buruk yang hendak disampaikan.
Jika anda rajen mengikuti perkembangan saya di FB, anda anda tahu yang rumah saya telah dimasuki pencuri.
Ok sangat tragis bila pulang kerumah dengan keadaan gate telah dirosakkan dan main entrance door telah dirosakkan.
Bila masuk kerumah,keadaan sangat mengerikan dengan semua barang disepahkan, habis semua diselongkar.
Berasa sedih kerana kena kemas sume balik (-_-)
Tapi yang paling sedih bila laptop sudah tiada. Laptop itu dah menjadi sebahagian daripada hidup ni.
Photo, video, data, assignment sume ada dalam tu. Dimana mahu kucari ganti? Huhu

Tapi harus bersyukur kerana sekurang2nya nyawa tidak terancam.
Nasib baik si pencuri datang masa kami bertiga takde di rumah..kalo kami ade kat rumah..
Maunye die tetak leher kitorang..tapi untuk pengetahuan semua, kejadian sebegini dah menjadi lumrah buat kami.
Kami tu refer tu student malaysia di indonesia. Berkali2 hilang laptop, hilang moto, hilang HP.
Tetapi benda ni makin lama makin menjadi2. Sedih tapi tak dapat buat apa-apa.
Ingat lagi dulu ada kawan kena pukau dalam public transport. Tu lagi takut sebenarnya.

Banyak pula bala yang menimpa sejak akhir2 ni. Mungkin dugaan atau mungkin juga balasan.
Tapi saya percaya, things happen for reason. Ada sebab kenapa Allah duga kami begini.
Sesungguhnya kita kena redha dan ambil iktibar.kawan kawan saya mintak tolong doakan
Keselamatan kami bertiga disini. Takut pencuri tu aim kami lagi sbb tau kami duduk bertiga dan semua pompuan pulak tu.

Oh ya brg2 yang diambil seperti 2 laptop, 1 external hard disk, 1 digital camera, 1 sony psp, cincin emas, handphone Nokia dan cash RM.
Jumlah kerugian rm7k ataw rp 21juta. Memang sentap.
Terima kasih buat family saya di seremban, bf saya di serdang,PKPMI cawangan bandung, rakan rakan Fakultas KEdokteran, warga Puri Indah serta Polis Jatinagor kerana membantu kami.
Sangat2 berterima kasih dengan perhatian yang anda semua berikan. Kalo nak beri lagi boleh je. Nk beri macbook ke gagaga

Last sekali saya nak ucapkan minta maaf dan terima kasih kepada para bloggers tegar sekalian sbb slalu lepak kat blog saya.
Lepas ni susah sikitlah saya nak update. Sebab saya online kai blackberry.
Xboleh nak bagi fashion tips :( sbb xleh nk upload gmbar. Bencinye bencinye!
Nyway teruskan membaca blog saye! sila bgi sokongan kepada saya sebab saya tengah mengalami depresi mental yang agak hebat.
Thanks lov u all.

Wednesday, 17 February 2010

Beli shades baru pon nak buat entry T_T

Met sore ibuk-ibuk bapak-bapak siapa yang punya anak bilang aku aku yang tengah malu sama teman-temanku kerna cuma diriku yang tak laku-laku. yuk kita nyanyi bareng-bareng !! ok itu hanyalah lirik sahaja. sekali lagi ya. kali ini betul punya :') met sore semuaaaa!!

Gini dech..kmaren itu kan gue ada update status di fesbuk..gue bilang yang gue ada beli shades baru..tapi ngapain ya ga ada seorang pun dari kalian yang comment?? aduh..bikin gue malu sendiri nih..sebell ah.. terus gue mikirin..ya udah ga pa pa, biarin aja gue upload fotonya di blog gue!


oh hr ini gue pake purple-black. foto sblum pake shades.
imut bukan? (imut=comel) hahaha


sesudah pake shades. aduh persis kayak BCL nih..
jgn bilang ama BCL ya..soalnya dia tu temen gue..ga enak donk...


oh hari ni agak tensen kerana kerja banyak. rindu boyfriend rindu keluarga juga. maka terhasillah entry ini tanpa disedari. mintak maaf jika anda rasa saya amat menjengkelkan dan perasan goddess habis. sila jangan segan meng-hobin belakang saya jika anda terjumpa saya di simpang sedang minum es buah atau sedang berator menunggu lumpiah basah. bye :')