Tuesday, 30 April 2013

My skin care routine


Assalamualaikum

Ramai juga yang bertanya apa skincare yang aku pakai. Jadi harini aku nak cerita sikitlah kot kot korang boleh dapat input ke kan hihi. Pernah dengar Clinique? Clinique ni memang established brand. Sudah 45 tahun berada di pasaran if you are wondering =)

Aku bukan apa, aku memang jenis tak berani nak main beli sebarang brand. Nak nak product instant yang berlambak kat pasaran. Baru ada kat pasaran 2-3 bulan, terus ada testimonial claim kata product ni bagus la, takde kesan jangka panjang la. Hello baru setahun dua dah claim takde kesan jangka panjang, kesan jangka panjang at least take 10 years to develop tau. Lepas tu, kesan dia macam sangat cepat. Kuasa pemutihan dalam masa seminggu? I tell you the correct concept, a good product takes quite some time to give some effect. Yela..muka ada satu je..kalau dah rosak kulit muka..mana nak cari ganti kan :)

Inilah product Clinique yang aku guna

One of the reasons why I choose this brand is because it was invented by Dr. Norman Orentreich, a dermatologist from Manhantan NY back in 1968. Kita semua tau kalau doctor punya invention semua adalah evidence-based (dibuktikan dengan kajian) bukan sekadar cakap atas angin kan. Lagipun this brand adalah allergy tested dan 100% bebas daripada pewangi, which is of course a good thing !



The world famous 3 step skin care

Aku pakai 3 product ini yang dikenali sebagai Clinique 3 step skin care. Ia terdiri daripada Liquid Facial Wash to cleanse skin, Clarifying Lotion to exfoliate and rid skin of dead cells dan moisturizer to keep the skin hydrated & soft. Dr Norman Orentreich percaya kulit yang cantik dan sihat boleh dihasilkan jika kita mengamalkan 3 step ini dua kali sehari. I pon percaya kata kata you, memang best product you doctor hikhik 

Bagi aku 3 step skin care ini adalah daily basic routine yang tidak boleh diabaikan. Walaupun makeup you Bobbi Brown sekali pon, tapi kalau kulit tak cantik, tak guna juga. For me, make up is to enhance our beauty not to hide our flaw. That’s why basic kena guna tiap tiap hari dan jangan miss ok! Lepas tu korang nak pakai benda lain, pakailah hihi.

Macam aku ni, kulit aku jenis dry. 3 step skin care itself tak cukup untuk rehydrate my skin. Therefore, I need to add up something else. Setelah mendapat advice daripada consultant di Clinique Store Pavilion, dorang suggest kat aku Moisture Surge Extended Thirst Relief. Kiranya 3 step skin care + Moisture Surge Extended Thirst Relief.

Guess what this is my favourite product so far! Consistency nya  adalah seperti silky smooth gel, serius rasa macam tak pakai apa-apa :) Tapi yang paling best adalah dia immediately increase moisturization by 84%. It helps our skin to adapt to changes thus maintain an optimal moisture level.

Aku selalu bawak moisture surge ni kemana-mana. Kekadang lepas tengok movie, kulit kering, cecepat aku sapu. Lepas swimming memang paling a, kena air chlorine bagai. Lepas sapu moisture surge terus relief. But the coolest of all, aku selalu pat moisture surge ni on my face on top of my makeup to recharge my look. Yela kekadang pergi kenduri dalam hall, dok berejam-jam muka pon jadi kering, makeup I jadi pudar gitu (ohoi jedik!). Tererkan, boleh pakai moisturizer on top of makeup! You keep my word, this is not an ordinary moisturizer.


Dah tinggal sikit moisture surge itew hehe..

Alhamdulillah, almost 6 bulan aku pakai product ni, kulit aku bertambah sihat. Nak kate cantik licin licau macam cincau tu takdela, tapi kulit aku semakin bertambah baik. Kalau dulu pimples besaq akan muncul during menstruation, sekarang ni cuma jerawat baby je hihi. Kulit aku pon dah tak kering macam dulu. In fact, dah glowing gitu hehe. Maybe korang tak boleh nampak difference sangat, tapi aku yang tiap-tiap hari dok belai kulit muka aku ni, taula diffrencenya cemana.

Anyongnyongnyong

Nak pakai product muka, kena ada advice dari yang pakar. Here’s a tip I got for you. Before beli product Clinique, just take their 30 seconds skin test first to know which product suits you best. Kiranya kalau korang datang ke Clinique,pergi cakap kat consultant tu yang korang nak buat test 30s tu. Nanti consultant akan advice apa range yang sesuai untuk korang. Selain itu, korang boleh cerita apa masalah kulit korang juga, supaya dia lebih paham :)

Amboi beriya-riya dok bercerita ni. Ni dah bukan 30s test tapi 30hours test haha

Now you know already about my skin care routine. I am one happy CLINIQUE user :)

Thank you for reading this entry !

Monday, 22 April 2013

Tips Travel Ke Hong Kong

Assalamualaikum

Aku baru balik dari Hong Kong baru-baru ini. Trip kalini aku pergi dengan family, yela asek keluar dengan  kengkawan je kan hiukhiukhiuhk. Untuk trip HK ini, aku adalah kapten. Akulah yang susun iterinary, book flight, hotel dan segala toknenek ticket yang ada. Oleh itu aku sangat faham dengan selok belok HK ini. Wah wah ada berbaur takbur disitu. Ehem beginilah, sebelum pergi HK aku telah membaca pelbagai blog yang menulis tentang HK. Banyak input yang aku dapat. Info-info yang diberikan amatlah berguna untuk backpackers seperti aku ini. Terima kasih bloggers. Dulu, kini dan selamanya.

Oleh itu, aku telah decide untuk membuat entri ini. Dalam entri ini, aku ada sediakan sedikit tips yang mana aku rasa amat berguna untuk first timer yang berhajat untuk travel ke HK. Walaupun tidak banyak, tapi aku harap sedikit sebanyak dapatlah tolong korang supaya tak lost di kota HK yang penuh sibuk itu. Silakan share bersama rakan-rakan anda yang mahu pergi HK =)


Weolls pergi berempat je. Adik, abang dan kakak ada urusan lain hehe. 
My MNG Boston bag is from Moddy


1. OCTOPUS CARD
Octopus card adalah sama macam Touch & Go card. Digunakan untuk menaiki MTR & bas. Kalau anda tak ada Octopus card ni, susah hendak menaiki transport awam kerana untuk menaiki bas contohnya, harus menyediakan wang kecil secukupnya.

Dimana boleh beli? : 
Apabila sudah touch down di arrival hall Hongkong International Airport (Level 5), cari kaunter Airport Express. Atau tanya sahaja 'Where can I get an Octopus Card?' pada mana-mana officer.

Harga :
HKD 150 for adult & HKD 70 for child, HKD 50 digunakan sebagai deposit, makanya anda ada balance sebanyak HKD 100 (for adult). Jika anda datang berempat, maka setiap seorang harus ada 1 card. Jika sudah habis, boleh topup dimana-mana information counter di MTR station atau convenience store seperti 7-Eleven. Tiada extra charge dikenakan. Card ini boleh refund. Baki dan deposit akan dipulangkan. Tapi charge HKD 9 dikenakan untuk setiap card.


2. SIM CARD
Di Hong Kong, mereka ada menyediakan simcard untuk travellers. Simcard ini menawarkan 7 hari unlimited internet dan prepaid sebanyak HKD 10. Aku sarankan korang beli simcard ini. Siryes sepanjang aku berada di Hong kong, memang dependent habis dekat internet untuk googlemaps dan sebagainya.

Dimana boleh beli ? :
Apabila sudah touch down di arrival hall HongKong International Airport (Level 5), naik lift ke Departure Hall (Level 7). Cari kedai 1010. Katakan kepada orang kedai 'I want to buy the traveller's sim card' 

Harga :
HKD 88 untuk satu simcard. HKD 78 akan ditolak directly untuk bayaran internet. Balance prepaid HKD10.

Cari kedai 1010 ni tau, dekat level 7 =)

3. MAKANAN
Makanan halal ada dijual di Hong Kong. Airport (Popeye), Disneyland (Tahitian Terrace), NgongPing 360 (Ebeneezer's Kebab), Wan Chai(Islamic Canteen), Tsim Sha Tsui (Chungking Mansion) dan Citygate Outlet (FoodRepublic) Kiranya di tempat tourist attraction memang ada menyediakan makanan halal. Harga dalam HKD 70 - HKD 90 untuk satu meal. Memang agak mahal especially kalau family ko ramai, semua pon nak matekedarah kan. Paham sangat.

Cadangan :
Breakfast dan dinner dalam bilik hotel sudahlah. Lunch je di restaurant sebab on the go kan. Sila bawak bekal dari Malaysia. Roti Gardenia bawaklah 4-5 buku, tuna bertin-tin, butter & jam kecik-kecik. Gula-gula, chewing gum dan chocolate sila bawak jugak untuk alas perut.  Mak aku siap masak sambal ikan bilis, ayam goreng, nugget dan nasi putih. Kenyang kitorang makan hihihihi. Comel angat mak itew.

Makan di Ebeneezer's Kebab. Total untuk 4 meal ini lebih kurang HKD 300 = RM117. Sebab tu iolls kata makan sekali je sehari di restaurant =')


4. MINUMAN
Ha air kat HongKong mahal gile. Sebotol mineral water tu ada yang jual HKD 20, ada yang jual HKD 10. Tapi paling murah aku pernah jumpa adalah di ChungKing Mansion. Cuma HKD 2 sebotol. Yay! Kalau makan kat restaurant halal tu, takyah la order air. Buat habis duit je. Diorang tak marah pon kalau korang bawak air sendiri =)

Cadangan :
Bawak botol minuman yang kosong. Nanti dah touch down kat airport HK, boleh refill botol dengan air yang disediakan di Airport. Ala yang air dalam cooler tu..freee je. Lepas tu bawak la kettle & minuman 3 in 1 (Milo, kopi etc). Pagi-pagi boleh breakfast dalam bilik hotel. Kekadang hotel ada sediakan kettle dalam bilik, so takyah bawak dah =) Kalau dah start journey tu, bawak air berbotol-botol masuk dalam beg ok.

Kalau tak, ko kena beli ni. Sebotol mineral HKD 18 = RM 7. Ko mampu?? mihihi


5. SOLAT
Waktu solat HK berbeza sikit dengan Malaysia. Yelah siang dorang awal. 630 pagi dah terang benderang. Klik sini untuk waktu solat di Hong Kong. Qiblat HK pula adalah 285 degree. 

Cadangan :
Download compass aplication dalam smartphone anda untuk mencari arah kiblat. Bawa telekung mini atau pakai pakaian yang menutup aurat/boleh dibuat solat walaupun anda tiada telekung. Hint : Pakaian labuh, longgar dan pakai stoking. Jangan expect anda solat di hotel/masjid, ini bukan negara Islam. Solatlah di mana-mana sahaja yang bersih.

Ya dimana-mana sahaja asalkan bersih.

 Ingat, qiblat HK adalah 285 degree. Ikut jarum kelabu tu tunjuk mana, itulah qiblat anda =)


6. MTR
Sistem MTR HK adalah sangat efisyen. Sama macam Japan, Korea & Singapore. Dijamin takkan sesat. Tapi uolls kena ada basic jugak. So before pergi HK, buat homework dulu tempat-tempat yang korang akan lawati. Jot down the MTR station's name and the exit. Contoh kalau nak pergi ChungKing Mansion, kena turun di Tsim Sha Tsui station and keluar exit C1. Kalau salah exit atau salah MTR memang meraban le ko.

Cadangan : Apabila sampai di MTR station, cari information kaunter, mintak Map MTR. Mesti kena ada map ni. A night before nak pergi tempat yang ditujui, kena study dulu route dia supaya tak emo tak tentu pasal.


7. ASSISTANT YANG HEBAT DAN MENYENANGKAN KERJA
Tentulah Samsung Galaxy S3 Mini saya. Boleh jadi compass, boleh jadi backup camera, klik sini untuk tengok qualiti gambar S3 mini dalam entri lepas. Yang paling penting, s3 Mini bertindak sebagai navigator untuk kami sekeluarga =)

Bila berada dalam MTR yang padat dengan manusia, memang jarang sekali aku dapat seat. Out of 10, 2 kali je aku dapat seat. Apa nak buat, kenalah berdiri. Bila berdiri, satu tangan kenalah hold on pada tiang supaya tak jatuh dek kerana prinsip inersia. Maka, susah nak mengemudi touch screen phone. Tapi nasib baik S3 Mini ada S Voice. Dengan S voice, aku tak payah nak touch phone untuk open application. All i need to do is, just say it! Contoh macam nak bukak map, takpayah dah nak touch touch. Just cakap dekat S3 mini, open Map. Terus dia open. Senang gila =)


Ha inilah S Voice.  Bila kita cakap, ada suara akan reply. Lepas tu these boxes akan popup. Comel sangat bercakap dengan phone sendiri. Feeling-feeling Batman & Alfred sangat =)


Dan yang bagusnya, kita boleh printscreen. Ko ingat laptop je boleh printscreen hehe? Contoh macam aku tengah bukak googlemaps untuk dapatkan direction ke Oi Kwan Road. Dalam MTR kan sesak, kekadang secara tak sengaja akan ter'touch' the screen..pastu tak pepasal terkeluar dari application tu. Bikin panas jela. Luckily, this phone boleh printscreen. Just tekan button 'Off & Home' serentak. Automatically akan printscreen. Memang menyenangkan kerja aku hihi.

More info click www.samsung.com/my/s3mini


Thank you for reading this entry !

Saturday, 20 April 2013

Abang kita dah kahwin - Part III

Assalamualaikum

Ok ini adalah part terakhir hehe. Majlis belah perempuan telah diakan di Sime Darby Convention Centre. Memang cantik hall ni. Spacious, cozy & exclusive. Paling suka lighting nya! Untuk majlis  belah perempuan ini, kami sekeluarga telah mengenakan warna 'Nude'. Belah perempuan pula warna brown. FYI, nude is my favourite color. Akulah yang paksa side kitorang pakai theme warna ini hehe. Beriya-iya tau aku berdrama nasib baik tak putus hubungan kekeluargaan.

Sime Darby Convention Centre, the bride's reception. Cantik zangat!!

I met some beautiful ladies, Nurul cakap-cakap, Shea Rasol & Lyna Kamal. Miss them!

My cousins on maternal side. Since my mom is the eldest, hence my abang is the first grandchild =) Sebab tu the cousins semua kecik-kecik. Takpe nanti kenduri semua aku kerah jadi flower girls 

Muka aku iras muka ayah, abang pulak iras muka ibu hee.


With the pengantin =) Pengantin ibarat bunga yang mekar disamping dedaun kering 


Gambar freestyle macam ni dah biasa kitorang snap. Tapi yang tak biasanya adalah mimik muka Asfiq. OMG kakena what have you done to my lil innocent brother ?!

Sumpah comel dua orang ni ! Sorang muka K-pop sorang lagi muka Arab. Errr... K-porab ? 

I'm a big fan of lace, beads & chiffon =) Jadi aku sangat suka dengan dress yang aku pakai ketika reception ni. Tak tau macam mana nak kata.. but the dress is stunning! That night, ramai yang puji kata cantiknya baju ni, mana tempah semua hehe. Sampai ada yang tanya, boleh tak nak sewa baju ni untuk buat baju bertunang. Amboi tak dapek do. But I can't deny that either, pujian tahap melambung harus diberikan kepada designer baju ni !

Have you heard of Aqar Couture? Aqar Couture ni juga merupakan salah seorang amateur designer di Malaysia. Aku suka bekerjasama dengan amateur designer sebab diorang sangat attentive dan akan buat sehabis baik untuk puaskan hati customer. Sama macam Aqar Couture. Aku just describe nak flowy dress, with beads & lace.. in nude chiffon fabric. Tup tup kak Syiqin, the designer came out dengan design yang sangat sangat exclusive. Siap dengan tudung yang penuh beadings tau :)

Apa yang aku paling suka kat dress ni selain beading yang sangat sangat particular adalah dress ni dia jenis draping yang ada lebihan di tepi. So kita boleh pegang kain tu on one side. Ala tak tau la macam mana nak kata, tapi macam dress Bella Swan of Twilight masa dia kahwin tu =)

Ha macam ni! Sesuai pegang macam ni kalau aku ni pengantin yang tengah berjalan di red carpet. Sebab aku ni adik pengantin je so takyah mengada ok.

Untuk menunjukkan betapa aku suka dengan dress ni, sampai dinner kolej pon aku pakai jugak hehe.. But this time, aku pakai shawl yang lebih casual =)

Inilah designer yang sangat sangat talented itu =) Syiqin namanya, tapi aku panggil Kak Syiqin. Orangnya humble je, tapi kak Syiqin memang power bab bab design fashion dress ni. Tapi dia paling power design wedding dress & evening dress. Masa aku datang tengok collectionnya tu, hampir pitam ok. Lawa gilerrrrr!! Bakal pengantin yang masih belum buat baju lagi, cepat-cepat tempah kat Aqar Couture. Konfim tak menyesal :)


AQAR COUTURE
Email : zsyiqin@yahoo.com & aqarcouture963@gmail.com


Thank you for reading this entry !

That awkward 10 minutes..

Assalamualaikum


Aku ada satu cerita nak diceritakan. Cerita ni tak best pon tapi bolehla buat modal menulis. Statement gituu. Ok sebenarnya aku baru balik Hong Kong. Kemarin to be exact. This time aku pergi travel dengan family aku. Tapi aku pergi berempat je. Ayah, ibu, Asfiq dan aku.

Kau tau jelah, kat Hong Kong ni samalah macam Japan & Korea, pengangkutan semua naik MTR. MTR stands for Mass Transit Railway. Konsepnya sama macam LRT. Ha sebut pasal LRT, tau tak LRT tu apa? Selalu naik tapi unsure what is the abbrevation kan =). LRT adalah Light Railway Transit. Perbezaan antara kedua-dua train ini adalah LRT kecik, MRT besar. That's why satu 'Mass' dan satu lagi 'Light'

MTR in Hong Kong.

Kiranya, sepanjang kami berada di HK memang memanjang naik MTR. Berebut-rebut toksah ceritalah. Nak nak time diorang pergi kerja dan balik kerja. Dah macam pergi tengok concert Paramore, berdiri dekat rock pit wa cakap lu. Padahal aku pernah pergi concert MaherZain je. MaherZain takde rockpit ok, tak sesuai gitu.

So pada suatu hari, kami berempat pon naiklah MTR. Masa tu memang banyak giler orang. Sesak. Padat. Tapi nasib baik perfume dekat HK murah, so bebas daripada bau bau yang kurang menyenangkan halwa hidung teehee. Biasanya kami berempat berdiri bersama. Nak ditakdirkan, kerana terlalu ramai orang, kami terpisah. Ibu dengan ayah, Asfiq dengan aku.

Berdiri di hadapan aku, adalah seorang lelaki Omputih. Umur lebih kurang 40-an, memakai suit dan membawa briefcase. Gaya seperti orang kerja pejabat. Smart. Tapi sebab dia dah 40-an so aku pandang sebelah mata jela. Tapi aku perasan, dia dok pandang aku. Adakah dia ingat aku ni terrorist? Yela, jaman sekarang ni, semua orang nak fitnah moeslem tau.

Cemas jugak aku time tu. Sebab dia dok usha kan. Masa tu aku bawak sling bag je kot, mana muat nak letak M16. Omputih, please dont give me that look, I said to myself. Sebab macam tak selesa dia tenung aku, aku pon decide untuk tenung dia balik. Wah, I pon berani ok. Tiba-tiba dia senyum seraya berkata

Omputih : Hi, you're here for travelling? *senyum senyum
Me : Oh hi, ya..
Omputih : Alone?
Me : No, I'm with my family
Omputih : But I cant see them..sibuk la plak dia ni
Me : Ya too crowded, they got to stand over that side

Omputih ni macam takde motif tanya aku soalan. Sebab dia level-level pakcik, so aku layankan je la. Kang kata kurang ajar plak kan. Lepas dia tanya soalan-soalan camtu, aku diam jela. Malas nak tanya balik. So aku pandang tempat lain. Aku tengok map, masih ada 3 station lagi. So 10 minit jugaklah aku kena berdepan dengan omputih ni.

Pastu dia tanya umur aku berapa semua..berapa lama duduk sini etc. To break that awkward moment, aku tanyalah balik few questions. Jangankan tidak le orang kata. Rupanya dia dari Poland, dah kerja kat HK 5 tahun untuk company battery from UK. Dia cerita pasal company dia, kerja dia semua padahal aku bukan minat pon nak tau hahaha. Kalau muka dia iras Channing Tatum ke, barulah I interested hahaha.


Channing Tatum, you minum protein ehhh hikhik

Aku ada satu habit, bila orang bercakap, aku suka pandang muka orang tu dan angguk-angguk. You know that's what I learn in medical school. When patient talks, you give em your full attention. So bila omputih ni bercakap, aku pandang le muka dia. Kiranya macam aku bagi 100% attention la kan bila dia bercakap. Lagi la ligat dia bercerita. Dalam train tu semua orang senyap kot. Dia ngan aku je yang bercakap. Dah la dua dua pon orang asing haha. Attention seeker sangat weoolls.

So station aku pon nak dekat sampai. Aku cakap le :

Aku : Guess I talk to you later, have to get down at the next station
Omputih : Ya sure, oh ya I'm Marek. Well in Poland we don't have Mark, we have Marek hehe. Do you mind to tell me your name?
Aku : Just call me Liyana (sebab senang nak sebut. Kalau sebut Fatin nanti jadi Fating la, Fat In la, Fatty la)
Omputih : Nice name..
Aku : Thanks, you too (padahal nama Marek..macam cerek)
Omputih : Can I call you sometime? Ewah ewah...pakcik nak masuk line
Aku : Sorry, but no thanks. I hope you dont mind
Omputih : Yeah, no problem..sambil senyum miang

Yes pakcik, you have been FRIENDZONE.

Sebaik sahaja pintu MRT terbuka, terus aku keluar cecepat, jalan laju-laju. Tak pandang belakang. Im pretty sure that was the most awkward 10 minutes in my life =') Omputih why you do this to me??

Jadi adik-adik, if you ever encounter this kind of situation, do not give your number/fb/twitter to strangers regardless the races. (Omputih ke Japanese ke so what?) and also, do not simply flirt with any guy you met. He might be someone's husband/fiancee/boyfriend. Ingat sokkabau METRO kata? Awas orang ketiga boleh dikenakan hukuman penjara teehee.

Jadilah muslimah yang berhemah :)
All pictures credit : Google image

Thank you for reading this entry !

Monday, 15 April 2013

Jalan jalan cari burger jom?

Assalamualaikum

Siapa sini biasa makan dekat Burger Bakar Abang Burn? Dengar cerita Abang Burn ada buat resipi baru. Amboi FL tau je kau kan...resepi barulah...hapelah.. Very kepochi you know hihi! Bukan apa, kekadang bila boring, selalu jugak aku stalk page Abang Burn (creepy angat sebab stalk Abang Burn di waktu senggang)

Nak tau apa resipi baru Abang Burn tu? Tentunya ia sangat tempting! Kalau tak, takkan aku sanggup drive dari Seremban ke KL, bayau tol RM7.70 semata-mata untuk merasainya. (Padahal memang kena balik HUKM untuk buat research ahiukhiuhukuihuk)


MEATBALL Abang Burn ! 10 biji meatball dihidangkan dengan special mushroom brown sauce together with burn wedges with cheesy sauce. Sedap gilo weyh, boleh didapati di semua jajahan Abang Burn mulai esok,16 April weehuuuu! Tapi di jajahan Ampang & Shah Alam dah keluar dulu hee




Makan panas-panas, boleh rasa meatball tu melt in your mouth..campur pulak cheesy wedges.. memang lemak berkrim. Brown sauce tu memang sedap, nak kata blackpepper sauce bukan. Tapi yang aku dengar tu adalah secret recipe Abang Burn =)

Pehh.. aku tau mesti parotid glands korang tengah active merembeskan saliva aka ayaq lioq kan haha sorry weyh! Tapi memang to die for sebab meatball nya pure meat..tak mainlah campoq tepung ok? (berkata-kata sambil flips hair dengan angkuh).


Sebenarnya aku datang ke jajahan Ampang ni dengan 10 orang member yang mana semuanya bakal doktor. Tapi nafsu makan kitorang..tak seiring dengan nasihat yang selalu kami berikan kepada pesakit wakakakakaka



Selain order meatball 2 set, kami juga order burger tower. Burger tower ni korang boleh pilih nak berapa tingkat. Burger tower ni seronok bila makan beramai-ramai sebab korang kena share. Oleh itu, ia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim dan membangkitkan semangat kekitaan. Gituuu. Boleh kot masukkan dalam manisfesto PRU13? Hahahaha



Ini adalah Abang Burn's Wall of Fame. Burger tower paling tinggi adalah 60 tingkat!! Adakah engkau mempunyai 4 perut seperti lembu, kawan?


Malu nak cakap...kami punya burger tower cumalah 5 tingkat hihi... sebab...


Kami order lagi 4 burger separately !! Sedap sangat sampai terpaksa lupakan how much calories we consume that night. Lagipon, servis Abang Burn sangat tip top. Maximum waiting time adalah 15 minit je kot. Memang takyah tunggu lama =)



Yang kitorang order malam tu semuanya SUPREMO sebab burger supremo ini ada onion rings and fried mushrooms. Hee memang sedap. Kalau korang datang sini, pastu macam blur-blur taktau nak order apa, orderlah Supremo. Dijamin puas hati !


Besides the food, what impress me the most is the cleanliness. Apa yang aku perasan, pekerja Abang Burn semuanya pakai glove, bandana dan apron. Servis pantas, bersih dan makanan sedap. Kepada sesiapa yang tak boikot McD tu, you should think twice why you are not doing it =)


Kami boikot McD tapi kami masih boleh menikmati burger yang beribu kali ganda sedap dan murah =) Pilihan di tangan anda.

Burger Bakar Abang Burn
Website : abangburn.com
 Lokasi jajahan (kedai) : Ada 14 kesemuanya. Klik sini untuk tahu lokasi yang terhampir dengan anda.


Thank you for reading this entry !

Tuesday, 9 April 2013

Samsung Galaxy SIII Mini

Assalamualaikum

Dalam handbeg aku memang ada banyak giler barang. Sampai sakit-sakit bahu iolls tahu. Orang perempuan biasalah, segala tok nenek nak dibawaknya. Let say ko mintak tissue kat aku. Soalan yang aku akan ajukan seterusnya  adalah.. tissue biasa ke wet tissue? Nak yang ada antiseptic ke tak? Kalau nak remove makeup aku ada remover sekali. Amboi ce bagitau macam mana boleh tak berat beg?

Lepas tu handphone pon aku pegi campak sekali dalam beg. Bila handphone bunyi, berposak-posak le mencari handphone. Daripada awal handphone tu menjerit-jerit sampai le habis ringtone, tak dapat angkat. Sebab apa? Sebab tak jumpa cari phone dalam beg yang dipenuhi dengan harta karun. I iz sad.

Handphone sekarang ni semua jenis bulky. Tak muat de nak masuk poket seluar/baju. Nak taknak kenalah simpan dalam beg. Dahla beg banyak barang, letak lagi handphone yang bulky. Memang consume space. Another option is kena pegang dengan tangan. Bila dah bulky tu, nak grip pon susah. Ada je tendency untuk terlepas dari gengaman tau! Bahayaaaaa wuwuw

Bila dapat tau ada Samsung Galaxy S3 Mini di pasaran terus rasa excited . Kenapa excited pula?

Sebab :

1. Dengan saiz yang Mini, sekarang ni aku boleh simpan handphone dalam purse (senang nak cari) atau simpan dalam pocket baju dan seluar. Memang praktikal sebab terjangkau.

2. Dengan display yang besar (4inch) aku boleh surf internet dan update blog dengan selesa while on the go. Takdelah tersalah tekan lagi hihi

3. Tak payah risau kalau tertinggal camera ketika bersiar-siar kerana S3 Mini mempunyai 5MP camera yang sungguh terang dan cantik. Tak percaya tengok gambar-gambar dibawah ini !

4. Boleh menonton movie dalam HD dan bermain game sepuas-puasnya kerana baterinya tahan lama. So much win!

5. Terdapat banyak lagi feature yang menarik seperti S Voice dimana anda boleh menggunakan voice command untuk send message, set alarm etc . Tidak lupa juga Direct Call dimana ketika anda membaca message, anda boleh terus menelefon penghantar message tersebut secara automatik dengan meletakkan phone di telinga anda. Fuhh memang canggih.

6. Yang paling penting, dengan hanya RM999 anda boleh mendapatkan sebuah SAMSUNG GALAXY S3 MINI ! Smartphone canggih dengan teknologi terkini dibawah harga RM1K? Yeah, hanya di Samsung.

Jikalau anda baru hendak berjinak-jinak menggunakan smartphone, this phone is definitely for you. Ini adalah sedikit gambars yang aku snap dengan S3 Mini =)

 Boleh tahan bukan? Itulah aku cakap, kalau tertinggal camera pon takpe hehe.


And of course, tulis sahaja tak berapa nak bagi impact. Meh tengok video yang aku dah sediakan mengenai Samsung Galaxy S3 MINI. Hope you guys find it useful. Nak tau lebih lanjut boleh baca sini www.samsung.com/my/s3mini juga =)

Thank you for reading this entry !

Thursday, 4 April 2013

Resipi : Pavlova

Assalamualaikum

Orang kata Pavlova dekat Alexis sedap. Tapi aku tak pernah try hihi. Bila makan luar, aku suka makan main course je. Jarang sekali aku makan dessert. Bagi aku, dessert ni baik aku buat sendiri kat rumah. Nak buat pon senang je, lagipon boleh ajak ahli keluarga makan bersama. Apa barang makan kek sepotong. Dah la sepotong, pastu makan sensorang. Kerek angat tauuu hehe.

So Asfiq mintak Pavlova pula setelah dia menonton Asian Food Channel (AFC) tempoh hari. Aku pernah buat Pavlova ni 2 kali. Resipinya sangatlah mudah dan murah! Aku belajar buat Pavlova ni dari Youtube. Jangan memain uolls. Ingat Youtube untuk tengok RunningMan je ke? Di zaman pascamoden ini, Youtube adalah tempat untuk menimba ilmu juga tahu? Ihiks.


 Bahan-bahan yang aku gunakan. Simple sangat kan? Yang putih bawah sekali ini adalah pengasing telur. Aku tak pro la nak asingkan egg white dengan yolk begitu sahaja, so aku gunalah benda ni.


: BAHAN - BAHAN :

Meringue
4 Putih Telur
175g Caster Sugar
1 sudu kecil cuka masakan
1 sudu kecil tepung jagung

Hiasan
Whip cream 250g
Strawberry / Blueberry / Kiwi ( Anything sour )


: CARA-CARA :

Oven
1. Pre-heat oven pada suhu 170 darjah celcius

Meringue
1. Dengan menggunakan mixer, pukul 4 putih telur sehingga berbuih (foamy)
2. Masukkan castor sugar sedikit demi sedikit, dan increase the speed.
3. Semasa masukkan caster sugar, masukkan sekali cuka masakan dan tepung jagung.
4. Pukul sehingga menjadi berkilat dan *bertanduk

* Bertanduk : Apabila kita terbalikkan meringue, ia tidak jatuh daripada bekas mixer

5. Place the baking paper on top of a baking tray (Use only baking paper, do not use any container or mould)
6. Spread the meringue in a circle shape.
7. Bakar selama 30 hingga 40 minit.
8. Apabila sudah masak, bukak pintu oven sedikit dan biarkan ia dalam oven seketika.

Hiasan
1. Dengan menggunakan mixer, pukul whip cream
2. Hias dengan strawberry atau apa-apa buah yang masam.


Pavlovaku. Comel sangat ! Sayang nak makan hehe


Pavlova ni luarnya rangup dan dalamnya lembut macam marshmellow. Rasanya manis. Jadi kena balancekan dengan cream dan strawberry. Sedap dimakan ketika sejuk-sejuk. Kalau korang rajin, bolehlah hias dengan kiwi, blueberry and grapes. Aku ni anak murid James Oliver, semua main campak-campak, thats why Strawberry pon tak potong hihi.


Chef anda memakai baju kurung Pahang dari HijrahCouture. Siapa tahu macam mana caranya nak buat Pavlova tinggi-tinggi? Pavlova aku tak tinggi huhu sedih. Any tips from the pro? Thanks =)

Thank you for reading this entry !