Tuesday, 22 January 2013

Girlish Mode On


Assalamualaikum

Aku ni bukanlah seorang yang rajin, tetapi bab-bab penjagaan kulit muka, aku rajinkan jugalah tulang 4 kerat ini. (Wah wah kedengaran seperti buruh kasar gitew). Nak kata rajin sangat tidaklah. Takde pon melawat ke spa untuk membuat facial. Cuma, aku tak pernah miss membuat 3 step pembersihan muka (cleanse / tone / moisturize) setiap hari. Satu hari, dua kali ye.

Tapi pon, bagi aku, setakat basic care sahaja tak cukup. Seminggu sekali atau dua kali, kena pakai scrubs, mask, eye patch & nose pack. Konon-konon macam intensive treatment lah kan. Sebab sedar diri ini masih student walaupun dah menjangkau usia 24 tahun, so ukurlah baju kat badan sendiri. Tak payahlah dok ikot-ikot mak datinz nak pergi facialzz bagaizzz. Mak datinzz laki they oll datukzz. iolls?* krik krik bunyi cengkerik *

Sesi facial secara kecil kecilan di dalam bilik kolej yang kecil bersama FL dimulakan! Bahan asas yang diperlukan adalah : Nose pack, eye patch dan facial mask. 3 product sahaja? Ya! Penat tahu nak tangkap gambau bebanyak.


[N.M.F Aquaring Gel EyeFill Patch] Wah wah nama sahaja sudah mengalahkan kepanjangan nama sekolah yang menggunakan nama tokoh.

Honestly, inilah kali pertama aku memakai eyepatch. Jadi agak jakun sikit ihiks. Apakah tujuan memakai eyepatch ini FL? Ia adalah water-soluble essence patch dimana essence gel tersebut akan diserap masuk kedalam garisan halus (smile line) dan bertindak dengan suhu kulit kita menggunakan teknologi Thermo-sensitivity TCD. Senang cerita, ia dapat mengurangkan wrinkles dan menyebabkan kulit menjadi sejuk serta moisturized =)

Cukup mudah cara untuk memakainya. Hanya tanggalkan eyepatch daripada 2 lapisan film dan tampal di bawah bahagian mata. Walaupun namanya eyepatch namun boleh juga ditampal di kawasan lain yang yakni mempunyai wrinkles seperti dahi and around the mouth.


Perangai bertukar menjadi mengada pula setelah memakai patch ini. Adakah kesan sampingan? Patch ini adalah sangat sangat nipis ! Walaupun begitu, takperlulah ke tesco sambil memakainya tahu. Bagaimanapula kalau ditertawakan oleh warga asing nanti. Pastilah nama Malaysia di persada dunia tercalar. Yang penting, aku suka pakai eyepatch ni masa membaca sambil berbaring. Syok gila weyh, dah la sejuk je. Very soothing. Please try ok =) 


[ H.D.P Pore Stamping Charcoal Mineral Mask ] nama kau pon boleh tahan juga ya? Aha aku memang memakai mask setiap minggu. Di dalam facial mask biasanya mengandungi segala intensive treatment yang maha kaya dengan segala nutrient. Kali ini aku mencuba mask yang ‘lain’ daripada yang lain.

Ia diperbuat daripada arang (charcoal)! We all know charcoal can tighten the pores and control excessive sebum. Itulah masalah utama aku, liang roma tersumbat dan menyebabkan blackhead. That’s why aku obsessive terhadap product yang berkaitan dengan pores ni hihi. Ha meh sini nak tunjuk ‘kelainan’ mask ni, embrace yourself….


Ia berwarna hitam! Nampak seperti perwira bajak hitam.... namun apabila aku membuka mask ini, rasailah kehebatannya. Jangan terkejut tahu! Tudung dari edast


Ohoi !! Berkilau bak hang! Segala nutrien telah diserap masuk ke dalam kulit dengan rakus sekali. Thank you Charcoal Mask kerana membuatkan kulitku begitu sihat even for a while. You are now my bestfriend forever =’)


[ Beauty Clinic Sulfur Blackhead Suction Nose Pack ] Ini pula adalah all time favourite nose pack. Macam biasa ada 2 steps. Setelah menampal nose pack selama 15 minit, tarik segala blackhead dan pakai pula pore stamping serum untuk mengecilkan pores. * Obsessive mode on *


Skin (bare) after the facial =) Suka betul bila kulit sihat, tapi apa nak buat, cuma boleh buat seminggu sekali. Makanya kulit hanya kelihatan seperti ini seminggu sekali. Oklatew daripada takdeeeeee khennn. Kalau you all rajin dan mempunyai harta 7 keturunan, bolehlah memakai mask, eyepatch and nose pack ini setiap hari. Pasti boleh mengalahkan Lee Hyori wa cakap lu!

p/s : Nak jugak? Dapatkan product yang sama di hansaegee.com =)

Thank you for reading this entry !gg

No comments:

Post a Comment