Monday, 25 March 2013

Abang kita dah kahwin - Part II

Assalamualaikum

Ini adalah kenduri kahwin yang pertama dalam sejarah keluarga kami. Memang horror aku habaq kat hang. First timerkan, nak nak pula family kami kecil. Untuk kenduri ini, 100% tenaga ibu telah dicurah kan manakala aku hanya mencurahkan 20% tenaga sahaja. Kenapa? Sebab aku sibuk dengan hospital, jarang balik rumah, bagi pendapat pon on the phone je. Tapi oklah jugak, daripada 3 orang lelaki yang lain, bila ditanya je

Cantik ke?
Cantik..
Pink and baby blue ok ke? Ke nak all white? 
Memana je ok..
Nak nasi putih ke nasi minyak?
Apa-apa pon boleh... asalkan sedap
Yang mana sedap? Catering A ke B?
Entah la.. ikot ibulah

Termasuklah tuan punya badan yang nak kahwin tu. Dia siap pesan kat ibu, " Ibu buat lah apa-apa yang ibu suka, abang tak kisah, asalkan abang dapat kahwin " Untunglah badan kau bang haha


Sehari sebelum kenduri, baru aku sampai rumah. Itupun lewat, pukul 6 petang macam tu. Sempat jugalah mak aku melaung sambil menghamburkan kata-kata yang kurang enak buat halwa telinga hahaha. Walaubagaimanapun, alhamdulillah dapat juga aku merasa untuk 'merewang'. Memang seronok, sambil tangan bergerak buat kerja, mulut pulak mencece macam kaknam keletah.

Keluarga, makcik jiran (Wan & Cik Syamsinar), pekerja mak aku (Kak Ita & Kak Mila), kawan baik mak aku (Aunty Lydd) dan kawan baik aku semua datang menolong. Memang aku dah booked Nani, Aza dan Najah awal-awal lagi. Gila aku nak cocok bunga telur kat pahar sensorang, tentulah kawan baik harus ada disisi. Susah senang bersama, tak gitu? 


To be honest, aku tak minat / tak reti sangat bab-bab deco orang kahwin ni. Tapi deco rumah aku suka le. So boleh kata 80% adalah idea dan keputusan mak aku. Kesian omak den, tokoja-koja dari opis dok settlekan hal kenduri dak bang ni. Kenduri kami ni pon simple saja, jemputan dalam 800 orang, sekadar meraikan pengantin baru hihi. 

Bunga kat atas ni, aku gubah sendiri. Alahai untuk hias meja guestbook je. Bagi aku, cantik gila dah aku deco ni. Aku beli bunga-bunga ni kat kedai india semayang, tepi jalan kat bandar Seremban. Pasu-pasu tu aku beli kat Nilai 3 dan decorate guna lebihan ribbon. Amacam hardcore tak aku ni? hahaha. Hantam sahajalah labu.


1# Han dan gf dia tolong jadi pengapit ekspress hihi 
2# Ibu dan batalionnya (orang kuat majlis)  
3# Cousins kecik-kecik yang banyak membantu menjayakan majlis
4# Cousin Ira yang datang membantu di saat-saat akhir.


Yang paling penting, kawan baik dunia dan akhirat, dok menolong 2 hari berturut-turut walaupun sibuk dengan kelas dan kerja =') Merekalah yang masukkan telur dalam mesh, yang pergi beli bunga manggar, yang tolong isi kerepek dan jadi receptionist. Alhamdulillah dikurniakan kawan-kawan yang baik dan ringan tulang. Insyaallah, kenduri korang aku datang tolong pulak kekekeke.


Bab-bab mengada ni bagi kat aku hehe. Immediate, extended family dan orang kuat majlis semua  pakai badge ini beserta dengan nama masing-masing pada hari majlis. Suka sangat dengan design chevron ini. Badge ini dari Pretty Little Badges. Please tempah, ada banyak sangat design yang cantik-cantik. Siap boleh custom made mengikut warna dan design yang kita suka =)


 Kemain mengingai ye dak bang 


Yang penting alhamdulillah, selesai sudah majlis perkahwinan dak bang dengan kakena =) Terima kasih kepada yang sudi datang, minta maaf kalau ada yang terlepas pandang, terlupa nak jemput. Almaklumlah kenduri pertama, banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.


Baju aku pakai untuk majlis ini adalah Peplum yang direka khas oleh MinazBoutique. Comel sangat peplum ini macam cotton candy hihi. Designer baju ini adalah kak Pija yang pada ketika itu sedang sarat mengandung. Memang aku tabik gila. Dalam baby dok menendang-nendang perut kak Pija, lekje beliau design baju untuk aku haha! Baju ini adalah custom made, aku just beritahu kak Pija :

Saya nak baju peplum, colour pink & baby blue dan ada lace. Akak designlah macam mana pon asalkan simple and cute =) 

MinazBoutique ni memang speciality dorang adalah Peplum dan MiniKurung. Aku ada 2 peplum dari MinazBoutique, memang sangat lawa dan tak menghampakan! (Nanti aku buat entry lain tau). Lagipon, kak Pija ada buat custom made untuk baju tunang, nikah dan sanding. Lawa sangat tapi aku nak kahwin lambat lagi huwaaaa..


Thanks Minaz Boutique diatas kegembiraan ini =) Kalau anda nak gembira juga, boleh hubungi Kak Pija secara senyap-senyap hihi

Minaz Boutique
Address : No 20-02, Seri Bangi, Jalan 8/35, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, Selangor, Malaysia
Tel no : 0389250960


Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment