Tuesday 9 April 2013

Samsung Galaxy SIII Mini

Assalamualaikum

Dalam handbeg aku memang ada banyak giler barang. Sampai sakit-sakit bahu iolls tahu. Orang perempuan biasalah, segala tok nenek nak dibawaknya. Let say ko mintak tissue kat aku. Soalan yang aku akan ajukan seterusnya  adalah.. tissue biasa ke wet tissue? Nak yang ada antiseptic ke tak? Kalau nak remove makeup aku ada remover sekali. Amboi ce bagitau macam mana boleh tak berat beg?

Lepas tu handphone pon aku pegi campak sekali dalam beg. Bila handphone bunyi, berposak-posak le mencari handphone. Daripada awal handphone tu menjerit-jerit sampai le habis ringtone, tak dapat angkat. Sebab apa? Sebab tak jumpa cari phone dalam beg yang dipenuhi dengan harta karun. I iz sad.

Handphone sekarang ni semua jenis bulky. Tak muat de nak masuk poket seluar/baju. Nak taknak kenalah simpan dalam beg. Dahla beg banyak barang, letak lagi handphone yang bulky. Memang consume space. Another option is kena pegang dengan tangan. Bila dah bulky tu, nak grip pon susah. Ada je tendency untuk terlepas dari gengaman tau! Bahayaaaaa wuwuw

Bila dapat tau ada Samsung Galaxy S3 Mini di pasaran terus rasa excited . Kenapa excited pula?

Sebab :

1. Dengan saiz yang Mini, sekarang ni aku boleh simpan handphone dalam purse (senang nak cari) atau simpan dalam pocket baju dan seluar. Memang praktikal sebab terjangkau.

2. Dengan display yang besar (4inch) aku boleh surf internet dan update blog dengan selesa while on the go. Takdelah tersalah tekan lagi hihi

3. Tak payah risau kalau tertinggal camera ketika bersiar-siar kerana S3 Mini mempunyai 5MP camera yang sungguh terang dan cantik. Tak percaya tengok gambar-gambar dibawah ini !

4. Boleh menonton movie dalam HD dan bermain game sepuas-puasnya kerana baterinya tahan lama. So much win!

5. Terdapat banyak lagi feature yang menarik seperti S Voice dimana anda boleh menggunakan voice command untuk send message, set alarm etc . Tidak lupa juga Direct Call dimana ketika anda membaca message, anda boleh terus menelefon penghantar message tersebut secara automatik dengan meletakkan phone di telinga anda. Fuhh memang canggih.

6. Yang paling penting, dengan hanya RM999 anda boleh mendapatkan sebuah SAMSUNG GALAXY S3 MINI ! Smartphone canggih dengan teknologi terkini dibawah harga RM1K? Yeah, hanya di Samsung.

Jikalau anda baru hendak berjinak-jinak menggunakan smartphone, this phone is definitely for you. Ini adalah sedikit gambars yang aku snap dengan S3 Mini =)

 Boleh tahan bukan? Itulah aku cakap, kalau tertinggal camera pon takpe hehe.


And of course, tulis sahaja tak berapa nak bagi impact. Meh tengok video yang aku dah sediakan mengenai Samsung Galaxy S3 MINI. Hope you guys find it useful. Nak tau lebih lanjut boleh baca sini www.samsung.com/my/s3mini juga =)

Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment