Assalamualaikum
Adik aku yang paling kecik iaitu Asfiq, adalah seorang yang sweet tooth. Dia gemarkan makanan yang manis. Berbeza dengan aku, aku lagi suka makan nasi. Telor goreng letak kicap bubuh cili api sikit pon dah buat ayaq lioq aku meleleh. Tetapi, once in a while, ada la jugak aku buatkan Asfiq chocolate cake ke dadih ke. Ikut kerajinan iolls hihi. Kalau malas aku dah sampai, jangankan buat dadih (resipi paling senang), bangun tido pon aku tak mahu. Tak mahu. Tak mahu!
Asfiq request nak makan Caramel Pudding sebab dia terpengaruh tengok Nobita makan ketika minum petang bersama Doraemon. Aku suka juga makan caramel pudding tapi tak suka yang ada telur. Kenapa? Kan aku dah cakap, telur kena goreng letak kicap bubuh cili api, jangan masukkan dalam pudding. Jadi terima kasih rakan blogger CikEpal diatas resipi ini.
: Bahan-bahan :
For Caramel Sauce
2 senduk gula
1/4 cawan air
For Pudding
1 tin susu cair
1/2 tin susu pekat manis
3 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar tepung kastad
1 sudu kecil esen vanilla
1 bungkus (10g) serbuk agar-agar instant
3 1/2 cawan air
: Cara-cara :
For Caramel Sauce
1. Gunakan pan, masak gula pasir dengan api perlahan sehingga warna gula bertukar menjadi keperang-perangan
2. Masukkan air sedikit demi sedikit, kacau rata dan tutup api
3. Tuangkan caramel sauce kedalam bekas mould pudding anda
For Pudding
1. Ambil mangkuk, masukkan tepung jagung dan tepung kastad. Kemudian tambahkan sedikit air dan kacau hingga larut. Tapis ketulan-ketulan degil agar pudding anda cantik (Aku telah mengabaikan step ni thus pudding aku tak berapa nak cantik hehe)
2. Ambil periuk, masukkan bancuhan tepung tadi berserta dengan serbuk agar-agar instant dan air. Masak menggunakan api perlahan sehingga mendidih
3. Apabila sudah mendidih, masukkan susu cair, susu pekat manis dan esen vanilla. Kacau rata lebih kurang 5 minit dan tutup api
4. Tuangkan pudding dalam bekas mould yang berisi caramel sauce tadi
5. Biarkan di room temperature seketika sebelum masukkan dalam fridge. Voila!
Thank you for reading this entry !
No comments:
Post a Comment