Friday 29 March 2013

Letihnya badan ini, pergi spa pon bagus!

Assalamualaikum

Masa study week itu hari, memang aku struggle habis-habisan. Study dekat library dari matahari terbit sehingga terbenam. When I say study, I really mean it. Aku jenis tak suka study sambil menyambil. You know, sambil study sambil online etc. Memang tak jadi apa. Sebab tu aku suka pergi library untuk study, less distraction. (No laptop and comfy bed!)

Masa exam week pon sama, focus study apa yang tak master lagi. Duduk mengadap buku sampai otak rasa nak pecah. Nasib baik ada skull yang prevent brain from exploding ahehehe. I was mentally and physically exhausted. Sudahlah begitu, hari Jumaat habis exam, hari Isnin aku telah fly ke India sensorang untuk travel. Dekat India taknak kalah pulak, hari-hari tukar hotel sebab aku travel from southern to northern part. Naik van selama 24hours non stop pon ada kau tau. Ha itu takpe, nanti aku cerita dekat entri baru ok?

So sekembalinya aku dari India ke tanahair, aku memang perlukan body massage yang relaxing and soothing. I need to recharge my energy and get back on the track! So one day, kebetulan I was in KL so aku mengagau le mencari spa. Jalan punya jalan, akhirnya jumpa 1 spa di Bangi. Nampak macam eksklusif dari luar =)


 Yes, Aishah Radhiah Beauty & Spa yang terletak di Bandar Baru Bangi. Masa nak naik tu rasa macam risau kot-kot mahal, malu je tak cukup duit. Kang keluar headline 'Selebriti blogger tak cukup duit, berhutang dengan Spa' Eee tak mau tak mau.

 Sekali lepas dah tengok menu, terus tarik napas lega dan tertawa kecil. Takpayah kot nak tertawa kecil tu bahahaha. Ownernya Aishah Radhiah (wah nama penuh gitu) explain yang dorang ada tawarkan perkhidmatan secara ala carte dan package. Memula aku ingat nak ambil yang ala carte je (harga rujuk gambar kiri) namun setelah melakukan pengiraan secara pantas dalam otak aku mendapati harga package lebih murah (rujuk gambar kanan). Dah murah nak murah lagi.

Aku telah bersetuju untuk mengambil package Bidadari yang terdiri daripada 5 treatment :

Herbal sauna
Aromatherapy massage
Full body scrub
Full body mask
Milk bath

Semuanya pada harga RM200 sahaja! Kiranya satu treatment tu RM40 je. Berbaloi sangat. Student pon boleh afford tau. Spa ini juga ada menyediakan package untuk para pengantins. Dengan harga RM300 anda akan menerima herbal sauna, aromatherapy massage, hot ball compress, full body chocolate scrub, full body mask, milk & flower bath and FACIAL. Patutlah owner Spa ni cakap, selebriti banyak datang spa dia !


Aku kemudiannya dibawa ke massage room. Spa ni ada single and double room, disebabkan single room tu ada customer, so aku terpaksa beralah. Walaupun double room, tapi aku sorang jela dalam ni. Gila nak share dengan strangers?? Hehe.. cantikkan biliknya? Memang eksklusif, tak sangka ni kedai orang melayu =)


Ini pulak facial room. Ingat nak buat facial sekali, tapi tak sempat sebab ada urusan lain.  Takpelah next time aku akan datang lagi ke sini !! (nada bersemangat)


Ha nampak tak gadis yang siap beruniform tu? She's my masseuse. Comel angat aku cakap nak tangkap gambar dia, terus dia posing. Aha macam biasa, in any other spa pon kenalah take off everything dan berkemban. So better cari Spa muslimah untuk jaga aurat kita =)


Perkara pertama adalah masseuse ni bagi aku minum air suam before masuk dalam sauna ni. OHEMJI macam penyiksaan sebab panas gila. 20 minit aku duduk dalam ni, sambil baca magazine. You will sweat like non-stop. But its good because it helps to detoxify our body =) Untuk sihat dan cantik punya pasal, aku gagahkan jua membaca magazine dalam tu sampai khatam.

And then, masseuse tu lapkan peluh and start aromatheraphy massage. I was told that the whole package will take about 2 1/2 hours. To be honest, bila masseuse tu start je urut aku dah terbongkang tidur. Best gila weyh. Tau-tau je dia suruh pusing depan, pastu pusing belakang. Dengan bunyi air, instrumental music...memang relaxing ! Lepas dia urut, dia proceed dengan body scrub and body mask.   Yang body scrub tu omey sangat sampai tiak-tiak pon ie scrub. So make sure you all shave ye apa yang tak patut tau hee.

Last but not least, milk bath.

Bermandi susulah aku dalam bath tub ni. Rasa macam bilionnaire sangat. Biasanya mandi air paip je, ni mandi air susu. Lepas ni nak mandi air milkshake pulak. Hahahahah (kau dah kenapa?)

Seronok la dapat orang urut dan belai badan yang dah spasm ni. Sekali sekali apa salahnyakan. Daripada beli baju tak berhenti-henti apalah salahnya kita spend duit untuk health and well-being kan =) Badan sihat, otak cergas, hati pon gembira.

Untuk yang berminat, anda boleh hubungi no dibawah untuk appoinment.


AISHAH RADHIAH BEAUTY AND SPA
Address : No. 1-11, Jalan 8/35, Seri Bangi Seksyen 8, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor
Phone : 03-89221598 / 0176171619
Open : Mon-Sun 10am-9pm


Seminggu lepas pergi spa, si blogger tak reti duduk diam ini pergi backpacking ke Pulau Perhentian pulak. Habislah sunburn kulit! Sajelah tu cari alasan nak buat facial hehe.

Thank you for reading this entry !

No comments:

Post a Comment