Assalamualaikum
Well tajuk juga sudah bimbo habis, bajet macam diri sendiri somebody. Orang tertanya-tanya siapakah Fatin Liyana? Artis? Bukan. Youtube sensation? Bukan. Blogger? Ye. Blogger je pon, dah tu kenapa famous sangat? *terus google F A T I N L I YA N A sebab tak puas hati* Ramai yang curious tentang status aku ini actually. Bila curious, terus open new tab and google. Oleh itu, nama aku pon tersenarai dalam Top10 google fastest rising people. Thanks ok!
Disebabkan aku berada di hometown dan internet selaju impak maksima, maka why not kalau aku tulis pasal diri sendiri. Kedengaran seperti terhegeh-hegeh ya tuan-tuan dan puan-puan. Tetapi kadang-kadang tang terhegeh-hegeh ni la yang ampa suma suka dok baca. Kalau tidak masakan surat khabar METRO merupakan akhbar nombor 1 negara.
SIAPA FATIN LIYANA?Aku ni merupakan seorang blogger tidak tegar namun berprinsip. Berumur 23 tahun dan masih lagi bergelar seorang mahasiswa yang tidak menentang AUKU. Sekarang sedang menjalani latihan clinical di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di bawah ijazah perubatan. Aku juga merupakan model muslimah berbayar. Nothing comes for free bro! Namun disebabkan kekangan masa, maka aku amatlah selektif dalam memilih tawaran kerja.
OH ORANG BIASA JE PON, DAH TU KENAPA BOLEH FAMOUS?Inilah yang dikatakan, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Kau ingat aku expect ke benda jadi macam ni? Siryes weyh, siryes tak. Tapi syukur alhamdulillah rezeki itu milik Allah, aku hanya mampu menzahirkan rasa syukur. Masa mula-mula aku tulis blog, yakni pada tahun 2009, memang aku tak terfikir langsung yang orang akan baca blog aku. Realitinya, memang takde orang baca pon masa tu. Macam haremm kekekekeke.
Tujuan aku tulis blog pon, adalah untuk mencatat kenangan manis aku ketika hidup di negara orang (Bandung). Instead of tulis kat diary which I never had one, aku tulis kat blog. Masa tu skala syok sendiri aku memang 9/10. Entah hape-hape aku tulis. Tapi comel jugakla bila baca balik kekekeke...macam tak caya aku yang tulis macam tu.
Actually dulu aku takde facebook. Eventhough masa tu facebook tengah sooo in tapi aku punya firasat kata, dah takyah de nak buat facebook bagai. So aku follow kata hatiku. Eceh! Namun segalanya berubah lepas aku ingkar mendengar kata hatiku. Aku buat facebook juga walaupun disaat itu hatiku memberontak bagai dipukul ombak. Akibatnya, link blog aku mula menular di news feed. Dan nama Fatin Liyana mula meniti di bibir-bibir para blogger & facebooker sehinggalah hari ini.
APA YANG BEST SANGAT PASAL BLOG FATIN LIYANA NI?Nama blog aku ni honeykoyuki. Berpadananlah dengan URL dia. Korang tanya apa yang best pasal blog ni? Dude, nama dia pon dah best okay. Macam kawaii-kawaii gitu ^___^ Anyway, blog aku ni takde genre yang tertentu. Aku anggap blog ni sebagai tempat aku berkongsi kisah hidup dengan para pembaca. Sebab kisah hidup aku ni luas dan banyak benda yang aku nak share, so yeah. Makanan ada, fashion ada, tips ada, travel guide ada macam-macamlah ada. Susah untuk aku decide nak pilih genre mana.
Aku takdelah rasa blog aku ni best, aku rasa macam oklah. Bolehlah buat bahan bacaan santai. Tapikan, I have to admit yang aku suka baca blog sendiri. Bila boring, aku akan bukak entry tahun-tahun sudah dan baca balik entry aku. Pastu aku dok gelak-gelak baca susunan ayat aku yang macam #^&**^ dan tengok balik gambar lama aku yang macam @#$%^. Pastu aku mengimbau balik kenangan lama. Good times. That's one of the reason jugak kenapa aku jarang update blog. Aku hanya akan update bila aku rasa entry itu menarik dan ada sentimental value untuk aku. Sebab nanti aku akan baca balik entry-entry yang aku dah tulis. Aku taknaklah update blog cincai-cincai, setakat buat syarat ada new entry je kan.
PERNAH KELUAR MAJALAH KE MANA-MANA? TAK PERNAH TENGOK PON DALAM BLOG NI?Disebabkan aku sedar diri yang aku ni hanyalah insan biasa, maka aku segan sebenarnya nak gebang kat orang yang aku keluar majalah ke paper ke hehe... Kalau korang ternampak/terbaca ke itu nasiblah. Dulu aku ada jugak update kat blog, siap tunjuk gambar gitu..biasalah batak masa mula-mula keluar media kan. Tapi lama-lama aku jadi segan pulak, rasa macam tujuan aku upload tu adalah untuk membangga diri sahaja. Well aku suka jugaklah membangga diri but not that crystal clear you know. wkwkwkwkwk.
Just so you know yang aku pernah featured dalam Dara Mei 2010, Dara Julai 2010, Metro 27 Mac 2011, Majalah Perempuan Julai 2011, Mingguan Utusan 6 November 2011, Majalah Wanita Disember 2011, Kosmo 18 Disember 2011, Metro 25 Disember 2011. Terima kasih banyak-banyak kepada wartawan dan jurugambar yang sudi menemuramah dan mengambil gambar saya!
KENAPA KITORANG KENA BACA BLOG NI? DAH LA JARANG UPDATEBecause I'm ohsem ! Walaupun jarang update namun aku akan sentiasa berikan yang terbaik untuk entry yang aku tulis. Aku akan berusaha demi kepuasan pengguna. Terima kasih banyak-banyak wahai pembaca kerana sudi meluangkan masa membaca secebis kisah hidupku. Really appreciate it =') Kepada yang baru mengetahui kewujudan blog ni, selamat datang! Kalau aku tak update, jemputlah baca entry lama-lama tu.
Main bunga konon comel lettew
Thank you for reading this entry !